Anwar Ibrahim |
- Bekas Pegawai Kanan Polis: Mahathir Boleh Disiasat Kerana Subahat
- Jaku Penetap Kuching, 16hb Sembilan 2012
- The Kuching Declaration, September 16th 2012
- Perisytiharan Kuching, 16 September 2012
Bekas Pegawai Kanan Polis: Mahathir Boleh Disiasat Kerana Subahat Posted: 17 Sep 2012 12:00 AM PDT Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad, yang memainkan peranan penting dalam dalam pemecatan timbalannya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mungkin boleh disiasat kerana bersubahat dengan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan atas dakwaan mereka dan menyembunyikan fakta material. Melainkan, Mahathir boleh menunjukkan bukti bahawa beliau mengambil langkah perlu untuk menghalang Gani dan Musa daripada berbuat demikian, kata bekas ketua CID Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim, yang bertanggungjawab ke atas siasatan kes mata lebam Anwar. Mat Zain berkata, beliau menyatakan demikian berdasarkan pengakuan Musa dalam satu wawancara dengan Malaysiakini bahawa bekas ketua polis itu mengambil sampel darah Anwar daripada siasatan mata lebam Mat Zain untuk ujian DNA bagi satu kes lain – melibatkan dakwaan liwat. Musa merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat tersebut. Mahathir dalam memoirnya A Doctor in the House (bab 53, halaman 684) menulis bahawa beliau yakin bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Musa dan ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor. Perkara itu, dan juga soalsiasat ke atas mangsa yang didakwa, menyebabkan Anwar dipecat dan kemudiannya ditahan. Anwar kemudiannya didakwa atas tuduhan liwat, yang digelar Liwat I, melibatkan pemandu Azizan Abu Bakar. Mat Zain juga mempersoallkan keperluan Musa untuk “mencuri” sampel darah Anwar daripada Hospital Kuala Lumpur untuk menjalankan ujian DNA, sedangkan Musa – yang merupakan penyiasat untuk kes dakwaan liwat dan penyalahgunaan kuasa – didakwa telah menyiapkan siasatannya untuk dua kes tersebut. Katanya lagi, pengakuan Musa kepad Malaysiakini juga mengesahkan pengakuan Dr Zahari Noor dari HKL semasa perbicaraan Anwar pada Disember 1998, bahawa Musa dan ASP Mohd Rodwan Mohd Yusof pada 15 Oktober 1998 secara paksa mengambil sampel darah Anwar yang disimpan di HKL – yang bertujuan untuk ujian HIV tetapi secara salah digunakan Musa untuk ujian DNA. “Ini menimbulkan persoalan sama ada Musa benar-benar telah menyiapkan siasatan dalam dakwaan liwat dan mempunyai bukti kukuh untuk membuktikan Anwar bersalah, atau ada tangan ghaib yang menghasut atau memaksa beliau mereka bukti DNA pada tilam, yang menyebabkan Musa mengambilnya (DNA Anwar) dari HKL. Jika tidak, apa tujuannya?,” kata Mat Zain. |
Jaku Penetap Kuching, 16hb Sembilan 2012 Posted: 16 Sep 2012 08:24 AM PDT JAKU PENETAP KUCHING SEBEDAU KAMI NYAU ENDA INGAT AGI, LALU SEBEDAU BALA ORANG DI MENUA MALAYSIA TU ENDA INGAT AGI, KAMI, TI NGELABUHKA SAINJARI DITU, SEKALI AGI BESEMAYA BA MUA MENUA MALAYSIA TU JADIKA SAKSI KAMI, KENA SEHARI TU 16HB SEMBILAN, 2012, DI NENGERI KUCHING, LALU MEGA NGARIKA SEMUA PARTI POLITIK ENGGAU PAKATAN RAKYAT, IYA NYA, LEBUH KAMI NUMBUHKA PERINTAH BARU DI MENUA MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT DEKA BEBASA SERETA NGAMATKA SEMUA DANJI ENGGAU SEMAYA IYA NGAGAI PERANAK MENUA MALAYSIA. KAMI DEKA ENGGAU BASA TI TINGGI BEJALAIKA SEMUA POLISI TI UDAH DITETAPKA KAMI DALAM BUP JINGGA NGAMBIKA MENUA MALAYSIA ULIH NYADI SEBENGKAH MENUA TI TAMPAK, BALA PERANAK MENUA IYA TAU BETAMBAH KAYA, DUDI HARI IYA TAU LIKUN SERETA SELAMAT, LALU NAMA IYA DEKA DIKEMESAIKA SERETA DIPELANDIKKA MENUA BUKAI DI DUNYA TU. KAMI DEKA BEBASAKA SEMENGAT DALAM SEMPEKAT MALAYSIA TAUN 1963 TI DITANGGAM BALA TUAI-TUAI MENUA KAMI, TI LALU JADIKA KELAI PENALUK KAMI KE ORANG SARAWAK ENGGAU SABAH, ENDA BEGILIK PENEMU DALAM ATUR DEMOKRASI LALU ENDA BEBELAH BAGI BA SEMUA PERANAK MALAYSIA, KELEBIH AGI: PEKARA KESATU: SEKUNSI PEKARA KEDUA: BEPENGARI SAMA RATA PEKARA KETIGA: PERANAK MENUA PEKARA KEEMPAT: MERI PULAI TANAH BANSA ASAL (NCR) PEKARA KELIMA: PENGELANDIK GAWA PERANAK MENUA SARAWAK ENGGAU SABAH PEKARA KEENAM: ASIL MINYAK TI PATUT PEKARA KETUJUH: PEMANSANG SAMA RATA KAMI, JADIKA TI NGENGKAHKA SAINJARI, NGAGA PENETAP TI JADIKA SEMAYA ENTARA PAKATAN RAKYAT ENGGAU SEMUA PERANAK MALAYSIA, KENA SEHARITU 16HB SEPTEMBER 2012, BESERIMBAI ENGGAU HARI MALAYSIA, NGAMBIKA AUH IYA DIDINGA ARI TUCHUNG MUNGGU LALU NELUSUR NGILI BATANG SUNGAI NYENTUK KE TASIK BESAI; AWAKKA KITAI DILEPASKA; LALU PERANAK RABAN BANSA KITAI ULIH IDUP DALAM PENYERAKUP! Disaksika ngelabuhka sainjari, ti diberi kuasa, lalu semua peranak Malaysia jadika saksi ditu. Disain di nengeri Kuching, kena seharitu 16hb Sembilan, 2012, dalam enam salin ti endur genap salin deka disimpan genap iku orang ti ngelabuhka sainjari. Ngarika Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ngarika Democratic Action Party (DAP) Ngarika Pan-Malaysian Islamic Party (PAS) Ngarika Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Ngarika Democratic Action Party (DAP) Ngarika Pan-Malaysia Islamic Party (PAS) |
The Kuching Declaration, September 16th 2012 Posted: 16 Sep 2012 08:10 AM PDT THE KUCHING DECLARATION LEST WE FORGET, AND LEST ALL THE PEOPLES OF OUR GREAT NATION OF MALAYSIA FORGET, WE, THE UNDERSIGNED, DO ONCE AGAIN FIRMLY, RESOLUTELY AND UNEQUIVOCALLY PLEDGE AND PROMISE BEFORE THE WHOLE NATION OF MALAYSIA AS OUR WITNESSES, ON THIS HISTORIC DAY THE 16TH OF SEPTEMBER, 2012, IN THE CITY OF KUCHING, AND ON BEHALF OF OUR RESPECTIVE PARTIES AND PAKATAN RAKYAT AS A WHOLE, THAT WHEN WE FORM THE NEXT GOVERNMENT OF MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT WILL HONOUR ALL ITS PLEDGES AND PROMISES TO THE PEOPLES OF MALAYSIA. WE WILL HONOURABLY EXECUTE ALL THE POLICIES SET FORTH IN THE BUKU JINGGA SO THAT MALAYSIA WILL ONCE AGAIN BE A GREAT NATION, HER PEOPLES PROSPEROUS, HER FUTURE SECURE AND PEACEFUL, AND HER NAME CELEBRATED BY ALL THE NATIONS OF THE WORLD. WE WILL HONOUR THE SPIRIT OF THE MALAYSIA AGREEMENT OF 1963 WHICH OUR FOUNDING FATHERS PUT THEIR HANDS TO, AND AS A SIGN OF OUR DEEP COMMITMENT TO THE PEOPLES OF SARAWAK AND SABAH, CONSISTENT WITH DEMOCRATIC PRINCIPLES AND JUSTICE FOR ALL MALAYSIANS, IN PARTICULAR: ARTICLE ONE: EQUAL PARTNERS ARTICLE TWO: FAIR REPRESENTATION ARTICLE THREE: CITIZENSHIP ARTICLE FOUR: RESTORATION OF NATIVE CUSTOMARY RIGHTS OVER LAND ARTICLE FIVE: COMPETENT SARAWAK AND SABAH ARTICLE SIX: OIL JUSTICE ARTICLE SEVEN: EQUITABLE DEVELOPMENT WE, THE UNDERSIGNED, MAKE THIS DECLARATION AS AN INCONTROVERTIBLE CONTRACT BETWEEN THE PAKATAN RAKYAT AND THE PEOPLES OF MALAYSIA, THIS HISTORIC DAY OF 16TH SEPTEMBER, 2012, ON MALAYSIA DAY, SO THAT IT MAY RING OUT RESOUNDINGLY FROM MALAYSIA'S HIGH FOREST HILLS DOWN TO THE OPEN SEA; SO THAT FREEDOM MAY EVER REIGN; AND OUR PEOPLES LIVE IN UNITY! In witness whereof the undersigned, being duly authorised thereto, have signed this Declaration, and all the peoples of Malaysia being witnesses thereof. Done at Kuching, this 16th day of September, 2012, in six copies of which one shall be deposited with each of the signatories. For People's Justice Party (KEADILAN) For Democratic Action Party (DAP) For Islamic Party of Malaysia (PAS) For People's Justice Party (KEADILAN) For Democratic Action Party (DAP) For Islamic Party of Malaysia (PAS) |
Perisytiharan Kuching, 16 September 2012 Posted: 16 Sep 2012 08:02 AM PDT PERISYTIHARAN KUCHING JANGAN SAMPAI KITA LUPA, DAN JANGAN SAMPAI MASYARAKAT MALAYSIA YANG TERBILANG INI BETAH TERLUPA BAHAWASANYA KAMI, YANG BERTANDATANGAN DI BAWAH, SEKALI LAGI DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM SEPENUH JIWA DAN RAGA BERIKRAR DAN BERJANJI BERSAKSIKAN SELURUH WARGANEGARA MALAYSIA, PADA HARI INI YAKNI PADA TARIKH BERSEJARAH 16 HB SEPTEMBER 2012, DI BANDARAYA KUCHING, BAGI PIHAK PARTI-PARTI YANG BERKENAAN DAN PAKATAN RAKYAT SELURUHNYA BILA MANA KAMI MENGIKTIRAFKAN KERAJAAN BARU BUAT MALAYSIA, PAKATAN RAKYAT AKAN MELUNASI SETIAP IKRAR DAN JANJI KAMI PADA SETIAP LAPISAN MASYARAKAT DAN RAKYAT MALAYSIA. BAHAWASANYA KAMI AKAN MEMELIHARA DAN MENJUNJUNG SETIA DASAR DASAR YANG DITERAPKAN DI DALAM BUKU JINGGA SUPAYA MALAYSIA BAKAL BANGKIT SEMULA SEBAGAI SEBUAH NEGARA YANG MAKMUR, AGAR TERWUJUD RAKYATNYA YANG CEMERLANG, BERSATU PADU DAN BERKEMBANG MAJU, DENGAN MASA DEPAN YANG SELAMAT DAN AMAN DAMAI, AGAR NAMANYA HARUM DI SERATA PELUSUK DUNIA. BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI BERPEGANG TEGUH DENGAN SEMANGAT PERJANJIAN MALAYSIA 1963 YANG TELAH DICETUSKAN DAN DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN KAMI YANG TERDAHULU, DAN SEBAGAI BUKTI DAN TANDA UTUHNYA KESETIAAN KAMI TERHADAP RAKYAT SARAWAK DAN SABAH, BERTERASKAN PRINSIP-PRINSIP DEMOKRASI DAN KEADILAN UNTUK RAKYAT MALAYSIA SELURUHNYA, DENGAN PENGKHUSUSAN ISTIMEWA TERHADAP PERKARA-PERKARA BERIKUT: PERKARA 1: KERJASAMA BERSEKUTU PERKARA 2: PERWAKILAN YANG ADIL PERKARA 3: KEWARGANEGARAAN PERKARA 4: PENGIKTIRAFAN HAK KE ATAS TANAH ADAT PERKARA 5: KECEKAPAN DAN KEMANDIRIAN SARAWAK DAN SABAH PERKARA 6: KEADILAN DALAM ISU MINYAK PERKARA 7: PEMBANGUNAN SEKATA DENGAN INI, KAMI YANG BERTANDATANGAN SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH, MENGIKTIRAF PERISYTIHARAN INI SEBAGAI SATU PERJANJIAN YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL DAN DIPERSOALKAN LAGI, TERMAKTUB DI ANTARA PAKATAN RAKYAT DAN SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT MALAYSIA, PADA HARI INI, TANGGAL 16 SEPTEMBER 2012, BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI MALAYSIA, AGAR TERSOHORLAH GEGAK GEMPITANYA DARI PUNCAK TERTINGGI DI BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA, DAN AKAN TERSEBAR SELUAS SAMUDERA YANG TERBENTANG SUPAYA KEBEBASAN DAPAT KITA CAPAI DAN KITA SEMUA BOLEH HIDUP BERSATU PADU DALAM SUASANA AMAN DAN DAMAI. Sebagai saksi padanya, penandatangan yang diberi kuasa dalam hal ini, telah menandatangani Perisytiharan ini, dan semua rakyat Malaysia adalah saksi kepadanya. Dimeterai di Kuching, pada 16 haribulan September tahun 2012, dalam enam salinan di mana setiap satu darinya akan disimpan oleh setiap penandatangan. Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Untuk Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Untuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) Untuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan