Isnin, 10 September 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Terima kasih

Posted: 09 Sep 2012 05:12 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya bagi pihak Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan ingin mengucapkan ucapan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga kepada semua mereka yang telah menjayakan Majlis Rumah Terbuka PAS Negeri Sembilan 1433H di Dataran Senawang pada 8 September 2012. Ucapan penghargaan juga khusus untuk mereka yang telah memberikan sumbangan wang ringgit dan tenaga samada secara langsung atau tidak langsung.

Ucapan penghargaan juga terutamanya kepada tetamu dan orang ramai yang sudi hadir pada majlis tersebut.

Bagi pihak penganjur , saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kelemahan atau kekurangan sepanjang majlis diadakan.

Kes bunuh diri meningkat, apa tindakan JAKIM dan Majlis Agama?

Posted: 09 Sep 2012 05:12 PM PDT

Kajian mendapati 11.3 peratus atau sekitar 3.3 juta rakyat Malaysia menghidapi sakit mental. Kajian juga mendapati terdapat 50,000 kes cuba bunuh diri setahun di negara ini dengan hanya 233 pakar sakit jiwa di seluruh Malaysia. Kementerian Kesihatan sedar akan masalah ini dan akan mengambil langkah tertentu. Apa pula langkah yang akan diambil oleh JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri, adakah Khutbah Jumaat akan lebih serius lagi mengetengahkan permasalahan masyarakat semasa?

Kementerian Kesihatan ambil langkah cegah bunuh diri

9 Sep 2012 - Kementerian Kesihatan mengambil langkah untuk menangani isu berkaitan kesihatan mental, termasuk menggubal pelan strategik kebangsaan bagi mencegah perbuatan bunuh diri. Menteri berkenaan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pelan itu akan meliputi lapan bidang.

"Ini termasuk meningkatkan kesihatan mental, menambah baik langkah awal bagi mengesan gangguan mental dan cubaan membunuh diri, memupuk kerjasama antara pelbagai agensi dan meningkatkan keupayaan petugas penting seperti doktor, pakar psikiatri, profesional penjagaan kesihatan serta polis.

"Kami juga perlu perbanyakkan lagi penyelidikan tentang perlakuan bunuh diri, menambah baik sistem pemantauan bagi tujuan pengesanan awal, mempromosikan laporan media yang bersifat bertanggungjawab berkaitan perbuatan bunuh diri dan berusaha mencegah penyalahgunaan dadah serta racun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Nuffnang