:: cina islam | 2011 :: |
- Ali memang setan
- Lelaki putus telinga diserang dua individu kerana teguran
- Temui bayi beralas kain batik berdarah
- Umno: Sumbat di sini, bocor di sana
- Shabery digesa mohon maaf hina atlet paralimpik
- Israel lancar 4 serangan udara di Gaza
- Pertandingan tebang batang pokok
- Bocor skandal apabila mabuk
- Peneroka hilang sabar
- Anak akan lapor polis dakwaan salah laku Faizoull
- Bajet 2013: Dayatahan ekonomi negara dibimbangi
- 71 bangunan rosak akibat gempa bumi di Bogor
- Jeritan cucu selamat nenek
- Sabotaj: PAS tidak serupa dengan Umno
- MCA tendang apa sahaja sebelum....
- MEMAHAMI DAN MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM
- [BERGAMBAR] Kisah "Abil & Isteri" Sentuh Perasaan, Dapat Perhatian Ramai
- Naib Presiden Iraq kena hukum gantung
- Tidak perlu 7 hari, hari ini boleh - Mahfuz
- Padah potong kiri, penunggang motosikal maut digilis treler
- 73 terbunuh dalam serangan ke atas tentera
- Anwar: Biar polis siasat isu senjata api
- Mayat terbaring dalam kereta
- Team Najib-Muhyiddin retak menanti belah?
- FGVHB: Bukti peneroka dikhianati makin terserlah
Posted: 10 Sep 2012 01:14 AM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - LAPOR...Jamil menunjukkan laporan polis yang dibuatnya. KHURAFAT...minyak wangi yang didakwa bomoh terbabit boleh menghalau syaitan. KHURAFAT...minyak wangi yang didakwa bomoh terbabit boleh menghalau syaitan. JOHOR BAHRU: Tertipu dengan dakyah karut bomoh yang kononnya boleh meramal kematian dan menebus dosa, seorang lelaki dan keluarganya membuat pinjaman bank untuk membayar wang pengeras sebanyak RM12,000. Lebih mengaibkan, mangsa yang mahu dikenali sebagai Jamil, 25, berkata, ibarat dipukau, dia dan ibu bapa turut membenarkan adik perempuannya tinggal bersama bomoh itu selama seminggu. Katanya, dia terpengaruh mendapat khidmat bomoh yang dikenali sebagai Ali, 40-an, selepas lelaki itu mengakui dirinya ustaz dan menjalankan rawatan secara tradisional mengikut cara Islam. "Saya bersama ibu, ayah dan adik perempuan berusia 20 tahun berjumpa bomoh itu bagi merawat ibu yang menghidap penyakit lemah badan dan kemurungan," katanya ketika ditemui. Dia berkata, bomoh itu mendakwa boleh mengubat secara ghaib, termasuk berhubung terus dengan Allah menerusi jin yang menurun dalam badan pembantu peribadinya. metro/- |
Lelaki putus telinga diserang dua individu kerana teguran Posted: 10 Sep 2012 01:01 AM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - IPOH – Teguran berkenaan haiwan peliharaan membangkitkan rasa tidak puas hati jiran tetangga yang bertindak menyerang seorang buruh di Kampung Kobin, Mengelembu, di sini, menyebabkan mangsa hampir putus telinga akibat ditetak dengan parang. Dalam kejadian pada kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, S Nagalingam, 41 cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Jurucakap polis memaklumkan, mangsa sedang berehat di perkarangan rumahnya pada masa kejadian dan telah didatangi dua individu berusia 30-an yang dipercayai jirannya. Menurutnya, berlaku pertengkaran sebelum salah seorang daripada suspek bertindak menyerang mangsa bertalu-talu, menggunakan parang selepas berang dengan teguran daripada mangsa. "Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan pergelutan itu hanya terlerai selepas isteri mangsa melemparkan serbuk kari ke arah suspek. "Menyedari perbuatan mereka diperhatikan jiran tetangga lain, kedua-dua suspek beredar dari rumah mangsa," katanya. Isteri mangsa, G Saraswathy, 31 berkata, dia nekad membantu mangsa sungguhpun ketakutan melihat insiden berkenaan. "Semasa kejadian, saya dengan bunyi bising di bahagian depan rumah, sebelum mendengar suami saya meraung minta tolong. "Melihat keadaan suami saya yang parah ketika itu, saya bertindak nekad berlari ke dapur dan mengambil serbuk kari. Tidak disangka serbuk kari yang dilemparkan itu berjaya menakutkan mereka," katanya. Mangsa yang merupakan bapa kepada lima orang anak, kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB dan masih belum sedarkan diri. Sinar Harian dimaklumkan keadaannya semakin stabil dan menerima jahitan pada telinganya serta terdapat kesan luka pada bahagian dada. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan, siasatan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan. METRO/- |
Temui bayi beralas kain batik berdarah Posted: 10 Sep 2012 12:43 AM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - YAN: "Hati saya tersentuh sebaik melihat bayi lelaki masih bertali pusat dalam dalam keadaan kesejukan ditemui hanya dialas kain batik yang penuh darah hampir kering dalam tandas lelaki di masjid ini. "Bagaimanapun, bayi itu langsung tidak menangis walaupun bahagian mukanya dihurung semut, malah ada jemaah perempuan yang baik hati sempat menyusukan bayi itu yang kelaparan dan dibawa ke dalam masjid untuk diazankan," kata Naharah Saad, 57. Naharah antara individu awal yang menemui bayi lelaki itu dalam tandas Masjid Al Falah, Sungai Daun Atas, dekat sini, jam 6 petang pada 23 Ogos lalu iaitu pada hari raya ke-4 Aidilfitri yang dipercayai ditinggalkan sejurus selepas dilahirkan. Ini berikutan bayi yang dilahirkan seberat 2.94 kilogram itu ditemui masih bertali pusat, manakalanya urinya dipotong tetapi ditinggalkan tanpa sebarang nota atau dokumen. Naharah berkata, bayi itu ditemui seorang lelaki bersama keluarganya dipercayai dari Baling yang singgah di masjid berkenaan untuk menunaikan solat terkejut apabila melihat bayi itu berada di belakang pintu tandas ketika mengambil wuduk. Menurutnya, dia yang ketika itu berbual dengan keluarga terkejut apabila menantunya, Nasir Ghani, 30-an yang ketika itu hendak keluar ke pekan berpatah balik memberitahu ada bayi ditemui di belakang pintu tandas lelaki masjid berkenaan yang terletak 200 meter dari rumahnya. "Saya tidak sampai hati melihat bayi berkenaan dan anak perempuan saya memberikan kain lampin bayinya menyelimut tubuh bayi itu dan terus menghubungi polis memaklumkan kejadian. "Ketika dibawa ke dalam masjid, bayi itu membuka matanya, tetapi tidak menangis menyebabkan saya sebak mengenangkan nasibnya yang ditinggalkan ibunya," katanya. Katanya, ini kali pertama penemuan bayi di kampung berkenaan, malah dia tidak menyangka kejadian itu berlaku kerana sebelum ini hanya menonton di televisyen dan membacanya di akhbar. Sementara itu, Pelindung Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Yan, Norliza Azezool, berkata bayi lelaki berkenaan diberi nama Muhammad Fitri, 18 hari, diserahkan kepada Hospital Yan sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapat rawatan. Menurutnya, Muhammad Fitri dibenarkan keluar hospital, semalam dan diserahkan semula kepada pihak JKM bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk jagaan sementara. Katanya, perintah jagaan sementara itu diberi selama sebulan bermula semalam sehingga 8 Oktober depan bagi memberi peluang kepada waris atau ibu bapa kandungnya menuntut semula bayi berkenaan untuk urusan dokumentasi. "Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Akta Kanak-kanak 2001 dan pihak kami sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini pagi tadi (semalam) di Balai Polis Guar Chempedak. "Justeru, keluarga atau waris bayi berkenaan boleh menghubungi JKM di talian 04-4619510 atau 04-4619512 untuk menyalurkan maklumat," katanya. metro/- |
Umno: Sumbat di sini, bocor di sana Posted: 10 Sep 2012 12:32 AM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - "Ahli-ahli Umno yang didapati mensabotaj parti dalam pilihanraya nanti akan di singkirkan keahlian mereka. Mereka yang bekerja dan mengundi parti-parti pembangkang adalah mereka yang tidak setia dan Umno tidak memerlukan mereka". Itulah lebih kurang kata-kata Muhyiddin Yassin dua hari yang lepas semasa merasmikan perwakilan salah satu bahagian di Johor dua hari yang lepas.. Inilah sebenarnya masalah yang sedang dihadapi oleh Umno apabila menghadapi PRU yang akan datang. Masalah itu merupakan masalah yang terbesar yang Umno sedang hadapi dan jika Umno menumpukan mengkritik dan membidas DAP, PAS dan PKR, itu merupakan tumpuan dan "priority" yang salah yang dilakukan oleh Umno. Parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu hanyalah parti-parti yang halal dan bukannya menjadi kesalahan bagi sesiapa untuk mengundinya termasuklah ahli-ahli Umno sendiri seperti yang telah dilakukan oleh sebahagian besar ahli-ahli Umno dalam pilihanraya yang lalu. Lain-lain perkataan parti-parti pembangkang bukannya musuh BN. Pakatan Rakyat hanya menawarkan pilihan kepada BN yang kian hari kian bercelaru dengan masalah "inter-party" dan "intra-party" dalam BN. Musuh Umno ialah ahli-ahlinya sendiri. Saya tidak putus-putus dihubungi oleh ramai ahli-ahli Umno yang biasa di bawah-bawah ini sejak saya menjadi ahli DAP awal Januari yang lepas. Mereka tidak berpuas hati dengan parti mereka sendiri dan ingin saya meyakinkan mereka yang menyokong Pakatan Rakyat itu adalah tindakan yang tidak bersalah-salahan dengan perjuangan politik rakyat dan negara. Mereka mahukan saya memberi tahu dan meyakinkan mereka mengundi DAP dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu merupakan tindakan yang halal malahan ia merupakan langkah kearah perubahan dan hijrah untuk rakyat termasuk orang Melayu sendiri. Mereka mahukan saya memberikan pandangan yang perubahan kali ini adalah satu perkara yang sudah menjadi kemestian untuk kita lakukan. Mereka merasakan yang mereka hanya dijadikan "kuda pelejang" untuk pemimpin-pemimpin korup yang tidak bermoral dan beretika dan jika Umno masih mendapat mandat kali ini mereka merasakan usaha untuk menyelamatkan negara akan tertangguh lagi. Sementara hendak menunggu satu lagi pilihanraya negara kita akan kering kotang dan negara akan menghadapi masalah yang amat sukar untuk diperbetulkan pada masa itu nanti. Pendeknya mereka kata untuk melakukan perubahan itu adalah sekarang dan tidak boleh ditangguhkan lagi. "It"s better late than never," kata seorang rakan saya yang baru saya kenali di Seremban baru-baru ini. Apabila kita mengutamakan negara, kita tidak boleh lagi memberikan Umno bermaharajalela. Umno akan melakukan banyak perkara yang menekan rakyat termasuklah kepada ahli-ahlinya sendiri. Dengan amaran Muhyiddin itu ia menampakkan yang Umno sedang menghadapi masalah dari ahli-ahlinya sendiri. Masalah dalaman parti Umno, adalah seperti orang yang menghadapi masalah dalaman. Penyakit dalaman tubuh kita selalunya akan membawa kita ke tahap penyakit yang "terminal" yang akhirnya membawa maut kepada kita sendiri. Bagimanakah Umno akan membuang ahli-ahli Umno yang mensabotaj calon BN itu? Bukankah undi itu sulit? Kali ini bukan masalah sabo-menyabo. Sekarang ini adalah masalah untuk menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh BN. Muhyiddin nampaknya hendak menekan ahli-ahlinya sendiri dan itu pun budaya Umno sejak akhir-akhir ini. Umno tidak kisah bagaimana masyarakat melihat dan memberikan persepsi kepada parti itu sendiri. Yang penting mereka (ahli-ahli Umno) mesti undi BN. Apa pun perasaan yang ada di dalam hati ahli-ahli Umno itu, pimpinan mereka tidak ambil peduli. Bagaimana Umno hendak mengambil tindakan kepada ahli-ahlinya yang ramai yang mengundi pembangkang? 1.5 juta ahli Umno menyokong pembangkang dalam pilihanraya yang lalu berapa orang yang telah di ambil tindakan? Umno tidak sedar yang ahli-ahli Umno itu adalah manusia bukannya haiwan belaan dan mereka mempunyai perasaan dan maruah juga. Jika pun Umno memecat ramai ahli-ahlinya ia menunjukkan yang Umno itu merupakan parti yang rapoh dan lemah. Jika pecat memecat menjadi budaya dalam Umno ia hanya akan memberikan persepsi yang Umno bukanlah parti yang di sayangi oleh ahli-ahlinya. Tetapi jika Umno itu kalah dalam pilihanraya seperti yang diyakini oleh ramai, bagaimana mereka hendak memecatnya? Jika lah benar Umno itu masih sebuah parti yang kuat dan di terima baik oleh rakyat kenapa keluar kenyataan yang nyata memberikan persepsi yang Umno itu tidak percaya kepada ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan Umno sekarang mempunyai persepsi yang tidak baik kepada ahli-ahlinya sendiri. Pimpinan-pemimpin Umno "suspect everybody and trust nobody" terhadap semua ahli-ahlinya. Situasi ini sememangnya merupakan indikasi yang jelas yangUmno tidak akan boleh bertahan dihati rakyat ramai. Kenyataan seperti yang keluar dari mulut seorang pemimpin utama parti itu dengan sendirinya membuatkan rakyat merasa kurang keyakinan mereka. Kalau ahli-ahlinya sendiri tidak boleh dipercayai, tentulah yang tidak menjadi ahli itu tidak akan dipercayai oleh Umno. Bagi ahli Umno, jika mereka memberikan undi kepada Pakatan Rakyat seperti yang mereka lakukan dalam PRU yang lepas mereka tidak akan mendapat apa-apa mudharat kerana berada di dalam Umno pun tidak menjamin yang kita tidak akan menerima mudharat akibat kelemahan pimpinan yang tidak dapat menolak dugaan yang mereka hadapi seperti rasuah dan salahguna kuas. Ahli-ahli Umno sendiri berkata yang jika seseorang yang dipilih menjadi calon, itu merupakan tiket untuk mereka membuat dan membina kekayaan peribadi. Hendak ditegur mereka tidak akan berubah. Caranya ialah untuk menolak calon-calon itu sebagai pengajaran yang berkuasa ialah rakyat, bukannya mereka yang di beri mandat itu. Menjadikan orang ramai untuk menjadi kerbau untuk membajak sawah sahaja tidak lagi dapat diterima ramai. Cukup-cukuplah setakat ini. "Jika mereka dipecat pun bukannya ada apa-apa yang hilang pun, kerana semasa kita belum dipecat pun keadaan tidak menentu. Apa bezanya kalau dipecat? Selama ini pun Umno tak nampak bergerak pun. Tidak lagi berada dalam Umno pun hidup kita serupa juga," kata seorang AJK Bahagian dari Negeri Sembilan kepada saya. Seorang rakan yang menganggotai AJK Bahagian di Selangor memberi tahu saya, "By all means, Muhyiddin can sack us and suit himself. After all Umno is unrecognizable, bang Aspan! Dah lah! Sumbat sana bocor kat sini. Sumbat kat sini berlubang kat sana". — aspanaliasnet.blogspot.com |
Shabery digesa mohon maaf hina atlet paralimpik Posted: 10 Sep 2012 12:25 AM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang telah mengguris perasaan golongan orang kurang upaya (OKU). Ini kerana beliau meletakkan tahap atlet paralimpik negara di kejohanan Paralimpik di London baru-baru ini sebagai 'kelas kedua'. "Kami juga menggesa agar Datuk Seri Shabery memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran bahasa yang dinyatakan atau sekiranya ia memang menjadi dasar Kerajaan Pusat merendahkan dan menganggap bahawa atlet paralimpik tidak bernilai di Malaysia," kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss. Katanya, kenyataan Shabery baru-baru ini yang berkata kerajaan tidak akan memberi pencen kepada atlet paralimpik yang memenangi pingat pada temasya di London itu sebagai tidak adil sama sekali. "Kami merasakan OKU seumpama inilah yang sewajarnya diberikan perhatian dan diberikan bantuan yang melebihi orang lain yang cukup sifatnya," ujarnya dalam satu kenyataan. Ini,katanya ditambah kenyataan pedas Shabery yang mengatakan bahawa 'perlu diingat juga standard Sukan Paralimpik dan Sukan Olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan'. Iskandar berkata, kenyataan itu sangat menyinggung perasaan OKU. "Kami amat kesal kenyataan penghinaan yang diberikan oleh Datuk Seri Shabery tersebut yang boleh disifatkan bongkak dan tidak mengadili kekurangan seseorang manusia," katanya. Oleh yang demikian, ujarnya DPPM mendesak satu tindakan diambil terhadap Shabery dengan segera dan mendesak agar atlet paralimpik juga diberikan pencen yang lebih baik daripada atlet Olimpik negara. "Tidakkah mereka juga telah mengharumkan nama negara?" tanya beliau. harakahdaily/- |
Israel lancar 4 serangan udara di Gaza Posted: 10 Sep 2012 12:14 AM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - BANDARAYA GAZA: Israel melancarkan empat serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, awal hari ini menyebabkan seorang kanak-kanak Palestin cedera. Saksi dan anggota perubatan berkata, pesawat Israel mensasarkan balai polis di El Tufah di timur Bandaraya Gaza dan dua serangan lagi di bahagian timur. Pegawai perubatan berkata, dalam serangan berasingan termasuk serangan menggunakan roket, budak berusia enam tahun dilaporkan cedera. Serangan Israel berkenaan kononnya kawasan itu giat dengan aktiviti penyeludupan di terowong bawah tanah berdekatan Rafah yang menghubungkan sempadan Gaza dan Mesir. - AFP |
Pertandingan tebang batang pokok Posted: 09 Sep 2012 11:28 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - LILLEHAMMER, Norway - Lebih 100 peserta mengambil bahagian pada pertandingan akhir Kejohanan Dunia Menebang Batang Pokok Stihl di sini kelmarin. Para peserta dari 24 buah negara itu menunjukkan kemahiran mereka menebang batang pokok dengan menggunakan kapak dan gergaji rantai. - Agensi |
Posted: 09 Sep 2012 11:26 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - MALANG...mangsa menerima rawatan di Hospital Miri selepas diserang dengan kapak oleh rakan sekerjanya, kelmarin. MIRI: Perbualan dua rakan sambil minum arak di sebuah rumah sewa di Riam di sini, kelmarin, berakhir tragedi berdarah apabila seorang daripada mereka menerima lebih lima jahitan di kepala akibat ditetak dengan kapak. Kejadian jam 10.30 malam itu dikatakan berlaku apabila seorang daripada mereka secara tidak sengaja mendedahkan dia menjalin hubungan dengan isteri rakannya itu. Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa, seorang buruh binaan berusia 40-an, menjemput rakan sekerjanya ke rumah sewanya untuk minum bersama. "Suspek yang juga berusia 40-an itu tiba di rumah rakannya itu seawal jam 9 malam, namun sejam selepas sesi meneguk arak, berlaku pertengkaran antara mereka apabila suspek secara tidak sengaja mendedahkan dia menjalin hubungan dengan isteri mangsa," katanya. Sumber itu berkata, pada mulanya hanya berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan suspek, tetapi mangsa yang berang dengan pendedahan itu, memukul suspek. metro/- |
Posted: 09 Sep 2012 11:23 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - Penduduk Felda Jengka 20 mengambil kesempatan membasuh motosikal menggunakan air yang mengalir dari paip pecah. JENGKA - Sudah cukup bersabar dengan masalah bekalan air, kini peneroka Felda Jengka 20 terpaksa berhadapan pula dengan masalah paip pecah setiap hari sejak Ramadan lalu. Pada asalnya mereka hanya mahu mendiamkan diri, namun setelah kejadian paip pecah kerap berlaku, mereka mula hilang sabar kerana ia turut menimbulkan masalah lain. Jamhari Hashim, 62, berkata, masalah paip pecah itu berlaku di beberapa kawasan di tanah rancangan tersebut. Menurutnya, di hadapan klinik desa contohnya, sudah tiga kali paip di tempat sama pecah. "Selain di situ, paip pecah juga berlaku di sebelah dewan serba guna, di masjid dan beberapa kawasan lain," katanya kepada Sinar Harian. Hassan Karta, 53, berkata, paip pecah itu bukan sahaja menyebabkan jalan rosak dan berlubang, malah mengakibatkan ketiadaan air di tanah rancangan terbabit. "Apabila paip pecah, mereka terpaksa gali lubang untuk baiki paip berkenaan menyebabkan beberapa jalan di tanah rancangan ini rosak, malah akan berlaku pembaziran air. "Kami pula akan terputus bekalan air dan ia menyusahkan kami untuk melakukan urusan harian," katanya. Program terganggu Timbalan Pengerusi Masjid Felda Jengka 20, Muslihat Harus, 65, berkata, masalah paip pecah itu telah mengganggu program bersama bakal jemaah haji Jengka yang menghadiri program Qiamullail dan persediaan haji di tanah rancangan tersebut. "Disebabkan paip pecah, air di masjid tidak ada menyebabkan peserta terpaksa ambil wuduk gunakan air botol mineral. "Lebih memalukan apabila banyak acara yang dirancang tergendala kerana tiada air. Kami selaku tuan rumah rasa sangat terkilan," katanya. Biarpun berang dengan masalah yang menimpa, penduduk bagaimanapun berterima kasih kepada Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) kerana bertindak pantas menyelesaikan masalah paip pecah itu. Tukar segera paip lama Wan Halim Wan Mahmud, 60, berkata, mereka bersimpati dengan petugas Paip yang terpaksa bekerja ketika Aidilfitri dan cuti umum untuk mengatasi masalah terbabit. Katanya, masalah itu tidak akan selesai selagi paip yang dibina sejak 1975 tidak diganti dengan paip baru. "Sebelum ini kita dengar pihak atasan beberapa kali umumkan bajet, selain berjanji akan tukarkan paip lama dengan yang baru. "Namun sehingga ini, apa yang dikatakan masih belum terlaksana. Jika ia diganti baru, pasti dapat menjimatkan kos baik pulih yang menelan belanja lebih tinggi," katanya. sinar harian/- |
Anak akan lapor polis dakwaan salah laku Faizoull Posted: 09 Sep 2012 11:12 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang didakwa dilakukan bakal Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad pernah diadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini. Aduan yang dikatakan dibuat oleh kakitangan Felda itu sendiri merupakan sebahagian daripada penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Faizoul ketika menjadi Timbalan Pengarah Besar Felda. Perkara itu didedahkan Presiden Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Menurut Mazlan, aduan kepada SPRM itu dibuat pada 27 Julai lalu, dan salinan aduan-aduan tersebut dikirimkan kepada beliau sebagai maklumat. Bagaimanapun, tegas beliau, pihaknya tidak tahu sejauh mana siasatan terhadap aduan yang dipercayai membabitkan penyalahgunaan dana itu dijalankan SPRM. "Tujuh aduan itu boleh dikatakan hanyalah sebahagian dari penyelewengan yang dilakukan Faizoull ini. Di tangan saya masih ada 10 lagi aduan salah guna kuasa beliau yang akan saya dedahkan satu ketika nanti," tegas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat. Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis berhubung salah laku Faizoul itu dalam masa terdekat, biarpun pada awalnya tidak berniat untuk berbuat demikian. harakahdaily/- |
Bajet 2013: Dayatahan ekonomi negara dibimbangi Posted: 09 Sep 2012 11:02 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - 1. Merujuk kepada laporan yang dikeluarkan agensi penarafan kredit Standard & Poor's (S&P) bertarikh 5 September terhadap kedudukan penarafan kredit dan kewangan negara, saya menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memastikan khazanah wang rakyat diurus secara lebih berhemah, demi kelangsungan dayasaing dan dayatahan ekonomi negara. 2. Kerisauan terhadap kadar defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi, hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah menjadi alasan utama laporan tersebut yang memberikan amaran risiko penurunan penarafan kredit dan kewangan Malaysia. Laporan S&P ini dilihat senada dengan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka yang lain, antaranya agensi Fitch Ratings yang turut menzahirkan kebimbangan yang sama terhadap kedudukan kewangan Malaysia dalam senario ekonomi global dan serantau yang tidak menentu. 3. Saya berpendapat, jika rakyat ditegur untuk membuang tabiat gemar berhutang dan berbelanja melebihi pendapatan, seruan yang sama adalah lebih wajib kepada pihak kerajaan supaya tabiat buruk ini diberhentikan. Tindakan berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan dilihat umpama tabiat yang sukar dihakis apabila Laporan Perbendahaan Persekutuan mencatatkan hutang kerajaan persekutuan meningkat 70% dalam tempoh 5 tahun, daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada RM421 bilion pada tahun 2011, berbanding pendapatan negara yang meningkat sebanyak 30% daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion bagi tahun yang sama. 4. Oleh itu, saya mendesak kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius terhadap aspek perbelanjaan kerajaan dan beban defisit fiskal selama 14 tahun berturut-turut ini, natijah daripada sikap kerajaan yang berbelanja melebihi pendapatan sejak tahun 1998, malah rekod defisit yang sama turut diunjurkan bagi tahun 2012 dan 2013. Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang negara yang kian meruncing di paras 52% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2011 diunjurkan terus meningkat ke paras kritikal 55% jika tidak dibendung secara drastik dan holistik. 5. Saya berpendapat, kerajaan perlu memberikan perhatian terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit. Kita menyarankan agar kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, mengkaji mekanisma agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan perubatan, serta pelaksanaan sistem tender yang telus untuk menghentikan ketirisan wang rakyat. 6. Malah, saya sekali lagi mengulang saranan yang sama agar jawatan Menteri Kewangan tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan fungsi 'semak dan timbang' (check and balance) kerana mengikut rekod, Malaysia menanggung defisit fiskal yang berterusan sejak 1998 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, diteruskan oleh Tun Abdullah dan dikekalkan oleh Perdana Menteri sekarang. 7. Justeru, sebelum Bajet 2013 dibentangkan, saya mengajak seluruh rakyat menilai kejayaan Bajet 2012 dengan memberikan pertanyaan berikut, "Adakah peruntukan Bajet 2012 ditepati? Adakah matlamat Bajet 2012 dicapai?" dan yang lebih penting, "Adakah Bajet 2013 membawa masa depan yang sejahtera kepada anak cucu kita?". 8. Selamatkan Malaysia! harakahdaily/- |
71 bangunan rosak akibat gempa bumi di Bogor Posted: 09 Sep 2012 10:58 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - JAKARTA — Gempa bumi berkekuatan 4.8 pada skala Richter yang menggegarkan kawasan Bogor pada Ahad mengakibatkan 71 bangunan rosak setakat ini. Kejadian pada 1.27 pagi semalam yang berpusat di 31 km ke barat daya daerah Bogor mengakibatkan berlaku gegaran kuat sehingga dirasakan sampai ke Taman Nasional Gunung Halimun Salak Sukabumi. "Daripada data yang diperoleh, sampai sekarang ada 71 unit bangunan yang rosak terdiri daripada rumah penduduk, madrasah dan perkumpulan agama Islam, kesemua bangunan berkenaan rosak ringan," kata jurucakap bahagian penguat kuasa Majlis Daerah Kabandungan, Nurdin Sopiyan kepada wartawan, pada Ahad. Nurdin berkata, data awal mengenai kerosakan itu dilaporkan oleh empat desa iaitu Desa Tugu Badak, Cihamerang, Cipeutey dan Kabandungan. — BERNAMA |
Posted: 09 Sep 2012 10:48 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - JERAM - Jeritan seorang cucu berusia tujuh tahun yang panik melihat api marak di tengah ruang bilik di tingkat atas menyelamatkan neneknya dari rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Tahir Manan, di sini, kelmarin. Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu tidak disedari pasangan warga emas, Amir Arikandang, 72, yang strok dan isterinya, Masitah Md Noh, 72, yang ketika itu berehat di luar rumah bersama dua cucunya selepas selesai bersarapan. Menurut Masitah, ketika dia masuk ke dalam rumah untuk memasak juadah tengah hari, cucunya, Nurul Iman Mohd Azli, 7, yang ketika itu sedang naik ke tingkat atas secara tiba-tiba menjerit memaklumkan ada api di kawasan atas rumah. "Saya kemudiannya ditarik cucu untuk keluar ke rumah manakala suami yang panik turut menggagahkan diri untuk bangun dan keluar rumah apabila api kian marak dan merebak ke seluruh kawasan tingkat atas yang 100 peratus kayu. "Sekelip mata, rumah pusaka yang berusia lebih 30 tahun yang dibina suami itu musnah sekelip mata dan kami hanya mampu melihat rumah dengan linangan air mata memandangkan tidak mampu untuk berbuat apa-apa," katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam. Masitah berkata, dia tidak sempat untuk menyelamatkan barang dan dokumen penting yang ada kerana kejadian itu berlaku terlalu pantas dan hanya dalam masa 10 minit, keseluruhan rumah musnah sehingga menyebabkan tujuh motosikal di bawah rumah rentung. "Saya bersyukur kerana kebetulan ketika kejadian, kami semua berada di luar rumah seperti rutin harian untuk melihat burung dibela dan semuanya selamat tanpa kecederaan," katanya yang masih trauma dengan kejadian itu. Sementara itu, anaknya yang juga seorang pemandu lori, Mohd Azli Amir, 37, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Banting untuk urusan kerja terkejut apabila dimaklumkan rumah yang didiami bersama kedua ibu bapanya musnah dalam kebakaran. "Ketika itu, saya hanya teringat keadaan anak dan ibu bapa saya yang kurang sihat dan apabila dimaklumkan mereka selamat, saya bersyukur teramat sangat. "Namun, saya amat sedih melihat koleksi motosikal klasik yang tersimpan di bawah rumah rentung dan hanya tinggal rangka sahaja. Insiden ini menyebabkan saya putus asa untuk meneruskan hobi ini," katanya. Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan bantuan segera Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor dihulurkan melalui Penghulu Mukim Jeram, Kamaruddin Abd Rahman bagi meringankan beban yang ditanggung. Kejadian itu turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram, Datuk Amiruddin Setro, pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dan JKKKN termasuk Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Jeram, Muhd Rashid Abd Kassim. sinar harian/- |
Sabotaj: PAS tidak serupa dengan Umno Posted: 09 Sep 2012 10:34 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS tidak perlu menyingkirkan mana-mana ahlinya sebagaimana yang ingin dilakukan Umno, memandangkan semua ahli PAS bersatu padu dan tidak pernah mensabotaj ahli sendiri. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menegaskan dengan semangat perpaduan yang ditunjukkan ahli parti itu selama ini, isu sabotaj di kalangan ahli-ahlinya tidak pernah berlaku. Keadaan itu, katanya berbeza dengan Umno yang kini bimbang dengan ahli-ahlinya yang berkemungkinan melakukan sabotaj sehinggakan timbalan presiden parti melayu itu terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menyingkirkan ahli yang cuba mensabotaj parti. "Kenyataan itu jelas menunjukkan Umno mengalami krisis dalaman sehinggakan terpaksa melakukan kaedah 'bulldozer' dengan menyingkirkan ahli mereka. Manakala, bagi pihak PAS, kita tidak perlu mengeluarkan dan mengambil langkah serupa seperti Umno," tegas beliau ketika ditemui di majlis hari terbuka PAS, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada PAS akan mengambil langkah serupa seperti Umno untuk menyingkirkan mana-mana ahlinya yang cuba mensabotaj parti. Sebelum itu, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata Umno akan menyingkirkan ahlinya yang cuba mensabotaj parti itu. Dalam pada itu, Khalid berkata PAS bersama-sama Pakatan Rakyat sudah bersiap-sedia bagi menghadapi pilihan raya umum sejak akhir tahun lalu. "Kita hanya menunggu perdana menteri untuk membubarkan parlimen. Kita sudah lama bersedia. Namun, memandangkan tempoh sudah semakin singkat, maka kita kini akan mevmasuki gear lima bagi tujuan itu," tegas beliau yang optimis dengan kejayaan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13 akan datang. harakahdaily/- |
MCA tendang apa sahaja sebelum.... Posted: 09 Sep 2012 10:25 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan BN melalui KTM Komuter mengadakan gerabak khas untuk wanita diterima tetapi bila PAS menyediakan tempat yang sesuai untuk wanita makan di majlis hari raya dikritik oleh MCA. Inilah masalah besar yang dihadapi oleh MCA sekarang, terlalu takut kehilangan kuasa sehingga semua perkara dianggapnya musuh. Akhbar MCA, The Star hari ini membuat tinjauan khas tentang program Hari Terbuka PAS Negeri Sembilan yang menyediakan tempat khas untuk wanita makan. Namun, sebagaimana yang disahkan oleh Anggota Parlimen Rasah, Anthony Loke, mana-mana wanita yang ingin makan bersama lelaki, mereka tidak dihalang. "Saya telah duduk satu meja bersama Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan isterinya. Tidak ada sesiapa yang larang kami," kata Anthony Loke sebagaimana dilaporkan The Star. Semalam, majlis hari raya PAS Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman juga menyediakan tempat makan khas untuk wanita sahaja. Tetapi mana-mana pihak yang ingin makan di mana-mana pun tidak pula dilarang oleh AJK yang bertugas. Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani nyata terkejut dengan isu yang dimainkan oleh The Star ini. Katanya, langkah yang dibuat oleh PAS Negeri Sembilan adalah untuk memberikan ruang yang selesa untuk tetamunya khasnya wanita makan. "Saya tidak tahu mengapa hal ini menjadi isu sekarang kerana kita telah melakukan hal ini sejak dari dahulu," kata Taufek sebagaimana dilaporkan The Star. Dalam laporannya, Ketua Biro Politik dan Strategi MCA, Datuk Lee Yuen Fong menyesali langkah PAS itu. "Kenapa kita perlu asingkan sedang kita membuat majlis rumah terbuka dan ditempat terbuka. "Ini menunjukkan langkah yang PAS akan ambil apabila berkuasa nanti," katanya sebagaimana dilaporkan oleh The Star. harakahdaily/- |
MEMAHAMI DAN MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM Posted: 09 Sep 2012 10:17 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - َلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ : لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْءَانَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ اْلأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ(21) اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Sidang Jumaat Sekalian, Hari ini perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh kembali menjadi hebat diperkatakan oleh segenap lapisan masyarakat. Di mana sahaja kita melihat umat Islam dan orang bukan Islam begitu ghairah membicarakannya walaupun sebahagian besarnya amat tandus pengetahuan mereka mengenainya. Entah kenapa walaupun keghairahan masyarakat dalam membincangkan mengenai perlaksanaannya namun kefahaman masyarakat mengenainya tidak pernah bertambah. Mereka yang menolak masih terus dengan penolakannya dan mereka yang ragu masih terus dengan keraguan mereka. Sidang Jumaat Sekalian, Nabi Muhammad S.A.W diberi masa 23 tahun bagi melaksanakan keseluruhan syariat Allah yang selengkapnya. Kesempurnaan syariat Allah dirasai dan dapat dihayati di zaman Khalifah Ar-Rashidin dan kesannya masih menjadi kenangan indah seluruh umat manusia sehingga kini. Jika kajian dan perancangan yang cukup rapi dibuat bagi melaksanakannya maka pastinya semua pihak akan menerimanya dengan baik. Jika undang-undang Inggeris yang amat asing daripada budaya rakyat di Negara inipun dapat dilaksanakan semenjak merdeka sehingga kini, apakah yang menghalang rakyat menerima Syariat Allah yang menepati fitrah kejadian manusia. Jika undang-undang sedia ada yang tidak sesempurna manapun tidak menimbulkan sebarang huru hara, apakah Hukum Allah yang begitu adil akan mendatangkan kacau bilau di kalangan manusia. Sidang Jumaat Sekalian, Rasulullah SAW telah berjaya mengubah budaya dan undang-undang di Negara Arab yang begitu jauh bezanya dengan hukum-hakam Allah. Kejayaan ini adalah hasil kebijaksanaan baginda dalam mengatur perancangan bagi melaksanakannya walaupun terpaksa beransur-ansur hingga mengambil masa melebihi 23 tahun untuk melihat hasilnya. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam pensyariatan pengharaman arak dan judi yang telah mendarah daging dalam kehidupan masyarakat ketika itu. Dalam kitab Al-Tibyan fi Uluumi Quran (اَلتِّبْياَن فِي عُلُوْمِ الْقُرْان)karangan Al-Sheikh Muhammad Ali Al-Shobuni menerangkan kaedah pengharaman arak di zaman Nabi Muhammad S.A.W. Secara tidak langsung Allah S.W.T menggambarkan mengenai keburukan arak dengan menurunkan surah al-Nahl ayat 67 : وَمِنْ ثَمَرَاتِ النَّخِيلِ وَالأَعْنَابِ تَتَّخِذُونَ مِنْهُ سَكَرًا وَرِزْقًا حَسَنًا إِنَّ فِي ذَلِكَ َلآيَةً لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ ﴿٦٧﴾ Ertinya : Dan dari buah-buah kurma dan anggur dapat kamu ambil minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik. Dalam ayat ini Allah S.W.T hanya menerangkan bahawa anggur boleh digunakan bagi membuat minuman yang memabukkan dan boleh juga menjadi sumber rezeki yang baik kepada manusia. Selepas turunnya ayat ini sebahagian umat Islam yang mampu berfikir menyedari bahawa seolah-olah ada satu isyarat dari tuhan Rabbul Jalil mengenai perahan anggur yang dijadikan arak oleh masyarakat. Persoalan ini terus bermain difikiran mereka tanpa ada jawapannya. Kemudian Allah S.W.T menurunkan pula surah al-Baqarah ayat 219 : يَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَآ إِثْمٌۭ كَبِيرٌۭ وَمَنَـٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْـَٔلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ ٱلْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمُ الآيَات لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١٩﴾ Ertinya: Mereka bertanya mengenai arak dan judi, Katakanlah bahawa pada keduanya ada mudarat yang besar dan ada juga beberapa manfaat bagi manusia. Dan kemudaratan keduanya bagi manusia adalah melebihi daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya mengenai apa yang akan mereka nafkahkan, maka katakanlah : yang melebihi keperluan. Demikianlah Allah S.W.T menerangkan ayat-ayatnya kepada mu supaya kamu mampu memikirkan. Amaran Allah S.W.T dalam ayat ini samalah dengan amaran kerajaan di tepi kotak-kotak rokok yang menyatakan bahawa merokok mebahayakan kesihatan namun berapa ramaikah yang mahu mengambil pengajaran. Para sahabat juga mengambil sikap tunggu dan lihat malah masih meneruskan kegiatan mereka kerana tiada tanda yang jelas mengenai pengharamannya. Sidang Jumaat Sekalian, Diceritakan bahawa Abdul Rahman Bin Auf mengadakan kenduri dan mengundang para sahabat. Saidina Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa aku diundang dan dihidangkan dengan arak lalu aku meminumnya. Kemudian apabila aku menjadi imam solat maka aku diminta menjadi imam sehinggalah aku membaca surah al-Kafirun ayat 1-3 dalam keadaan mabuk dan tersilap seperti berikut: قُلْ يَاأَيُّهَا الْكَافِرُونَ (1) أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ(2) وَنَحْنُ نَعْبُدُ مَا عَبَدْتُمْ (3) Ertinya : Katakanlah wahai orang-orang kafir, aku akan menyembah apa yang kamu sembah dan kami telah pun menyembah apa yang kamu sembah. Maka turunlah ayat 43 surah an-Nisa' yang berbunyi : يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقْرَبُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمْ سُكَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا۟ مَا تَقُولُونَ Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu kerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk kecuali setelah kamu mengetahui apa yang kamu katakan. Sidang Jumaat Sekalian, Setelah penurunan ayat ini sebahagian sahabat terus menjauhi arak manakala sebahagiannya masih meneruskannya kecuali apabila mahu mendirikan solat. Maka diriwayatkan bahawa sebahagian sahabat termasuk Hamzah, bapa saudara Nabi sedang berkumpul dan ketika itu terdapat seorang hamba menghiburkan mereka dengan lagunya : اَلاَ يَا هَمْزُ لِلشَّرَفِ النَّوَاءِ وَهُنًّ مُعَقَّلاَتٌ بِالْفِنَاءِ Ertinya : Ingatlah wahai Hamzah terdapat unta-unta tua yang bermain-main itu, mereka telah diikat di halaman rumahnya. Lalu Hamzah terus memotong tali unta milik Saidina Ali lalu Ali mengadu kepada Nabi. Apabila Nabi memarahi Hamzah lalu Hamzah menjawab : Bukankah kamu semua bapa-bapa saudara ku ? Maka sedarlah Nabi bahawa bapa saudaranya itu sedang mabuk. Tidak lama kemudian maka turunlah ayat 90-91 surah al-Maidah yang mengharamkan terus arak daripada di minum oleh umat Islam : يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلْأَنصَابُ وَٱلْأَزْلَـٰمُ رِجْسٌۭ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَـٰنِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ ﴿٩٠﴾ إِنَّمَا يُرِيدُ ٱلشَّيْطَـٰنُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ ٱلْعَدَٰوَةَ وَٱلْبَغْضَآءَ فِى ٱلْخَمْرِ وَٱلْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ ٱللَّهِ وَعَنِ ٱلصَّلَوٰةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ ﴿٩١﴾ Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya arak dan judi, penyembahan berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji yang menjadi amalan syaitan. Maka kamu jauhilah ia semoga kamu mendapat kemenangan. Sesungguhnya syaitan menghendaki agar timbul di kalangan kamu permusuhan dan kebencian kerana arak dan judi seterusnya dengan itu menghalang kamu dari mengingati Allah S.W.T dan mendirikan solat. Masih kah kamu berdegil lagi ? Sidang Jumaat Sekalian, Kita pada hari ini tidak perlu menunggu turunnya wahyu baru dari Allah kerana keseluruhan Syariat Allah sudah lengkap, Namun kaedah beransur-ansur ini dalam melaksanakannya. Rasulullah S.A.W berjaya mengubah bangsa Arab sepenuhnya dalam masa 23 tahun sedangkan negara-negara Islam hari ini masih gagal menguatkuasakan hukum Allah walaupun telah mencapai kemerdekaan berpuluh-puluh tahun. Kita gagal kerana kita tidak pernah beransur-ansur mahu melaksanakannya. Di mana sahaja ada sebahagian umat Islam berusaha melaksanakannya maka wujud pula sebahagian yang lain mencari kelemahan dan cuba menghalangnya. Kita tidak punya masa lagi untuk berbahas mengenai keindahan syariat Islam kerana hanya yang buta sejarah sahaja yang tidak mengakuinya. Tanggung jawab kita pada hari ini hanyalah untuk membuktikannya. Sesiapa sahaja yang mahu mengusahakannya wajib kita bantu dan segala kekurangannya harus sama-sama ditampung. Semua pihak mesti sama-sama berusaha menegakkannya secara beransur-ansur. Jika 10 tahun lalu kita sudah memulakan penerangan mengenai syariat Allah kepada seluruh masyarakat, maka pasti hari ini kita tidak lagi menghadapi masalah dalam melaksanakannya. Media massa dan media cetak hari ini telah gagal menjalankan tugasnya bagi menjelaskannya kepada masyarakat malah lebih banyak menambahkan kekeliruan dalam masyarakat. Maka marilah kita semua bersatu tenaga bagi melaksanakannya secara beransur-ansur. Jika semua pihak memang berniat untuk melaksanakannya walaupun pendekatannya berbeza, maka tiada alasan bagi kita berbalah kerananya kerana ini adalah tanggungjawab kita bersama. Gunakanlah segala cara yang ada bagi menerangkannya kepada masyarakat agar pihak yang berusaha menguatkuasakannya tidak diganggu oleh pihak yang sebenarnya amat jahil mengenai perlaksanaannya. Jika ini kita lakukan maka bukan sahaja orang Islam malah orang bukan Islam juga akan menerimanya sebagai undang-undang negara. بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوا اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ : يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱدْخُلُوا۟ فِى ٱلسِّلْمِ كَآفَّةًۭ وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيْطَـٰنِ ۚ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّۭ مُّبِينٌۭ ﴿٢٠٨﴾ Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata;…Al-Baqarah ayat 208 اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Sidang Jumaat Sekelian, Setiap Umat Islam wajib membantu ke arah menjayakan perlaksanaan Syariat Allah sepenuhnya. Kita akan dipertanggungjawabkan atas kegagalan kita membantu perjuangan melaksanakannya apatah lagi jika kita menjadi penghalang kepada perlaksanaannya. Oleh yang demikian, marilah kita bersama mengikhlaskan diri kita untuk melaksanakan amanah ini. Perbanyakkanlah usaha-usaha penerangan bagi menjelaskan kepada masyarakat walaupun kefahaman masyarakat bukanlah menjadi syarat untuk melaksanakan sebarang undang-undang. Janganlah kita mengeluarkan sebarang ungkapan yang menghina, mempertikai dan menimbulkan kekeliruan atau kekhilafan berkenaan perlaksanaannya kerana ianya tidak akan membantu untuk menjayakan perlaksanaannya melainkan hanya menggangu usaha-usaha ke arah perlaksanaannya. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. Ya Allah! Kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ. Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak |
[BERGAMBAR] Kisah "Abil & Isteri" Sentuh Perasaan, Dapat Perhatian Ramai Posted: 09 Sep 2012 09:40 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - Abil sentiasa menemani isterinya Fauziah. Pengorbanan Abil Fikri Ahmad, yang berhenti kerja untuk menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, mendapat perhatian orang ramai dan turut menerima sokongan moral, dengan ada yang menyifatkan sebagai "cinta murni sebenar." Ada pembaca yang menyifatkan sukar untuk mencari suami sedemikian buat masa sekarang. Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, 38, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011. Abil Fikri, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu. Noraini Amran, dari Universiti Malaya, pembaca terawal menurunkan komen menerusi portal Sinar Harian Online berkata: "Suami yang hampir mustahil untuk ditemui lagi di bumi ini." "Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara sekeluarga, semoga ALLAH berkati dan rahmati saudara....." Dia juga menulis, terdapat kes-kes seumpama tetapi tidak mendapat perhatian. "Maaflah dulu... ada juga saya pernah jumpa..tapi tak masuk surat khabar," katanya lagi. Razman Rashid pula menulis, "sayu rasanya dengar kisah ini... semoga tabah hadapi ujian ALLAH." DzulsharifDzul Sharif dari Bangi juga rasa sayu hati mendengar cerita Abil Fikri. "Syabas Abil Fikri, semoga ALLAH merahmati anda dan menyembuhkan penyakit isteri anda... moga tabah... bersabarlah," katanya. Kisah Abil juga menerima perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Limbongan, Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat . Katanya, "semoga Mahkota ALLAH yang dipakai oleh isteri Abil menjadi rahmat kepada suami yang soleh." "Saya ikut terharu dan berdoa semoga ALLAH swt memberkati usaha yang murni ini," kata beliau. Siti Halimatussadiyah yang berada di Jakarta menulis, "semoga diterima amal ibadahnya." "Dan mendapat tempat yang layak di sisi ALLAH swt... serta keluarga diberi kesabaran dan keiklasan menerima ujian ini," kata beliau. Abdul Hakim dari Universiti Teknologi Malaysia memberi sokongan dengan menulis "semoga ALLAH memberi rahmat pada kamu saudara Abil... dan semoga isteri kamu berada di dalam rahmat ALLAH juga... mungkin saudara Abil boleh menyatakan no akaun bank.. untuk sesaiapa yang ingin membantunya." Roslan Mamat dari Kuala Terengganu dengan berkata, "syabas! dari sudut kecil hati saya pada Encik Abil." "Saya sendiri pun sudah lupa akan masa ijab kabul sebelum bergelar suami-isteri, bukan saja anak-anak...terpi isteri juga adalah amanah ALLAH... bertawakallah kepada-Nya... insya-Allah... inilah ujian akan adalah hikmat pada hambanya ke atas semua dugaan ini.... saya akan mendoakan dari jauh... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... sekali lagi Syabas saya ucapkan... kerana ini menyedarkan pada diri saya apa erti amanah... pada anak-isteri," katanya. Faizal Ismail, yang memperkenalkan dirinya seorang guru berkata, "ini baru betul cinta..." Sokongan moral turut diberikan oleh pembaca bernama Zol Kharnai. Katanya, "semoga Tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran terhadap kamu." "Sesiapa sahaja akan terhenti mindanya seketika bila membaca kisah kamu yang terpaksa berhenti kerja kerana mengurus dan menjaga isteri yang koma. "Itu bukan perkara yang mudah dan tidak semua orang dapat menghadapinya. Dengan penuh insaf, saya berdoa semoga ALLAH memberikan kamu kesudahan yang baik," kata beliau lagi. Pembaca bernama Noripz Aries Mazwan dari San Francisco pula menulis, "semua orang mahukan suami sebegini..." Di sebalik sokongan moral, seorang pembaca, yang menggunakan nama Mat Top berkata, "Mat Top amat bersimpati dengan pasangan ini yang menerima dugaan dengan tabah." "Cuma yang Mat Top muskilkan, adakah berhenti kerja untuk menjaga isteri dan berharapkan kepada bantuan Kebajikan Masyarakat, pencen isteri, simpanan dan simpati orang ramai lebih baik dari terus bekerja dan menjaga isteri di samping mengupah jurarawat terlatih menjaga isteri semasa keluar bekerja," katanya. Shaikh Mohamed Noordin menulis, "inilah yang dikatakan 'suami masali''." "Menjaga isteri juga merupakan tanggungjawab suami, dan syurgalah tempatnya bagi suami-suami yang memegang amanah dan tanggungjawab ini," kata beliau. Beberapa pembaca mendoakan agar isteri Abil Fikri cepat sembuh. John Labu berkata, "suami mithali, ALLAH akan bersama dengan tuan, semoga isteri cepat sembuh." "Semoga ALLAH merahmati pengorbanan si suami dan memberi kesihatan pada isterinya," katanya lagi. Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menghubungi Abil menerusi talian 016-2634258. GREENBOC/- |
Naib Presiden Iraq kena hukum gantung Posted: 09 Sep 2012 09:37 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - PIHAK keselamatan persendirian Iraq menyiasat bangkai bom kereta di luar bangunan konsular Perancis di Nassiriya, semalam. Baghdad: Sekurang-kurangnya 58 orang terbunuh dalam letupan bom dan serangan di 11 kota seluruh Iraq semalam termasuk satu bom kereta di luar bangunan konsular Perancis. Memburukkan keadaan, mahkamah Iraq menghukum gantung Naib Presiden, Tareq al-Hashemi atas kesalahan membunuh. Hashemi menghadapi 150 tuduhan termasuk membunuh seorang brigadier jeneral dan peguam, tidak hadir ketika hakim mengumumkan keputusan. Penyerang yang tidak diketahui identiti mereka menembak askar yang berkawal di pos tentera selain rekrut polis yang sedang berbaris memohon kerja. Keganasan itu menyebabkan hampir 250 orang cedera. Pemisah Sunnah dan al-Qaeda melancarkan beberapa serangan besar tahun ini dalam cubaan untuk meningkatkan ketegangan politik dan perkauman yang membawa negara itu hampir kepada perang saudara pada 2006-2007. Serangan paling serius Serangan paling serius berlaku tengah malam di Dujail, 50 kilometer ke utara Baghdad apabila lelaki bersenjata dan seorang pengebom memandu kereta serta menyerang sebuah pangkalan tentera membunuh 11 askar dan mencederakan tujuh lain, kata sumber polis. Sebutir bom kereta meletup di luar bangunan konsular Perancis di bandar raya yang biasanya stabil, Sassiriya, 300 kilometer ke selatan Baghdad, mencederakan dua orang. Bom kereta yang lain juga diletupkan di bandar raya terbabit membunuh dua orang dan mencederakan tiga yang lain. Lebih ramai yang terbunuh dalam beberapa letupan di seluruh negara di bandar Kirkuk, Samarra, Basra dan Tuz Khurmato. Militan Islam dan al-Qaeda Kerajaan Iraq masih berhadapan dengan militan Islam dan al-Qaeda, sembilan bulan selepas tentera Amerika Syarikat meninggalkan negara itu. Sayap tempatan al-Qaeda Iraq, Islamic State of Iraq mendakwa bertanggungjawab terhadap serangan besar membabitkan pasukan keselamatan dan kejiranan Syiah. Tetapi, bekas ahli parti Baathist Saddam Hussein dan kumpulan Islam Sunnah lain juga menentang kerajaan. Tiada pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan Ahad. Ketegangan di Iraq menimbulkan kebimbangan mengenai keganasan kembali merebak terutama ketika Iraq berhadapan dengan konflik yang meningkat di negara jiran, Syria. Reuters/AFP |
Tidak perlu 7 hari, hari ini boleh - Mahfuz Posted: 09 Sep 2012 09:30 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bertegas tidak akan meminta maaf kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid. (Aksi segolongan aktivis yang dikatakan ahli Perkasa di Masjid Al - Hussain baru-baru ini) Beliau berkata demikian setelah diberitahu bahawa Perkasa memberi tempoh selama tujuh hari kepadanya untuk meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid ketika serangan mereka ke atas Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini. "Saya tidak perlu meminta maaf atas perbuatan yang memang dilakukan oleh Perkasa. "Apa yang saya nyatakan memang berasas dan saya ada saksi-saksi," tegas Mahfuz (gambar). Beliau juga berkata, Perkasa tidak perlu tunggu tujuh hari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya. "Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah. "Mereka banyak duit dan mereka tidak ada masalah untuk melakukan perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz sebelum ini menegaskan, tidak ada gambar dan tidak ada rakaman yang disiarkan dalam Youtube tidak boleh menjadi bukti bahawa peristiwa itu tidak berlaku kerana ramai yang menyaksikan kasut dibaling ke dalam rumah Allah itu ketika serangan Perkasa ke atas masjid itu. "Kalau tak ada rakaman sekalipun, kenyataan saksi-saksi juga diiktiraf oleh undang-undang," kata Mahfuz sambil mengulangi penegasan bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada Perkasa. Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail (gambar) sebelum itu memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mahfuz untuk meminta maaf berikutan kenyataanya bahawa Perkasa membaling kasut ke dalam masjid tersebut. Beliau juga menuntut tiga akhbar termasuk Harakah menarik balik laporan mengenai perbuatan itu. Mohd Yusof yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mahfuz dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian. Beliau mengulangi dakwaannya sebelum ini kononnya apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali semata-mata kerana tidak ada rakaman video yang menunjukkan perbuatan membaling kasut itu berlaku. harakahdaily/- |
Padah potong kiri, penunggang motosikal maut digilis treler Posted: 09 Sep 2012 09:15 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - RAWANG – Tindakan seorang penunggang motosikal memotong sebuah treler di bahagian kiri jalan membawa padah apabila dia maut dalam keadaan tragis dengan isi kepalanya terburai dilanggar kenderaan 18 tayar itu, lewat malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa, warga Pakistan, Zulfiqar Ali dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dari arah Rawang menghala ke Country Homes. Sumber berkata, ketika berada di Jalan Sungai Dua berhadapan pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rawang, mangsa yang berusia 28 tahun dikatakan cuba memotong sebuah treler jenis Nissan yang berada di depannya. Katanya, tindakan mangsa memotong dari bahagian kiri itu berdepan detik malang apabila dia dikatakan terlanggar konkrit pembahagi bahu jalan. Menurut sumber, akibat daripada itu, motosikal ditunggangi terbabas dan menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan. "Mangsa yang bekerja sebagai penjual tudung tidak sempat bangun menyelamatkan diri menyebabkan kepalanya digilis oleh treler cuba dipotongnya sebelum itu. "Isi kepala mangsa terburai dilenyek tayar bahagian belakang treler yang membawa muatan batu konkrit sebelum disahkan meninggal dunia serta merta," katanya. Beliau berkata, pemandu treler warga tempatan berusia 51 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan memaklumkan memberhentikan kenderaan dipandunya sebaik merasakan tayar belakang terangkat. Katanya, hasil pemeriksaan turut mendapati treler yang terbabit dengan kemalangan tidak mengalami sebarang kerosakan namun motosikal mangsa mempunyai kesan calar di bahagian kanan. "Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di parah dikepala," katanya lagi. Kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan. Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii di talian 03-61262273 atau 03-61262257. sinar harian/- |
73 terbunuh dalam serangan ke atas tentera Posted: 09 Sep 2012 09:01 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - (Antara kenderaan tentera yang hancur akibat serangan di Dujail, Iraq) BAGHDAD: Serangan kumpulan bersenjata telah membunuh sekurang-kurangnya 73 orang dalam serangan bertalu-talu di Iraq, membunuh askar di pos tentera dan mengebom polis rekrut yang menunggu untuk memohon pekerjaan. Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut tetapi al-Qaeda di Iraq, dikatakan telah berikrar untuk mengukuhkan kedudukannya di Irag dan merampas kembali kawasan-kawasan yang mereka dipaksa berundur oleh tentera Amerika Syarikat tahun lepas. Dalam serangan dahsyat itu, kumpulan bersenjata menyerbu kumpulan tentera kecil Iraq di bandar Dujail sebelum subuh, membunuh sekurang-kurangnya 10 orang askar dan mencederakan lapan yang lain, menurut laporan pegawai polis dan pegawai hospital di bandar berdekatan Balad, kira-kira 80km di utara Baghdad. Para pegawai tersebut tidak mahu mendedahkan nama mereka kerana tidak diberi kebenaran untuk mendedahkan sebarang maklumat. harakahdaily/- |
Anwar: Biar polis siasat isu senjata api Posted: 09 Sep 2012 08:59 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahakan isu pengawal peribadinya yang didakwa mengeluarkan sepucuk senjata api dalam satu insiden di Jasin, Melaka semalam untuk siasatan polis. Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut. anwar malacca jasin tour bus bodyguard gun 090912Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman. "Saya serahkan kepada polis," katanya yang menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan. Beliau berkata demikian kepada pemberita di satu majlis rumah terbuka PKR di Pantai Dalam pagi ini. Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua polis berpakaian preman bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar itu dan memaksa senjata api tersebut dimasukkan semula ke sarungnya. Pegawal peribadi itu kemudiannya ditahan. Anwar menegaskan bahawa senjata api yang digunakan pengawal peribadinya itu berlesen. Kejadian itu berlaku apabila bas yang digunakan PKR untuk kempen Jelajah Merdeka Rakyat disekat oleh kira-kira 20 orang berhampiran kawasan Kampung Rim. Bas tersebut juga disimbah dengan cat merah. malaysiakini/- |
Posted: 09 Sep 2012 08:57 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - MAYAT seorang lelaki ditemui dalam kereta BMW dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di kepala kiri dipercayai akibat dihentak dengan objek keras di Bangi semalam. BANGI – Rasa ingin tahu seorang lelaki mengenai kehadiran sebuah kereta mewah jenis BMW yang tidak bergerak-gerak di kawasan pembuangan sampah di Jalan Mahkota 1, Batu 5 1/2 di sini membawa penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa bunuh semalam. Mayat Won Sin Keong, 42, dari Batu 9 Cheras ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan memakai seluar jean dan baju T berwarna hitam. Mangsa telah berkahwin. Mengimbau semula kejadian itu, lelaki yang enggan dikenali itu memberitahu, dia menyedari kewujudan kereta tersebut ketika dia dan ahli keluarganya keluar rumah untuk bersarapan di kedai berhampiran pada pukul 7 pagi. Katanya, ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai bersarapan kira-kira 45 minit kemudian, dia terus berhenti selepas melihat kereta yang masih berada di situ untuk mengetahui apa yang terjadi. kosmo/- |
Team Najib-Muhyiddin retak menanti belah? Posted: 09 Sep 2012 08:48 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - Semenjak pasukan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai BN pada 2009, perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu cuba menonjolkan satu imej kepimpinan yang sepadu. Namun, di saat pilihan raya makin hampir, tanda-tanda keretakan semakin ketara pada keutuhan kepimpinan yang digambarkan itu dan contoh paling jelas dilihat melalui reaksi kerajaan yang mengelirukan berhubung pindaan Akta Keterangan. Susulan kepada bantahan Seksyen 114A Akta Keterangan oleh pengendali laman web, Najib pada 14 Ogos mengumumkan di Twitter bahawa beliau akan mengarahkan kabinet mengkaji semula peruntukan undang-undang yang menimbulkan kontroversi itu. Sehari kemudian, Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet semasa ketiadaan Najib membuat keputusan yang bertentangan arahan perdana menteri supaya mengkaji semula pindaan tersebut. Malaysiakini difahamkan bahawa Muhyiddin juga memanggil dua timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu, serta ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan peruntukan pindaan akta tersebut. Mesyuarat pada 15 Ogos itu pada awalnya memutuskan untuk menegur ketiga-tiga pemimpin Umno berkenaan ekoran pendirian itu yang bertentangan dengan kerajaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan perkata itu namun menjelaskan bahawa ia hanyalah satu cadangan yang ditolak Najib selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet sekali lagi pada 28 Ogos. Walaupun dengan keputusan perdana menteri sedemikian, Muhyiddin pada 3 September memanggil dua timbalan menteri berkenaan ke pejabatnya, Perkara ini disahkan sekali lagi oleh Nazri yang hadir ke mesyuarat tersebut, namun beliau menjelaskan bahawa tiada sebarang teguran dikeluarkan. Menteri undang-undang itu juga berkata, beliau tidak memanggil timbalan menteri berkenaan tetapi dijemput oleh Muhyiddin untuk menjelaskan peruntukan tersebut kepada Saifuddin dan Gan. Di sebalik babak yang berlangsung itu, komplot politik di peringkat parti nampaknya juga sedang digerakkan. Menurut sumber PKR, puak Umno yang memihak kepada Muhyiddin dipercayai bertanggungjawab membocorkan dokumen projek sambungan LRT laluan Ampang yang mengaitkan Najib dalam pemberian kontrak kontroversi itu kepada George Kent (Malaysia) Bhd. PKR menggunakan dokumen tersebut untuk menyerang Najib dengan dakwaan bahawa perdana menteri masuk campur dalam proses tender terbuka projek tersebut supaya memihak kepada konsortium George Kent. Pengerusi konsortium tersebut ialah Tan Sri Tan Kay Hock yang disifatkan sering bermain golf dengan Najib. Ketika dihubungi, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang bertanggungjawab mendedahkan skandal itu berkata, identiti individu yang menghantar dokumen tersebut ke ibu pejabat PKR tidak diketahui. Katanya, dokumen tersebut dihantar dalam satu sampul surat. "Kesemua dokumen itu lengkap jadi terpulang kepada saya bagaimana hendak menggunakannya," kata Rafizi yang menambah, identiti individu yang menghantar dokumen berkenaan menjadi bahan spekulasi. malaysiakini/- |
FGVHB: Bukti peneroka dikhianati makin terserlah Posted: 09 Sep 2012 08:40 PM PDT 23 Syawal 1433H. [MOD] - Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang. Dalam tempoh 55 tahun, sudah terlalu banyak hak umat Melayu dikhianati. Dibawakan satu contoh di sini sebagai ilustrasi. Dalam awal tahun 1980an, pemimpin Melayu melalui Bank Bumiputra Malaysia Berhad (yang ditubuhkan kononnya untuk menyediakan pembiayaan kepada orang Melayu menerokai dunia perdagangan dan perindustrian) telah mengkhianati orang Melayu dengan memberi pinjaman berbilion-bilion ringgit kepada seorang kapitalais penipu bernama George Tan, mengenepikan puluhan ribu umat Melayu yang pada ketika itu, amat dahagakan pembiayaan. Akhirnya, Bank Bumiputra Berhad kerugian RM3 bilion. Walau pun telah diselamatkan beberapa kali melalui suntikan wang Petronas (berbilion ringgit jumlahnya), BBMB akhirnya runtuh dan kini hanya tinggal batu nisan. Natijahnya, umat Melayu, setelah 55 tahun merdeka, kekal menjadi kaum termundur dalam dunia perdagangan dan perindustrian. Dibandingkan dengan skandal BBMB, skandal penggadaian tanah Felda ini adalah satu pengkhianatan berganda-ganda besarnya. Harta paling strategik milik umat Melayu, iaitu, tanah tempat mereka dan keluarga bergantung hidup dan bertelapak, telah digadaikan kepada kapitalis yang sudah sedia kaya. Bukan tidak ada peneroka yang menentang pengkhianatan ini tetapi penentangan menjadi tidak bermaya apabila umat Felda disuakan dengan habuan kebendaan yang tidak seberapa nilainnya. Mereka telah termakan umpan keuntungan segera. Tidak cukup, mereka dibuai pula dengan lagu "putar alam" mainan media perdana yang menjadi alat pemimpin Melayu yang khianat. Malang sekali umat Melayu yang memiliki pemimpin yang khianat. Setelah kertas bernama saham (yang menjadi sijil milik ke atas aset yang dipindahmilik secara tidak sah kepada syarikat bernama Felda Global Ventures Holding Berhad) bertukar tangan pada hari puaka itu, maka peneroka Felda hanya memilik 2.5% dari jumlah saham yang diapongkan dan 97.5% lagi berpindah ke tangan kapitalis yang mengejar keuntungan. Jelas, peneroka telah termakan janji palsu bahawa "kepentingan mereka di dalam Felda tetap akan terpelihara dan tidak hilang barang seinci pun" walhal, akibat penyenarainan, pemilik majoriti kepentingan Felda sekarang ialah pelabur bukan peneroka. Apakah mereka mahu menafikan kenyataan bahawa mereka kini hanya memiliki 2.5% saham di dalam FGVHB dan 97.5% lagi sudah dikuasai dan dikawal oleh pelabur bukan peneroka? Sedarkah mereka bahawa daripada RM400 juta dividen awal yang bakal diagihkan, mereka hanya menerima RM10 juta sedangkan RM390 juta akan dinikmati pelabur bukan peneroka? Apakah mereka masih tidak mahu percaya bahawa akibat pengapongan saham FGVHB, pengurusan harta mereka termasuklah tanah milik peribadi mereka (seluas 10-12 ekar seorang) dan urusan jual-beli hasil, sudah dimonopoli dan diurus oleh FGVHB yang bukan lagi milik peneroka? Satu perkara yang wajar didedahkan ialah, saham FGVHB pada awalnya dijangka diapongkan pada harga terbitan awam awal RM5.85 se saham. Tetapi, prestasi FGVHB yang menurun dan pasaran saham dunia yang lemah memaksa harga terbitan diturunkan kepada RM4.55 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.45 se saham. Penyenaraian FGVHB yang dibuat dalam masa pasaran saham yang lemah ini telah membawa kerugian besar kepada Felda. Berdasarkan jumlah saham yang diapongkan, iaitu, 2.19 bilion unit, pada harga RM4.55 se unit, penyenaraian menjana RM9.93 bilion. Tetapi, pada harga RM5.85 seunit, dana yang dijana berjumlah RM11.8 bilion. Penyenaraian yang tergegsa-gesa yang gagal mengambilkira keadaan pasaran saham yang lemah telah membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 bilion kepada Felda dan FGVHB. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak professional dan mengkhianat Felda dan peneroka. Sepatutnya penyenaraian dibuat dalam keadaan pasaran yang membawa keuntungan maksimum kepada Felda. Saham FGVHB diapongkan pada 28 Jun 2012 pada harga terbitan awam awal RM4.55 se saham (harga pembeli institusi) dan RM4.45 sesaham (harga pembeli runcit). Pada hari pertama pengapongan harga ditutup pada RM5.30 sesaham, kenaikan sebanyak RM0.75 atau 16.5%. Kenaikan ini sederhana berbanding dengan jangkaan bahawa harga saham FGVHB akan melonjak tinggi sehingga ke RM6.00-7.00 seunit menghasilkan keuntungan durian runtuh kepada pemegang saham. Ini tidak terjadi sehingga kini, setelah hampir dua setengah bulan saham diapongkan. Harga tutup tertinggi pernah dicapai ialah RM5.50 se saham (pada 4 Julai dan 11 Julai). Harga tutup semalam (Rabu, 5 september 2012) ialah RM4.85 se saham, iaitu, premium sebanyak RM0.30 atau 6.6% di atas harga terbitan awam awal. Kenaikan harga yang sederhana ini memeranjatkan ramai penganalisis pasaran kerana lonjakan besar yang dijangka dan diuwar-uwarkan oleh pengerusi Felda tidak terjadi. Di dalam prospektus penyenaraian FGVHB, tidak didedahkan unjuran keutungan untuk tahun 2012. Yang ada ialah maklumat kewangan interim (laporan kewangan tidak terodit) yang mendedahkan bahawa untuk tiga bulan pertama berakhir pada 31 Mac 2012, FGVHB untung sebanyak RM223.212 juta berbanding RM350.158 juta untuk tempoh yang sama (3 bulan) dalam tahun 2011, kemerosotan sebanyak RM126.944 atau 36.2%. Laporan kewangan terkini (disiarkan oleh media pada 28 Ogos 2012) menunjukkan bahawa keuntungan FGVHB pada setengah tahun 2012 (6 bulan pertama berakhir 30 Jun 2012) berjumlah RM380.5 juta, lebih rendah daripada unjuran kebanyakan pengalisis pasaran. Jumlah keuntungan ini hanyalah 39% dari untung yang diunjurkan bagi tahun 2012 (sekitar RM1.2 bilion). Dibandingkan dengan keuntungan 6 bulan pertama 2011 (RM638.4 juta), keuntungan dalam 6 bulan pertama 2012 merosot sebanyak 34%, berpunca dari pengeluaran buah sawit (buah tandan segar) yang merosot, kenaikan kos operasi dan sumbangan sektor gula yang megecil. Walaupun keuntungan kurang memuaskan, pada 28 Ogos 2012, FGVHB telah mengishtiharkan dividen awal (interim) sebanyak 5.5% se saham yang bakal dibayar pada atau sebelum 28 November 2012. Ini adalah tindakan untuk menyokong pasaran tetapi kesannya kepada harga saham nampaknya tidak memberangkan. Pembayaran dividen ini tidak membawa apa-apa makna kepada nasib 112,000 peneroka kerana mereka hanya memegang 830 unit saham FGVHB se orang. Sebahagian besar dividen akan dinikmati oleh pemegang saham utama (cornerstone investors) yang terdiri daripada Lembaga Tabugn Haji, Kumpulan Wang Persaraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pengurus dana antarabangsa seperti BlackRock Fund Advisors, FIL Investment Mangement (Singapore) Ltd., Goldman Sachs Asset Management Brazil Ltda., The Vanguard Group, Inc., ThreadNeedle Asset Mangement Limited dan Legal and General Investment Management Ltd. Kumpulan pemegang saham yang digelar "cornerstone investors" setakat ini menguasai 21.35% saham FGVHB dan merekalah yang akan mengaut sebahagian besar dividen. Golongan yang tidak pernah berjerih payah membangunkan hutan belentara menjadi perladangan terbesar di dunia kini mengaut nikmat terbesar sedangkan peneroka yang mengorbankan keringat, airmata dan darah - kerana mereka tidak mampu membeli sekeping kertas yang bernama saham - hanya menggigit jari. Berikutan penyenaraian FGVHB, peneroka Felda diperuntukkan 830 unit saham setiap seorang. Namun, setelah lebih dairpada 2 bulan berlalu, didapati masih ramai yang belum membayar harga saham berkenaan (kira-kira RM3,800) kerana tidak mampu. Juga, ramai peneroka yang beranggapan saham itu adalah percuma. Ini bermakna, tanpa memiliki sekeping kertas bernama saham, peneroka tidak ada hak ke atas dividen 5.5% yang bakal dibayar. Menyedari hal ini, Perdana Menteri mengisytiharkan bahawa Felda akan membiayai pembelian saham oleh peneroka dengan bayaran balik yang mudah sebanyak RM50 sebulan. Langkah baru ini mengesahkan bahawa penyenaraikan FGVHB tidak membawa apa-apa keuntungan kepada peneroka. Yang untung besar hanyalah kroni dan kaum pemodal tempatan dan antarabangsa yang sudah sedia kaya. Pemberian pembiayaan ini tidak lain hanyalah umpan untuk memancing undi peneroka. Manakah dia saham percuma yang pernah dijanjikan? Selain dari itu, peneroka kononnya bakal diberi "bonus" RM400 seorang. Ini satu penipuan kerana yang bakal diberi kepada peneroka itu bukan "wang percuma" tetapi itu adalah dividen daripada saham yang mereka pegang (5.5% daripada 830 unit saham). Bukan semua peneroka akan mendapat dividen ini kerana ramai yang tidak membeli saham. Ada penganalis berpandangan bahawa prestasi keuntugan FGVHB bagi setengah tahun terakhir 2012 akan bertambah baik kerana pengeluaran buah meningkat. Namun, majoriti penganalis mengunjurkan bahawa keuntungan bagi tahun kewangan 2012 akan lebih rendah dari unjuran awal memandangkan lebih dari 50% pokok sawit yang ada sudah tua dan perlu ditanam semula. Kos penanaman semula bakal berjumlah RM2.6 bilion. Kenaikan kos operasi bersama penurunan hasil buah memberi kesan negatif kepada prestasi syairkat menyebabkan harga saham akan tertekan. Jumlah saham yang besar dan keadaan pasar saham yang tidak menentu juga boleh membawa kesan menurun kepada harga saham. Persaingan sengit daripada pengeluar minyak sawit utama dunia, Indonesia, juga akan memberi kesan negatif kepada harga sawit and akhirnya menekan harga saham FGVHB. HARAKAHDAILY/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan