DUN BUKIT PAYONG |
Umat Islam di M'sia berhimpun kecam filem hina Rasulullah Posted: 14 Sep 2012 04:56 AM PDT Petikan : Malaysiakini ![]() Umat Islam hari ini berhimpun selepas solat Jumaat di seluruh negara untuk mengecam penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang didakwa menghina Rasulullah SAW. ![]() Mereka berhimpun selama 30 minit mulai jam 2 petang yang turut disertai pemimpin PAS negeri, antaranya Ketua Dewan Pemudanya, Mohd Noor Hamzah. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu Muhammad Zaidan Abdullah berkata perhimpunan itu antara lain mendesak penerbit filem tersebut memohon maaf berhubung penyiaran filem tersebut. "Kita juga mendesak kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu ini seperti mana yang dilakukan oleh negara-negara lain," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini. Muhammad Zaidan juga berkata pihaknya akan mengatur rancangan memberi kefahaman kepada umat Islam berhubung filem yang menghina Rasulullah. ![]() Dilaporkan berlaku demonstrasi besar di kedutaan Amerika Syarikat di Mesir oleh penunjuk perasaan yang tidak puas hati dan mereka menurunkan bendera negara itu serta menggantikannya dengan bendera hitam tertulis dua kalimah syahadah. Lebih buruk lagi, agensi media antarabangsa melaporkan, kemarahan itu juga menyebabkan duta Amerika Syarikat di Libya Chris Stevens terbunuh pada Selasa malam akibat serangan di Benghazi. Sementara itu, di Masjid Amaniah, Gombak Selangor, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil mengetuai ratusan umat Islam berhimpun mengutuk penerbit dan pengarah filem tersebut. ![]() Beliau juga tidak menolak kemungkinan mengadakan perhimpunan yang lebih besar di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat dan menghantar memorandum bantahan jika tiada tindakan dibuat. Sementara itu, The Star Online melaporkan kira-kira 30 penyokong Gabungan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA) berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara hari ini membantah sedutan video klip daripada filem tersebut. Mereka juga menyerahkan memorandum mendesak pihak berkuasa Amerika Syarikat mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menerbit dan mengedarkan video klip itu. Mereka juga mendesak kerajaan Amerika Syarikat memohon maaf kepada umat Islam di seluruh dunia. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan