Anwar Ibrahim |
- Foto Bas #Merdekarakyat Di Simbah Cat Merah Di Depan Masjid Jamek Tangkak Johor
- Statement By Anwar Ibrahim On The Anti-Islamic Movie
- Orang Melayu Miskin Sebab Pemimpin Melayu Yang Rasuah Ambil Wang Kita
- Pakatan Rakyat Lancar ‘Buku Jingga’ Agenda Wanita Malaysia
- Sambutan Hari Malaysia Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim & Pimpinan PAKATAN RAKYAT Di Sabah & Sarawak 15 – 16 Sept 2012 (Sabtu & Ahad)
- Anwar Terima Anugerah Dari Persatuan Muslim UK 4 Oktober
Foto Bas #Merdekarakyat Di Simbah Cat Merah Di Depan Masjid Jamek Tangkak Johor Posted: 13 Sep 2012 11:28 PM PDT Nota Admin: Bas Jelajah Merdeka Rakyat sekali lagi diserang sewaktu singgah Di Masjid Jamek Tangkak Johor.Amat menyedihkan apabila serangan ini dilakukan tatkala peserta Jelajah sedang menunaikan sembahyang Jumaat bersama jemaah qariah tangkak johor. Inikah sikap ” Syaitan Yang Dikenali?” sepertimana disebut oleh Tun Dr.Mahathir?
| |||||||||||||||||||||
Statement By Anwar Ibrahim On The Anti-Islamic Movie Posted: 13 Sep 2012 09:11 PM PDT We denounce in the strongest terms the latest anti-Islamic film denigrating the religion and Prophet Muhammad. The movie, which is the product of a scheme to hurt Muslim sensitivities and stir chaos, must be withdrawn and condemned by world leaders unequivocally. A line must be drawn between sacrilege and blasphemy on the one hand and free speech or even artistic license on the other. The U.S. must hold to account the individuals responsible for producing this disgusting and despicable movie and demonstrate that free speech cannot be abused for the purposes of committing hate crimes. We unequivocally condemn the senseless killing of the U.S. Ambassador to Libya and other innocent individuals and call on all Muslims who cherish freedom not to react in a rash and violent manner. It is clear that the conspirators behind this movie want to sow animosity and strife between religions and peoples. To resort to violence and destruction is to play into their hands. While this shameful film is not only offensive to Muslims throughout the world but to all religions, it must not be allowed to be hijacked by extremists as an excuse to create more violence. We once again call on all community leaders throughout the world to renew efforts to boost inter religious ties, engage in greater dialogue and not to allow misunderstanding and ill will to rule over us. Anwar Ibrahim | |||||||||||||||||||||
Orang Melayu Miskin Sebab Pemimpin Melayu Yang Rasuah Ambil Wang Kita Posted: 13 Sep 2012 09:03 PM PDT | |||||||||||||||||||||
Pakatan Rakyat Lancar ‘Buku Jingga’ Agenda Wanita Malaysia Posted: 13 Sep 2012 08:38 PM PDT Pakatan Rakyat malam tadi melancarkan ‘buku jingga’ Agenda Wanita Malaysia (AWM) yang menggariskan tujuh tuju-tumpu wanita sebagai usaha memperkasa dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial golongan itu di negara ini. Agenda digunakan sebagai dasar dan polisi utama Wanita Pakatan Rakyat bagi mengangkat martabat kumpulan itu sebagai salah satu komponen dalam masyarakat sekaligus melaksanakannya jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang. Majlis pelancaran agenda tersebut disempurnakan oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Selangor di Shah Alam. Turut bersama merasmikan majlis pelancaran itu Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan Wanita Pakatan Rakyat. Tujuh tuju-tumpu yang terkandung buku agenda yang bertemakan “Wanita Berdaya Negara Sejahtera” – yang turut diedarkan kepada kira-kira 1,200 hadirin – merangkumi:
Sebelum merasmikan buku agenda itu, Anwar dalam ucapannya menggesa Wanita Pakatan Rakyat menyediakan rangka tindakan dengan menyediakan program yang lebih berkesan khususnya terhadap wanita di desa dan kawasan pendalaman. Sambil menyifatkan ia satu cabaran yang besar, Anwar turut mencadangkan supaya Wanita Pakatan Rakyat mencontohi pengalaman Kelantan yang dipimpin oleh PAS mendekati kumpulan tersebut. “Mendekati wanita di bandar tidak sama dengan wanita di kawasan desa dan pedalaman. Dan cabaran kita yang besar adalah di kawasan desa dan pedalaman. “Saya percaya rakan-rakan pimpinan PAS, DAP dan Keadilan tidak menjadikan ia sebagai slogan atau retorik biasa yang dilakukan, kerana sudah 50 tahun lalu dengan retorik yang sama. “Semua ingin memberdaya dan memperkasa tetapi akhirnya bukan memberdaya tapi memperdaya… Sebab itu kita mahu supaya ada program (dalam) satu kertas biru khas. Kita tidak punyai banyak masa,” katanya. Anwar berkata beliau yakin Pakatan dapat menguasai Putrajaya sekiranya semua pihak dalam gabungan itu berjaya menembusi “sedikit ruang” dengan mendapat sokongan wanita desa dan pedalaman. “Saya percaya ini masa dan ketikanya, rakan kita dalam DAP, PAS dan Keadilan bersama, untuk melihat, kalau kita mahu menawan Putrajaya, Insya-Allah, saya yakin kita dapat tawan Putrajaya. “Tetapi kita perlu sedikit ‘push’ di kalangan masyarakat pedalaman dan desa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita,” katanya. Dalam sidang media selepas itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata Wanita Pakatan Rakyat merangka strategi untuk turun ke akar umbi bagi menjelaskan kandungan AWM khususnya wanita di desa dan pedalaman. Bagi tujuan itu, katanya, mereka merancang untuk mengadakan bengkel di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengupas dan menghadam agenda tersebut sebelum meneruskannya di peringkat parlimen dan cawangan. Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang berkata bengkel tersebut akan diadakan pada 23 September ini di Selangor. “Kita juga ada jawatankuasa khas untuk membincang mengenai tujuh tuju-tumpu itu dan ia akan dilakukan oleh kumpulan profesional dalam bidang masing-masing,” kata Naib Ketua Muslimat PAS Mumtaz Mat Nawi yang turut serta dalam sidang media itu. Kemudian Zuraida mencelah: “Kemudian kita akan menetapkan tarikh untuk menjelajah ke seluruh negara untuk menarik (tumpuan) kumpulan (wanita) tersebut”. Sebagai reaksi terhadap cadangan Anwar yang mencadangkan supaya mencontohi pengalaman Kelantan, Zuraida menyambut baik cadangan itu dan akan mengkaji, mengenalpasti strategi yang digunakan dan mengubahsuai berdasarkan keperluan dan keadaan. Wanita Pakatan Rakyat juga mengharapkan maklumbalas berhubung agenda itu daripada 25 NGO wanita yang turut hadir di majlis perasmian itu. | |||||||||||||||||||||
Posted: 13 Sep 2012 10:21 AM PDT 15 September 2012 (Sabtu) – Labuan & Sabah
16 September 2012 (Ahad) – Sabah & Sarawak
| |||||||||||||||||||||
Anwar Terima Anugerah Dari Persatuan Muslim UK 4 Oktober Posted: 13 Sep 2012 07:51 AM PDT Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima anugerah AMSS (UK) Lifetime Achievement Award 2010 (Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010) daripada Association of Muslim Social Scientists United Kingdom (AMSS UK). Anugerah itu diumumkan AMSS UK dalam satu kenyataan pada 5 Oktober 2010 dan ia akan disampaikan Pengerusi AMSS UK, Dr Anas S Al-Shaikh-Ali pada 4 Oktober ini di universiti terkemuka, Paris Sorbonne University. Memetik laman rasmi AMKSS UK di sini, ia diberikan atas jasa dan sumbangan besar Anwar dalam bidang politik dan pemikiran ekonomi, mempromosikan tata kelola yang baik dan komitmen beliau pada prinsip keadilan dan toleransi. Bersempena dengan anugerah itu, Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk 'Adakah Kebangkitan Arab (Arab Spring) berpotensi untuk menjadi Kebangkitan Muslim?'. Syarahan dianjurkan The Institute of International and Strategic Relations (IRIS France), The Advanced Studies Research Centre (Belgium) dengan kerjasama AMSS UK. AMSS UK adalah pertubuhan tidak berasaskan keuntungan (non-profit organization) berpangkalan di London dan komited kepada isu-isu tempatan dan global melalui penyelidikan, persidangan dan penerbitan. Antara tokoh penerima anugerah itu adalah Edward Said (ahli akademik, penulis 'Orientalism'), Mustafa Ceric (Mufti Besar Bosnia-Herzegovina), Seyyed Hossein Nasr (ahli falsafah Islam) dan Martin Lings (sarjana, penulis 'Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources'). Dalam satu program berbeza, Anwar dijadual menyampaikan syarahan bertajuk 'Islam dan Kepelbagaian Budaya: Pengalaman Asia Tenggara' di University of Westminster, London pada 21 September ini jam 5.30 petang. Syarahan itu dianjurkan Program Islam dan Demokrasi, Pusat Kajian Demokrasi, University of Westminster dengan kerjasama AMSS UK. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan