Suara Sri Andalas |
- PKR Umum Ubah Dasar Penghantaran Barang Melalui Kapal Untuk Turunkan Harga Barang di Malaysia Timur
- Anwar Tawar Reformasi Menyeluruh Pengangkutan Awam
- PKR Mahu RCI Ditubuh Siasat Salahguna Kuasa PM
- PKR Tubuh NOW Untuk Lindungi Pemberi Maklumat
- Kes Rafizi Bukti Umno-BN Tak Mahu Telus Dan Bertanggungjawab
- The Arrest of Rafizi Ramli
- Selangor Sedia Biayai Kos Guaman Rafizi
- Kerajaan Selangor Selesaikan Kegagalan Syabas
- Syabas Gagal Selenggara Rumah Pam Punca Taman Tiada Air, Kata Ronnie
PKR Umum Ubah Dasar Penghantaran Barang Melalui Kapal Untuk Turunkan Harga Barang di Malaysia Timur Posted: 02 Aug 2012 02:30 AM PDT PETALING JAYA, 2 Ogos — Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berjanji akan menghapuskan polisi kabotaj yang memerlukan barang hanya dihantar oleh kapal tempatan untuk menjadikan harga kereta dan barangan lain lebih murah di Sabah dan Sarawak. Dasar kabotaj negara dianggap sebagai kontroversi dan sering dianggap sebagai punca kenaikan harga barang di Malaysia Timur. Langkah baru PKR dilihat sebagai dasar Pakatan Rakyat untuk memenangi dua negeri yang telah dianggap sebagai 'kubu kuat' untuk Barisan Nasional (BN). Ketua umum parti tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam kenyataan medianya hari ini, dasar yang diperkenalkan pada tahun 1980an itu "tidak ekonomik" dan perlu diubah sepenuhnya. "Jika kita perlu ambil barang dari Hong Kong, kenapa perlu ke Pelabuhan Kelang dahulu? Ini tidak masuk akal. "Ini langsung tidak ekonomik kecuali kepada para kroni yang berniat hanya mahu memperkayakan golongan tertentu dengan menaikkan harga barang di Sabah dan Sarawak," katanya lagi. Dia juga berkata Pakatan Rakyat mencadangkan harga kereta diturunkan dengan menghapuskan duti eksais dan melihat semula dasar Permit Yang Dibenarkan (AP) untuk memastikan Sabah dan Sarawak dapat menikmati harga yang lebih murah. Ahli politik dan ketua masyarakat di Sabah dan Sarawak sudah lama menentang dasar kabotaj, dengan mengatakan ini tidak perlu dilakukan untuk mengelakkan jurang ekonomi antara Malaysia Timur dan Semenanjung. Dalam tahun 1980an semua barangan yang dihantar perlu dihantar dengan kapal Malaysia yang menyebabkan kenaikan harga barang dan meningkatkan kos di Malaysia Timur. "Kadang-kala orang di sini (di Semenanjung) tidak menyedari perasaan orang Sabah dan Sarawak tentang apa yang mereka kecewakan. "Mungkin dasar kabotaj adalah relevan pada waktu itu, kerana masa itu tidak ada kemudahan pada waktu itu, tapi ia tidak boleh diteruskan lagi. Ia adalah dasar yang menyebabkan penambahan kos yang menjadikan harga barang semakin mahal," kata Anwar. Bercakap kepada The Malaysian Insider kemudiannya, timbalan setiausaha agung PKR, Darell Leiking telah menerangkan bagaimana harga petrol boleh disamakan di antara Malaysia timur dan Semenanjung, dan harga-harga lain turut boleh disamakan. "Petrol telah ditapis di Semenanjung tetapi harganya sama dengan Malaysia timur. Sementara harga seperti kereta Proton, yang dibina di Semenanjung, tetapi berbeza di Sabah dan Sarawak," katanya lagi. "PKR dan PR mahu menghapuskan dasar kabotaj ini dan ini jelas ini perbuatan sabotaj terhadap orang Sabah," kata Leiking, yang juga merupakan ketua cabang PKR Penampang di Sabah. Sumber: TheMalaysianInsider |
Anwar Tawar Reformasi Menyeluruh Pengangkutan Awam Posted: 02 Aug 2012 02:00 AM PDT PETALING JAYA 2 OGOS : Pakatan Rakyat (PR) akan mengutamakan pelaksanaan sistem pengangkutan awam yang cekap dengan kadar munasabah sebagai rancangan kerangka dasar automotif negara jika berjaya menawan Putrajaya. Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerangka baru dasar automotif negara ini adalah permulaan kepada reformasi menyeluruh sistem pengangkutan negara yang bermula dengan keutamaan mengurangkan beban hutang rayat. "Rakyat Malaysia telah menanggung hutang dan terbeban dengan kos pengangkutan yang berganda setelah sekian lama. Masanya sudah tiba untuk menghentikan ketidak adilan ini dengan merombak dasar automotif negara demi kebajikan rakyat,"katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Jelas Anwar, perlaksanaan ini dibuat di kota-kota utama Malaysia seperti Kuala Lumpur yang masih belum memiliki sistem pengangkutan yang baik. Perkara asas yang perlu diambil kira adalah dasar automotif baru perlu melindungi kebajikan pekerja sektor automotif. Selain itu, dengan menambah baik sistem pengangkutan awam dengan kos yang munasabah, maka sasaran penggunaan kenderaan persendirian akan berkurangan dan jumlah gunapakai beban api dijangka akan menurun. Melalui kerangka dasar baru ini, PR mensasarkan sistem pengangkutan awam yang cekap di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun dengan penumpuan terhadap sistem pengangkutan awam yang tidak menelan belanja besar tetapi dibuktikan berkesan terutamanya rangkaian bas dalam bandar yang kini diabaikan oleh pentadbiran sedia ada. "Rangkaian keretapi di antara bandar yang lebih cekap dan murah agar penggunaannya boleh ditingkatkan berbanding dengan keadaan sekarang. Penstrukturan semula Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan pemodenannya akan menjadi salah satu fokus utama pentadbiran baru di Putrajaya," ujar Anwar lagi. Anwar menambah, insentif akan terus diberikan kepada syarikat-syarikat yang membangunkan dan mengilang kenderaan mesra alam di negara ini dengan sasaran untuk menjadikan Malaysia mempunyai nisbah kenderaan mesra alam per kapita tertinggi di rantau Asia Tenggara. Sumber: Selangorku |
PKR Mahu RCI Ditubuh Siasat Salahguna Kuasa PM Posted: 02 Aug 2012 01:45 AM PDT PETALING JAYA, 2 OGOS – Pengarah Srategi PKR, Rafizi Ramli mendesak penubuhan satu Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat campur tangan Datuk Seri Najib di dalam penganugerahan kontrak kepada George Kent. Gesaan ini dilontarkan ekoran beberapa persoalan besar yang didedahkan sebelum ini terutama penglibatan Najib Razak dalam proses perolehan projek-projek negara hanya boleh dirungkai oleh suruhanjaya tersebut yang mempunyai kuasa penuh menyiasat seorang Perdana Menteri. Jelas beliau, keadaan ini menunjukkan betapa kroniknya amalan rasuah di peringkat tertinggi negara. "Kemungkinan wujudnya campur tangan Datuk Seri Najib di dalam institusi-institusi negara seperti Kamar Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia apabila individu yang terlibat mendedahkan skandal beliau terus dihadapkan ke mahkamah kurang 24 jam dari pengumumaman anugerah kontrak kepada George Kent. "Selain itu, persoalan mengenai hubungan Najib Razak dengan Thales yang didakwa terlibat dalam penjualan dokumen sulit pertahanan negara membayangkan penglibtan pemimpin tertinggi negara dalam kegiatan yang mengkhianati negara," katanya dalam sidang media di Pejabat PKR. Tegas beliau, sekiranya Najib tidak bersalah, beliau tidak perlu gentar menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat dakwaan ini. Awal minggu ini, Syarikat Prasarana Negara Bhd mengumumkan kontrak projek sambungan LRT Ampang dianugerahkan kepada syarikat kerjasama George Kent-Lion Pasific Venture (JV). Rafizi sebelum itu mendedahkan beberapa dokumen yang berkaitan penganugerahan kontrak bernilai RM1.1 billion bagi projek tambahan laluan LRT Ampang termasuk surat yang menunjukkan penglibatan Datuk Seri Najib Razak. Ujar Rafizi lagi, fakta yang tidak dinafikan seperti yang dideahkan sebelum ini jelas menunjukkan ada unsur salah guna kuasa dan penyelewengan apabila syarikat milik rakan karib Najib Razak dianugerahkan kontrak besar walaupun tidak mempunyai kepakaran. Sumber: Selangorku |
PKR Tubuh NOW Untuk Lindungi Pemberi Maklumat Posted: 02 Aug 2012 01:30 AM PDT PETALING JAYA, 2 OGOS: Menyedari ancaman hebat dikenakan keatas pemberi maklumat yang tampil kehadapan membongkar salah guna kuasa kerajaan, PKR hari ini menubuhkan satu badan khas bagi melindungi mereka. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata badan khas yang dinamakan Pusat Perlindungan Pemberi Maklumat Nasional (NOW) itu ditubuhkan ekoran Akta Perlindungan Pemberi Maklumat sedia ada tidak berfungsi sepenuhnya melindungi pemberi maklumat sebaliknya diragui rakyat. "Mereka sepatutnya dilindungi oleh kerajaan bukannya diburu, diugut dan didakwa oleh kerajaan. "Saya percaya selepas ini, pentadiran Datuk Seri Najib Razak akan terus memburu pemberi maklumat dalam memastikan mulut mereka terus tertutup,"ujarnya. Mengulas lanjut berhubung fungsi utama NOW, Rafizi menjelaskan selain berperanan sebagai badan pemantau ia juga berfungsi untuk mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan yang berkepentingan awam. "Selain itu, NOW ini juga melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat yang menanggung kos guaman, kos hilang sara diri. "NOW juga akan mengerakkan program kesedaran untuk mengalakan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan dan melatih lebih ramai aktivis berkemahiran dalam menganalisis skandal dan melakukan pendedahan,"jelas Rafizi dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR disini hari ini. NOW bakal beroperasi dari pusatnya di Sungai Besi yang lengkap dengan kemudahan dewan latihan untuk menjalankan program latihan dan wacana yang berterusan. NOW secara rasminya akan dilancarkan pada 30 Ogos depan sehari sebelum Sambutan Hari Kemerdekaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia. Dalam menjayakan hasrat NOW melindungi pemberi maklumat, sumbangan orang ramai diperlukan untuk menampung Dana Perlindungan Pemberi Maklumat. Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun: Oversight & Whistleblower Sdn Bhd MAYBANK 562441603039 Sumber: Selangorku |
Kes Rafizi Bukti Umno-BN Tak Mahu Telus Dan Bertanggungjawab Posted: 01 Aug 2012 09:00 PM PDT SHAH ALAM 2 OGOS : Kerajaan Selangor kesal terhadap pendakwaan yang dikenakan ke atas Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung pendedahannya mengenai butiran perbankan National Feedlot Corporation (NFC). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan ke atas Rafizi membuktikan komitmen kerajaan Umno-BN terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban yang diuar-uarkan Perdana Menteri ternyata hanya janji kosong. "Kerajaan Negeri berpendapat rakyat Malaysia haruslah diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam memastikan wang rakyat ditadbir dan diurus secara adil dan beramanah. "Bagi menepati janji Kerajaan Selangor untuk membanteras kegiatan rasuah di setiap peringkat, kita menyediakan satu dana khas (whistle blower fund) untuk membantu membiayai kos guaman Rafizi," katanya semasa sidang media di SUK di sini semalam. Menurut Abdul Khalid, dana itu diperolehi menerusi peruntukan Geran Selangorku sejumlah RM5 juta untuk membanteras rasuah. Beliau berkata, dana itu akan digunakan kepada pihak yang dianiayai dalam usaha membanteras rasuah di negeri ini. "Kerajaan Negeri boleh menggunakan dana tersebut untuk mempertahankan individu yang teraniaya supaya usaha membanteras rasuah dapat dilakukan dengan lebih efektif," katanya lagi. Mahkamah Seksyen Shah Alam menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 terhadap Rafizi dan bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad serta menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 10 Septermber depan. Rafizi ditahan polis atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989. Sumber: Selangorku |
Posted: 01 Aug 2012 08:30 AM PDT PRESS STATEMENT AUGUST 1, 2012 THE ARREST OF RAFIZI RAMLI I condemn the arrest of Parti Keadilan's Strategy Director, Rafizi Ramli, this morning. The arrest is politically motivated with the purpose to silence a man exposing scandal after scandal involving those controlling Putrajaya presently. I am convinced that his arrest is related to the National Feedlot Corporation(NFC) and George Kent — which has just been awarded the Ampang LRT-extension contract. By exposing continuously these scandals for months, he has built powerful enemies and now they are using what is at their disposal. This is Prime Minister Dato' Seri Najib Razak's personal vendetta being played out by the various government agencies. The charge against Rafizi under the Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) is only a smokescreen to put fear into the hearts of Malaysians trying to unearth the truth behind contracts and cronyism involving Barisan Nasional (BN) leaders. I commend Rafizi and the courage he has shown, and to his family I ask them to bear through these hard times and remember that social justice will prevail in the end. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM LEADER OF OPPOSITION |
Selangor Sedia Biayai Kos Guaman Rafizi Posted: 01 Aug 2012 03:00 AM PDT SHAH ALAM 1 OGOS : Kerajaan Selangor bersedia membiayai kos guaman bagi membantu Rafizi Ramli menjalani proses mahkamah berikutan penahanannya berhubung pendedahan tiga akaun kewangan berkaitan skandal National Feedlot Corporation (NFC). Menerusi Twitternya pagi tadi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyelar tindakan penahanan tersebut berikutan pendedahan beberapa skandal utama yang melibatkan pemimpin Umno-BN termasuk Projek Tambahan LRT Ampang. "Kerajaan negeri telah menyediakan dana khas untuk menolong membiayai kos guaman saudara Rafizi Ramli. "Kerajaan Negeri mengecam penangkapan dan pendakwaan terhadap Rafizi Ramli kerana membongkar kes penyelewengan NFC & George Kent," katanya. Mahkamah Seksyen Shah Alam hari ini menetapkan bayaran ikat jamin sebanyak RM15,000 kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Johari Mohamad serta menetapkan tarikh perbicaraan kes ini pada 10 Septermber 2012. Awal pagi tadi, Rafizi Ramli menerusi laman Twitternya menyatakan bahawa beliau ditahan polis atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989. Menerusi paparan twitter itu juga, Rafizi menjelaskan rumahnya diserbu kira-kira jam 7 pagi tadi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang. Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi. Johari Muhamad yang turut ditahan bersama Rafizi merupakan bekas kerani Public Bank yang dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar. Sumber: Selangorku |
Kerajaan Selangor Selesaikan Kegagalan Syabas Posted: 01 Aug 2012 02:30 AM PDT SHAH ALAM,1 OGOS : Kegagalan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk mengedar air terawat dengan baik akan diselesaikan oleh Kerajaan Selangor sendiri dengan membaik pulih tangki simpanan air yang tidak mampu berfungsi pada tahap terbaik. Pembaikan itu akan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan di mana kos kerja-kerja tersebut akan ditanggung oleh Syabas. Usaha ini merupakan antara langkah yang terpaksa diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memperbaiki pengurusan air terawat di Selangor ekoran kegagalan Syabas menunaikan tanggungjawabnya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata loji-loji itu tidak diselenggara dengan sempurna dan ada loji yang peralatannya seperti pam air langsung tidak berfungsi. Menurut beliau,kerajaan negeri mempunyai perancangan bagi meningkatkan jumlah kapasiti air terawat dengan beberapa cadangan yang dikemukan untuk mengatasi isu itu. "Kita mencadangkan pembinaan tapak rawatan air yang baru disebelah loji dengan menggunakan teknologi membrane. "Justeru dengan adanya projek ini,kita boleh meningkatkan jumlah air terawat sehingga 50 peratus tambahan," Abdul Khalid berkata dalam sidang media selepas mesyuarat exco pada 1 Ogos lalu. Tambah Abdul Khalid,pada masa kini,negeri Selangor bukan berhadapan dengan jumlah air terawat tetapi sistem pengagihan air yang perlu diperbaiki sehingga dapat mengurangkan jumlah air tanpa hasil. Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan,Kajian Dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata hasil lawatan yang dilakukakan mendapati banyak tangki simpanan air yang tidak diselenggara dengan baik oleh Syabas membahayakan penduduk sekitar. "Didapati banyak tangki simpanan air itu dengan pamnya tidak berfungsi dengan baik, sehingga mengakibatkan tangki-tangki air yang besar itu tidak mempunyai air. "Selagi Syabas tidak memperbaiki tangki simpanan air itu maka usaha kita tidak berguna kerana ia tidak dapat mengagihkan air," katanya. Ujar beliau lagi,Syabas digesa memberi penjelasan dan penyelesaian berkenaan penyelenggaraan tangki simpanan air pada masa segera. Sumber: Selangorku |
Syabas Gagal Selenggara Rumah Pam Punca Taman Tiada Air, Kata Ronnie Posted: 01 Aug 2012 02:00 AM PDT SHAH ALAM, 1 Ogos ― Kerajaan Selangor hari ini menegaskan, krisis ketiadaan air yang berlaku di Balakong adalah berpunca daripada kerosakan pam air dan kolam simpanan air yang tidak diselenggara dengan sempurna oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu (gambar) ketika sidang media hari ini menegaskan, keadaan tersebut menyebabkan Syabas tidak dapat membekalkan air terawat yang mencukupi kepada penduduk di kawasan berkenaan. "Berdasarkan lawatan kita ke kolam simpanan air di Balakong, hampir semua kolam tersebut tidak dijaga dan ada yang rosak," katanya. "Malah, banyak kolam air ini tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakkannya tidak mempunyai pam air dan motor pam telah rosak ... bukan itu sahaja pintu pagar pun hilang, ini sangat membahayakan keselamatan penduduk khususnya kanak-kanak," katanya yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran. Antara kawasan yang terjejas dengan situasi berkenaan adalah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang, iaitu Taman Bukit Belimbing, Taman Seri Belimbing, Taman Juara Jaya, Taman Harmoni Indah, Taman Seri Timah, Taman Tanming Jaya, Taman Seri Jati, Taman Putera Budiman, Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, dan Taman Sri Pulai dan Kawasan Perindustrian Balakong Jaya. Sementara dua kawasan lain di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya adalah Kampung Tengah dan Taman Sungai Besi Indah di Seri Kembangan. "Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT menggunakan lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas ini untuk menyalurkan air, dan Syabas akan membayar kos ini kerana mereka gagal menjalankan tugas mereka. Kesal dengan tindakan itu, Ronnie menegaskan, tindakan Syabas itu menyebabkan penduduk di sekitar kawasan terbabit tidak menerima bekalan air terawat yang mencukupi. Sehubungan itu, Ronnie turut menggesa Syabas agar mengambil tindakan segera bagi membaik pulih kolam air yang terjejas. Pihak berkuasa tempatan di kawasan berkenaan juga akan membuat laporan polis berhubung keadaan rumah pam berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. "Syabas seharusnya mengganti motor dan pam yang rosak supaya bekalan air di kawasan yang terjejas mencukupi," katanya lagi. Sumber: TheMalaysianInsider |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan