Khamis, 2 Ogos 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Skandal George Kent-LRT Ampang: Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Salahguna Kuasa Perdana Menteri

Posted: 02 Aug 2012 03:41 AM PDT

Anugerah kontrak bernilai RM1.1 bilion kepada Konsortium George Kent bagi pembinaan tambahan laluan LRT Ampang mengesahkan campur tangan dan salahguna kuasa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak seperti yang didedahkan sebelum ini.

Sehingga kini, beliau tidak menafikan bahawa:

1. Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan dalam mesyuarat bilangan 1/2012 telah memutuskan bahawa Konsortium Balfour-Beatty adalah pembida terbaik dari segi harga dan kepakaran teknikal;

2. Jawatankuasa yang sama dan dipengerusikan beliau dalam mesyuarat bilangan 5/2012 telah membatalkan keputusan tersebut dan melantik Konsortium George Kent, walaupun pembida itu diputuskan tidak layak oleh penilai pakar kerana markah penilaian teknikal antara yang tercorot;

3. Daripada 8 pembida, 3 pembida adalah syarikat yang ditunjangi oleh Thales, sebuah syarikat besar dari Perancis yang sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan merasuah Dato' Seri Najib dan sekutu kanan beliau; dan

4. Pemilik George Kent dilaporkan sebagai seorang kenalan rapat Dato' Seri Najib.
Fakta-fakta yang tidak dinafikan ini secara jelas menunjukkan ada unsur-unsur salahguna kuasa dan penyelewengan apabila syarikat milik rakan karib Dato' Seri Najib dianugerahkan kontrak besar walaupun tidak mempunyai pengalaman atau kepakaran.

Walaupun saya telah membuat laporan polis dan saya sendiri telah disiasat polis, itu tidak mempunyai apa-apa kesan kepada keputusan yang akan melibatkan nyawa jutaan rakyat dan berbilion ringgit wang rakyat. Jelas sekali bahawa pihak polis dan SPRM tidak berkuasa untuk menyiasat Dato' Seri Najib sehinggakan anugerah kontrak tersebut terus dibuat tanpa mengira kemarahan rakyat.

Mengambil kira kegagalan pihak polis menyekat perlakuan salahguna kuasa di peringkat tertinggi kerajaan ini, saya mendesak supaya sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat peranan dan campur tangan Dato' Seri Najib di dalam penganugerahan kontrak tersebut kepada rakan karibnya.

Lebih-lebih lagi apabila ada beberapa persoalan besar mengenai kepentingan awam yang berkait dengan kes ini:

1. Campur tangan Dato' Seri Najib di dalam proses perolehan projek-projek negara menggambarkan kroniknya amalan rasuah dan salah gunakuasa di peringkat tertinggi negara;

2. Kemungkinan wujudnya campur tangan Dato' Seri Najib di dalam institusi-institusi negara seperti Kamar Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia apabila individu yang terlibat mendedahkan skandal beliau terus dihadapkan ke mahkamah kurang 24 jam dari pengumuman anugerah kontrak kepada George Kent;

3. Persoalan mengenai hubungan Dato' Seri Najib dengan Thales yang didakwa terlibat dengan penjualan dokumen sulit pertahanan negara membayangkan penglubatan pimpinan tertinggi negara dalam kegiatan yang mengkhianati negara.

Persoalan dan tuduhan-tuduhan ini hanya boleh dirungkai melalui sebuah Suruhanjaya Diraja yang mempunyai kuasa penuh menyiasat seorang Perdana Menteri.
Jika Dato' Seri Najib yakin beliau tidak bersalah, beliau tidak perlu gentar untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat semua dakwaan ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Rafizi Tubuh Pusat Pendedah Maklumat

Posted: 02 Aug 2012 02:23 AM PDT

Malaysiakini

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengumumkan penubuhan pusat pendedah maklumat bagi mendedahkan lebih banyak “skandal besar” yang didakwa cuba dilindungi badan berkepentingan awam.
Badan itu yang dikenali sebagai Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (Now) sudah didaftarkan dan akan beroperasi dari Sungai Besi dekat ibu negara.

“Menyedari bahawa tanggungjawab melindungi pemberi maklumat dan menjaga kebajikan mereka tidak akan dipikul oleh kerajaan, saya merasa terpanggil untuk bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan sedia ada dan seluruh masyarakat untuk menubuhkan sebuah badan khusus untuk melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat,” katanya.

Menurut Rafizi, pusat itu antara lain ditubuhkan dengan matlamat berikut:

(1) Berfungsi sebagai badan pemantau yang menilai secara berkala prestasi urus tadbir, tata kelola dan ketelusan kerajaan dan agensinya (termasuk syarikat berkaitan kerajaan);

(2) Melindungi dan menjaga kebajikan pendedah maklumat melalui Dana Perlindungan Pemberi Maklumat yang akan menanggung kos guaman, kos hilang sara diri dan lain-lain;

(3) Menjalankan program kesedaran untuk menggalakkan lebih ramai pendedah maklumat tampil ke hadapan; dan

(4) Melatih lebih ramai aktivis yang berkemahiran menganalisa skandal dan melakukan pendedahan.

‘Akta diragui masyarakat’

Ia juga, kata Rafizi akan berfungsi untuk membantu pendedah maklumat yang bukan sahaja tidak dibantu malah didakwa diburu kerajaan.

Katanya, ia bertujuan mematikan budaya baru menggalakkan pendedah maklumat tampil ke hadapan.

“Akta Perlindungan Pemberi Maklumatyang digubal langsung tidak berkesan malah diragui rakyat,” kata Rafizi.

Pelancarannya akan dilakukan pada 30 Ogos ini – sehari sebelum Hari Kebangsaan untuk melambangkan kebebasan baru rakyat Malaysia.

Rafizi turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai kepada pusat itu.

Anwar Begins Legal Action Against Umno Deputy Minister Puad Zarkashi Over False Allegations on Lajim’s Resignation

Posted: 01 Aug 2012 11:19 PM PDT

I refer to the statement in Sinar Harian on 31 July 2012 by Umno Supreme Council member Dr Mohd Puad Zarkashi alleging that opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had made payments to Datuk Seri Lajim Ukin to resign from his positions in Umno and BN. This statement is a scurrilous lie and unbefittting Puad Zarkashi’s position as a federal deputy minister. Consistent with Umno’s politics of slander and character assasination, no proof is given by Puad Zarkashi to substantiate his outrageous allegation. This libellous statement is proof of UMNO’s desperation and fear in the face of massive loss of support for the BN in Sabah. The brave resignation of Datuk Seri Lajim Ukin was made in the interest of the people of Sabah who have long suffered under the oppressive and corrupt rule of UMNO/BN. We call upon UMNO/BN leaders to abandon the politics of ‘fitnah’ and instead engage Pakatan Rakyat in constructive and reasoned debate in the national interest.

In view of the seriousness of this false and irresponsible allegation, Datuk Seri Anwar Ibrahim has through his solicitors issued a letter to Dr Mohd Puad Zarkashi, demanding that he withdraw the allegation within 48 hours from today. Datuk Seri Anwar Ibrahim has also demanded that Puad Zarkashi publish an unconditional apology in two national dailies including Sinar Harian and also claims damages and legal costs. Any failure by Dr Mohd Puad Zarkashi to comply with these demands will result in the immediate issuance of a Writ of Summons against him.

Issued by,
N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN

2nd August 2012

PI Bala: Mereka Cuba Rasuah Saya

Posted: 01 Aug 2012 10:53 PM PDT

Malaysiakini

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam muncul daripada persembunyian dan membuat satu lagi pendedahan yang menggemparkan – bahawa terdapat percubaan kedua untuk merasuahnya ketika dia berada di India, kali ini untuk memburuk-burukkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada Malaysiakini dalam satu temubual di Kuala Lumpur bulan lepas, Balasubramaniam mendakwa dia didatangi kira-kira seminggu sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada April tahun lepas.

“Anda tahu semua ini, mereka sudah mendapat ‘berita baik’ dari
Perth dan mereka memerlukan lagi ‘berita baik’ dari India,” kata Balasubramaniam, tetapi enggan mengulas lanjut.

Pada masa itu, jentera kempen kedua-dua belah parti politik mencapai kemuncaknya dan apa sahaja digunakan untuk menarik pengundi dalam pilihan raya negeri yang penting itu.

Ia juga sekitar masa temubual Raja Petra Kamaruddin dengan TV3, yang dibuat semasa lawatan kontroversi penulis blog itu ke Australia, disiarkan.

Dalam temubual itu yang turut disiarkan oleh stesen TV arus perdana, Raja Petra menafikan akuan bersumpah (SD) yang menghubungkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra, yang hidup dalam buangan di United Kingdom, menyebut bahawa SD itu adalah berdasarkan maklumat ‘disemai’ oleh pemimpin PKR yang terdesak untuk menghalang Najib, yang ketika itu timbalan perdana menteri, menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dasar Automotif Negara: Pertahan Hak Rakyat,Angkat Ekonomi Negara

Posted: 01 Aug 2012 10:15 PM PDT

Seperti mana yang telah digariskan dalam Buku Jingga, dasar ekonomi yang diamalkan oleh Kerajaan UMNO-BN yang tidak telus dan mengamalkan amalan pengagihan projek kepada kroni tanpa proses tender telah meningkatkan kos dan membebankan rakyat. Kesan yang ketara dari dasar kini adalah kini adalah kesenjangan melebar di antara kelompok kecil yang maha kaya dan rakyat terbanyak. Pakatan akan mengutamakan pelaksanaan sistem pengangkutan awam yang cekap dan menyeluruh.

Kota-kota utama Malaysia terutamanya Kuala Lumpur belum menyaksikan kewujudan pengangkutan awam yang baik.

Maka kerangka dasar automatif negara yang diutarakan KEADILAN untuk pertimbangan Pakatan akan dilaksanakan seiringan dengan pengangkutan awam yang lebih cekap dengan kadar yang munasabah.

Rakyat Malaysia telah menanggung hutang dan terbeban dengan kos pengangkutan yang berganda setelah sekian lama. Masanya telah tiba untuk menghentikan ketidakadilan ini dengan merombak dasar automotif negara demi kebajikan rakyat.
KEADILAN mengakui bahawa ada perkara-perkara asas yang perlu diambil kira seperti berikut:

1. Dasar automotif negara yang baru haruslah melindungi kebajikan pekerja-pekerja sektor automotif; dan

2. Dengan menambahbaik sistem pengangkutan awam dengan kos yang munasabah; maka sasaran penggunaan kenderaan persendirian akan berkurangan dan jumlah gunapakai gunapakai beban api dijangka akan menurun.

Oleh yang demikian, dasar-dasar khusus yang bakal dicadangkan oleh KEADILAN adalah berpaksikan kepada pertimbangan-pertimbangan tersebut.

Justeru, KEADILAN akan mengemukakan untuk pertimbangan Pakatan Rakyat satu dasar automotif bersama (seperti berikut):

Matlamat 1: Meningkatkan pendapatan bolehguna rakyat

i. Komitmen untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun.

ii. Komitmen untuk menyemak kembali peraturan-peraturan dan kadar yang dikenakan oleh institusi kewangan bagi pinjaman kereta untuk memastikan keseimbangan di antara pembiayaan kereta yang munasabah dan mengelakkan kebanjiran kenderaan akibat penurunan harga kereta.

Matlamat 2: Menjamin nilai kereta sedia ada dan terpakai tidak jatuh merudum

i. Penghapusan cukai eksais dan penurunan harga kereta akan dibuat secara berperingkat supaya nilai kereta sedia ada dan terpakai turut turun secara berperingkat.

ii. Kadar penurunan cukai eksais akan diumumkan setiap tahun di dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan setelah mengambil kira pandangan institusi kewangan dan semua pihak yang terlibat di dalam perusahaan automotif dan kenderaan terpakai. Ini bertujuan supaya susutnilai kereta dan aset pinjaman yang dipegang oleh institusi kewangan adalah selari dengan penurunan harga kereta baru.

iii. Kerajaan akan mengumumkan insentif di dalam Belanjawan Kerajaan Persekutuan setiap tahun untuk menggalakkan industri pengeksportan kereta terpakai ke pasaran baru; termasuklah insentif kepada pengusaha-pengusaha kemudahan baikpulih kenderaan (reconditioning and upgrading facilities)

Matlamat 3: Mengimbangi keperluan hasil negara

i. Pengenalan sistem bidaan permit import (AP) mengikut kategori kenderaan dijangka akan membawa hasil di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun sehingga 2015 apabila AP dihapuskan sepenuhnya.

ii. Penurunan cukai eksais secara berperingkat dalam tempoh 5 tahun akan memastikan hasil negara tidak jatuh merudum seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, sebaliknya diimbangi oleh hasil baru dari bidaan AP.

iii. Suntikan sebanyak RM8 bilion ke dalam ekonomi domestik dijangka akan merancakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan hasil cukai pendapatan dan cukai jualan kerajaan bermula dari tahun kedua selepas pengenalan dasar baru. Peningkatan hasil cukai pendapatan dan cukai jualan dianggarkan akan menambah sekitar RM1 bilion hingga RM1.5 bilion kepada pendapatan negara setiap tahun.

iv. Kerajaan akan memotong peruntukan Jabatan Perdana Menteri dan menghadkan perbelanjaan tidak terancang (ad hoc expenditure) yang diumumkan Perdana Menteri dan kabinetnya untuk mengawal perbelanjaan.

v. Industri baru iaitu pengeksportan kereta terpakai ke pasaran baru dijangka akan mewujudkan sumber pendapatan baru kepada kerajaan.

Matlamat 4: Menjamin kebajikan pekerja-pekerja industri automotif

i. Dasar automotif negara yang baru akan memastikan sasarannya adalah untuk merancakkan industri automotif secara keseluruhan, bukannya menjamin pemilikan industri automotif di tangan pihak-pihak tertentu. Ini penting supaya peluang pekerjaan dan nilai tambah sektor ini terus meningkat dengan penyertaan lebih banyak firma automotif antarabangsa.

ii. Syarikat-syarikat tempatan akan diberikan sepenuh kebebasan untuk melaksanakan strategi kerjasama dan pembangunan automotif yang menjamin peluang pekerjaan dan peningkatan penggunaan kapasiti sedia ada.

iii. Insentif khas akan ditumpukan kepada usaha meningkatkan kualiti kereta yang dikeluarkan di Malaysia agar boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Matlamat kerajaan adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan nilai tambah di dalam industri automotif agar kadar eksport kereta buatan Malaysia ditingkatkan.
Matlamat 5: Pengurangan jumlah kenderaan persendirian

i. Sistem pengangkutan awam yang paling cekap di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun. Tumpuan akan diberikan kepada sistem pengangkutan awam yang tidak menelan belanja yang besar tetapi dibuktikan berkesan, terutamanya rangkaian bas dalam bandar yang kini diabaikan oleh pentadbiran sedia ada.

ii. Rangkaian keretapi antara bandar yang lebih cekap dan murah agar penggunaannya boleh ditingkatkan berbanding keadaan sekarang. Penstrukturan semula KTMB dan pemodenannya akan menjadi salah satu fokus utama pentadbiran baru di Putrajaya.

iii. Insentif akan terus diberikan kepada syarikat-syarikat yang membangunkan dan mengilang kenderaan mesra alam di Malaysia dengan sasaran untuk menjadikan Malaysia mempunyai nisbah kenderaan mesra alam per kapita yang tertinggi di rantau Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun.

Kerangka dasar automotif negara yang baru ini adalah permulaan kepada reformasi menyeluruh sistem pengangkutan negara yang bermula dengan keutamaan mengurangkan beban hutang rakyat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM
PARTI KEADILAN RAKYAT

2 OGOS 2012

Program Ramadhan Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh

Posted: 01 Aug 2012 10:00 PM PDT

3 Ogos 2012 (Jumaat)

1) 12.30 tghari – Tazkirah & Solat Jumaat
Lokasi : Masjid Daerah Perda, Bukit Mertajam

2) 6.00 ptg – Tazkirah /Iftar / & Solat Maghrib
Lokasi: Surau Insaniah, Kampong Petani, Permatang Pasir

3) 8.30 mlm – Solat Isya' / Tarawikh / & Tazkirah
Lokasi : Masjid Saidina Abu Bakar Al Siddiq, Taman Guar Perahu

Tiada ulasan:

Nuffnang