Khalid Samad |
Posted: 22 Aug 2012 08:38 AM PDT Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin. Semoga bertemu Syawal dalam keadaan fitrah, diampuni dosa dan diredhai illahi. Pada tahun ini, saya telah mengunjungi ibu dan bapa mertua bersama dua orang anak saya yang masih bujang pada malam raya. Berkesempatan bertemu adik beradik ipar dan anak buah sebelah isteri. Berbuka bersama seperti yang dirancang dan bermaafan di antara satu sama lain. Pada Hari Raya pertama saya bersolat di Masjid berhampiran rumah dan seterusnya berhari raya bersama kaum keluarga. Oleh kerana ibu saya sekarang tinggal bersama di PJ maka adik beradik serta anak saudara semua mengunjungi rumah kami untuk bersalam-salaman dan bermaafan khususnya dengan beliau. Anak-anak saya semua turut datang bersama tujuh orang cucu kesayangan pada pagi raya. Tidak puas rasanya bermain dengan mereka semua, khususnya cucu yang ketujuh yang baru berusia 4 bulan. Tepat jam 2 tengahari baru dapat saya meninggalkan rumah setelah solat Zohor untuk ke rumah terbuka MB di bangunan SUK. Bertemu sahabat handai walaupun untuk sebentar. Bermaaf-maafan dan menerima dengan baik segala ucapan semangat untuk berhari raya dan berpilihan raya! WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
You are subscribed to email updates from Khalid Samad To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan