DUN BUKIT PAYONG |
PGU 05 Pada 5 & 6 Oktober di DUN Jabi, Setiu Posted: 21 Aug 2012 04:36 PM PDT Petikan : Buletin Online ![]() Mengekalkan gelombang tersebut, PAS akan meneruskan program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (PGU) kali ke lima (PGU05) di kawasan dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi Kawasan Parlimen Setiu. Ketua Dewan Pemuda PAS selaku Pengarah PGU05, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia akan diadakan selama dua hari pada 5 dan 6 hb Oktober depan. ![]() "Di waktu yang sama kemuncaknya adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Terengganu Siri yang ke lima, PAS Ganti Umno (PGU),"ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra Sempena Eidul Fitri berama anak-anak Terengganu di perantauan yang diadakan di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu dekat sini pada malam 2 Syawal Isnin, 21 Ogos. Menurutnya, pengekalan kesedaran politik yang tinggi di kalangan anak-anak muda pada masakini akan dapat menumbangkan kerajaan Umno dan barisan Nasional yang dibina dengan rasuah dan peyalahgunaan kuasa. ![]() "InsyaaLlah (akan) tumbang dalam pilihanraya ke -13 (dan) kita bina kerajaan baru yang telus, tulus dan bersih,"tegasnya. Turut berucap dalam program tahunan PAS Terengganu itu adalah Presiden PAS dato' Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Muslimat Puan Safinah Jusoh dan Ketua Dewan Ulamak Dato' Ustaz Husin Awang. Turut hadir selain seluruh pimpinan PAS Terengganu adalah Setiausaha Agong Dato' Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Dato' Ustaz Abu Bakar Chik dan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Dato' Wan Mutalib Embong. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan