Khamis, 9 Ogos 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAMADHAN ADUN CHANGKAT JONG DI DESA AMAN

Posted: 09 Aug 2012 09:09 AM PDT


TELUK INTAN, 9 Ogos -Sempena bulan Ramdhan ini, misi Ziarah Ramadhan ADUN Changkat Jong diteruskan lagi ke beberapa kawasan di bawah DUN Changkat Jong. Baru-baru ini, YB Anuar Sudin telah menyampaikan sumbangan dan berbuka di Taman Desa Aman dekat sini.

Pengerusi Kebajikan Surau Desa Aman menyampaikan ucapan.
YB Anuar menyampaikan ucapan.

Bermula jam 6.00 petang, YB Anuar telah meraikan anak-anak yatim serta golongan miskin dalam kalangan kaum Melayu dan India di sekitar taman perumahan tersebut. Majlis dimulai dengan ucapan aluan daripada Ketua Biro Kebajikan Surau Taman Desa Aman. Beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang terdiri daripada syarikat dan orang perseorangan yang telah memberikan sumbangan untuk majlis tersebut.

Kemudian, YB Anuar Sudin telah menyampaikan ucapan. Beliau menyatakan bahawa antara cara umat Islam bersyukur adalah dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang susah. Selain itu, beliau menyatakan bahawa perlunya umat Islam memilih pemimpin yang beriman dan bertaqwa.

"Hanya pemimpin bertaqwa sahaja yang mengambil berat terhadap rakyat yang susah," ujar beliau.
Seorang penduduk India menerima sumbangan.
Isteri YB menyampaikan sumbangan kepada seorang anak yatim.

Ustaz Ismail menyampaikan duit raya kepada seorang kanak-kanak.

Seterusnya, YB Anuar telah menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di kalangan kaum India dan Melayu. Isteri ADUN Changkat Jong, Puan Hjh. Faridah Rajiah turut menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Al Barakah dan anak-anak yatim di sekitar taman perumahan.
Ustaz Ismail memimpin majlis tahlil.



Selepas itu, majlis tahlil diadakan dengan diketuai oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik diikuti dengan majlis berbuka puasa bersama para penduduk yang hadir. 

Turut hadir ialah pimpinan PAS Kawasan Teluk Intan dan PAS Cawangan Taman Desa Aman.

intanhijau.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang