Khamis, 9 Ogos 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Sepakat Negeri Pakatan Rakyat Sebangsa Senegara Sejiwa

Posted: 09 Aug 2012 06:28 AM PDT

Hudud: Satu Lagi Hipokrasi UMNO

Posted: 09 Aug 2012 02:09 AM PDT

Pemilihan Tema, Logo Merdeka Lambang Keterbukaan Pakatan

Posted: 09 Aug 2012 02:04 AM PDT

KeadilanDaily

Persetujuan bersama semua negeri Pakatan Rakyat menggunakan tema dan logo Hari Kemerdekaan yang sama melambangkan keterbukaan Pembangkang dalam membuat keputusan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun berbeza pendapat, tetapi setelah kata sepakat dicapai, mereka kembali bersatu demi kepentingan rakyat. Ia membuktikan sikap keterbukaan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini mengulas keputusan tiga negeri Pakatan yang sebelum ini mahu menggunakan tema Kemerdekaan masing-masing.

"Setelah perbincangan oleh pimpinan tertinggi Pakatan, keempat-empat negeri kini bersetuju menggunakan logo serta tema yang sama," kata Anwar.

Beliau sebelum itu melancarkan logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat bagi menggantikan logo yang ditetapkan kerajaan Umno BN.

Logo ciptaan Ilusenidesign.com itu dipilih untuk digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

1 Ogos lalu, Pakatan Rakyat memilih 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema 'Janji Ditepati' oleh kerajaan Umno BN.

Tema tersebut dipilih oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat.

Tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' diilhamkan Alhaimi Adam, merangkumi tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.

Negeri Pakatan Sebulat suara guna ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’

Posted: 09 Aug 2012 12:41 AM PDT

KeadilanDaily

Kesemua empat negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menggunakan tema yang sama iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 pada tahun ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sepakat menggunakan tema tersebut secara bersama dan tidak lagi menggunakan tema pilihan bagi negeri masing-masing sebagaimana yang diputuskan sebelum ini.

Menurut beliau, keputusan Pakatan menggunakan tema tersebut kerana menentang tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, Pakatan mendesak Kerajaan Persekutuan menukar tema berkenaan kerana dijadikan kempen Umno BN

Mustafa berkata, pemilihan tema oleh Pakatan lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco petang tadi berkata, Kerajaan Selangor memutuskan untuk menggunakan tema rasmi Pakatan Rakyat itu.

Umno Mula Kempen Pelampau Agama

Posted: 08 Aug 2012 11:50 PM PDT

Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno kini memulakan kempen pelampau agama melalui laporan Utusan Malaysia yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.

Laporan berkenaan yang memetik pandangan seorang guru pondok antara lainnya menyatakan bahawa DAP “secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.”

Namun, Anwar memberitahu satu sidang media hari ini, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.

“Najib kata selagi jadi PM beliau tak akan laksanakan hukum hudud,” katanya sambil menambah, Datuk Seri Mahathir Mohamad juga pernah menulis surat kepada menteri besar Kelantan bagi menyatakan penolakan kepada pelaksanaan hukum hudud,

“Kalau ini pandangan mereka, kenapa DAP saja disebut tak boleh disokong sedangkan kenyataan Umno dan MCA masuk kategori sama,” katanya lagi.

KPN Diminta Komited Bendung Jenayah, Jaga Keamanan Negara

Posted: 08 Aug 2012 01:41 AM PDT

Keadilandaily

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Izzah Anwar mempersoal apa sebenarnya tangungjawab Ketua Polis Negara (KPN) kerana beliau sering dilihat membantu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengedarkan bubur lambuk.

Menurutnya, perkara tersebut diadu penduduk yang menyaksikan tiga kali Tan Sri Ismail Omar bersama-sama Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menyampaikan juadah berbuka puasa itu kepada masyarakat di sekitar Lembah Pantai baru-baru ini.

"Memang pelik, sejak bila Ketua Polis Negara mendapat tugas baru mengedar bubur lambuk sedangkan banyak lagi tugas lebih penting perlu dilaksanakan.

"Apakah ini transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam usaha menjaga keamanan negara," soalnya.

Beliau mengulas demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan zakat beserta barangan keperluan dapur kepada 200 golongan yang memerlukan termasuk dua buah kerusi roda kepada warga emas dalam Majlis Iftar Ramadhan Jasamu Dikenang semalam.

Tegas Naib Presiden KEADILAN itu lagi, tugas utama KPN adalah memastikan semua anggota polis menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.

Kata Izzah, peningkatan kes jenayah di kawasan jagaannya semakin membimbangkan dan ia perlu diambil perhatian serius.

"Masyarakat terutamanya di Brickfields rasa keselamatan mereka tergugat sejak balai polis di sini dirobohkan tahun lepas. Berbagai rungutan penduduk saya terima dan mereka mahukan balai polis baru dibina seperti yang dijanjikan oleh Nong Chik. Malangnya hingga hari ini, janji manis itu tidak dilunaskan.

"Justeru saya mendesak Menteri Wilayah menepati janjinya untuk bina balai polis baru dengan mencari lokasi strategik sebelum penduduk mengadakan protes bantahan. Begitu juga Tan Sri Ismail Omar perlu kembali menjalankan tugasnya sebagai KPN," tegas Izzah.

Tiada ulasan:

Nuffnang