DUN BUKIT PAYONG |
Badar : Bukti kecintaan kepada Allah dan rasul Posted: 08 Aug 2012 09:22 PM PDT Bukit Payong : Perang Badar adalah perang pertama umat Islam menentang kafir Quraisy berlaku dalam tahun dua Hijrah selepas kewajipan berpuasa diturunkan kepada umat Islam. Peperangan yang menjadi bukti nyata kecintaan yang tiada tolok bandingnya kepada Allah dan rasul oleh sahabat-sahabat rasulullah s.a.w. Demikian antara intipati ceramah Badar al-Kubra, Iktibar kepada ummah yang disampaikan oleh Ustaz Ridzuan Hashim di Masjid Titian Baru baru-baru ini. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu itu seterusnya menambah, perang Badar juga menunjukkan betapa istiqamahnya sahabat-sahabat dengan jalan Allah dan sanggup bersama-sama bersusah payah dengan rasulullah. "Adakah sikap ini ada pada diri kita semua? ," soalnya. "Apabila keimanan kita kepada Allah dan rasul lemah, cintakan dunia melebihi cinta kepada Allah dan rasul, maka akan terjadilah penyakit futur," tambahnya lagi. Mengambil ruh Badar ini, menurutnya lagi, maka PAS sangat konsisten dengan prinsip Islam yang menjadi asas penubuhan parti itu dan tidak sanggup menggadai prinsip Islam walau atas alasan apapun. Atas sikap beristiqamah itulah maka dapat dilihat ramai yang telah menyertai PAS biarpun sebelum ini mereka merasakan fobia dengan PAS. Beliau seterusnya mengajak orang ramai supaya bermuhasabah diri agar layak mendapat pertolongan dari Allah. "Pertolongan Allah datang dalam pelbagai cara. Cuma adakah kita layak untuk mendapat pertolonganNya?," soal beliau. Justeru, dengan Pilihanraya Umum (PRU) yang bakal menjelma, Ustaz Ridzuan menyatakan, PRU ini adalah medan terbaik bagi PAS menggantikan Umno bukan sahaja di Terengganu tetapi juga di seluruh Malaysia. Ceramah selepas tarawikh itu turut dihadiri oleh wakil rakyat Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah sebagai penceramah pertama. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan