:: cina islam | 2011 :: |
- Monorel rosak lagi, 200 penumpang terkandas
- Jangan Pergi Dulu Wahai Ramadhan....
- Iran kritik OIC gantung syria
- Dua Kawasan Maut Buat BN Di Terengganu
- Budak peroleh RM31.28 sehari di jalanan
- Dua beradik disuap pasir
- Teka teki di kerusi Parlimen Bachok
- Mengapa ramai mengelak berzakat?
- Aidilfitri: BN digesa ketepikan dendam politik
- 2 maut, 3 ‘ditelan’ tanah jerlus
- Hudud Umno sudah mati
- Mangsa dibaham ketika memukat udang untuk menambah pendapatan menjelang raya Lelaki disambar buaya depan anak
- Siapa anak muda di sebalik tabir NGO “R”
- Pesawat mendarat cemas kerana ancaman bom
- Curi jubah di bazar Ramadan cari duit raya
- Pelajar agama aktif aktiviti masyarakat - BSM
- Aliran Trafik Mula Bergerak Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya
- Pandelela tolak 'blind date', tapi terima lamaran maya
- Bimbang hati ibu
- Jet hipersonik AS gagal ujian
- Galaksi hasilkan banyak bintang ditemui
- Sekolah tergantung, berlaku mendapan tanah
- Ladang Rakyat terima mohon maaf Kickdefella
- ‘Lupakan kisah lalu’
- Warga kota mula balik raya
Monorel rosak lagi, 200 penumpang terkandas Posted: 17 Aug 2012 12:42 AM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Perkhidmatan monorel dari stesen Imbi ke Bukit Bintang di sini tergendala hampir sejam pagi ini apabila sebuah tren mengalami kerosakan kecil, menyebabkan kira-kira 200 penumpang terkandas. Ia kejadian kedua melibatkan monorel dalam tempoh seminggu. Lebih 180 penumpang terkandas apabila monorel mengalami kerosakan dekat Brickfields. Dipetik Bernama, jurucakap KL Star Rail, Azhar Ghazali berkata bagaimanapun kejadian pada 8.35 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan kepada penumpang. Beliau berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada pemandu monorel pada 8.45 pagi dan sebuah tren penyelamat dihantar ke lokasi bagi memindahkan penumpang secara "tren-ke-tren" di mana kesemua mereka berjaya dipindahkan 10 minit selepas itu. "Operasi tidak melibatkan pihak luar. Semua penumpang selamat dan ketika kejadian, enjin, pendingin hawa dan lampu monorel berfungsi seperti biasa," katanya kepada hari ini. Beliau berkata, perkhidmatan disambung semula 30 minit kemudian dan punca kejadian masih disiasat. "Bagi syarikat pengendali KL Star Rail, saya memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan tersebut," katanya. sinar harian/- |
Jangan Pergi Dulu Wahai Ramadhan.... Posted: 17 Aug 2012 12:40 AM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - Rasanya.. Masih banyak ibadah yang harus dibenahi.. masih banyak dosa diri, ingin mengisinya dengan sesuatu berarti.. ramadhan jangan pergi! 1. jangan dulu pergi.. wahai bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirnya pembebasan dari api neraka. #ramadhan 2. jangan dulu pergi.. Wahai bulan orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.. #ramadhan 3. jangan dulu pergi.. Wahai bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka #ramadhan 4. jangan dulu pergi.. Wahai bulan mustajabnya doa.. #ramadhan 5. Ibadahku belum lagi sempurna, doaku belum lagi membahana, malam-malamku masih kurang dengan airmata.. #ramadhan 6. jangan dulu pergi... Wahai bulan segala pahala kebajikan digandakan.. Wahai bulan keberkahan.. #ramadhan 7. jangan dulu pergi..amalan shalihku belum seberapa.. Itupun, belum tentu diterimaNya.. #ramadhan 8. jangan dulu pergi.. Masih kurang ku bertilawah, masih kurang kuberibadah berjamaah, masih kurang kubersedekah.. #ramadhan 9. jangan pergi..Lisanku masih kurang bertasbih, malamku tak sempurna bertarawih, dosaku masih membuih.. 10. Tinggal hitungan hari, kau pergi.. Meninggalkan diri yg berharap kembali fitri. Kembali suci.. oki setiana dewi/- |
Posted: 17 Aug 2012 12:28 AM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - BEBERAPA lelaki mencari mangsa yang terbunuh akibat serangan udara tentera Syria di Azaz, 47 kilometer dari bandar Aleppo kelmarin. TEHERAN - Iran semalam mengkritik keputusan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggantung keanggotaan Syria dalam badan tersebut. Teheran menegaskan bahawa keputusan OIC tersebut adalah "tidak adil dan tidak patut". Syria merupakan sekutu rapat Iran. "Syria sepatutnya dipelawa ke mesyuarat OIC ini untuk mempertahankan dirinya," jelas Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi kepada agensi berita IRNA di kota Mekah. Terdahulu, pada penghujung mesyuarat tergempar OIC di Mekah semalam, OIC mengumumkan bahawa ia menggantung keanggotaan Syria dalam organisasi 57 buah negara itu. Pertubuhan itu turut menyuarakan kebimbangan serius berhubung pembunuhan beramai-ramai dan kesengsaraan yang dialami oleh rakyat Syria. Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Ali menghadiri sidang tergempar itu tetapi gagal menghalang keputusan tersebut. Sidang tergempar itu dipanggil oleh pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah. Negara berkenaan menyokong perjuangan pemberontak yang dikenali Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang menentang rejim Presiden Bashar Al-Assad. FSA mula mengambil alih pentadbiran beberapa buah bandar yang dirampas mereka. Di bandar Darat Azzah yang terletak di Aleppo, sebuah sekolah menengah dijadikan balai polis, mahkamah dan dewan sementara oleh FSA yang berjuang menamatkan pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad. Para pemberontak turut menguasai beberapa bandar utama di Syria seperti Aleppo, Damsyik dan Homs. Menurut kumpulan Pemerhati Syria Bagi Hak Asasi Manusia, lebih 21,000 orang terbunuh sejak konflik Syria tercetus 17 bulan lalu. Ketika itu, rakyat Syria bangkit menentang Bashar kerana menuntut kebebasan dan pemerintahan demokrasi. Sementara itu, serangan udara tentera Syria di sebuah kawasan perumahan di bandar Azaz, utara negara itu telah menyebabkan lebih 40 orang terbunuh. Bandar tersebut turut dikuasai oleh pemberontak. - Agensi |
Dua Kawasan Maut Buat BN Di Terengganu Posted: 17 Aug 2012 12:10 AM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA NERUS - Bendahari PAS Terengganu berkata PAS telah mengenal pasti dua kawasan 'hitam' bagi Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang, iaitu kawasan parlimen Marang dan Kuala Nerus Menurutnya laporan bahagian risikan menyatakan PAS mempunyai peluang yang cerah dan berupaya menguasai kedua-dua parlimen sekiraya kerja yang bersungguh-sungguh dilakukan oleh petugas PAS. Katanya, makluat tersebut adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh bahagian risiskan. "Laporan yang dibuat oleh beberapa agensi risikan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) melaporkan kekuatan Umno di Terengganu seimbang dengan PAS. "Dua kawasan yang Umno lemah iaitu di Marang dan Kuala Nerus. Sebab itu, Najib (Perdana Menteri) kerap sangat datang ke Terengganu di kawasan Marang dan Kuala Nerus. "Kita (PAS) kena gunakan peluang (laporan) ini untuk perkemaskan jentera kita dan menguasai pada pilihan raya akan datang, Insya'Allah," jelasnya pada Majlis Iftar anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Tepoh, di Pusat Khidmat Dun Tepoh, Tok Jiring, 13 Ogos lalu. Beliau selaku Yang Dipertua PAS Kuala Nerus menyarankan agar kedua-dua kawasan tersebut dijadikan kawasan 'maut' buat Umno-BN Terengganu. Justeru, katanya keempat-empat Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kuala Nerus ini bakal dimenangi oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pengerusi MTD Tepoh, Ustaz Abu Bakar Abdullah serta Ahli Jawatankuasanya. selatan online/- |
Budak peroleh RM31.28 sehari di jalanan Posted: 17 Aug 2012 12:02 AM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - ORANG ramai menyaksikan persembahan Choudhary di sebatang jalan raya di Kathmandu kelmarin. KATHMANDU, Nepal - Seorang budak lelaki, Drumpal Choudhary dan dua saudaranya memperoleh pendapatan AS$10 (RM31.28) sehari dengan membuat pelbagai persembahan tarian di jalanan di sini. Dia datang dari India lima tahun lalu. Menurut Choudhary, keluarganya seramai 10 orang tinggal di sebuah pondok tanpa tandas yang sempurna dan keperluan asas. - Reuters |
Posted: 17 Aug 2012 12:00 AM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - KOTA TINGGI: Kepala disumbat dalam lubang tandas sebelum dipam, disuap nasi panas serta pasir antara deraan ibu tiri yang diterima dua beradik berumur tujuh dan 11 tahun di rumah mereka di sekitar bandar ini sejak Februari lalu. Punggung serta tubuh dua kanak-kanak itu turut dipukul menggunakan penyangkut baju tanpa mengira masa oleh wanita berusia 30-an yang berkahwin dengan bapa mereka berumur 30-an penghujung tahun lalu. Sepanjang dua minggu lalu, penderaan terhadap dua beradik itu dikatakan lebih teruk menyebabkan mangsa yang berumur 11 tahun sudah tiga kali melarikan diri dari rumah akibat tidak tahan diperlakukan sedemikian tetapi akibatnya, adiknya menjadi mangsa deraan lebih teruk. Ibu mereka dikatakan melarikan diri meninggalkan kanak-kanak itu dalam jagaan suaminya yang tiada kerja dan kini bekerja sambilan di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar daerah Kota Tinggi. Penderaan kedua-dua beradik itu terbongkar semalam, ketika mangsa yang berumur tujuh tahun datang ke sekolah pagi semalam dalam keadaan murung. Harian Metro |
Teka teki di kerusi Parlimen Bachok Posted: 16 Aug 2012 11:54 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - Kedudukan kerusi parlimen Bachok masih menjadi teka teki apakah ianya akan ditandingi oleh Pas atau PKR. Persoalan ini timbul apabila PKR Kelantan dikatakan telah mengemukakan formula cadangan agar kerusi parlimen Machang yang kini dimilikinya ditukar dengan Bachok. Bachok adalah kerusi Pas. Katanya PKR Kelantan telah menghantar surat cadangan itu kepada Perhubungan Pas negeri menjelang puasa lalu yang mengusulkan perkara itu. Tetapi sampai sekarang ini surat cadangan itu belum mendapat apa-apa tindak balas dari Pas. Ariffin Mahmod atau Pin Atira. Cadangan itu adalah dalam menyelesaikan masalah PKR Kelantan. Kedudukan kerusi Machang yang kini disandang oleh Saifuddin Nasution Ismail tidak begitu selesa. Perkara ini jelas kalau Machang selesa atau tidak hadapi apa-apa masalah tidak mungkin akan timbul idea berkenaan. Tindakan itu wajar untuk mencari kemenangan. Tidak ada guna PKR bermegah dengan memiliki (bertanding di banyak kerusi) tetapi kalah. Lebih baik PKR menumpukan kepada kerusi atau kawasan yang boleh menang walaupun bertanding hanya satu dua kerusi sahaja. Yang penting dalam soal ini ialah kemenangan. Mengenai Machang ada juga alasan lain mengatakan PKR tidak mampu bertahan apabila wakil rakyat kini Saifuddin akan dibawa bertanding di Kedah. Kalau bukan Saifuddin sukar untuk PKR menang di situ. Masalah dihadapi PKR di Machang ialah parti itu tidak ada calon yang boleh mengganti Saifuddin. Masalah lain katanya Pas tidak memberi kerjasama sepenuhnya kepada PKR? Sebagai penyelesaian atau mengatasi masalah maka kawasan baru sebagai ganti dicari. Kawasan itu ialah Bachok. Bagi PKR mereka ada alasan sendiri kenapa memilih Bachok bukan kawasan lain. Kononnya di situ PKR ada calonnya yang juga mampu untuk berdepan dengan Awang Adek Husein. Orang itu ialah bekas ketua pemuda Umno Bachok di zaman Ahmad Zahid Hamidi menjadi ketua, iaitu Zaiyadi Awang Noh. Memang Zaiyadi layak dan sesuai untuk berdepan dengan Awang Adek memandang beliau mempunyai keluarga besar dan juga mempunyai latar belakang pendidikan yang baik. Tetapi masalahnya yang menjadi persoalan Zaiyadi bukan ahli PKR. Apabila cadangan untuk meletakkan Zaiyadi yang masih belum menjadi ahli PKR dan masih Umno maka banyaklah protes dan suara-suara yang kurang sedap diperkatakan termasuk pemilihan Zaiyadi itu berdasarkan kroni? Kalau benar Zaiyadi bersedia untuk jadi calon di situ kesilapannya beliau ialah kerana tidak sedia mengambil risiko meninggalkan Umno awal-awal. Semasa majlis berbuka puasa dengan para pemimpin Pas di Shah Alam dua minggu lepas saya ada merisik perkara ini - cadangan PKR itu, kepada beberapa orang pimpinan Pas Bachok termasuk Yang Dipertuanya sendiri Omar Mohammad. Menurutnya Omar tidak timbul soal Bahcok hendak ditukar ganti dengan Machang. Setakat ini katanya tidak ada perbincangan apa-apa. Walaupun Adun Perupok itu ada mendengar desas desus itu tetapi belum ada kata putus dan Pas kawasan Bachok sendiri tidak membincangkannya. Begitu juga bila dirisik dengan bekas wakil rakyat Bachok Wan Nik Wan Yusuf yang juga pengarah pilihan raya Pas Kelantan, menurutnya perkara itu tidak timbul. "Tidak ada," katanya sambil menggeleng kepala tiga kali. Cadangan PKR itu juga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pemuda Pas Bachok kerana mereka juga ada calon untuk diletakkan di kerusi parlimen itu. Ketuanya Marzub Shaari dikatakan berkelayakan untuk diletak berdepan dengan Awang Adek. Sudah pasti apabila pemuda menayangkan calonnya, formula pertukaran itu tidak mendapat sokongan semua pihak. Sementara itu di dalam membicarakan siapa atau parti mana akan berhadapan dengan Awang Adek timbul satu nama lain yang dikira sepadan kalau diadukan dengan Awang Adek. Sosok itu ialah Ariffin Mahmood atau lebih dikenali dengan Ariffin Atira. Beliau seorang pemaju pembangunan yang berjaya di Kelantan dan banyak menyumbangkan jasa dan bakti kepada Pas secara tersembunyi. Mungkin nama Ariffin ditonjol kerana latar belakang dan kejayaan dalam bidang pembangunan serta pengalamannya yang agak luas dalam aspek ekonomi. Walaupun dia bukan anak Bachok tetapi kalau Pas mahukan seorang yang setanding dengan Awang Adek dalam aspek profesional Ariffin dikira layak. Kelulusan dalam bidang pembangunan dan perancangan bandar dimilikinya juga memungkin kenapa beliau cuba ditonjolkan untuk berdepan dengan Awang Adek. Tetapi saya kira penjualan nama Ariffin ini sebagai test merket saja. Bagaimana pun nama ini boleh diambil kira oleh Pas Bachok dan juga Pas Kelantan sendiri sekiranya Pas Bachok merasakan beberapa nama yang disenaraikan tidak berapa 'rak' (berdaya) nuntuk berdepan dengan Awang Adek. Beliau juga dilihat sebagai sangat berminat untuk memperhambakan diri dalam politik. Di sudut lain Ariffin juga dikatakan mempunyai sumber kewangan yang cukup bagi berdepan dengan timbalan menteri kewangan itu? Dan keistimewaan lain yang ada kepadanya, Ariffin boleh bukan saja menyumbang harta benda tetapi buah fikirannya terutama mengenai pembangunan ekonomi untuk Kelantan. [wm.kl.5:45 am 17/08/12] harakahdaily/- |
Mengapa ramai mengelak berzakat? Posted: 16 Aug 2012 11:50 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - Harakah kali ini merupakan edisi terakhir penghujung Ramadan. Ia berada di pasaran (Khamis) tiga hari sebelum Aidilfitri. Pastinya suasana sudah berubah. Kemeriahan hari raya terasa di mana-mana. Mungkin ramai sudah pulang ke kampung halaman atau masih sibuk membuat persiapan terakhir. Tiga hari, jika dikira bermula pagi Khamis ini sehingga senja Sabtu nanti, bermakna masih berbaki lebih kurang 60 jam untuk kita menghirup dan menikmati Ramadan yang agung. Sambil bermuhasabah bagaimana 26 hari yang berlalu telah dimanfaatkan (ataupun dibazirkan), kita tidak sepatutnya lalai dengan kesempatan yang masih ada. Rebutlah peluang yang belum pasti dapat kita dakap lagi tahun depan. Soalnya, tentulah sukar dan sulit sekali kita memberikan tumpuan untuk beribadah setulusnya ketika perhatian lebih difokuskan kepada karenah menyambut Aidilfitri. Di malam-malam akhir Ramadan, yang menjanjikan "pembebasan daripada api neraka" ini, mungkin ramai yang terpaksa berasak-asak di perhentian bas dan stesen keretapi untuk pulang ke kampung. Tidak kurang juga yang menghabiskan malam sepanjang lebuh raya, kadang-kadang terpaksa mengharungi kesesakan. Teringat saya kehidupan berkaca semasa di kampus, hampir 30 tahun lalu. Ada rakan yang cukup sensitif menjaga malam-malam akhir Ramadan, yang terselit saat-saat penuh kemuliaan, Lailatulqadar. Sepanjang lima tahun di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), rakan saya itu hanya menempah tiket untuk perjalanan siang hari untuk pulang ke desa, di Kedah. "Tak sanggup aku tidur lena di atas bas pada malam yang orang lain khusyuk sujud menyembah Ilahi, beriktikaf di masjid dan bertadarus," katanya. Ada juga sahabat saya yang "beruzlah" dua tiga hari sebelum Syawal, khususnya untuk khatam al-Quran dan menekuni maksud ayat-ayat suci. Seorang daripadanya, pada siang terakhir Ramadan, berteleku mencapai sasaran, untuk menghabiskan bacaan al-Quran, untuk "pusingan" kedua. Saya masih ingat, pada siang 30 Ramadan itu, dia dapat menyelesaikan 11 juzuk terakhir. Amalan berpuasa tidak dapat lari daripada kita terpanggil untuk mengingati, malah merasai, penderitaan orang susah terbiar. Namun, melihat riuh-rendah bazar Ramadan dan seribu satu menu juadah berbuka di hotel-hotel, saya tidak pasti apakah sebahagian besar kita terhimbau keprihatinan terhadap golongan melarat dan terpinggir, saudara seaqidah, dalam dan luar negara? Ramadan juga mengingatkan kita tentang ibadah zakat. Pastinya zakat fitrah akan ditunaikan sebaik mungkin, soalnya bagaimana dengan kewajipan zakat berkaitan profesion masing-masing? Sebagai anak daripada keluarga petani, saya melihat para pesawah cukup cermat dan berusaha untuk melayakkan diri sebagai pembayar zakat. Tiada tanda-tanda mereka cuba mencari helah untuk mengelak daripada zakat, meskipun sebahagian besar mereka masih diserkup kemiskinan. Ya, sebahagiannya wajar menerima zakat tetapi tidak "mencari helah" untuk mengelak kewajipan rukun Islam. Seingat saya, walaupun ada pengiraan kadar zakat yang lebih "lunak" untuk bendang yang terpaksa menggunakan pam untuk saliran (5 peratus), namun mereka tetap memilih pengiraan "kaedah air hujan" (10 peratus), walaupun menyedari zakat yang perlu dikeluarkan adalah dua kali ganda lebih tinggi. Langsung tidak terasa beban untuk "membersihkan (tazkiyah) harta" mereka itu meskipun kadar zakatnya 10 peratus langsung daripada produktiviti, dan bukannya keuntungan. Saya tidak pasti dengan ketulusan berzakat bagi orang yang berkerjaya lebih lumayan (dan profesional), walaupun kadarnya hanya 2.5 peratus, itu pun selepas ditolak perbelanjaan tertentu. Apakah ramai di antara kita menyedari -- dengan sungguh-sungguh - bahawa dalam harta kekayaan kita itu ada hak bagi golongan fakir dan miskin. Alhamdulillah kesedaran berzakat semakin meningkat. Dahulu, mungkin kita mendengar ada wanita yang jahil tentang kewajipan zakat emas, sengaja memakai perhiasan berkenaan untuk tempoh tertentu bagi mengelak tuntutan zakat. Moral cerita itu adalah, berbeda dengan ibadah lain, misalnya haji, ramai yang mungkin mempunyai "taktik licik" untuk mengelak daripada menunaikan zakat, termasuk bagi zakat simpanan wang, terutama untuk membatalkan tempoh haul atau cukup setahun. "Mengapa kita bersusah-payah menyimpan duit, bertahun-tahun, untuk melayakkan diri bagi menunaikan haji, tetapi amat sedikit yang berbuat demikian bagi meningkatkan diri mencapai kedudukan sebagai pembayar zakat," tegur seorang rakan, pensyarah pengajian Islam. Isu zakat juga menyentuh soal integriti institusi pengumpul zakat, khasnya daripada segi kejujuran dan agihannya. Saya tidak mahu menyentuh lebih dalam hal berkenaan. Semoga, dalam amalan di Malaysia, tiada sebarang "salah laku" berkaitan dengannya. Dalam pada itu, saya begitu tertarik dengan tulisan kata pengantar penerbit buku "Bersedekahlah dan Tunggu Keajaiban yang Akan Terjadi", tulisan Abu Ahmad Abdul Fattah. Antaranya, ditekankan bahawa membela orang miskin dan melarat adalah perintah agama, sehingga al-Quran melabelkan "pembohong atau pendusta" bagi mereka yang tidak mempedulikan orang miskin dan anak yatim (al-Maun: 1-3). Ketika Allah berbicara tentang kenikmatan syurga kepada penghuninya, Ia menjelaskan hadiah itu kerana, "Dahulu mereka gemar memberi makan orang miskin, anak yatim dan para tawanan" (al-Insan: 8). Salam Aidilfitri, maaf zahir batin. Juga ribuan terima kasih kepada penderma yang budiman, yang banyak menyumbang khususnya untuk tabung membantu keluarga tahanan ISA dan golongan fakir miskin, yang dianjurkan Jabatan Pengarang Harakah. harakahdaily/- |
Aidilfitri: BN digesa ketepikan dendam politik Posted: 16 Aug 2012 10:22 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) hendaklah mengenepikan dendam politik terhadap rakyat Kelantan dengan mengambil kira semangat Aidilfitri yang bakal menjelang. Anak-anak muda mahu kerajaan persekutuan mengutamakan kepentingan rakyat termasuk membina lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang sebagai melengkapkan komitmen kerajaan negeri merancang Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai. Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Negeri Kelantan (R), Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, sudah sampai masanya kerajaan pusat tidak lagi mengamalkan politik sempit sehingga menyusahkan rakyat. Lagi pun katanya, hak rakyat untuk mendapatkan lebuh raya sebagaimana negeri-negeri lain dinafikan sejak 1985. "Banyak kemalangan yang berlaku di Kelantan kemungkinannya berpunca jalan yang sempit tidak mampu menampung pertambahan kenderaan terutamanya di musim perayaan sekarang. "Terbaru tragedi 10 kakitangan kerajaan nyaris maut apabila bas yang mereka naiki terhumbang ke dalam cerun di kilometer 57 jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Sungai Lakit, Gua Musang, awal pagi semalam," katanya di sini. Beliau ditemui pemberita selepas mengagihkan 2,000 keping sampul duit raya kepada wakil-wakil setiap Parlimen di Kelantan di sebuah pasar raya petang semalam. Hisyamuddin juga berharap kerajaan pusat segera menunaikan tuntutan pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan. "Berikan royalti dan bina lebuh raya di negeri ini kerana adalah hak rakyat Kelantan yang diabaikan sejak sekian lama," ujarnya. Menurutnya tunggakan royalti petroleum 5 peratus kepada Kelantan kini berjumlah RM7 bilion sejak 2005. R juga turun padang mengagihkan sampul raya kepada kakitangan jabatan kerajaan, agensi kerajaan negeri, persekutuan, pasukan keselamatan dan media cetak. Penagihan secara percuma dilakukan di agensi pelancongan, hospital, badan bukan kerajaan, kedai runcit, pasar raya seluruh Kelantan, Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan Tesesco. Turut diedarkan di Qaryah Ramadhan dan masjid di seluruh Kelantan serta di semua pintu masuk utama Kelantan hari ini dan esok. harakahdaily/- |
2 maut, 3 ‘ditelan’ tanah jerlus Posted: 16 Aug 2012 10:12 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - ANGGOTA penyelamat menggunakan tali untuk masuk ke lubang sedalam 10 meter. SEORANG daripada mangsa kemalangan dibawa keluar untuk dikejarkan ke hospital. SEORANG daripada mangsa kemalangan dibawa keluar untuk dikejarkan ke hospital. BEIJING: Tanah jerlus menyebabkan sebahagian daripada sebatang jalan sibuk di tengah bandar Harbin, Heilongjiang, berlubang dan 'menelan' beberapa orang, menyebabkan dua daripadanya maut, semalam. Tiga mangsa lain, termasuk seorang bayi perempuan, cedera apabila lubang selebar enam meter terbentuk di Jalan Liaoyang di daerah Nangang. Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa selepas mereka menggunakan terowong pembetung untuk memasuki lubang berkenaan. Jurucakap pasukan penyelamat berkata, dua mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah akibat terjatuh dari tempat tinggi. Bagaimanapun, penyelamat terkejut apabila mendapati, bayi terbabit hanya mengalami cedera ringan di kepalanya. Dua lagi mangsa yang cedera masih dirawat di hospital tempatan. Menurut jurucakap penyelamat, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan). "Akibat tanah jerlus itu, satu lubang sedalam 10 meter terbentuk di tengah laluan sibuk berkenaan," katanya. Pihak berkuasa terpaksa menutup jalan berkenaan untuk sementara bagi membolehkan penyelamat mengeluarkan mangsa kemalangan. Penilaian juga dijalankan terhadap kemungkinan ada bahaya susulan daripada insiden itu. Polis berkata, punca kejadian masih disiasat.- DM |
Posted: 16 Aug 2012 10:11 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - Percubaan Adun Umno Johor menyarankan supaya kerajaan BN Johor melaksakan hudud mendapat sambutan panas sekejap dan cadangan Ulama Muda Umno supaya Umno ada sayap ulama juga panas sekejap. Panas sekejap dalam peribahasa Melayu ialah panas-panas tahi ayam. Sekarang hudud anjuran ahli Umno sudah mati dan seruan mengadakan Majlis Ulama atau seumpanya buat UMNO juga sudah mati. Semuanya tenggelam dalam polemik hudud yang dicadangkan oleh PAS yang diloyar-burukkan oleh Umno sebagai hudud PAS dan hudud PAS adalah hudud palsu. Para pemimpin menolak dan tidak memberi laluan kepada enakmen berkaitan hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu kerana loyar buruknya mengira ia hudud palsu. Loyar buruk itu sekadar helah bahawa golongan itu amat nipis imannya terhadap hudud. Bila ditanya adalah orang Umno menentang hudud, jawapannya tidak. Mereka pun mahu hudud. Barang dijauhkan ia menyerupai orang yang solat di belakang Rasulullah SAW di Masjid Nabawi, yang mengaku beriman di hadapan baginda, tetapi menolak kerasulan baginda di belakangnya. Ketika ADUN Johor itu menyarankan hal itu, beria-ia Umno menyahutnya untuk beberapa hari, tetapi seluruh jentera propaganda Umno Melaka-laga PAS dengan DAP atas isu hudud itu. Hingga ada yang cuba mensabitkan tentangan DAP terhadap hudud itu malayakkannya dikatagorikan sebagai kafir harbi, lalu dikatakan haram hukumnya mengundi, menyokong dan bekerjasama dengan DAP. Jika dilanjutkan lagi tentang kafir harbi, halal darahnya ditumpahkan. Apa maksud segala perkembangan panas ini? Ia adalah untuk mematikan isu orang Umno minta hudud dilaksanakan dan ada ulama makan gaji dengannya minta Umno ada sayap ulama. Apabila semuanya gamat dengan apa yang dikatakan polemik hudud antara PAS dan DAP, maka isu hudud yang dibawa PAS terus hidup menjadi perbincangan semua pihak. Cadangan Adun Johor itu tenggelam dan mati. Maka Umno tidak sibuk lagi dengan hudud yang dikatakan hudud sebenar itu. Yang timbul di tengah masyarakat ssekarang, yang benar-benar memperjuangkan hudud itu adalah PAS. Walaupun sekiranya Umno pula mati selepas PRU 13 nanti, tidak pula mudah bagi PAS melaksanakan hudud itu serta merta, kerana ia memerlukan kerelaan DAP dulu, tetapi isu tidak mati. Mungkin PAS akan mengambil masa 20 tahun atau 30 tahun sebelum DAP mempersetujui ia boleh dikuatkuasakan kepada orang Islam saja, tetapi dakwah atas hudud itu akan berjalan. Mungkin Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang mati dulu, Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga mati dulu, isu hudud belum selesai, tetapi tidak boleh orang PAS yang kemudiannya berputus asa atas pelaksanaan itu. Dalam suasana kedua-dua parti itu berbeza pandangan atas isu itu, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haji Hadi memahami mengapa DAP bersikap begitu dan Lim Kit Siang dan Karpal juga memahami mengapa PAS konsisten dengan pendiriannya. Dengan satu perkara yang mereka tidak setuju tidak menghalang mereka untuk bersetuju dalam banyak pekara lain. Sehingga ini Karpal dan DAP tidak melarang PAS terus berdakwah tentang hudud dan mahu melaksanakan hudud. Paling menarik dalam perkembangan yanag terbaru Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik Setiausaha Agung DAP menyatakan DAP membuka pintu muzakarah dengan PAS tentang hudud. Semua ini adalah perkembangan antara orang muda DAP dan orang muda PAS. Kedua-dua akan hidup lama lagi dan mereka ada tanggungjawab membangunkan negara dan bangsa Malaysia menuju ambang keadilan, merdeka dan sejahtera. Hudud yang dibawa PAS tetap hidup tetapi yang mati hudud yang dicadangkan oleh Adun Umno. harakahdaily/- |
Posted: 16 Aug 2012 10:09 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - AZWAN menunjukkan lokasi bapanya disambar buaya di Sungai Udin, Tawau pada Rabu lalu dan sehingga sekarang nasibnya belum diketahui. TAWAU – Hajat seorang ayah bagi mencari pendapatan menjelang Aidilfitri berakhir dengan tragedi apabila dia dikhuatiri maut selepas disambar seekor buaya sebelum ditarik ke dalam sungai ketika memukat udang di Sungai Udin kira-kira 50 kilometer dari sini kelmarin. Kejadian menakutkan pada pukul 4.30 petang itu disaksikan anak mangsa, Azwan Jailani, 16, yang berdiri hanya beberapa meter daripada ayahnya, Jailani Indersaya, 54. Cerita Azwan, sebelum kejadian, dia sedang memancing di tepi sungai manakala ayahnya pula memukat udang. "Tiba-tiba saya nampak seekor buaya warna hitam menerkam ke arah ayah sebelum menarik ayah masuk ke dalam sungai. Saya tergamam dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan," katanya ketika ditemui di sini. Bagaimanapun, menurut Azwan, selepas kelibat ayahnya hilang, dia cuba mengejar jejak buaya itu dari atas tebing sungai berdasarkan kocakan air dari tebing sungai. "Saya takut dan sedih tapi saya cuba cari juga buaya tersebut tetapi tidak menemui ayah," kata remaja itu. Paling menyedihkan, Azman memberitahu, kejadian menimpa ayah berlaku hanya tiga hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. "Buaya yang sambar ayah sangat besar dan reptilia itu hanya mengambil masa beberapa saat untuk membawa ayah ke dalam sungai," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, gerakan mencari dilancarkan bagi mengesan mangsa yang hilang. Bagaimanapun, menurut beliau, sehingga petang semalam pasukan mencari dengan bantuan orang kampung belum menemui mangsa. Kata beliau, selain Sungai Udin, kes manusia disambar buaya pernah berlaku di Sungai Kalumpang dan Sungai Serudong. kosmo/- |
Siapa anak muda di sebalik tabir NGO “R” Posted: 16 Aug 2012 09:54 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - MUNGKIN tidak ramai tahu isu royalti digerakkan anak muda yang non-partisan. Biar pun label PAS tidak boleh ditanggalkan, namun langkah mereka melangkau sempadan parti. Buktinya kata Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti - R), Hisyamudin Ghazali, kalangan pemimpin Umno juga menyokong royalti. Begitu juga katanya, tandatangan yang dikumpul bagi menuntut royalti sekarang sudah menjangkau 80,000. Mereka yang menandatangani termasuk Ketua Umno Ketereh, Tan Sri Annuar Musa. Selain itu turut memberi sokongan Adun Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani, bekas Adun Tendong, Fauzi Mohamad dan ramai lagi. Kata Syam, R sebenarnya lahir secara spontan hasil pemikiran orang muda. Pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil 21 Mei lalu aktivis R memasang banner gergasi untuk ditandatangani bagi menyokong tuntutan royalti. Ketika itu Annuar tampil bersama penyokong Red Warriors turut simpati perjuangan R. R menjangka dapat mengumpul 150,000 tandatangan sebelum diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Persoalannya siapa aktivis R kalau bukan dalam kalangan pemuda PAS atau PKR. Mereka sebahagiannya bekas pemimpin gerakan pelajar ketika menuntut di universiti. Selain itu blogger yang membawa suara rakyat. Ada juga bukan Islam yang sanggup jatuh bangun bersama R. Syam, graduan perniagaan tani dari UPM. Pernah dibicarakan di hadapan Timbalan Naib Canselor di UPM kerana menyertai demontrasi aman di hadapan parlimen membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada 2004. "Pentadbiran universiti pernah mengugut mahu membuang saya ketika berada di semester akhir. Akhirnya kes itu selesai begitu sahaja selepas UPM tidak mahu saya panjangkan ke mahkamah," katanya ketika ditemui di sini. Cuti tanpa gaji Syam, 30, sekarang cuti tanpa bergaji. Beliau bekerja di Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd, agensi milik kerajaan negeri. Anak muda berkulit putih dan mata agak sempit tidak mahu isu royalti berlalu begitu sahaja tanpa diambil kesempatan. Pernah ditempeleng JKKKP kerana memasang sepanduk royalti. Presiden R, Nazri Deraman, 40, graduan UTM dalam bidang kejuruteraan bangunan. Sekarang pengurus di Tunjung Development Corporation Sdn Bhd. Selain itu Abu Samah Hassan, 61, satu-satunya aktivis veteran dalam R. Beliau juga Naib Presiden R. Dan seorang lagi Naib Presiden, Dr Syed Khalid, seorang pegawai perubatan. Lain-lain penggerak daripada blogger, facebooker dan usahawan. R sebenarnya bernaung di bawah NGO, Anak Muda Kelantan yang berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan. NGO lain yang menyertai R antaranya, Abim, Ikram, Perkim, Pekida, Persada, Perakam dan banyak lagi. Bercakap mengenai gerakan massa, Syam tidak menafikan R tentunya memerlukan dana yang bukan sedikit. "Banyak program diatur sejak dilahirkan pada Mei lalu. Pada Ramadan ini sahaja 38 aktiviti diadakan. Dan selepas Hari Raya nanti lebih banyak lagi program. "Penggerak R perlu kreatif mencari dana. Masing-masing pakat cari duit. Kami juga menjual sticker, topi, t-shirt dan pelbagai lagi produk yang bertema R. "Sempena Hari Raya ini kami mencetak 100,000 sampul duit raya hasil tajaan rakan-rakan. Selain itu risalah kecil berkaitan royalti yang akan diedarkan kepada anak-anak perantau yang pulang bercuti," ujarnya. Apa yang mengkagumkan R berkembang dalam masa singkat hanya digerakkan anak-anak muda. R mencipta sayapnya sendiri melalui pelbagai aktiviti yang diadakan. Sekarang ada Futsal R, Konvoi R, Rukat (mendaki) R, Kayak R, Berbasikal R, Gelanggang R, Boksing R dan macam-macam lagi. Sejak berjuang di gelanggang royalti tujuh aktivis dipukul dan sembilan laporan polis dibuat. Agak menarik mengenali R. (Nanti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang) harakahdaily/- |
Pesawat mendarat cemas kerana ancaman bom Posted: 16 Aug 2012 08:35 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - MOSCOW - Sebuah pesawat dari New York menuju ke Moscow terpaksa melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Reykjavik, Iceland, semalam selepas menerima panggilan mengenai ancaman bom. Jurucakap syarikat penerbangan Aeroflot, Irina Dannenberg berkata, pesawat yang membawa kira-kira 200 penumpang itu berjaya mendarat dengan selamat. Pihak berkuasa turut mengambil tindakan segera memeriksa penumpang dan bagasi di dalam pesawat A-330 tersebut untuk mengesahkan dakwaan itu. sinar harian/- |
Curi jubah di bazar Ramadan cari duit raya Posted: 16 Aug 2012 08:31 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUANTAN - "Saya terpaksa melakukannya kerana amat memerlukan wang." Demikian pengakuan seorang lelaki kepada mahkamah sebagai alasannya mencuri enam helai jubah milik seorang peniaga di Bazar Ramadan Masjid Negeri di sini 7 Ogos lalu. Alasan tertuduh, Jairi Mohd Anuar, 34 dari Taman Desa Mayang, Jeram, Selangor itu bagaimanapun tidak dapat diterima mahkamah sebaliknya Majistret Rini Triany Mohamd Ali menegur perbuatannya yang dianggap kurang bijak. "Perbuatan mencuri bukan satu tindakan bijak walaupun kamu benar-benar terdesak sebaliknya banyak pekerjaan lain yang boleh kamu lakukan untuk mencari wang bagi menyambut Aidilfitri," katanya. Mengambil kira rayuan dan kesalahan tertuduh, Rini dalam keputusannya mengarahkan lelaki itu dipenjara sebulan dari tarikh tangkap dan denda RM1,000 atau dua bulan penjara jika gagal menjelaskannya. Tertuduh yang pernah menjalani hukuman penjara kerana kesalahan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan didakwa memasuki ruang menyimpan stok jubah milik peniaga bazar Ramadan itu lalu mengambil satu ikatan pakaian tersebut. Kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu bagaimanapun disedari pemilik gerai berusia 32 itu lalu dia bertindak mengejar tertuduh yang cuba melarikan diri bersama barang yang dicuri. Nasib tertuduh tidak baik apabila berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis pada hari yang sama. Tertuduh yang mengalami masalah pendengaran kelihatan terpinga-pinga ketika pertuduhan ke atasnya dibacakan dalam mahkamah itu semalam. Disebabkan masalah yang dihadapi, juru bahasa terpaksa berada berhampiran kandang tertuduh bagi mengulanginya bacaan pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilah Md Ali. Sementara itu di mahkamah sama, seorang pencuci kereta mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan pecah rumah dan mencuri sebuah komputer riba, wang tunai RM1,500 dan empat telefon bimbit milik seorang penduduk di Perkampungan Sungai Isap 2 di sini, kelmarin. Tertuduh, Wan Amir Azuwa Wan Azman, 20 dari perkampungan sama didakwa bersama seorang rakan yang masih bebas melakukan perbuatan tersebut antara jam 8.20 hingga 10.15 malam, 13 Ogos lalu. Akibat perbuatan mereka, pemilik rumah berusia 54 tahun kerugian kira-kira RM3,000. Berikutan perbuatannya itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh dikenakan denda. Tertuduh yang minta dibicarakan ditawarkan ikat jamin RM4,000 bagaimanapun jumlah itu dikurangkan kepada RM3,300 selepas dia membuat rayuan berhubung jumlah jaminan itu dengan alasan pendapatan rendah sekitar RM600 sebulan sebagai pencuci kereta. Mahkamah menetapkan 12 September depan sebagai tarikh pra bicara kes tersebut dalam mahkamah sama. sinar harian/- |
Pelajar agama aktif aktiviti masyarakat - BSM Posted: 16 Aug 2012 08:29 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - BACHOK: Lebih 40 sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik) mempunyai Persatuan Bulan Sabit Merah (BSM) dan aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Keaktifan dan penyertaan yang begitu menggalakkan pelajar-pelajar sekolah agama menyebabkan BSM menubuh Cabang Yik yang dipengerusikan Nazari Mohd Noor. Nazari yang juga seorang pegawai di Yik berkata, mengambil kira peranan aktif sekolah agama menyebabkan tahun ini BSM Kebangsaan dan BSM Kelantan menganjurkan program khidmat sosial dan berbuka puasa di Maahad Amir Indra Petra. "Pemilihan Maahad Amir Indra Petra dibuat selepas mengambil kira kesungguhan pelajar sekolah berkenaan menyertai badan berpakaian seragam Bulan Sabit Merah," katanya ketika ditemui di majlis berkenaan baru-baru ini. Turut diraikan di majlis terbabit ibu bapa pelajar. Hadir sama Setiausaha Agung BSM Kebangsaan, Datuk Nordin Razak, Pengerusi BSM Kelantan, Wan Ali Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi, Dr Seri Buana Zainuddin dan Naib Pengerusi, Tuan Ghazali Tuan Long. Nazari juga berkata, sekolah Yik menjadi juara pada perkhemahan perdana peringkat negeri baru-baru ini. Seorang peserta lelaki juga dipilih sebagai peserta terbaik. Sementara itu Nordin berkata, program khidmat sosial BSM merupakan aktiviti tahunan di peringkat kebangsaan. "Pemilihan sekolah Yayasan Islam Kelantan merupakan satu penghormatan yang tinggi dan ia juga selari dengan penubuhan BSM Cabang YIK," ujarnya di majlis berkenaan. Sempena program tersebut seramai 50 pelajar miskin menerima sumbangan kewangan yang didermakan tokoh-tokoh korporat dan bantuan zakat. harakahdaily/- |
Aliran Trafik Mula Bergerak Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Posted: 16 Aug 2012 08:26 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa kawasan di lebuh raya di negara ini dilaporkan bergerak perlahan berikutan semakin banyak kenderaan meninggalkan ibu negara untuk ke destinasi sempena sambutan Aidilfitri. Jurucakap PLUS Expressways Bhd ketika dihubungi melaporkan bahawa trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan menghala ke utara antaranya dari Slim River menuju ke Sungkai, dari Tapah menuju ke Gopeng dan dari Seberang Jaya menuju ke Bayan Lepas. Aliran trafik turut perlahan disebabkan berlakunya kemalangan kecil di kilometer 252.7 dari Terowong Menora menuju ke Kuala Kangsar, katanya. Aliran trafik menuju ke arah selatan masih lancar walaupun menunjukkan pertambahan kenderaan, katanya. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula melaporkan trafik bergerak perlahan di beberapa kawasan menuju ke Pantai Timur seperti dari plaza tol Gombak menuju ke Karak dan dari susur keluar Genting Sempah menuju ke Karak. Jurucakap itu juga melaporkan keadaan trafik di beberapa lebuh raya lain turut bergerak perlahan terutamanya di Lebuhraya Damansara-Puchong dari Bandar Sunway menuju ke Lebuhraya Persekutuan. "Secara keseluruhan trafik pada waktu pagi masih terkawal," kata jurucakap itu. Beliau berkata LLM menjangkakan trafik akan mula sesak selepas waktu solat Jumaat disebabkan orang ramai mula bergerak meninggalkan ibu kota menuju ke kampung halaman masing-masing. - BERNAMA |
Pandelela tolak 'blind date', tapi terima lamaran maya Posted: 16 Aug 2012 08:24 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - Atlet terjun negara Pandelela Rinong menolak temu janji dengan pihak tidak dikenali walaupun kemudiannya menerima lamaran maya dalam sesi borak langsung di Internet hari ini. BagaimaNONEnapun, perkahwinan itu hanya akan berlangsung di ruang siber apabila atlet 19 tahun kelahiran Sarawak itu berkata hanya akan menerima lamaran itu di Sims, sebuah simulasi permintaan popular dalam talian. Pelbagai soalan diajukan dalam borak santai 80 minit anjuran Yahoo! Malaysia, termasuk soal percintaan gadis yang memenangi pingat secara tidak dijangkakan dalam acara 10m platform wanita di Olimpik London. Bagaimanapun, ahli sukan yang pemalu dan suka berjenaka itu hanya mendedahkan, pasangannya haruslah berkongsi minat terhadap muzik popular Korea K-pop. Berikut petikan daripada sesi borak itu: Peter: Hai Pandelela... Kamu masih tidak berpunya? Pandelela: Ya dan tidak, huahuahua. Ronald: Kamu ada sebarang rancangan untuk hubungan cinta? Pandelela: Ya, semua orang perlu cinta. Hilary: Apa ciri-ciri pasangan ideal kamu? Pandelela: Turut suka K-pop dan mesti lucu. KL man: Hi Pandalela, u ni single lagi ke? I nak ajak u blind date mlm ni boleh tak? Pandelela: Sorry hari ni saya busy (sibuk). Wangdu: Kamu sudi kahwih dengan saya? Pandelela: Ya, dalam Sims, jadi jiran saya! malaysiakini/- |
Posted: 16 Aug 2012 08:21 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU: "Jika diberi pilihan, biar anak-anak saya pergi dulu kerana jika saya dan suami menghadap llahi lebih awal, siapa yang boleh menjaga dan menyayangi mereka seperti kami lakukan," kata Tuan Jamilah Tuan Besar, 52, ibu kepada lima anak yang mengalami masalah mental ketika ditemui di rumahnya di Kampung Raja Chendering, di sini, semalam. Dikurniakan tujuh anak hasil perkahwinannya dengan Syed Mohd Yatim Tuan Ngah, 56, Jamilah bersama suaminya berdepan ujian besar apabila lima anaknya, Syarifah Nohaniza, 30, Syarifah Rohani, 28, Syed Nurul Amlu, 26, Syarifah Nia Zira, 24, dan Syed Mohd Akil, 20, menghidap penyakit mental sejak dilahirkan. Meskipun dilihat sengsara dan sukar mengawal lima anaknya itu yang mempunyai karakter pelik dan ada ketikanya agresif, namun raut wajah Jamilah tidak sedikitpun menggambarkan rasa jemu dan putus asa menjaga anak istimewa itu. Bagaimanapun, Jamilah mengakui bimbangkan nasib anak-anaknya jika dia dan suami terlebih dulu 'dijemput' Allah. "Ke mana anak-anak saya itu hendak menumpang kasih jika saya dan suami pergi dulu kerana tingkah laku kelima-lima anak saya ini, kadangkala sukar dikawal selain masing-masing mempunyai tabiat pelik. metro/- |
Posted: 16 Aug 2012 08:18 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - GAMBAR fail menunjukkan jet hipersonik X-51A diangkut dengan menggunakan sebuah jentera pengangkut di Pangkalan Tentera Udara Edwards, California, Amerika Syarikat pada 17 Julai lalu. LOS ANGELES - Sebuah jet hipersonik tanpa juruterbang yang direka untuk terbang enam kali ganda melebihi kelajuan bunyi berkecai di Lautan Pasifik beberapa saat selepas melakukan penerbangan ujian ekoran masalah pada ekor pesawat, kata Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) kelmarin. Menurut kenyataan tentera AS, masalah pada ekor pesawat X-51A atau Waverider itu dikenal pasti dalam penerbangan ujian pada Selasa lalu. Masalah teknikal itu berlaku 16 saat selepas roket penggalak melepaskan jet kawalan jauh itu daripada sayap pesawat pengebom B-52. "Selepas 15 saat apabila X-51A terpisah daripada roket penggalak tersebut, jet tersebut hilang kawalan akibat masalah pada ekornya," kata kenyataan tersebut. Secara keseluruhan, penerbangan ujian tersebut berlangsung selama 31 saat sekali gus gagal mencapai matlamat tentera AS untuk X-51A berada di udara selama lima minit. "Pesawat itu berkecai serta-merta dan jatuh ke dalam Lautan Pasifik dekat Mugu Point di barat daya bandar raya Los Angeles," kata seorang jurucakap Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson di Ohio, Daryl Mayer. Menurutnya, jet X-51A itu direka untuk mencapai kelajuan Mach 6 atau 7,350.06 kilometer sejam. Pada kelajuan tersebut, perjalanan dari Paris ke New York di AS sejauh 5,837 kilometer cuma mengambil masa sekitar 46 minit. - Agensi |
Galaksi hasilkan banyak bintang ditemui Posted: 16 Aug 2012 08:12 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - LAKARAN artis menunjukkan galaksi yang menghasilkan banyak bintang. WASHINGTON - Sekumpulan ahli astronomi Amerika Syarikat telah membuat penemuan menakjubkan apabila mereka menemui sebuah ibu kosmik yang jauh di cakerawala. Ibu kosmik itu merupakan sebuah galaksi tidak bernama yang melahirkan lebih banyak bintang sehari berbanding galaksi Bima Sakti. Bima Sakti menghasilkan bintang selama setahun. Kumpulan ahli astronomi berkenaan menggunakan teleskop X-Ray Chandra milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan untuk melihat galaksi gergasi itu. Ia melahirkan sekitar 740 bintang baharu dalam tempoh setahun. "Galaksi itu amat ekstrem kerana melahirkan terlalu banyak bintang baharu," kata seorang ahli astronomi Universiti Harvard yang turut bersama menulis kajian tersebut, Ryan Foley. Menurutnya, bilangan bintang baharu yang dihasilkan itu jauh lebih besar berbanding Bima Sakti yang melahirkan cuma sebuah bintang baharu pada setiap tahun. Ibu kosmik itu berada sekitar 5.7 bilion tahun cahaya dari pusat gugusan galaksi yang ditemui baru-baru ini. Gugusan galaksi itu memancarkan sinaran X-ray paling terang yang pernah dilihat oleh ahli-ahli astronomi. Penemuan tersebut disiarkan dalam jurnal saintifik Nature kelmarin. - AP |
Sekolah tergantung, berlaku mendapan tanah Posted: 16 Aug 2012 08:05 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - MARANG – Sekolah tergantung pertama di Malaysia. Demikianlah keadaan sebuah bangunan sekolah yang dibina di sebuah kawasan agak terpencil di Kampung Alor Limbat di sini, yang mula menjadi buah mulut penduduk di sekitar kampung berkenaan. Isu pembinaan sekolah itu juga dikatakan mendapat bantahan sejak awal pembinaannya lagi kerana ia dibina di kawasan yang tidak sesuai dan berair. Kini kebimbangan mereka terjawab apabila berlakunya mendapan tanah sedalam lebih kurang 0.3 meter. Malah, mereka juga mendakwa bangunan yang dikatakan berharga jutaan ringgit itu bakal runtuh bila-bila masa dan menerima nasib sama dengan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak yang bumbungnya runtuh pada tiga tahun lalu. Setiausaha Pas Negeri Terengganu, Yahaya Ali yang mewakili penduduk berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat yang sedang dalam pembinaan itu sepatutnya dibuka dua tahun lalu namun sehingga kini masih belum dapat digunakan. Ini sebab, katanya bangunan tersebut disahkan tidak selamat untuk digunakan oleh pihak Forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) akibat berlakunya mendapan tanah di bawah bangunan. Tapak bangunan kawasan hutan berair "Setakat yang saya tahu, sekolah (SMK Alor Limbat) ini patut telah dibuka tahun 2010 lagi. Harga kos pengambilan tanah RM1,608,177,00 dan kos pembinaan sekolah pula menelan belanja jutaan ringgit tapi sampai sekarang masih belum dapat digunakan. "Isunya dari pemilihan tapak lagi sebab asal kawasan berkenaan adalah kawasan hutan berair (tasik) sedangkan pilihan untuk pengambilan balik tanah lebih sesuai boleh dilakukan di tempat lebih baik," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Yahaya berkata, pada peringkat awal perancangan pembinaannya sebahagian dari kawasan pembinaan sekolah tersebut juga bertindih dengan kawasan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Penjara Beruk pada zaman kerajaan Pas iaitu pada 1999 hingga 2004. Sehubungan itu, katanya, tapak kawasan projek itu terpaksa ditambun selain turut membabitkan soal kurang teliti pihak berkenaan hingga tanah sekeliling bangunan sekolah berkenaan mendap lebih kurang 0.3 meter dan menyebabkan bangunan sekolah menjadi tergantung. Persoalannya, kata Yahaya yang merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Marang, apakah pemilihan tapak projek sekolah itu kerana mengambil kira kepentingan projek itu sendiri atau mempunyai agenda tersembunyi seperti mengeluarkan kayu balak dari kawasan tersebut. Dalam pada itu, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu 13 Ogos lalu kerajaan mengesahkan dalam jawapan bertulis kos pengambilan tanah sekolah itu berharga RM1,608,177 dan pengoperasian tidak dapat diteruskan kerana berlaku mendapan tanah. sinar harian/- |
Ladang Rakyat terima mohon maaf Kickdefella Posted: 16 Aug 2012 08:02 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PPLRK) telah menerima permohonan maaf secara rasmi dari penulis buku "Ladang Rakyat, Ladang Airmata Rakyat" yang dikatakan mengandungi beberapa fakta yang salah dan telah menyebabkan reputasi Ladang Rakyat terjejas. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PPLRK, Dr. Nazmi Ghazali Azmi, permohonan maaf yang dipohon oleh Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdifella) dan syarikat penerbit buku tersebut Wadah Bakat Sdn Bhd itu membuktikan segala unsur-unsur negatif yang cuba dibawa oleh penulis buku tersebut telah berjaya disekat dari disebarkan kepada masyarakat secara meluas. (Gambar: Dr Nazmi menunjukkan surat permohonan maaf yang diterima daripada Kickdefella.) "Alhamdulillah setakat ini kita telah berjaya mengesan pengedaran buku tersebut dan Syed Azidi telah berjanji untuk berusaha menyekat pengedaran buku itu, kita difahamkan buku itu ditulis oleh beliau untuk disebarkan pada perhimpunan agung Umno dulu. " Ladang Rakyat kini boleh menarik nafas lega kerana permohonan maaf yang dibuat di mahkamah pada 12. Ogos lalu dari Syed Azidi atau Kickdefella itu telah dapat mengangkat kembali reputasi Ladang Rakyat dan saya juga menyeru orang ramai yang memiliki buku itu agar tidak mempercayai isi kandungannya," ujar beliau lagi. Nazmi juga berkata Syed Azidi juga telah menyedari terdapat beberapa elemen yang tidak mempunyai fakta-fakta tepat terhadap pihak Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat dalam buku tersebut dan menyesali terhadap kekeliruan apa yang ditulis dalam buku itu. harakahdaily.- |
Posted: 16 Aug 2012 08:00 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - SEPANG: "Tak nak ceritalah. Saya nak lupakan semua, saya dah putus dengan dia," kata bekas pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Polimas) Nur Shahira Samsuri, 22, yang terpedaya dan dilarikan kekasihnya ke Lombok, Indonesia pada 11 Jun lalu. Katanya, dia enggan mengingati kembali peristiwa itu kerana mahu membina hidup baru termasuk menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana bakal menyambung pengajian di peringkat sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bulan depan. "Saya tak berapa nak ingat. Saya kenal dia di sini pun ketika dia bekerja di kantin sebagai pembancuh air. Dia janji nak berkahwin dengan saya. "Hidup di Lombok sederhana dan saya tinggal di rumah keluarganya sepanjang berada di sana," katanya ketika ditemui pemberita sebaik tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) atas bantuan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), kira-kira jam 10.45 malam, kelmarin. Kepulangannya disambut Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim serta ibu bapa gadis terbabit, Hafilah Man, 49, dan Samsuri Husin, 51. Jun lalu, Nur Shahira disedari hilang dari rumah selepas mengikuti seorang lelaki berasal dari Lombok, dikenali sebagai Nasib. Difahamkan, dia mengenali lelaki yang bekerja sebagai pembancuh air itu ketika membantu neneknya di sebuah kantin di Seberang Prai, Pulau Pinang. Ketika ditanya sama ada dia sudah berkahwin atau tidak, Nur Shahira enggan menceritakan perkara itu selain tidak mahu mengulas layanan diterima sepanjang bersama keluarga kekasihnya di Lombok. Malah, sepanjang pertemuan dengan keluarganya, Nur Shahira kelihatan biasa dan tidak menitiskan air mata serta tidak banyak bercakap sepanjang temu bual bersama wartawan. Bapanya, Samsuri yang juga seorang pensyarah berkata, mereka sekeluarga bersyukur dapat menyambut Aidilfitri bersama anaknya dan mahu Nur Shahira menumpukan perhatian kepada pelajaran. Pada masa sama, KP1M turut membawa pulang Ismadani, berusia tiga tahun, iaitu anak kepada seorang ibu muda, Suriani Abdul Wahab, 21. Kepulangan kanak-kanak itu bersama bapanya yang juga suami wanita terbabit, Madon Aban, 32, berasal dari Lombok. Kisah Suriani yang mahu pulang bertemu keluarganya di Baling, Kedah selepas empat tahun berkahwin dan menetap di Lombok pernah dilaporkan di dalam Harian Metro pada Mei lalu. Ibu muda itu kemudian pulang ke tanah air pada 29 Mei lalu hasil bantuan KP1M, tetapi pada masa berkenaan anaknya tidak dapat pulang bersama kerana masalah dokumentasi. Suriani berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan termasuk KP1M kerana membawa pulang insan kesayangannya, sekali gus membolehkan mereka menyambut Aidilfitri bersama. "Saya sangat bersyukur dapat bertemu kembali dengan suami dan anak kerana sangat merindui mereka selepas kira-kira dua bulan tidak bertemu," katanya. Sementara itu, Abdul Azeez berkata, beliau berharap perkara berkenaan menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia terutama anak gadis supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan janji manis lelaki. "Perkara ini sepatutnya menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia. Saya tak tahu jumlah sebenar anak gadis Malaysia yang berada di Lombok kerana kita hanya bantu sekiranya ada ibu bapa melaporkan kepada KP1M," katanya. metro/- |
Posted: 16 Aug 2012 07:55 PM PDT 28 Ramadhan 1433H. [MOD] - KESESAKAN di Plaza Tol Jalan Duta menghala ke utara pada tengah hari semalam tatkala warga ibu kota mula pulang untuk berhari raya di kampung. KUALA LUMPUR - Jumlah kenderaan di lebuh raya utama semakin meningkat ketika orang ramai mula bergerak meninggalkan ibu kota untuk pulang ke kampung meraikan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut pada Ahad ini. Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang dilaporkan lancar tengah hari semalam mulai sesak menjelang petang. Berdasarkan maklumat twitter PlusTrafik, pergerakan trafik perlahan di Plaza Tol Rawang menuju ke utara, begitu juga dengan laluan sebelum memasuki tol Jalan Duta menuju ke Bukit Lanjan dan dari Kilometer 10.9 arah utara Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menuju ke Damansara. Aliran trafik juga dilaporkan perlahan di laluan masuk Plaza Tol Juru menuju ke Seberang Perai serta pergerakan ke selatan yang dilaporkan sesak dari arah Machap ke Ayer Hitam, Johor. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus memberitahu, laluan masuk ke tol dari pusat bandar juga bergerak perlahan namun terkawal. Sementara itu, menurut laman twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sehingga 12 tengah hari semalam, trafik bergerak lancar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan LPT termasuk di sekitar Plaza Tol Gombak, Bentong dan Karak. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kenderaan keluar dari ibu negara bertambah menjelang malam. PLUS sebelum ini memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan. Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap. Bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi. Dalam pada itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor yang melakukan tinjauan trafik dengan helikopter berkata, purata 1.7 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya PLUS setiap hari menjelang hari raya berbanding 1.2 juta pada hari biasa. "Bagi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, purata trafik harian ialah 32,843 kenderaan pada hari biasa dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 130,000 kenderaan menjelang Aidilfitri," katanya. kosmo/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan