Jumaat, 17 Ogos 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar Jawab Soalan Rakyat di Google Hangout 10 Malam Ini

Posted: 16 Aug 2012 11:19 PM PDT

KeadilanDaily

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik pertama dari Asia Tenggara yang dipaparkan dalam acara Google Hangout, kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Program julung kali di Malaysia bermula jam 10.30 malam ini boleh diikuti melalui pautan http://www.youtube.com/user/anwarhangout/featured

"Setakat ini, lebih 700 orang menandakan kehadiran mereka di laman facebook dan jumlah ini dijangka akan meningkat.

"Enam rakyat Malaysia akan muncul sebagai tetamu Google Hangout dari rumah masing-masing. Mereka akan bergilir-gilir bertanya soalan.

"Sebanyak 40 peratus soalan dari ahli panel, 40 peratus (soalan bertulis dari twitter dan facebook) dan 20 peratus (soalan ketika acara berlangsung," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan melalui twitter dengan menggunakan hashtag #BorakAnwar atau tulis di laman Google Plus Events iaituhttp://is.gd/borakanwardan facebook iaituhttp://tiny.cc/borakanwar.

Program bual bicara secara langsung dari studio TV Selangor di Shah Alam akan dikendalikan Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah.

"Acara ini santai, tidak formal. Soalan berkisar mengenai kehidupan di rumah, tentang keluarga, sukan kegemaran. Juga soalan serius termasuk polisi Pakatan Rakyat," kata Nik Nazmi.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut menggunakan Google Hangout untuk berinteraksi dengan rakyat.

Terima Kasih Pandelela Dan Chong Wei – Wan Azizah

Posted: 16 Aug 2012 12:31 PM PDT

 KeadilanDaily

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada wira Olimpik London 2012, Pandelela Rinong Pamg dan Datuk Lee Chong Wei kerana menjalankan tanggungjawab mereka dengan begitu baik dalam temasya sukan itu tempoh hari.

"Saya ingin mengucapkan selamat kembali wira Olimpik kami, Pandelela Pamg dan Lee Chong Wei, serta mengucapkan tahniah kepada mereka untuk persembahan yang mengagumkan," katanya.

"Kepada Pandelela, pemenang pingat gangsa dalam acara 10m menyelam wanita, anda adalah wanita pertama Malaysia untuk memenangi pingat dalam acara tersebut, tahniah!," katanya dalam kenyataan sambil mengingatkan kejayaan V Vasugi, wanita pertama meraih pingat dalam sukan taekwondo pada Olimpik 1988.

Azizah berkata, Pandelela adalah simbol kejayaan bukan sahaja untuk wanita Sarawak tetapi juga Malaysia.

"Ia menarik perhatian saya bahawa Pandelela pulih daripada permulaan yang buruk dalam pertandingan itu, bangkit dan memenangi pingat walaupun ramai berpendapat beliau tiada peluang menang. Terdapat daya tahan yang kuat pada dirinya yang menekankan keazaman rakyat Malaysia apabila keadaan tidak berpihak kepada negara," katanya.

Azizah turut mengulas prestasi Chong Wei yang kehilangan peluang memenangi emas dalam acara badminton perseorangan tetapi berjaya memenangi hati peminat melalui cara beliau membawa diri.

"Dia adalah salah seorang daripada salah satu perlawanan yang dinanti-nantikan di Sukan Olimpik. Beliau memainkan peranan dengan baik walaupun memenangi hanya perak. Beliau merupakan pemenang pingat perak yang terkenal di arena kemasyuran badminton," tambahnya.

"Kedua-dua generasi muda Malaysia telah menunjukkan potensi besar yang dipunyai rakyat Malaysia," katanya.

"Saya mengucapkan setinggi tahniah kepada setiap ahli kontinjen Malaysia ke London 2012 yang telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai duta negara dan model peranan kepada jutaan rakyat Malaysia," kata Azizah lagi.

Olimpik 2012 melabuhkan tirainya 13 Ogos lalu di mana Malaysia berjaya menduduki tempat ke-63 dengan kutipan satu pingat perak dan satu gangsa.

Tiada ulasan:

Nuffnang