Isnin, 23 Julai 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Talam: Anwar pertahan MB S’gor

Posted: 20 Jul 2012 06:47 PM PDT

K.Azmin| July 19, 2012 
Isu ini berpunca daripada Khir Toyo yang bertindak menjual beribu ekar tanah Selangor kepada Talam namun gagal membayar premium tanah. 

KLANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membeli Talam Corporation Bhd (Talam) walaupun syarikat itu dihimpit dengan bebanan hutang berjuta ringgit.

Menyifatkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor paling berkaliber kerana bijak menguruskan ekonomi negeri, Anwar berkata Khalid tidak

patut dipersalahkan apabila Selangor terpaksa menanggung RM392 juta hutang Talam.


Katanya, isu ini sebenarnya berpunca daripada bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo yang bertindak menjual beribu ekar tanah Selangor

kepada Talam namun gagal membayar premium tanah walaupun mendapat geran yang sah sehingga menyebabkan hampir dilelong bank.


"Tan Sri Khalid urus ekonomi dalam empat tahun ni tiada tolok tandingnya dengan mana-mana Menteri Besar sebelumnya.

"Khalid terpaksa hutang RM400 juta untuk ambil balik nak selamatkan (tanah daripada dilelong) kamu kata dia jahat.

"Tapi (individu) yang jual tanah itu kamu lupa…ini zaman edan," katanya dihadapan kira-kira 3,000 penyokong dalam Ceramah Merdeka Rakyat di Jalan Kebun di sini malam tadi.

Pentadbiran Khalid kini dihimpit dengan tekanan isu menguruskan penstrukturan hutang Talam membabitkan jumlah nilai sehingga RM1 bilion.

Ketua Umum PKR itu turut menegaskan pentingnya peranan anak muda menangani politik kotor, zalim dan menolak sistem pentadbiran yang mengamalkan rasuah.

Katanya, anak muda tidak seharusnya mudah terpedaya dengan habuan wang ringgit yang ditaburkan untuk menjalankan kerja politik kotor pihak lawan.

"Jangan kerana RM20 maki orang, baling batu. Saya pergi Johor kereta kena, saya pergi Lembah Pantai kena baling batu…anak muda (dengan hanya) RM20 khianat semangat perjuangan.

Pencacai rasuah

 
"Ini laskar upahan Umno yang cukup rendah akhlaknya. Apa yang hebat kalau anak muda tidak berani menyatakan yang benar kalau jadi perkakas dan pencacai rasuah," katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut berpendirian untuk terus mempertahankan hak dan agama semua kaum sekiranya Pakatan Rakyat memerintah sekaligus menepis dakwaan pihak lawan yang bimbang negara ini akan hilang kedaulatan sebagai negara Islam dan hak Bumiputera.

"Pemimpin ambil bilion ringgit dan jadikan kita kuli, orang hina kaum kita, hina agama, pecahbelahkan rakyat.

"Pergi kepada masyarakat Cina dakwa Islam PAS merbahaya buat mereka. Pergi kepada masyarakat Melayu pula kononnya kuasa kepentingan Melayu akan terhakis…sebenarnya yang merampas itu pimpinan saudara.

"Adakah kerana saya ingin jadi Perdana Menteri saya sanggup gadaikan hak Melayu dan kepentingan Islam? Tidak sama sekali," katanya.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Suhaimi Shafiei yang merupakan tuan rumah bagi program ini.


Turut hadir berceramah Ahli Parlimen Machang Datuk Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching, Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar dan bekas Adun Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Dianggarkan sekitar 4000 penduduk berhampiran hadir mendengar ceramah ini. Kedatangan Anwar merupakan kali pertama ke dalam kawasan "Lubuk Reformasi" ini sejak dibebaskan dari tahanan penjara di Sungai Buloh.  Kampung Jalan Kebun terkenal kerana disinilah pusat perhimpunan 100,000 rakyat kali pertama diadakan pada 25 Oktober 2000 dimana polis menahan sekitar 120 orang yang terlibat menganjurkan program itu.

Suasana ceramah malam tadi turut berlangsung dengan aman tanpa sebarang gangguan walaupun sebelum itu terdapat khabar angin kebimbangan akan berlakunya provokasi daripada kumpulan 'samseng Jalan Kebun' yang sebelum ini mengganggu ceramah anjuran NGO Asal Bukan Umno (ABU) dan Hindraf.

Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan PRU13

Posted: 20 Jul 2012 05:00 AM PDT


Bertempat di Hotel De Palma, Seksyen 19, Shah Alam berlangsung satu diskusi meja bulat yang dianjurkan oleh portal Antarapos bertajuk "Peranan Media Baru Dalam Menentukan Kemenangan PRU13".

Menampilkan penyertaan dari pelbagai latar belakang politik diskusi ini setidaknya dapat menemukan mereka yang berlainan ideologi duduk semeja bagi mengutarakan pelbagai pandangan. Ia berlansung secara harmoni dan terkawal walaupun ada usikan usikan bermitifkan poliutik diselitkan.


Antara panel yang dijemput oleh portal Antarapos selaku penganjur adalah ADUN Sri Muda yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafie, Pengerusi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO Tun Faisal Ismail Aziz dan bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang juga seorang ahli DAP Hata Hawari. Manakala moderator adalah Azlan daripada Antarapos sendiri.

Topik yang dibincangkan agak menarik untuk dikupas namun moderator terlebih dahulu mengingatkan panel yang hadir bahawa diskusi meja bulat kali ini bukanlah pentas perdebatan tetapi lebih kepada perbincangan dan percambahan minda berkaitan topik yang diberi.

Dapat diperjelaskan di sini hampir ketiga-ketiga ahli panel bersetuju bahawa media baru berperanan dalam mempengaruhi pola dan corak pemikiran serta landskap politik terutama pengundi muda lebih-lebih lagi menjelang PRU13 yang akan datang.

Cuma sekarang perbezaan yang ketara penguasaan media media baru ini tidak lagi dikuasai serta dimonopoli sepenuhnya oleh pihak pembangkang seperti tahun 1999 ketika reformasi sedang hangat ketika itu dan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU12 pada tahu 2008. Ini kerana pihak kerajaan persekutuan dan BN telah mengupah blogger dan kaki spin  upahan UMNO telah sikit sebanyak telah mengimbangi kekuatan media baru milik Pakatan Rakyat.

Ini diakui sendiri oleh ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafie ketika ditanyakan soalan berkaitan oleh moderator. Menurut beliau, kemunculan secara mendadak pengamal media sama ada sebagai twiterian, facebooker atau pun blogger mula menenggelamkan kekuatan blogger pakatan sebelum ini. Ia berlaku kerana pihak UMNO dan BN mampu mengupah ramai golongan orpotunis dalam bidang ini. Buktinya ramai pengendali blog upahan sekarang ini tampil meminta upah mereka di bayar seperti yang berlaku di selatan tanahair baru baru ini.

Namun, Shuhaimi juga melahirkan rasa tidak selesa dengan kaedah yang digunapakai blogger-blogger Pro-BN yang dilihat banyak menggunakan bahasa yang kasar dan lucah dalam artikel yang dikeluarkan. Namun kenyataan ini kurang dipersetujui oleh Pengerusi UMB kerana menurut beliau templet yang digunapakai blogger Pro-BN adalah diwarisi daripada apa yang pernah dilakukan oleh blogger-blogger pembangkang sebelum ini seperti contoh penggunaan "Mahazalim" dan "Mahafiraun" terhadap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir. Namun demikian Shuhaimi menegaskan bahasa yang digunakan jauh lebih lunak berbanding blogger upahan UMNO BN yang memaki hamun dan menabur fitnah, seperti yang difitnah padanya.

Panelis ketiga pula, Hata Hawari mencadangkan agar ditubuhkan Majlis Media seperti yang terdapat di negara India dan Indonesia agar dapat mengawalselia tindak-tanduk pengamal media sosial di negara ini. Namun, cadangan ini kurang dipersetujui oleh Tun Faisal dan Shuhaimi Shafie kerana mereka berpandangan dengan penubuhan Majlis Media ini kelak akan menyebabkan terjadinya sekatan kepada kebebasan menulis, bersuara dan menyampaikan apa yang terbuku dalam hati seseorang individu. Kebebasan dan cara penulisan adalah karya tersendiri dan sukar di kawal

Kesimpulan daripada perbincangan ini hampir semua ahli panel bersetuju agar pengamal media baru perlu lebih bertanggungjawab dalam melaporkan sesuatu perkara dan berharap rakyat Malaysia yang menjadi penerima maklumat agar lebih matang dan menyelidiki dahulu sebarang berita yang diterima. Fitnah dan tohmahan palsu perlu ditentang kerana ia boleh menjejaskan generasi akan datang.

LRT Projects: Prasarana Yet to Respond to Safety Issues

Posted: 19 Jul 2012 07:25 PM PDT


Print E-mail
Al Jafree Md Yusop (jafree@malaysiandigest.com)   
Thursday, 19 July 2012 12:42
rafizi_ramli7-19-12-2KUALA LUMPUR: PKR is putting more heat on Syarikat Prasarana Negara Berhad to provide explanation over the party's revelation on the technical evaluation done by an expert consultant on the Ampang light rail transit (LRT) extension project.
PKR strategic director Rafizi Ramli (pic) today slammed the federal government-owned company for failing to respond to the party's inquiry over the safety aspects of all its projects including the extension of Ampang and Kelana Jaya LRTs.

"Prasarana has been quite consistent in failing to provide an immediate response when it comes to the safety aspects of all its projects.

rafizi_ramli7-19-12"I have also studied the talk between residents of Putra Heights and Taman Alam Megah with Prasarana on the protest against the planned extension of the Kelana Jaya LRT system," Rafizi told a press conference today.

He said that the residents' concerns over the LRT project are being supported by experts like National Institute of Disaster Research chairman Prof Dr Tajul Anuar Jamaluddin. However, he said, the residents' concerns are still being ignored up to this day although the Selangor state government has provided Prasarana with a proposal for a safer alternative route.

The various safety issues highlighted by the residents include the rail tracks being too close to residential areas and abandoned quarries.

rafizi_ramli7-19-12-3"I am looking at this issue seriously as it involves public safety.

"Therefore I urge the Selangor state government to implement tougher condition that will include the formation of a panel to look into the technical evaluation report provided by the expert consultant to ensure the safety of the people of Selangor," he said.

He also called for the Pakatan Rakyat-led Selangor government to stop Prasarana from continuing with the project until the company has provided an explanation addressing these safety issues.

"If ever that Prasarana failed to consider the demand, I urge the state government to use its power to ensure that Prasarana won't be able to continue with the project," he added.


source- MD

Selangor Digesa Tubuh Panel Siasatan Bebas Kaji Jajaran Tambahan LRT Aliran Kelana Jaya

Posted: 19 Jul 2012 07:12 PM PDT


PETALING JAYA
 Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan menggesa kerajaan Negeri Selangor menubuhkan satu panel siasatan bebas memastikan jajaran tambahan sistem transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya adalah selamat dan mengambil kira keselamatan awam.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, panel bebas itu perlu ditubuhkan bagi meneliti semua keputusan penilaian bidaan teknikal untuk memastikan keselamatan rakyat terjamin.

"Saya akan bawa isu ini ke peringkat kerajaan Selangor supaya mereka menggunakan sepenuhnya kuasa untuk memastikan kontraktor yang dilantik oleh Prasarana mempunyai kepakaran dan kebolehan bagi menjamin sistem yang dibina kelak adalah selamat.

"Saya juga menyeru kerajaan Selangor menggunakan sepenuh kuasanya untuk memastikan Prasarana tidak boleh meneruskan projek ini sehinggalah semua aspek keselamatan dititikberatkan," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Khamis.

Rafizi berkata pada ketika ini Prasarana tidak menitikberatkan aspek keselamatan dalam pembinaan keselamatan kerana stesen 11 dan 12 laluan tambahan Kelana Jaya dibina terlalu hampir dengan rumah penduduk dan kawasan bekas kuari.

"Saya telah turut sama mengkaji proses rundingan dengan Persatuan Penduduk Putra Heights dan Taman Alam Megah dan Prasarana mengenai bantahan penduduk mengenai jajaran laluan tambahan sistem LRT Kelana Jaya.

"Bantahan penduduk turut disokong oleh pendapat pakar geologi, Prof Madya Dr Tajul Anuar Jamaluddin namun ia tidak dihiraukan hingga kini, walaupun kajian trafik alternatif oleh kerajaan Selangor menununjukkan ada jajaran laluan alternatif yang lebih baik dan selamat," katanya.

Jelasnya, PKR memandang berat isu-isu keselamatan ini kerana ia melibatkan nyawa rakyat.
Antara isu keselamatan yang ditimbulkan oleh penduduk Putra Heights dan Taman Alam Megah dalam isu pembinaan jajaran LRT tambahan Kelana Jaya ialah:

1) Laluan terlalu dekat dengan kawasan perumahan.

2) Laluan terlalu hampir dengan kolam air dan bekas kuari.

3) Laluan yang dibina pada struktur tanah berbahaya.

4) Laluan yang dibina melalui cerun-cerun curam kelas III dan kelas IV.



Sumber: mstar

 

Tiada ulasan:

Nuffnang