Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Kenapa tempat ke IPTA berkurangan, kesian pelajar kita
- Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Negeri Sembilan 2012
- Hidup ibu tinggal lebih susah dari ibu tunggal
- JPA lengah naik gred guru. Janji Ditepati?
- Menangani Isu Saudara Baru – Idea Lapok Perlu Diubah
Kenapa tempat ke IPTA berkurangan, kesian pelajar kita Posted: 23 Jul 2012 12:40 AM PDT Satu fakta yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang. Pada tahun 2011 seramai 41,267 orang layak memasuki IPTA. Akan tetapi pada tahun 2012 ianya berkurangan kepada hanya 38,549 orang sahaja. Kenapa? Ke mana 24,918 lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi ini hendak pergi? Ke IPTS dengan bantuan PTPTN yang kosnya jauh lebih mahal dari IPTA? Sepatutnya semakin tahun semakin banyak peluang ditawarkan ke IPTA, bukan ke IPTS. Julai 17, 2012 - Mohamed Khaled berkata, tempat yang ditawarkan di IPTA di seluruh negara untuk kemasukan sesi 2012/2013 bagi peringkat ijazah pertama berkurangan pada tahun ini. Tahun ini, sebanyak 63,467 calon STPM/Matrikulasi/Asasi memohon menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama. "Setelah proses pemilihan sebanyak 38,549 daripada calon yang layak ditawarkan tempat di 20 IPTA," katanya lagi. 20 Ogos 2012 – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pinjaman RM4 bilion untuk 206,938 penuntut yang layak pada tahun ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pinjaman itu diharap tidak disalahgunakan penerima dan dibelanja sepenuhnya untuk menampung kos pengajian mereka. Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, seramai 41,267 orang akan diambil memasuki IPTA bagi sesi 2011/2012 bermula September ini. |
Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Negeri Sembilan 2012 Posted: 22 Jul 2012 11:00 PM PDT MAJLIS IFTAR PERDANA HIDAYAH CENTRE (MIPHC) Tema: 'Saudara Baru Saudara Kita' Tarikh : 4 Ogos 2012/ 15 Ramadhan 1433 H , SABTU Masa : 5.30 petang – 9.30 malam Tempat : Dewan Majlis Perbandaran Nilai, N.Sembilan Jualan Kerusi: RM 100 (biasa), RM500 (VIP) Hubungi: 012-3725283 (Hj Wahid), 019-3855169 (Hj Hisam) , 019-257-5486 (Hj Asri Loke ) |
Hidup ibu tinggal lebih susah dari ibu tunggal Posted: 22 Jul 2012 06:25 PM PDT Ada kalanya nasib ibu tinggal lebih perit dibandingkan dengan nasib ibu tunggal. Ada kalanya nasib anak-anak yang ditinggalkan bapa lebih perit berbanding dengan nasib anak-anak yatim. Semoga Ramadhan ini kita menyeimbangkan sumbangan kepada ibu tinggal dan ibu tunggal, juga anak yang ditinggalkan dengan anak yatim. Si cilik sara keluarga Harian Metro 23 Julai 2012 JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak untuk menampung keluarga manakala kakak sulung mereka sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan berikutan gagal menjelaskan yuran sekolah. Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit dan ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 35, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain, sedangkan mereka ada potensi untuk maju. "Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan, malah kerana bersusah-payah membantu saya meneruskan kehidupan seharian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan. "Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini. Noraini berkata, dia terpaksa bergantung kepada tiga anaknya yang dikenali sebagai Hamirul, 11, Nabila, 9, dan Alyah, 8, untuk mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami meninggalkannya dalam keadaan 'digantung tak bertali' sejak lima tahun lalu. |
JPA lengah naik gred guru. Janji Ditepati? Posted: 22 Jul 2012 06:24 PM PDT Semoga janji kepada guru di bawah ini dapat ditepati. Janji perlu ditunaikan dan perlu ditepati pada masa yang telah ditetapkan. JPA lengah naik gred guru Berita Harian 23 Julai 2012 Kuala Lumpur: Empat ratus guru yang memperoleh ijazah menerusi program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) belum menerima kenaikan gred sejak lima tahun lalu. Maklumat itu diperoleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) daripada kesatuan guru di seluruh negara, selain aduan disalur guru terbabit. Kebanyakan mereka mengikuti pengajian pada 2003 dan menamatkannya empat tahun kemudian. Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata selepas tamat pengajian mereka memohon kenaikan gred kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pelajaran, namun belum diluluskan sehingga sekarang. |
Menangani Isu Saudara Baru – Idea Lapok Perlu Diubah Posted: 22 Jul 2012 06:23 PM PDT Satu pandangan yang baik dari laman web Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan mengenai pengurusan saudara baru ketika ini yang perlu diperkemaskan. Hanya saudara baru yang lebih memahami masalah saudara baru. Menangani Isu Saudara Baru – Idea Lapok Perlu Diubah 22 Julai 2012 1. Masyarakat perlu serius dalam menjalankan usaha mendidik mereka yang memeluk agama Islam . Mereka yang memeluk agama Islam dalam sesuatu tempoh hendaklah melalui pemantauan berterusan tentang amalan atau praktisnya sebagai orang Islam. 2. Sekadar kita membiarkan mereka mengucap dan memiliki kad akuan pengislaman tidak mencukupi. Mereka perlu belajar mengenai ilmu agama dan menjalani praktis secara serius. Oleh itu kita perlu mewujudkan mekanisme pendidikan untuk mereka, sesuatu yang mudah dan fleksibel. Kita hendaklah mentadbirurus saudara baru untuk mempraktikkan amalan agama secara bersungguh-sungguh. 3. Kalau dalam soal-soal dunia kita begitu prihatin untuk menubuhkan atau memperkenalkan akta tertentu bagi mewajibkan mereka melalui atau menjalani ataupun mengikuti kursus dalam tempoh tertentu, apa salahnya kalau mereka yang memeluk agama Islam diwajibkan melalui kursus seperti PLKN selama 3 ke 6 bulan bagi memantapkan akidah dan kefahaman mereka. 4. Melalui cara ini, kita dalam memberi pendedahan tentang agama Islam adalah sebuah agama yang sempurna dan meliputi seluruh aspek kehidupan manusia daripada sebelum lahir hingga ke liang lahad dan selepas itu. 5. Pada waktu ini, kaedah kursus bulanan ataupun mingguan yang digunapakai tidak begitu berjaya untuk melahirkan saudara baru yang mantap pegangan akidah terutama dalam menempuhi suasana kehidupan yang mencabar. Persekitaran hidup mereka yang penuh dengan cabaran, memiliki kepercayaan yang lemah mengakibatkan mereka hanyut apabila berhadapan dengan ahli keluarga ataupun masyarakat asal mereka. 6. Kajian hendaklah dilakukan terhadap kaedah dan tatacara yang menjadi amalan kini yang dipraktis untuk memperoleh data mengenai sejauhmana program, latihan dan kursus yang dijalankan berjaya membentuk komuniti saudara baru dalam mencapai KPI kita. 7. Pengurusan saudara baru tidak boleh berhenti setakat mendaftarkan mereka, memberikan kad akuan Islam dan selanjutnya memberikan bantuan-bantuan kewangan dan makanan ( belaian fizikal ) tanpa mempedulikan praktis mereka. Terdapat saudara baru yang sudah lebih 5 tahun memeluk Islam tetapi masih tidak tahu membaca fatehah. Kita faham bahawa kalau inilah kualiti diri mereka sehingga tidak mengerti untuk membaca fatehah, sudah pasti amalan solat waktu lebih membimbangkan. Tetapi kalau kita lihat kekerapan permohonan dan kelulusan bantuan, golongan ini berada pada paras yang tinggi. 8. Kita berhemah tinggi dengan meluluskan bantuan dan menyelesaikan keperluan mereka. Usaha kita menyebabkan masalah fizikal mereka selesai tetapi kita tetap gagal untuk mengasuh dan mendidik. Kebanyakan yang kita temui merasakan bahawa dengan mengagihkan zakat dapat menyelesaikan kemelut sosial, soal kehidupan mahupun kemurtadan tetapi duit habis diagihkan tetapi masalah tetap tidak selesai. 9. Ada pihak berpendapat bahawa kita perlu jinakkan mereka dengan berhemah, berhikmah dan berlembut. Hasilnya ialah kita diperkotak-katikkan. Hukum dilanggar sesuka hati. Nasihat tidak diendahkan.Hubungan yang tidak baik antara pegawai dengan pegawai dan antara pegawai dengan NGO menyebabkan saudara baru ini mengambil peranan memanipulasi dan melaga-lagakan mereka. Akhirnya tercetus situasi yang menyedihkan – kedengaran kata-kata dan ungkapan-ungkapan termasuk ugutan-ugutan yang tidak profesional. Semua pihak termasuk saya suka kepada pujian. Hati kita pula tidak sanggup menerima kritikan. Telinga kita pula suka mendengar keburukan orang. Akhirnya kita layan orang yang suka memburukkan pesaing kita menyebabkan masalah tidak dapat diselesaikan, masalah tinggal masalah dan berkubur tanpa batu nesan kemudian muncul balik secara berkala. 10. Kita mesti berhentikan kaedah ini dengan merapatkan hubungan dan silaturrahim antara kita. Malangnya sudah lebih 10 tahun saya berada dalam bidang pengurusan baru tetapi 'mereka' tidak begitu mesra untuk bekerjasama apalagi untuk brainstorming idea ataupun berbincang dan mengajak bersama-sama untuk menyelesaikan permasalahan. Masing-masing dengan sikap kepegawaian mereka menyebabkan keadaan menjadi lebih malang. 11. Ada pula yang mencetuskan persaingan yang tidak sihat di antara NGO. Sikap melaga-lagakan sukarelawan jua suatu penyakit parah yang memerlukan pembedahan. Sesuai dengan niat mereka masalah tetap melanda kita semua. 12. Cubalah kita ukur kualiti saudara baru yang kita hasilkan. Kami pun masih gagal mentarbiah mereka. 13. Penguatkuasaan pula tidak dapat dilakukan atas alasan mereka saudara baru. Sekali dua dinasihat dan diberikan peluang masih tetap tidak berubah maka hukuman dan penguatkuasaaan perlu dilaksanakan secara serius. Kita tidak mahu status muallaf dijadikan lesen untuk melanggar peraturan dan hukum hakam. 14. Institusi mahupun individu yang menjaga saudara baru hendaklah bermuafakat dan duduk semeja untuk membincangkan dan menyelesaikan permasalahan ini. Pendekatan hendaklah bersepadu dan ada penyelarasan supaya kita dapat menunaikan tanggungjawab mendidik saudara baru secara menyeluruh. 15. Pentadbiran dan pengurusan saudara baru hendaklah diprofesionalkan dengan diberikan laluan kepada mereka yang berlatarbelakangkan kelulusan pelbagai disiplin ilmu selain daripada diberikan peluang kepada saudara baru sendiri. 16. Saudara Baru lebih memahami dan mengetahui permasalahan dan soal kebajikan saudara baru. Pihak atasan hendaklah memantaukan dan menasihat segala gerakerja. Saudara Baru hendaklah dilibatkan dalam penggubalan modul, perlaksanaan latihan, gerakerja kebajikan dan pemulihan. 17. Kita juga hendaklah membentuk jaringan kerjasama dengan semua jabatan agama di seluruh Malaysia bagi memantau dan menyelaraskan aktiviti saudara baru terutama pengurusan kebajikan mereka. 18. Walaupun saya bersetuju bahawa kerja yang paling senang ialah memecat dan membangkang tetapi kalau ada makna dan isinya maka kita perlu bersikap berani untuk berubah. 19. Dengan usaha-usaha ini, marilah kita berdoa agar diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran mendatang yang cukup serius dewasa ini. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan