Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Warga emas di kampung-kampung sering menjadi sasaran penjenayah.
- Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 6 Julai 2012 di Paroi
- Penjenayah mudah dapat senjata, orang kampung susah
- PROMOSI KRAF MANTAI 2012
- FORUM MENJELANG RAMADHAN
- HIMPUNAN HIJAU PERINGKAT N.SEMBILAN
Warga emas di kampung-kampung sering menjadi sasaran penjenayah. Posted: 05 Jul 2012 12:40 AM PDT Barang kemas isteri lesap 5 Julai 2012 REMBAU – Seorang warga emas dekat sini, rugi kira-kira RM5,000 apabila barang kemas milik isterinya dibawa lari dua lelaki yang menyamar ingin membeli barangan kitar semula dan wakil sebuah program hiburan, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Zakaria Taha, 79, dan isterinya, Lijah Ngah, 71, didatangi salah seorang daripada lelaki berkenaan di kediaman mereka yang mahu membeli beberapa barangan kitar semula seperti besi, plastik dan lain-lain. Menurutnya, tidak berapa lama kemudian, seorang lagi lelaki keluar dari kereta jenis Proton Waja berwarna biru yang dinaiki dan menyatakan mereka juga wakil daripada program hiburan sambil mengeluarkan sepucuk surat. "Selepas saya buka sampul surat berkenaan tertera gambar mesin basuh di sekeping kertas dan dua lelaki berkenaan menyatakan saya sudah memenangi hadiah berkenaan. Bagaimanapun, saya dikehendaki mengisi borang bagi mengesahkan hadiah berkenaan. "Ketika itu, saya seolah-olah leka dan menurut sahaja kata lelaki berkenaan yang meminta maklumat peribadi serta nombor siri barangan kemas untuk diisikan dalam borang berkenaan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, dekat sini, semalam. Zakaria berkata, selepas mencatatkan nombor siri emas iaitu seutas rantai leher, seutas gelang tangan dan cincin yang dibeli isteri di Makkah, dua lelaki berkenaan memulangkan semula barangan kemas kepadanya. "Namun selepas itu, mereka meminta saya untuk menangkap gambar di kedai gambar terdekat dan membawa barangan kemas sebagai bukti. "Oleh kerana tiada kedai gambar di Lubok China dan lokasi terdekat hanya di Masjid Tanah, Melaka, saya menaiki kereta dua lelaki berkenaan untuk ke sana," katanya. Menurutnya, sebelum mengambil gambar, dia diminta menyerahkan barangan kemas namun setelah selesai mengambil gambar, dua lelaki itu menghilangkan diri. Dia membuat laporan di Balai Polis Kota. |
Kuliah Tn Guru Tajuddin Jali 6 Julai 2012 di Paroi Posted: 04 Jul 2012 11:14 PM PDT |
Penjenayah mudah dapat senjata, orang kampung susah Posted: 04 Jul 2012 06:22 PM PDT Harapkan pagar, pagar makan padi. Kebimbangan rakyat mengenai tahap keselamatan di negara ini makin meningkat hari demi hari. Apatah lagi yang terlibat dalam kes jenayah ialah mereka yang sepatutnya melindungi orang awam. Penjenayah begitu mudah memiliki senjata api hanya dengan RM500, sedangkan orang awam, terutamanya orang kampung yang ada kebun atau dusun begitu susah untuk mendapatkan lesen senjata api, untuk mengawal musuh tanaman terutamanya babi hutan. Anggota Rela buat sewaan pistol ditahan 4 Julai 2012 - Seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) ditahan polis bersama sepucuk pistol jenis Revolver dan enam butir peluru di tepi jalan dekat Taman Gambang Damai di sini, kelmarin. Suspek yang berusia 48 tahun itu dipercayai memberi perkhidmatan penyewaan pistol tersebut dengan mengenakan bayaran hanya RM500. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian kira-kira pukul 10.45 malam kelmarin setelah menerima maklumat berkenaan. Ketika ditahan, suspek yang dipercayai sedang menunggu seseorang di tepi jalan itu cuba melarikan diri namun berjaya diberkas setelah bergelut dengan anggota polis. ''Hasil pemeriksaan lanjut, sepucuk pistol Revolver dan enam butir peluru ditemui terselit di pinggang suspek. ''Lanjutan itu, polis telah menyerbu rumah suspek yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian sebelum menemui 10 butir lagi peluru pistol itu dan sepucuk senapang patah milik Rela bersama 30 butir peluru selain sebuah komputer riba,'' katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) negeri di sini semalam. Kata beliau, pihaknya percaya pistol yang disewakan suspek itu telah digunakan dalam beberapa kes samun bersenjata di sekitar Kuantan. Katanya juga, siasatan awal mendapati suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah telah menjalankan aktiviti penyewaan pistol berkenaan sejak dua bulan yang lalu. ''Pistol itu juga dipercayai dibeli suspek dari seorang kenalannya dari Thailand di Rompin beberapa bulan lalu dengan harga RM500 dan komputer riba yang ditemui itu pula didakwanya diberi salah seorang pelangannya sebagai tukaran bagi bayaran sewa pistol,'' katanya. ''Hasil tangkapan ke atas suspek, kita percaya beberapa kes samun di sekitar Kuantan dapat diselesaikan dan polis kini memburu beberapa lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes berkenaan. - UTUSAN |
Posted: 04 Jul 2012 06:21 PM PDT Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan akan mengadakan Promosi Kraf Mantai 2012 sempena menyambut bulan Ramadhan 1433H iaitu pada 18 Julai - 19 Julai 2012, bertempat di perkarangan Kompleks Kraf Negeri Sembilan. Diantara aktiviti yang diatur adalah seperti jualan kraf (produk rotan, buluh, batik, songkok dll), jualan masakan tradisional (lemang, bahulu, dodol, rendang dll), jualan busana muslim (pakaian, tudung, songkok dll, jualan daging lembu (sempena mantai Ramadhan), aktiviti interaktif kraf dan pelbagai aktiviti menarik. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Promosi Kraf Mantai 2012 Sebarang pertanyaan, sila hubungi : Urusetia Promosi Kraf Mantai 2012 Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan Kompleks Kraf Cawangan Negeri Sembilan Jalan Dato' Abdul Kadir 70503, Seremban 06-7671388 ( T ) 06-7671450 ( F ) |
Posted: 04 Jul 2012 04:40 PM PDT |
HIMPUNAN HIJAU PERINGKAT N.SEMBILAN Posted: 04 Jul 2012 02:05 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan