Khamis, 5 Julai 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siasatan OSA Oleh PDRM: Keselamatan Rakyat Lebih Utama Dari Kekuasaan UMNO/BN

Posted: 05 Jul 2012 06:52 AM PDT

Saya memandang berat tingkah laku pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang nampaknya lebih mementingkan kekuasaan UMNO/BN berbanding keselamatan rakyat.

Tindakan PDRM yang menolak mentah-mentah dari menyiasat campur tangan Dato' Seri Najib Tun Razak dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang (LRT) tetapi cepat-cepat menubuhkan pasukan khas kononnya menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender mula diketahui umum, mengesahkan persepsi kebanyakan rakyat bahawa pimpinan PDRM meletakkan kepentingan UMNO/BN mengatasi segala-galanya.

Kenyataan Dato' Seri Bakri Zinin semalam mengesahkan dua perkara:

1. Bahawa dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dan dokumen lain berkaitan tender tersebut adalah benar dan asli;

2. Bahawa Dato' Seri Najib Tun Razak bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas.

Saya kesal dengan kenyataan Dato' Seri Bakri Zinin kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.

Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?

Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air?

Paling dikesali, pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing, seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

Jelas sekali, kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar "kepentingan awam".

Saya sedar tanggungjawab yang perlu kami galas dan risiko yang perlu dihadapi. Nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga dan perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek ini.

Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia.

Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin 9 Julai 2012 seperti biasa. Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen "Utamakan Keselamatan Rakyat" di seluruh LRT laluan Ampang.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Kementerian Pengangkutan Wajib Perjelas Mengapa Kecacatan Sistem MIP-2 Masih Belum Diperbaiki

Posted: 05 Jul 2012 06:49 AM PDT

Saya merujuk sistem Malaysian Air Traffic Services Modernization Programme (MATSMP) Improvement Phase 2 (MIP-2) yang dinaiktaraf syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX) dan Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT). AAT juga merupakan syarikat dimiliki SELEX, walau sistem dibina dan disediakan oleh SELEX.

 

Dalam jawapan kepada soalan Parlimen bertarikh 12 Jun 2012 di mana saya bertanya jumlah kos perbelanjaan dan prestasi sistem kawalan udara yang dinaiktaraf oleh AAT ini, Menteri Pengangkutan (MoT) menyatakan bahawa kos keseluruhan adalah RM128.4 juta, dan sistem tersebut "berada di tahap yang baik". Malangnya Menteri gagal meyakinkan umum tentang kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem radar MIP-2.

 

Justeru sekali lagi, pada 25 Jun 2012, saya telah membangkitkan beberapa perkara yang masih belum menerima jawapan daripada Kementerian Pengangkutan iaitu:

 

1. Status kesediaan dan tahap keselamatan sistem MIP-2 jika ia telah sempurna dipasang mengikut piawaian dan menerima Sijil Penyiapan Praktikal (Certificate of Practical Completion) yang membolehkan bayaran penuh dibuat. Senarai penuh "gangguan kecil" yang telah dibaikpulih, isu-isu yang sedang diuji di dalam sistem testbed DCA, dan isu-isu yang sedang dianalisa di kilang Selex di Itali wajib diberi sebagai pembuktian keberkesanan sistem MIP-2.

 

Tambahan lagi, surat pengakuan (Letter of Undertaking) SELEX kepada pihak Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA), bertarikh 21 Disember 2011 menyatakan janji kontraktor tersebut untuk memperbaiki segala kecacatan yang dikesan di dalam sistem radar menjelang Mac 2012.

 

Malangnya, dalam sepucuk emel yang diserahkan kepada saya, ternyata sehingga 27 Jun 2012, masalah-masalah berikut, antaranya kecacatan serius, dan bukan sekadar kecacatan sistem kecil, masih lagi berlaku seperti berikut: (Lampiran 1)

 

a. pada 25 Jun 2012, dari 0614z hingga 0625zkesemua sistem radar telah beku (frozen) selama lima saat.

 

b. masalah 'rebooting'  komputer pegawai-pegawai trafik udara.

 

c. masalah 'flight plan' yang harusdikemaskinikan datanya secara manual dan bukan secara otomatik seperti dalam spesifikasi.

 

d. masalah tiada pertukaran teknologi seperti yang ditetapkan kontrak dimana DCA masih terpaksa menunggu jurutera dari Itali yang melambatkan sebarang bantuan teknikal yang diperlukan sedangkan kos kontrak dikatakan tinggi  itu diperlukan kerana akan ada pertukaran teknologi (technology transfer).

 

Kesemua kecacatan di dalam sistem ini memaksa kesemua stesen kerja (workstation) memberi laporan harian berkait dengankeselamatan pegawai-pegawai trafik udara.

 

2. Kementerian Pengangkutan wajib menjawab samada kontraktor SELEX bersama AAT telah gagal menepati janji untuk membaikpulih sistem radar yang mereka sediakan sehingga hari ini? Adakah Kementerian akan membatalkan kontrak yang diberi kepada mereka dan melaksanakan tender terbuka bagi menjamin keselamatan ruang udara Malaysia?

 

3. Memberi penjelasan tentang pemberian kontrak penyelengaraan 5+5 tahun kepada AAT secara runding terus – dianggarkan berjumlah RM244.5 juta. Hujah bahawa tiada syarikat lain yang memiliki kepakaran sistem yang dipasang SELEX dan AAT tidak boleh digunapakai bila setiap lokasi yang tesenarai dalam Lampiran 2 sepatutnya ditender secara berasingan untuk mendapatkan nilai terbaik dengan menggunakan dana rakyat. Tambahan lagi, saya difahamkan bahawa sistem di KLIA sedia ada adalah gabungan sistem-sistem yang dibekalkan 10 syarikat berbeza.

 

4. Keperluan segera demi keselamatan ruang udara dengan meyakinkan rakyat melalui satu audit sepenuhnya oleh ICAO terhadap sistem MIP-2 ini. Untuk makluman, kali terakhir ICAO membuat audit di Malaysia adalah pada 2005. Sekiranya kerajaan tidak mempunyai dana mencukupi, saya bersedia memulakan kutipan derma kilat daripada masyarakat awam untuk membiayai kos audit jika perlu kerana saya difahamkan ICAO bersedia membuat audit secara percuma dengan syarat ICAO dijemput secara rasmi oleh kerajaan.

 

5. Selain itu saya menjemput pihak berkepentingan (stakeholders) seperti syarikat-syarikat penerbangan dan kesatuan juruterbang untuk meminta kerajaan menjalankan audit ICAO dengan kadar SEGERA kerana saya yakin industri penerbangan tidak mahu dilihat oleh rakyat hanya mementingkan keuntungan dan bukan keselamatan serta kepentingan rakyat dan penumpang antarabangsa.

 

Oleh yang demikian, saya menuntut agar Perdana Menteri serta kabinetnya memberikan perhatian SEGERA memandangkan Kementerian Pengangkutan mengambil remeh masalah keselamatan ruang udara negara sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
merangkap Naib Presiden KEADILAN

LRT Ampang Dan George Kent: Siasat Najib, Bukan Rafizi

Posted: 05 Jul 2012 06:45 AM PDT

Saya amat bimbang kerana pihak polis sedang menyiasat Rafizi Ramli yang telah mendedahkan butir-butir kontrak LRT Ampang. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bakri Zinin telah mengumumkan bahawa perkara ini sedang disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Pihak polis seolah-olah tidak menunjukkan minat dan kepentingan dalam pendedahan ini, suatu tender yang penting yang telah diberikan kepada pembida yang tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tidak satu pun diantara mereka dipanggil dan disiasat oleh pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka lebih berminat untuk mempertahankan OSA, satu undang-undang zalim yang digunakan untuk melindungi mereka yang berkuasa. Mengapa kontrak projek infrastruktur awam dibayar dengan menggunakan wang rakyat yang diletakkan sebagai rahsia negara? Apakah butiran yang didedahkan ini akan menjejaskan keselamatan negara kita?

Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi pihak polis terhadap Rafizi adalah bertujuan untuk melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi.

Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana. Beliau sepatutnya dipuji dan bukannya ditindas.

Kenyataan Bakri Zinin jelas menyatakan beliau berat sebelah dalam memihak kepada Najib & Barisan Nasional (BN). Pihak polis telah gagal untuk mengekalkan kebebasan mereka dan mengkhianati kepercayaan orang ramai.

Jika pihak Polis mahu memulihkan kredibiliti mereka, hentikan usaha menakutkan dgn siasatan OSA terhadap Rafizi sebaliknya menyiasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden

===
AMPANG LRT-EXTENSION PROJECT AND GEORGE KENT: INVESTIGATE NAJIB, NOT RAFIZI

I am deeply concerned that the police are investigating Rafizi Ramli for revealing details of the Ampang LRT-extension contract. CID Director Bakri Zinin announced yesterday that the matter was being probed as a breach of the Official Secrets Act (OSA).

The police seem disinterested in the disclosure itself, that a vital tender was assigned to an unqualified bidder, George Kent, and involves Prime Minister Dato' Seri Najib Razak. Neither party is under any query by the police or Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

They are more interested in defending the OSA, a draconian law used to protect those in power. Why is a public infrastructure project's contract to be paid with the people's money placed as a national secret? Will the details compromise our national security?

It appears to me, as it does to the Malaysian people, that the high- level police investigation of Rafizi is intended to protect the PM and to intimidate and harass Rafizi.

Rafizi has exposed the abused funds. He should be commended not suppressed.

Bakri Zinin's statement expressed an obvious bias in favour of Najib and Barisan Nasional (BN). The police leadership have failed to maintain their independence and betrayed public trust.

If they want to restore their credibility, then stop this charade, cease the OSA probe and instead investigate Najib's suspect role in the Ampang LRT-extension contract.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
President

The Vicious Attack On Betty Chew At Malacca Assembly

Posted: 05 Jul 2012 06:42 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat President Datuk Seri Dr Wan Azizah expresses her outrage and regrets over the continuous gutter politics employed by the Barisan Nasional.

The latest episode of vicious attack on YB Betty Chew showed a clear pattern of persistent character assassination against political opponents. It appeared that BN leaders are totally bankrupt in ideas and unable to offer sound policy agenda to the people of Malaysia.

Datuk Seri Wan Azizah today extended her sympathy to YB Betty Chew. She believe that all women, being mother and wife, can fully empathise with the predicament YB Betty suffered.

Wan Azizah said:

"The attack on Betty Chew is a cowardly act aiming to humiliate a woman and her family. I pray for her to remain strong and continue to stand firm in the midst of these unethical and irresponsible attacks."

Datuk Seri Wan Azizah appeals to all politicians to uphold and respect the dignity of women. Thus she also calls on women leaders from Barisan Nasional to voice out in defending a clean and healthy political space for women.

She stressed:

“All of us, regardless of our political affiliation must take a firm stand, we must put an immediate stop to this dirty political culture.”

‘’Asalkan Bukan Najib’ – Interpretasi Kekecewaan Terhadap Pentadbiran Perdana Menteri

Posted: 05 Jul 2012 04:18 AM PDT

The Malaysian Insider

Selepas menerbitkan dua buah buku kontorversi melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertajuk, "Najib PM terakhir" dan "Kesalahan-kesalahan Najib", penulisnya, Shahbudin Husin kini menerbitkan buku terakhir beliau sebagai ahli Umno bertajuk "Asalkan Bukan Najib."

Shahbudin yang berusia awal 40-an itu menjelaskan buku terbarunya itu merupakan kesinambungan daripada dua bukunya sebelum ini yang telah pun mendapat tempat di hati masyarakat, terutamanya generasi muda yang gemar melihat perkembangan politik di negara ini.

Karya terbaru dengan 300 muka surat ini dikeluarkan demi mengajak pembaca dan rakyat Malaysia untuk menilai semula rasionalnya Najib sebagai perdana menteri malaysia dengan begitu banyak isu yang dilihatnya tidak diselesaikan, sebaliknya Najib lebih gemar menggunakan pendekatan "tunggu dan lihat".

"Banyak perkara yang Najib ambil tindakan hanya setelah setelah sesuatu isu menjadi parah. Contohnya skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) … bila sudah semakin parah baru beliau masuk campur, dan mengambil tindakan terhadap (Datuk Seri) Shahrizat (Jalil).

"Malah, banyak lagi perkara saya telah sentuh dalam buku terbaru ini, yang mana mengajak masyarakat Malaysia menukar perdana menteri … tidak kira daripada Umno mahupun Pakatan Rakyat (PR), tapi bukan Najib," jelasnya dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Antara tokoh yang Shahbudin merasakan lebih layak menjawat jawatan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, veteran Umno dan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka, (Amanah) Tengku Razaleigh Hamzah, dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

"Mereka ini adalah antara yang paling layak menjawat jawatan perdana menteri. Bukan Najib," tegasnya lagi.

Buku 32 bab ini turut dihasilkan dengan mengambil kira Pilihan Raya Umum ke-13 yang dijangka bakal dilaksanakan tidak lama lagi.

"Kita sudah tidak perlu tegur Najib, kita perlu tukar. Najib PM yang lemah."

Menjelaskan keahliannya sebagai bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju, Shahbudin menjelaskan, beliau mendapat berita bahawa kemungkinan tindakan tatatetib akan diambil terhadapnya ekoran penerbitan buku-bukunya itu.

"Saya ada mendengar berita mereka akan memanggil saya untuk menghadap Lembaga Tatatertib dan Disiplin Parti, namun sampai sekarang masih lagi tiada sebarang perkembangan.

"Bagaimanapun, saya masih lagi belum putuskan untuk menyertai mana-mana parti lain buat masa sekarang," tambahnya yang melihat ini adalah karya terakhirnya sebelum meninggalkan parti terbesar Melayu itu.

Bekas wartawan ini juga menjelaskan," kalau bebas pun boleh juga, dua-dua pihak saya boleh kritik."

Dalam buku terbarunya itu lagi, Shahbudin menjelaskan ramai rakyat yang ingin meninggalkan Umno namun terikat dengan rasa "sayang kepada parti" yang mana menghalang mereka daripada meninggalkan parti.

"Mereka rasa terhutang budi kepada Umno, namun ada juga rasa tidak puas hati. Tapi atas sebab "sayang" itu, mereka tetap bersama Umno," tambahnya lagi.

"Tapi kalau Najib tidak pernah nak berubah, tiada sebab kita perlu sokong beliau lagi," tegasnya.

Antara tajuk utama yang menarik dalam buku ini adalah: Najib sebagai PM paling lemah, Anwar dan Muhyiddin sedang 'Mengepung' Najib, Asalkan Bukan Najib, 75 Alasan Najib Patut Ditukar, Bagaimana Umno Nak Berubah Najib Pun Tak Berubah, Surat Tamrin Tun Ghaffar Kepada Najib, Dari Pemimpin Menjadi Penggemis, dan banyak lagi.

"Buku ini lahir atas kesedaran kepentingan untuk rakyat dari rakyat," katanya lagi.

Nik Aziz Bantah Hasrat Anwar

Posted: 05 Jul 2012 04:14 AM PDT

Sinar Harian

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu bersara dari dunia politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dibantah oleh pemimpin tertinggi Pas.

Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau kurang bersetuju dengan hasrat Anwar tersebut yang mahu kembali menjadi pendidik kerana katanya perjuangan di medan politik itu juga adalah mengajar.

"Bezanya medan politik mengajar rakyat, medan akademik mengajar mahasiswa.

"Justeru, saya kurang bersetuju jika dengan hasrat beliau untuk bersara dan kembali mengajar. Berjuanglah di medan politik dan teruskan perjuangan mengajar rakyat!" katanya dipetik dari laman Facebooknya semalam.

Selasa lalu, dalam satu temubual khas yang disiarkan Financial Times, Anwar, 65, berkata, beliau akan meninggalkan politik dan kembali mengajar sekiranya PR gagal menumpaskan kerajaan BN.

Namun Anwar tidak pula menyatakan sama ada mahu mengajar di universiti dalam atau luar negara.

Sebelum ini Anwar pernah menjadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Dato Seri Anwar Ibrahim With Murat yulek Economist From Turkey – economy,poverty and governance

Posted: 05 Jul 2012 01:45 AM PDT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Murat Yulek is managing director of PGlobal Global Advisory Services, which provides investment and corporate finance advice, management consultancy and training programmes. He is also chairman of the board of TAIB, a leading Turkish investment bank. Previously, he held senior posts with organisations including the International Monetary Fund, the Islamic Development Bank, the World Bank and the Turkish State Planning Organisation, at which he gained extensive project finance and economic development experience.

Dr Yulek, an associate professor of economics, has taught at Yale and Georgetown universities in the US and serves on the advisory boards of several Turkish and international institutions. He has published a number of books and articles on economics, finance and development and writes columns for Turkish and international newspapers and financial journals. He has a BSc from Bo?aziçi (Bosphorus) University, Istanbul, an MA and a PhD from Bilkent University, Ankara, and also studied in the US, where he gained an MSM (management) degree from Boston University and an MBA from Yale University.

Malaysian Government Backs Off Early Election as Submarine Scandal Boils

Posted: 05 Jul 2012 12:06 AM PDT

Vancouver Sun

Malaysia’s Prime Minister Najib Razak has shelved plans for an early general election this summer after the leaking of a mountain of documents dealing with the payment of over $180 million in bribes for the purchase of two French submarines when he was defence minister.

Even more damaging for Najib, who has yet to face the electorate since taking over as leader of the stumbling Barisan Nasional coalition government in 2009, is that the documents indicate the French giant ship-builder, DCNS, paid $45 mil-lion for a classified Malaysian government document detailing its submarine requirements.

This money and the other $142 million were paid to companies controlled by Najib’s friend and policy adviser, Abdul Razak Baginda.

Opposition politicians in Malaysia are claiming that, if confirmed, the sale of the classified documents which would have given the French manufacturers of the Scorpene class submarines an advantage when tendering for the $1.1-billion deal, amounts to treason.

Malaysia’s current defence minister, Ahmad Zahid Hamidi, last week tried to extinguish the political fires by denying that there had been any sale or leaking of the defence department documents.

Zahid told the Malaysian parliament the submarine deal was done through “direct negotiations in accordance with procurement procedures.”

And he insisted, “The minis-try has never paid any commission directly or indirectly to any companies in the procurement of the Scorpene submarines.”

But that is not the allegation. The allegation is that the French company DCNS paid nearly $190 million to companies controlled by Najib’s close friend Baginda.

Najib took over the government leadership after the ruling coalition, which has run the country since Malaysian independence from Britain in 1957, made a poor showing in the last elections in 2008.

He has tried to cast himself as a reformist prime minister, but his tenure so far has been rife with scandals.

In recent months there have been large hints from officials in Najib’s party, the United Malays National Organization (UMNO), that he would call an early election, perhaps in July.

But last week Najib’s parliamentary assistant told Parliament the government intends to hold elections only after completing its five-year mandate next March.

This Scorpene submarine story has been bubbling since 2006 with the discovery of the body of Baginda’s jilted mistress, Mongolian model and translator Altantuya Shaariibuu.

She was abducted from outside Baginda’s house where she had gone to demand a $500,000 cut from the bribes to keep quiet about the deal with the French in which she had acted as Bag-inda and Najib’s translator.

Two of Najib’s bodyguards have been convicted of Altan-tuya’s murder and have been sentenced to death. They have launched appeals against the sentences.

To the surprise of many, a judge dropped murder charges against Baginda before any evidence was heard and he has been in exile in Britain since.

Najib’s mounting problems with the Scorpene case came to a boil last week with the leaking of 133 files containing hundreds of pages to the Asia Sentinel online magazine, whose editor John Berthelsen has been the leading reporter on the story for several years.

The documents are part of the product of a raid on DCNS’s Paris offices by the anti-organized crime unit of the French Directorate of Judicial Police in April 2010.

French officials started investigating the case the previous month at the request of a Malaysian human rights organization, Suaram, and in June 2011 presented the evidence to the prosecuting magistrate of the Court de Grande Instance in Paris, who is now considering whether to file charges.

The picture that emerges from the leaked documents, which Asia Sentinel has made avail-able on its website, is that after Najib was appointed defence minister in 1991 he embarked on a massive military modernization program.

Along with new jet fighters, tanks and coastal patrol boats he wanted submarines.

But by 1995, the French manufacturer DCNS felt it was being out-lobbied by the German company Kockums AB. DCNS decided to buy influence and after several false starts latched on to Najib’s friend and policy adviser Baginda.

“The role of the latter,” says one of the DCNS documents, “was to facilitate the submission procedure to the Malaysian government and the responsible ministers, in particular the minister of defence, with whom he claimed to have a close relationship.”

In 2000, the equivalent of $142 million was given to a company called Perimekar, which was controlled by Baginda’s wife, Mazlinda Makhzan.

In other documents, DCNS officials said they expected the money to be shared with other individuals and with the ruling party in the governing coalition, UMNO.

Another $45 million, apparently for the defence ministry’s document specifying its submarine requirements, was paid to a Hong Kong-based company, Terasasi, whose principal officers are listed as Baginda and his father.

The submarines were delivered to the Malaysian navy in 2002.

Tiada ulasan:

Nuffnang