DUN BUKIT PAYONG |
BERSIH Entiti Sah; Sambung Semula Pinjaman Pelajaran 9 Mahasiswa Mesir! Posted: 30 Jul 2012 11:25 PM PDT Petikan Buletinonline: MARANG - Dewan Pemuda PAS Terengganu menggesa Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said, Kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di negara Mesir Ketuanya,YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, keputusan kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang dituduh sebagai 'haram dan kotor'. Sebaliknya kata beliau, mahkamah pada 24 Julai lalu, telah memutuskan bahawa BERSIH adalah entiti yang sah disisi undang-undang. Beliau menegaskan, mahkamah juga membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 1 Julai tahun lepas yang mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram. "Saya minta MB Ahmad Said bertindak dengan rasional berlandaskan undang-undang selaras dengan keputusan mahkamah yang telah dibuat, "Pinjaman sembilan mahasiswa tersebut ditamatkan dengan tuduhan terlibat dengan himpunan 'haram' BERSIH. "Seharusnya apabila mahkamah sudah memutuskan tentang BERSIH maka wajarlah hak mahasiswa untuk mendapatkan pinjaman tersebut di kembalikan," ujarnya ketika ditemui. Menurutnya, Ahmad Said, kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu dianggap sebagai melanggar perintah mahkamah dan menghina keputusan Hakim Datuk Rohana Yusof, sekiranya tidak mengembalikan semula pinjaman tersebut. [Gambar atas - Ustaz Mohd Nor menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bapa mahasiswa Mesir yang ditamatkan pinjaman dalam satu majlis pada Jun lalu] Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong turut meminta kerajaan negeri berlapang dada dan meminta maaf kepada keluarga pelajar terbabit yang telah dizalimi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. "Buangkanlah sifat 'angkuh dan sombong' dalam bulan Ramadhan ini, yang benar tetap benar, "Tidak salah, bahkan di tuntut, kerajaan sudah mengambil langkah yang salah, wajarlah meminta maaf kepada keluarga pelajar yang terbabit," jelasnya. Beliau turut meminta mana-mana penggiat media dan wartawan, yang sudah 'terlebih' menyatakan sesuatu terhadap perkara yang tidak benar menggunakan bukan yang baik ini untuk memohon keampunan kepada ilahi. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan