DUN BUKIT PAYONG |
Tiga Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan Tekad Bersama PAS Gantikan Umno di Putrajaya Posted: 30 Jun 2012 10:48 AM PDT Sumber : Buletin Online ![]() Ketiga-tiga mereka adalah Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Fauzi Shaari, Bekas Ketua Setiausaha Negara Datuk Ismail Yahya dan Bekas Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peldang Tuan Haji Abdul Rahman Taib . ![]() Haji Abdul Rahman Taib (gambar atas) yang sebelum ini pernah berucap pada program Selamat Tinggal Umno di Chukai Kemaman berkata, Umno mesti digantikan kerana parti itu bukan sahaja tidak lagi relevan, bahkan ia dalam keadaaan yang bercelaru. Datuk Ismail Yahya (gambar tengah) pula mendedahkan, beliau telah menjadi ahli PAS sejak lama dulu bahkan ketika mememegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik dibawah mantan Perdana Malaysia, Tun Dr Mahathir, beliau terus memegang prinsip tidak bersetuju dengan beberapa tindakan yang diambil oleh kerajaan. ![]() Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut menyampaikan ucapan, kehadiran ketiga-tiga bekas pegawai kanan kerajaan itu sudah cukup untuk menyampaikan mesej kepada seluruh rakyat, perubahan mesti dibuat pada pilihanraya umum ke-13 akan datang. Turut hadir adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut, timbalan-timbalan Pesuruhjaya dan semua pimpinan PAS peringkat Perhubungan Negeri. Dengar dan lihat ucapan-ucapan malam pertama PGU04 & Himpunan Hijau Terengganu di Buletinonline Channel dan Kembali ke Buletinonline.net Untuk Berita Lanjut |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan