Ahad, 1 Julai 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


EXCO PERUMAHAN MAHU PEMAJU DAN PENDUDUK BINCANG "WIN-WIN SOLUTION".

Posted: 30 Jun 2012 04:14 PM PDT

Taman Nirwana, Ampang, 30 Jun 2012 - Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Negeri Selangor, YB Iskandar A. Samad, mahu pemaju Sri Seltra dan penduduk membincangkan satu "win-win solution" (penyelesaian menang-menang) untuk projek pemaju tersebut yang sedang dibina di Taman Nirwana.

Beliau berkata sedemikian setelah mempengerusikan satu majlis penerangan awam petang tadi di Kompleks Muhibbah Taman Nirwana.

Penerangan awam itu adalah di atas arahan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor atau MTES berikutan bantahan dari penduduk tempatan terhadap projek itu.

YB Iskandar berkata Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah menangguhkan kelulusan projek pembangunan perniagaan dan apartment servis itu apabila penduduk telah membantah tetapi telah meluluskannya pada bulan Disember 2011 setelah pemaju mengurangkan jumlah tingkat dari 25 tingkat kepada 16 tingkat.

Walau bagaimanapun penduduk hingga ke hari ini terus membantah. Menurut mereka projek itu akan memberi kesan kepada penduduk di Taman Nirwana, Kg Pandan, Taman Putra Sulaiman, Taman Chempaka dan Taman Dagang.

Oleh itu, Iskandar mahu pemaju mencadangkan satu "win-win solution" yang boleh meredakan kemarahan penduduk.

Beliau berkata, ia penting kerana ketegangan seperti ini jika berterusan akan memberikan kesan yang buruk kepada projek tersebut sama ada semasa atau selepas pembinaan.

Pada sessi soal jawab petang tadi, Haji Abdul Hamid Hussin TYDP MPAJ, En Nizam Pengarah Perancang MPAJ dan wakil Sri Seltra En Wong telah hadir untuk berdialog dgn penduduk.

En Nizam telah menjelaskan bahawa projek tersebut telah mematuhi segala peraturan perancangan dan telah melalui beberapa siri dialog bersama AJK Persatuan Penduduk Taman Nirwana Fasa 2

Lebih 250 orang telah menghadiri majlis penerangan petang tadi - Chempaka Kini.

Tiada ulasan:

Nuffnang