. |
Gempar! TNB pun dah pandai rembat duit rakyat? Posted: 30 Jun 2012 10:00 PM PDT LEBIH 10 sahabat pembaca MiLo SuaM menghantar email mengadu bahawa bil elektrik mereka melambung sejak kebelakangan ini meskipun kadar penggunaan tidak berubah sejak bertahun-tahun. Rata-rata mereka meminta agar perkara ini dibawa ke tengah kerana mereka benar-benar merasa terbeban dengan peningkatan sekali ganda kadar bayaran bil elektrik setiap bulan. Hasil tinjauan ReJaM© di Fanpage MiLo SuaM di Facebook mendapati dakwaan tersebut ada benarnya, menyaksikan puluhan pengguna mengakui dakwaan itu rujuk sini [Facebook]. Difahamkan perkara ini mula berlaku sejak TNB melakukan penukaran meter lama kepada meter digital. Rata-rata pengguna mengalami peningkatan kadar bil elektrik sekali ganda. Adakah berlaku peningkatan kadar bayaran untuk penggunaan elektrik daripada TNB, mengapa tidak diumumkan? Ada yang berpendapat, ini merupakan kaedah menarik balik pemberian BR1M, RM500 yang dilakukan oleh Rejim Barisan Nasional baru-baru ini. Ada juga pengguna yang mendakwa ini merupakan salah satu cara cepat Najib Razak mengumpul dana pilihanraya untuk Barisan Nasional. Apa pun, kepada pengguna yang tertindas, jangan bimbang ReJaM© telah berbincang dengan NGO Jingga 13, untuk membawa perkara ini terus kepada Dato Seri Anwar Ibrahim untuk dibangkitkan di parlimen. Sama-sama kita bangkit memperjuangkan isu ini, untuk memberikan tekanan kepada Rejim Barisan Nasional dan Tenaga Nasional Berhad, TNB agar segera menyelesaikan masaalah ini. Sekiranya anda ada sebarang aduan berkaitan isu-isu rakyat seperti ini, jangan ragu-ragu laporkan kepada kami, sama ada melalui email, share.milosuam@gmail.com ataupun berhubung terus di Facebook MiLo SuaM. Insya Allah kita akan cuba membantu untuk menyelesaikan isu-isu rakyat seperti ini sekadar yang kami termampu. ReJaM© "Suara rakyat, suara keramat! " Source: http://milosuam.blogspot.com/2012/06/gempar-tnb-pun-dah-pandai-rembat-duit.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FzwLfhy+%28MiLo+SuaM%29 |
MB: Isu 500,000 Pengundi Baru Akan Dibawa Ke SPR Bulan Depan Posted: 30 Jun 2012 09:19 AM PDT SHAH ALAM, 30 JUN: Pertambahan 500,000 pengundi baru di Selangor akan dibawa ke perjumpaan bersama Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bulan depan bagi memastikan mereka adalah pemilih yang layak mengundi. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sudah mengenalpasti jumlah pertambahan pengundi baru di Selangor dan akan dibentangkannya pada perjumpaan tersebut. "Perjumpaan saya dengan SPR bulan depan adalah mengenai hasil kajian yang dilakukan dalam mengenalpasti pengundi-pengundi baru dalam senarai yang dikeluarkan SPR sejak 2008," katanya dalam media Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini. Semalam, dilaporkan bahawa SPR mengumumkan akan berjumpa semua parti politik di peringkat nasional dan negeri sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum ke-13. Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menyebut, langkah itu diambil selepas sesi taklimat dan latihan kepada semua pengurus pilihanraya. Sementara itu, Abdul Khalid berkata, hasil laporan penuh kajian pengundi akan diperolehi minggu hadapan dan senarai nama pengundi baru itu akan dianalisis. "Pertambahan pengundi baru di 56 kawasan DUN di Selangor akan didekati dan dikenalpasti sama ada mereka berada di alamat yang dicatatkan dalam maklumat yang diberikan oleh SPR," katanya yang juga Adun Ijok. Pada bulan April, Kerajaan Selangor melancarkan kempen "Selangorku Bersih" bagi mengenalpasti pertambahan mendadak pengundi baru di seluruh negeri yang meragukan. Keraguan tersebut timbul kerana, seperti Abdul Khalid dedahkan hari ini, sesetangah kawasan seperti Sri Serdang merekodkan pertambahan pengundi baru seramai 21,000 orang. Source: http://www.selangorku.com/?p=10406&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=mb-isu-500000-pengundi-baru-akan-dibawa-ke-spr-bulan-depan |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan