Rabu, 11 Julai 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Orang Yang Paling Takut Saya Jadi Perdana Menteri Ialah Mahathir

Posted: 11 Jul 2012 05:02 AM PDT

Kes TALAM Adalah Satu Proses Kutipan Hutang

Posted: 11 Jul 2012 04:21 AM PDT

Kes Talam merupakan satu proses bagaimana Kerajaan Selangor mengutip hutang sebanyak RM392 juta daripada syarikat Talam Corporation. Malangnya, kejayaan cuba untuk diremehkan dengan mempersoalkan kewibawaannya. Sesetengah pihak telah memberi persepsi seolah usaha ini telah dilakukan dengan tidak professional dan telah merugikan rakyat Selangor.

Saya ingin tegaskan bahawa pengutipan hutang ini adalah hasil usaha Menteri Besar Incorporated (MBI) yang Ahli Lembaga Pengarahnya adalah terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan saya sendiri selaku Pengerusi.

Proses pengutipan hutang ini melibatkan dua peringkat dimana peringkat pertama adalah "debt recognition" atau pengesahan hutang.

Peringkat pertama telahpun selesai dimana Dewan Selangor telah mengiktirafkan hutang tersebut dan MBI telah diberi tugas untuk mengutip hutang tersebut.

Dalam menjalankan tugas mengutip hutang, MBI telah membuat beberapa perjanjian untuk memastikan hutang diselesaikan dengan beberapa cara termasuk pembayaran tunai dan penyerahan harta kepada MBI.

Sebagai sebuah badan professional, MBI telah membuat beberapa usaha bagi memastikan kepentingan kerajaan negeri sentiasa diutamakan. Antara usaha
yang dilakukan adalah memastikan Talam menandatangani perjanjian dokumen jaminan nilai aset ( Underwriting assets document) yang diserahkan. Semua asset yang diserahkan oleh Talam hendaklah tidak kurang dari RM392 juta.

Ini bermakna walau apa pun aset yang diserahkan, rakyat negeri Selangor tidak akan mengalami kerugian kerana jaminan nilai aset melalui perjanjian tersebut.

Peringkat kedua pula adalah pelaksanaan perjanjian yang melibatkan proses yang agak rumit dan sukar difahami oleh mereka yang kurang arif. Kerajaan Negeri percaya pegawai yang terlibat telah melaksanakan tugas dengan baik kerana akhirnya kesemua hutang tersebut dapat dikutip semula. Pada masa yang sama, mereka ini telah memastikan setiap transaksi mempunyai dokumen lengkap dengan minit-minit yang direkodkan. Tiada ruang untuk mana-mana pihak mengambil komisyen atau imbuhan daripadanya.

Memandangkan masih ada lagi orang yang mahu memberi tohmahan kepada pegawai kerajaan ini maka MBI telah membuat keputusan untuk menjemput firma audit dan akauntan bertaraf antarabangsa untuk meneliti dan mengkaji proses pelaksanaan kutipan hutang sepenuhnya. Firma ini juga akan menyediakan satu laporan dan analisa secara professional. Usaha ini akan dikelolakan oleh bekas Akauntan Negara, Y Bhg Dato Mohd Salleh Mahmud.

Saya ingin tegaskan, usaha mengutip hutang bukanlah retorik politik. Bukan juga untuk meraih publisiti. Ianya adalah amanah dan tanggung jawab dalam menguruskan sumber kewangan negeri yang akhirnya sumber tersebut harus dipulangkan semula kepada rakyat.

TAN SRI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Najib demokrat palsu

Posted: 11 Jul 2012 02:24 AM PDT

The Malaysian Insider
Oleh Dr.Dzulkefly Ahmad

Setelah disenaraikan dalam kelompok "aukokrat baru" dalam sebuah makalah berjodol "A 21st-century checklist of the new autocrats", penulisan Mark Mackinnon (terbitan: Jun, Globe and Mail) itu juga mengkategorikan Perdana Mentrei Najib Razak dalam ketegori "Democrat Palsu" atau "False Democrat". Tiga kelompok autocrat lain ialah: "Mad Egotists, Violent Populists and Callous Capitalists".

Tersenarai juga ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Palestinian President Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi, PM Cambodia Hun Send dan tidak ketinggalan PM Malaysia Najib Razak. Bekas ahli kelab dikatakan terdiri dari Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak.

Ciri utama kelayakan dalam kelab ini ialah : Pimpinan ini menganjurkan pilihanraya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjarakan seteru politik dari pembangkang.

Meskipun pun demokrasi yang mereka amalkan itu palsu dan tempang, tetap pimpinan demokrat palsu ini boleh diturunkan rakyat dalam ruang media dan demokrasi yang sempit itu.

Di ambang pilihanraya ke-13 yang sangat mencabar buat Najib dan Barisan Nasional, telahan dan "title" barunya tentunya tidak membantu. Sejarah rampasan kuasa di DUN Perak masih segar dalam ingatan umum. Najib wajar mengeluarkan kenyataan bagi membuktkan kesediaan beliau bertarung secara "gentleman" dan seandainya kecundang akan berani berundur secara terhormat sebagai seorang "negarawan" yang disanjung.

Komitmen beliau ke arah ini belum tampak lagi. Sebaliknya segala perhitungan menundakan pembubaran parlimen ditanggapi rakyat sebagai perhitungan licik untuk mengekalkan kuasa. Lebih ngeri lagi apabila rakyat diingatkan dengan retoriknya dengan "biar berkecai tulang dan badan, bercerai jasad dan nyawa Putarjaya tetap akan kita pertahankan".

Najib terus tertekan untuk membuktika beliau ialah seorang demokrat sebenar dan seorang negarawan tulen. Beliau tidak perlu khuatir dengan hukuman media Barat tersebut. Beliau wajar tahu bahawa yang paling penting ialah "jati dirinya" dan "worldview"nya sendiri.

Sesungguhnya, rakyat bermasalah dengan mendamaikanretorika yang unggol dan baik dengan perbuatannya yang sangat mencurigakan. Tambahan dengan pendirian bolak-baliknya sekaligus menyerlahkan "minda dan jiwa" yang tidak berpendirian kukuh dan kental dalam berdepan dengan pelbagai cabaran yang rencam dan menggoyahkan.

Komitmen beliau memberikan suara "semak-imbang" dan "pertentangan legitimate" dari pihak pembangkang dan pihak sivil dan NGO adalah kunci kepada kayu ukor seotang democrat tulen. Beliau gagal dalam menangani tuntutan dan desakan contohnya Bersih, Anti-Lynas dan GMI. Kesemua adalah tuntutan yang "legitimate". Beliau tidak perlu teralu gusar bahkan wajar mengurus desakan ini secara "engagement" yang konstruktif bahkan boleh bersekali dalam menganjurkan "reformasi" yang dipinta rakyat.

Sebaliknya Najib semacam gagal memahami hati-budi rakyat bakan memusuhi rakyatnya sendiri. Nyata bahawa beliau lebih selesa mendengar kata-puji dan sokongan dari penyokong tegar dan pencacainya. Akibatnya sesekali tampak Najib semacam "aloof" atau terpisah dari rakyat teramai yang mengharapkan sesuatu dari pimpinan yang telah banyak menabur janji.

Ambil sahaja contoh GMI – Gerakan Mansuhkan ISA. Bertahun-tahun mereka berjuang. Setelah komitmen awal Najib menamatkan undang-undang drakonian, akhirnya ISA dimansuhkan. GMI dan rakyat bersyukur dan berterima kasih. Belum sempat rakyat dan khasnya mangsa memaafkan kesilapan regim yang menganiya mereka, pentadbiran Najib merangka Akta Kesalahan Keselamatan 2012 yang lebih zalim dan drakonian.

Terkini, setelah didesak untuk 45 tahanan ISA dibebas atau dihadapkan ke mahkamah, Najib membuktikan bahawa beliau tidak sebenar melalui "reformasi minda" sebenar. Beliau masih buat-buat pekak kepda 9 orang tehanan yang telah mogok lapar selama berbalas hari. GMI kembali kecewa dan rakyat terus bingung dengan sikap Najib. Lagi mengejutkan bahawa beliau mengaku ISA dimansuh kerana tidak lagi memberi pulangan politik kepadanya, sebaliknya kepada tahanan. Jiwa democrat palsu terserlah dan sangat mengaibkan!

Begitu juga halnya dalam "transformasi ekonomi dan pentadbiran". Najib memaparkan dirinya sangat mahukan matlamat GTP atau "Program Transformasi Kerajaan" tercapai, tetapi melakukan segala yang sebaliknya cntohnya dalam komitmen kepada "tender terbuka" sebagai lambang kepada "ketelusan dan kebertanggungjawaban".

Terkini ialah pemberian kontrak dalam LRT-Ampang mengulangi keburukan amalan kronisme dalam pemberian kontrak LRT Kelana Jaya dua tahun lalu.

Kalau dulu Ingress-Balfour Betty tidak diberikan walaupun telah ditetap oleh Prasarana (SPNB) sebagai yang termurah (RM610 juta) dan punya pengalaman teknikal yang baik. Berulang lagi pemberian kontrak (RM960 juta) yang katanya akan diberikan juga kepada Konsortium George Kent yang memperolehi markah rendah dalam penilaian teknikal dan gagal di dalam penilaian kewangan berbanding 7 pembida lain yang jauh lebih berpengalaman teknikal dan keupayaan kewangan dan ada telah siapkan projek sehingga RM5 bilion. Sangat malang.

Najib menangguhkan pembubaran Parlimen tentunya untuk memberikan ruang kepada pentadbiranya untuk membaikki imej dan "approval rating"nya di kacamata rakyat dan pengundi. Berapa banyak lagi program "bela rakyat" yang terpaksa dilakukan sebelum beliau berani bubar parlimen.

Demokrat tulen punya batas memberi yang tidak menjejaskan "reformasi ekonomi jangka jauh" yang diperlukan negara. Pemebrian runcit-runcit tidak mengizinkan rakyat hidup bermaruah bahkan sebaliknya terus meminta-minta dan menanti-nanti. Apakah ini yang mahu dibina oleh seorang pemimpin demokrat dan negarawan tulen.

Sebaliknya semakin lewat beliau tangguh PRU ke-13 semakin ketara bahawa beliau tidak punya komitmen untuk membawa reformasi dan transformasi negara ini kea rah satu prestasi daya-saing yang tinggi dan mengangkat pendapatan rakyat dengan lebih mapan. Tegasnya beliau hanya mahu terus berkuasa.

Kalau begitu sukar hendak ditolak dakwaan bahawa Najib adalah seorang Demokrat Palsu

Nantikan Kejutan Besar di Sabah Pada PRU 13

Posted: 11 Jul 2012 01:03 AM PDT

KeadilanDaily

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu kejutan besar akan berlaku dalam politik Sabah pada pilihan raya umum akan datang.

"Akan ada kejutan dalam pilihan raya akan datang. Sabah khasnya akan menyaksikan satu kejutan besar.

"Sebab itu Najib (Razak) takut nak umumkan tarikh pilihan raya. Bila nak tunggu tarikh kena tanya Rosmah (Mansor), Rosmah pula tengok Najib. (Dua-dua) tak boleh nak tahu tarikh pilihan raya," katanya disambut tepukan gemuruh 5,000 hadirin.

Beliau berkata demikian dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat (Pakatan) di Berchang, Kuala lipis, Pahang malam tadi.

Baru-baru ini, bertiup kencang spekulasi enam pemimpin BN Sabah akan menyertai KEADILAN. Mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang mahu menaikkan orang-orang kepercayaan beliau menjadi calon dalam PRU akan datang. Situasi itu menyebabkan Najib masih mahu menangguhkan PRU sehingga kemelut Sabah dapat diselesaikan.

Ketua Umum KEADILAN itu turut mengulangi janji-janji pilihan raya oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, sebaik sahaja Pakatan menang, harga minyak akan diturunkan. Begitu juga tarif elektrik dan pendidikan percuma.

"Pakatan akan melaksanakan janji termasuk menurunkan harga minyak, tarif elektrik, mengkaji PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan memberikan pendidikan percuma," katanya.

Beliau juga mengulangi bahawa pelabur Arab akan datang dengan sejumlah besar pelaburan jika beliau diberikan amanah sebagai Perdana Menteri oleh rakyat.

Biarpun dalam hujan lebat, orang ramai setia menunggu sehingga Anwar menghabiskan ucapan. Jelas kelihatan gelombang perubahan sedang melanda rakyat Pahang yang beberapa tahun lalu tidak berminat menghadiri ceramah Pembangkang.

Kes Pembunuhan Altantuya: Wakil Mongolia ke Malaysia Ogos

Posted: 10 Jul 2012 07:39 PM PDT

KeadilanDaily

Sekumpulan wakil rasmi Mongolia yang ditugas untuk mengendalikan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu dijangka hadir ke Malaysia Ogos ini, kata Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.

"Mereka akan tiba pada bulan Ogos, cuma tarikh yang tepat belum tahu kerana Mongolia baru saja mengadakan pilihan raya dan belum ada kerajaan lagi," jelasnya.

"Saya berharap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat, sudah enam tahun keluarga mangsa (Altantuya) menanti penyelesaian. Saya yakin bukan hanya saya yang berharap begitu, malah seluruh rakyat antarabangsa yang simpati pada nasib mendiang juga," kata beliau lagi.

Menurut Gwo Burne, bapa Altantuya, Setev Shariibuu beberapa kali meminta kerajaan Malaysia menyelesaikan kes itu secepat mungkin, namun tidak mendapat respon apabila kes rayuan ditangguh ke Oktober.

"Ada baiknya wakil Mongolia datang sendiri ke sini, kalau harapkan kerajaan Malaysia, lima tahun pun belum tentu boleh selesai," katanya.

"Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita patut tunjukkan simpati dan ambil berat untuk membantu mereka mencari keadilan," tambahnya lagi.

Sebelum ini, Konsular Kementerian Luar Negara dan Perdagangan Mongolia, G Gankhuyag menyatakan bahawa, kerajaan Malaysia lembap dalam mengendali kes pembunuhan Altantuya. Kenyataan itu dipetik dalam satu wawancara dengan laman web Mongolia dan didedahkan Gwo Burne dalam satu sidang media 28 Jun lalu.

Anwar Subtly Assumes Bragging Rights

Posted: 10 Jul 2012 07:35 PM PDT

Malaysiakini
By Terence

Opposition Leader Anwar Ibrahim subtly assumed bragging rights before an audience of 3,000 people who braved a steady drizzle to hear him at Kampong Berchang, a remote village 17km from Kuala Lipis on the road to Gua Musang.

The people in this predominantly Malay hamlet in Pahang would normally retire early on a weekday, having to rise with the day to tend to smallholdings in agriculture and animal husbandry.

The crowd was joined by noticeable numbers of middle-aged Chinese and Indians, small businessmen and civil servants, who must have taken the winding road from nearby Kuala Lipis town to a clearing just off the main Lipis-Gua Musang route to hear the Pakatan Rakyat supremo.

The brown patch on which many flopped down on mats to hear the evening’s speakers became soggy from the drizzle that fell steadily as Anwar arrived from Raub, about 65km away, where he had spoken after evening prayers at a mosque before hastening to Berchang.

Last night the crowd came out for Anwar, those in cars undeterred by the long walk to the clearing from their parked vehicles lined up, either side, along a diversion leading to Cameron Highlands from the main Lipis-Gua Musang main road.

Those without umbrellas were unfazed by the drizzle that fell as Anwar began his hour-long speech that ended a few minutes before midnight.

If the rain had become a little heavier and if the crowd, especially its bare-headed contingent, had stood their ground, it would have been a more exacting test of Anwar’s drawing power.

In the event, the drizzle remained light and the crowd stayed still, which was the cue for Anwar to segue into the pedagogical role he likes and, in recent days, has intimated he will retreat to should the 13th general election not carry him to the prime ministerial position in Putrajaya.

The electoral prospects of PAS and PKR are rated better than even in the coming general election for the parliamentary constituencies of Kuala Lipis and its state wards of Benta and Cheka so that the crowd that Anwar drew was taken as an index of Pakatan’s chances of capturing what has long been an Umno bastion.

The crowd, impressively large for a weekday ceramah, warranted optimism about the prospects of Pahang PAS chief Tuan Ibrahim Tuan Man in gaining a seat in Parliament from Kuala Lipis and for PKR’s likely nominees for Benta and Cheka.

The prospective candidates all spoke but the crowd’s main focus, as expected, was on Anwar so that he did not have to apologise for easing quickly into a personal mode when his turn on the lectern began.

Tugging the crowd’s sympathies

But before thumping his chest in congratulation, Anwar tried tugging at the crowd’s sympathies by telling them that Prime Minister Najib Razak had advised voters not to elect leaders of dubious morals.

“You notice,” he importuned the crowd, “I don’t attack people on their personal morality but they do it to me all the time.”

“I try to stick to the issues,” he continued, “because it is knowledge that helps to solve problems. Islam requires us to seek knowledge for without it we can get nowhere.”

He then warmed to his theme: “How is it that if I’m so low in my morals, the prime minister obtained only 20 minutes when he visited Turkish Prime Minister (Recep Tayyip) Erdogan recently whereas the same man gave me an hour and forty-five minutes when I paid him a visit, also recently.

“How come if I’m that much of a lowlife, I had on a recent visit with my wife Azizah (Wan Ismail) to the world’s leading Muslim theologian, Sheikh Yusof Quaradawi, in Qatar, he autographed his latest book for me with the words, 'To Anwar Ibrahim, With love from Sheikh Yusof’.

“Can I be that low in my own country if I am held that high by some of the respected leaders of this world?”

Anwar skirted the issue of his intended retirement should GE13 not yield in a Pakatan victory but he made bold to suggest to the crowd the popular assumption that the opposition coalition would win on the peninsula and lose in Sabah and Sarawak was in for a rude buffeting.

“Change is coming here and in Sabah and Sarawak because people like you are coming out to listen to what is happening in the country. They cannot get the picture from the government-controlled media, so they come to ceramah where we tell them what is happening and increasingly they are seeing things the way we do.

“We explain to them what we want to implement and though Umno says Pakatan will bankrupt the country, the record in states where we already rule says otherwise.”

It’s close to midnight when Anwar ends his speech by singing – and he gets the crowd to join in – a tune encapsulating the change of government he has urged, but on his and his audience’s mental horizons, it’s not night but the dawn of a new beginning.

Anwar Ibrahim’s Moment of Truth Looms

Posted: 10 Jul 2012 07:06 PM PDT

The Guardian

He is the man many Malaysians love to hate. Once considered his nation’s political tour de force, Anwar Ibrahim has spent the greater part of the past two decades in jail, wrapped up in court proceedings and enduring what he calls a long-standing smear campaign – from being labelled a chauvinist and Zionist to facing accusations that he is homosexual, guilty of sodomy and anti-Muslim.

Now Anwar is fighting his last fight: to be Malaysia’s next prime minister, a battle for which he has been preparing for a very long time. 

At speeches and rallies Anwar is vibrant, compelling, persuasive. In person he is slight, ageing and soft-spoken, sipping black tea with honey as he outlines why his opposition alliance expects to usurp the prime minister, Najib Razak, and the incumbent Barisan Nasional (National Front), which has governed Malaysia for nearly 60 years.

“The mood is there, the mood for change,” Anwar says from his office at the multi-storeyed headquarters of his People’s Justice party in central Kuala Lumpur. “I’m very optimistic that we will wrest control and make major inroads.”

Anwar has long been a contender to rule Malaysia but his political career has suffered vertiginous highs and lows. The spectacular ascent that saw him grace the cover of Newsweek as Asian of the Year and become the heir apparent of then prime minister Mahathir Mohamad was met with an equally spectacular crash in 1998, when the two fell out and Anwar was imprisoned for six years on corruption and sodomy charges, claims he repeatedly dismissed as politically motivated.

Times have not been easy since his release in 2004. Despite leading an opposition coalition to a famous result in the 2008 general election, when it stole one-third of the parliamentary seats and five states from the National Front, Anwar soon found himself facing new sodomy charges, accusations that were only dismissed this January due to lack of evidence. 

But his movement is full of hope. Elections are expected to be called any time in the next nine months, and even those who do not openly back Anwar often support what he stands for: relief from an autocratic and out-of-touch government they say has ruled Malaysia for too long. In April many tens of thousands of Malaysians took to the nation’s streets to demand electoral reform at rallies organised by Bersih, an opposition-backed coalition of civil-society groups whose name means “clean” in Malay.
 
According to political columnist Art Harun, Bersih has thrown “a massive spanner in the [government] works” as increasingly informed activists point to numerous corruption scandals and police brutality as proof that government reform is necessary. But when it comes to voting they will have to contend with a determined ruling party that has been accused of playing dirty to win. ”The electoral roll is our Achilles’ heel and their way of winning,” sighs opposition MP and Anwar’s 31-year-old daughter Nurul Izzah Anwar, herself a participant in April’s rally. “Before it was just small instances … Now we’ve unearthed a whole pool of data.” She claims that in her constituency alone she has 10,000 voters who suddenly ‘appeared’ on electoral lists.

Anwar’s greatest task will be proving that he can actually instigate the change Malaysians have long been calling for, says Malaysia expert Bridget Welsh of Singapore Management University. “Four months after Bersih there are two important issues: the management of the economy and who can manage the economy best, and who can offer more options in democratic governance,” she says. “The third aspect is whether this election will be free and fair … so what we have is a situation where the integrity of the [electoral] process is as important as the process itself.” 

Matters are complicated by new charges that Anwar faces of opposing a court order at the Bersih rally. If convicted he would not be able to stand for office in the next election. He denies the allegations.

If elected Anwar knows that his will be a tricky balancing act in a nation that sells itself as “Moderate Malaysia”, where even his own opposition alliance spans his People’s Justice party, the Pan-Malaysian Islamic party and the ethnic Chinese Democratic Action party.
 
“We have discussed economic policies, social policies and religious positions, and we have come to agreements,” he says of his own alliance. “But there’s a big, huge internal battle” – he strikes every word with his finger on his desk – “among the [wider] Malaysian community between the fanatics and the extremists to petition broader, more liberal tolerance. We call ourselves liberals … [but] we must put in check, not through brute force, but through active and vibrant intellectual discourse, these [extremist] aberrations.”

Voters may be hoping for change at the next general election but they know they can’t expect it. “What we want to see is a multi-party democracy where, every two or three years, the [leading] party will change,” explains Bersih leader Ambiga Sreenavasan. “We’re not averse to Barisan coming back but if parties think they’re going to lose power, they behave a lot better. [This] is about power coming back to the people. It’s about us being in charge.”

If Anwar is unsuccessful in what is very likely his last bid at the prime ministership, many of those on the ground expect his daughter to one day carry the torch. Young, articulate and popular, Nurul Izzah personifies all of her father’s promise, without, perhaps, the residual baggage. “I think she’ll be the first woman prime minister of this country,” says Ambiga. “I’ve said it so many times, I hope it comes true.”

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Lembah Pantai & Petaling Jaya Selatan

Posted: 10 Jul 2012 11:57 AM PDT

Merdeka Rakyat

12 Julai 2012 (Khamis)

1)    8.00 – 11.00 mlm – Majlis Makan Malam

      Lokasi: Dewan Persatuan Hainan Selangor & Wilayah Persekutuan

                  (Thean Hou Temple), Persiaran Indah, Off Jln Syed Putra

      
Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YB Nurul Izzah Anwar

iii.                YB Gobind Singh Deo

iv.                YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

v.                 YBhg Rafizi Ramli

2)    9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat

      Lokasi: Dataran Anak Muda MBPJ, Jln PJS 1/32, Taman Petaling Utama, PJ

      
Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  YB Hee Loy Siang

iii.                YB Nurul Izzah Anwar

iv.               YB Khalid Samad

v.                 YB Manikavasagam

vi.               YB Haniza Talha  

Tiada ulasan:

Nuffnang