PARLIMEN BUKIT GANTANG |
Hasutan UMNO untuk orang Melayu benci Nizar,gagal. Posted: 19 Jun 2012 05:20 AM PDT Orang muda minta diambil fotonya bersama DS Nizar,sewaktu bertembung dengan YB DS Nizar di Pasar Minggu Ckt Jering pada 16 Jun lalu. Budak kecil didukung DS Nizar untuk diambil gambar oleh ayahnya. Tak ada pula peniaga Melayu tak menjual kepada DS Nizar .DS Nizar membeli ulam-ulaman. |
H/P dan notebook diambil polis- Nizar Posted: 19 Jun 2012 04:25 AM PDT SHAH ALAM - Dua barang peribadi berupa telefon bimbit dan komputer riba bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas oleh polis Johor, semalam. Dalam mesej Twitternya pagi tadi, Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, memaklumkan telefon bimbit dan komputer ribanya diambil polis Johor ketika serbuan dibuat di tiga pejabat operasinya dan kediamannya di Sungai Rokam, Ipoh. Dalam mesej yang dipaparkan kira-kira jam 11.46 pagi itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut memaklumkan bahawa dua pejabat khidmatnya masing-masing di Bukit Gantang dan Manjong diserbu. "Ibu Pejabat Pas Perak dan rumah saya (juga) diserbu polis dari Johor, H/P (telefon bimbit) dan notebook (komputer riba) diambil," katanya. Semalam, tiga pejabat operasi Mohammad Nizar masing-masing di Pejabat Pas Negeri di Ipoh, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Manjung digeledah sepasukan polis dari Johor yang menjalankan operasi secara serentak. Turut menerima situasi sama, kediaman Adun Pasir Panjang itu di Sungai Rokam. Sepasukan polis berkenaan hadir bersama waran kebenaran daripada mahkamah yang menyatakan serbuan dibuat di lokasi berkaitan bagi mencari bahan bukti. |
You are subscribed to email updates from PARLIMEN BUKIT GANTANG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan