:: cina islam | 2011 :: |
- Pesawat komersial guna bahan api bio rentas Atlantik
- Ibu lemaskan 2 anak di hotel
- Alat kawal TV paling kotor di hotel
- Anwar dakwa peningkatan subsidi untuk kroni
- Malaysia perlu respons segera kezaliman di Syria
- Debat: 82 peratus pilih Salahuddin
- Kamaruddin Kachar malukan ahli akademik
- Hormati keputusan majoriti rakyat Mesir
- Debat: PAS harap ramai pemimpin negara dijemput
- Belum terima RM50,000
- Khairy sokong Perancis, sindir Najib?
- Ali diharap tingkat imej penjawat awam
- BN dibenar demo bila Pakatan kuasai Putrajaya
- Awas minyak kitar semula
- Mubarak dalam keadaan koma, belum meninggal dunia
- Penduduk dibelenggu bau busuk tandas ‘misteri’
- Remaja tak mengaku anjur acara haram
- Euro 2012: Bendtner, Rusia ketuai senarai bayaran denda tertinggi
- Euro 2012: Trapattoni tetap mahu latih Ireland
- Perangsang Selangor Sertai Perniagaan Telefon Prabayar
- Remaja mati selepas batuk, sesak nafas
- Prestasi Ronaldo penentu kejayaan
- Rugi RM50,000 ditipu skim pelaburan emas
- Duda diperdaya gadis sunti
- ‘Terima kasih Sepanyol’
Pesawat komersial guna bahan api bio rentas Atlantik Posted: 20 Jun 2012 02:06 AM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - BEBERAPA pegawai berdiri di hadapan sebuah pesawat bahan api bio milik KLM Royal Dutch Airlines yang bersedia untuk berlepas. AMSTERDAM - Sebuah syarikat penerbangan Belanda, KLM Royal Dutch akan melakukan penerbangan paling jauh dengan menggunakan bahan api bio. Penerbangan KLM KL705 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol di sini semalam. Pesawat berkenaan akan terbang merentasi lautan Atlantik sejauh lebih 9,000 kilometer menuju ke bandar raya Rio de Janeiro di Brazil. Percubaan tersebut dipercayai merupakan penerbangan bahan api bio paling jauh di dunia. Penerbangan tersebut dibuat sempena Sidang Kemuncak Rio mengenai pembangunan mapan yang berlangsung hari ini hingga 22 Jun depan. Bahan api bio merupakan sumber tenaga yang diperbuat daripada tumbuhan atau minyak sayur termasuk minyak masak. - Agensi |
Posted: 20 Jun 2012 02:01 AM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - LIANNE diiring polis untuk dibicarakan di depan hakim di Girona, semalam. MADRID: Juri mahkamah semalam diberitahu, seorang ibu membunuh dua anaknya ketika mangsa tidur dan menghabiskan malam itu bersama mayat mereka. Dalam hujah pembukaannya, pendakwa, Victor Pillado Quintas, berkata kira-kira jam 9 malam pada 17 Mei 2010, tertuduh berada dalam bilik 101 sebuah hotel di Costa Brava bersama dua anaknya. "Walaupun menyedari usia muda mangsa dan sifat mereka yang tidak mampu bertindak balas, defendan mengambil kesempatan atas kepercayaan sebagai ibu dengan memangku anaknya dan memasukkan kepala mangsa ke beg dalam sebelum menjerut leher mereka," katanya. REBECCA dilemaskan selepas Lianne membunuh Daniel. Lianne membunuh Daniel. Lianne Smith, 45, sebelum ini mengaku melemaskan anaknya, Rebecca Smith, lima, dan Daniel, 11 bulan, dengan beg plastik di hotel berkenaan. Lianne dibicarakan di Mahkamah Wilayah Girona semalam bagi membolehkan juri memastikan sama ada dia bertanggungjawab secara jenayah atas kematian kedua-dua anaknya. Peguam bela memohon Lianne dibebaskan atas alasan dia mengalami "gangguan psikiatrik" ketika kejadian di Hotel Miramar di Lloret de Mar itu. Jika disabitkan kesalahan, Lianne boleh dipenjara 38 tahun. Quintas berkata, Lianne tidak berhenti mengetatkan jerutan beg plastik itu sehingga yakin anaknya mati. Selepas membunuh Daniel, kata Quintas, Lianne melakukan perbuatan sama ke atas Rebecca. "Selepas membunuh dua kanak-kanak terbabit, tertuduh bermalam bersama mayat anaknya," katanya. Pembunuhan itu berlaku sejurus selepas pasangan Lianne, Martin Smith, ditahan polis Sepanyol di Barcelona yang bertindak melaksanakan waran tangkap Eropah. Smith kemudian dihantar pulang ke Britain. Keluarga itu menetap di Sepanyol sejak 2007 selepas menarikan diri dari Lichfield di Staffordshire, apabila Smith dituduh melakukan penderaan seksual ke atas seorang budak perempuan. Menurut Quintas, pada jam 1.30 petang keesokan harinya, Lianne pergi ke lobi hotel dan meminta kakitangan di situ menghubungi polis serta ambulans. Dia juga mengaku membunuh anaknya kepada polis. - DM |
Alat kawal TV paling kotor di hotel Posted: 20 Jun 2012 01:04 AM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - NEW YORK: Seseorang yang merancang untuk menginap di hotel kini perlu membawa cecair pencuci tangan. Ini berdasarkan hasil kajian penyelidik Universiti Houston mengenai tahap pencemaran atau kekotoran bilik hotel yang dibentangkan di Persatuan Mikrobiologi Amerika Syarikat, hujung minggu lalu. Ia mendapati, alat kawalan televisyen dan suis lampu tepi katil adalah yang tempat paling kotor dalam bilik hotel. Tahap pencemaran juga teruk di permukaan tempat yang dianggap biasanya kotor termasuk tempat duduk tandas dan sinki, menurut kajian itu. Lebih membimbangkan, berdasarkan kajian itu ialah tahap pencemaran tinggi juga ditemui pada troli yang dibawa pencuci bilik termasuk span dan pengelap lantai. – Reuters |
Anwar dakwa peningkatan subsidi untuk kroni Posted: 19 Jun 2012 11:38 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini menyelar peningkatan keterlaluan bayaran subsidi dalam bajet tambahan 2012 yang didakwa hanya untuk keuntungan syarikat kroni. Beliau memberi contoh pertambahan subsidi bahan bakar sebanyak RM7.5 bilion lagi daripada bajet asal 2012 iaitu RM17 bilion. Selain bahan bakar, subsidi untuk gula juga ditambah RM367 dari bajet asal RM200 juta menjadikan jumlah keseluruhannya RM567 juta. "Kita nak tanya dan menteri harus jawab, siapa dapat manfaat langsung dari tambahan subsidi ini. "Berapa untung Tradewinds (Corporation Bhd) syarikat Syed Mokhtar dalam subsidi gula ini," soalnya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini. Beliau juga mempersoal penambahan ke atas subsidi tol sebanyak RM343 juta lagi dari bajet asal RM446 juta. "Sudah pastinya dalam kes ini keuntungannya kepada syarikat kroni itu keterlaluan. "Rakyat nak tahu siapa nominee, bekas timbalan menteri mana, timbalan perdana menteri mana, bekas perdana menteri mana," katanya. Harakah Daily |
Malaysia perlu respons segera kezaliman di Syria Posted: 19 Jun 2012 10:50 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Biarpun menghormati pendirian Malaysia untuk tidak mencampuri urusan dalaman negara luar, Malaysia tetap tidak boleh terlepas pandang dengan isu membabitkan kemanusiaan dan kezaliman. Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa, berkata Malaysia perlu menyatakan pendirian dan memberikan respons segera, khususnya berkaitan kezaliman yang berlaku di Syria. "Biarpun memahami Malaysia tidak mencampuri urusan dalaman negara lain, khususnya berkaitan ekonomi negara tertentu, isu-isu berkaitan kezaliman terhadap rakyat seperti di Syria tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan memerlukan respons segera daripada kerajaan," tegas beliau, di Dewan Rakyat, pagi tadi. Beliau berkata demikian ketika mengemukakan soalan tambahan ketika sesi soal jawab lisan, hari ini. Dalam soalan asalnya, Nasharudin meminta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah sikap kerajaan dalam menjalin hubungan dengan negara-negara Timur tengah yang baru membentuk kerajaan selepas 'Arab Spring' yang berlaku dalam tempoh setahun yang lepas. Menjawab soalan tersebut, Timbalan Menteri Luar Negeri, A. Kohilan Pillay berkata Malaysia tidak berdiam diri terhadap krisis Syria, sebaliknya tegas melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Negara-negara Islam (OIC) untuk mencari penyelesaian terbaik. Sejak 16 Mac lalu, pembunuhan terhadap golongan dewasa, wanita dan kanak-kanak dilakukan oleh golongan yang menentang Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) di negara itu sejak 40 tahun yang lalu. Terkini, rakyat bangun dengan lebih bersemangat bila ditindas ditambah lagi dengan para tentera Syria yang berpaling tadah meninggalkan rejim ini yang mencecah 200,000 orang. Harakah Daily |
Debat: 82 peratus pilih Salahuddin Posted: 19 Jun 2012 10:49 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: 82 peratus peserta poll yang dibuat oleh Sinar Harian memilih Salahuddin Ayub sebagai pihak yang mempunyai hujah yang dilihat konstruktif dalam debat beliau dengan Datuk Saifudin Abdullah. Dari 2786 peserta poll itu, 2274 dari mereka memilih Salahuddin manakala hanya 13 peratus atau 363 peserta memilih Saifudin. Lima peratus lagi memilih kedua-dua pendebat dalam poll yang bertajuk 'Hujah siapa yang anda lihat konstruktif'. Salahudin, Naib Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berdebat dengan Datuk Saifudin Abdullah dalam debat bertajuk "Demonstrasi Jalanan Meruntuh atau Mengukuh Demokrasi" malam tadi. Debat itu dipengerusikan oleh Datuk Profesor Mohamad Abu Bakar dan dianjurkan oleh akhbar Sinar Harian. Ia telah disiarkan secara langsung melalui Astro Awani di samping beberapa laman web. Harakah Daily |
Kamaruddin Kachar malukan ahli akademik Posted: 19 Jun 2012 10:48 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar dianggap terlajak mengampu sehingga sanggup mendakwa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir kerajaan PAS. Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia itu tidak berfikir secara matang setaraf dengan gelaran yang dimiliknya. "Barangkali beliau hanya membaca akhbar-akhbar pro Umno tanpa cuba menyelidiki fakta sebenar. Seharusnya seseorang bergelar profesor mendalami sesuatu fakta sebelum berhujah. "Kami sangsi bagaimana gelaran prosefor boleh diperolehi kalau sedemikianlah pemikirannya. Bukankah boleh memalukan ahli akademik lain," katanya di sini. Pada kenyataan akhbarnya 18 Jun lalu Dr Kamaruddin yang dilihat ramai taksud Umno mendakwa rakyat Kelantan rugi berada di bawah kerajaan PAS dan menganggap mundur 40 tahun. Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar berkata, apa yang tidak ada di Kelantan sekarang hanya kedai nombor ekor dan rumah urut, sedangkan aspek lain setanding negeri diterajui BN. "Saya ingin mengajak profesor meneliti web Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Lihat Jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009. "Indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding Perlis mencatat lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2)," ujarnya. Atau profesor boleh meninjau Jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0 berbanding Sabah (4.7). Menurutnya profesor terbabit mungkin lupa tanggungjawab membina lebuh raya adalah di bawah kerajaan pusat. Katanya, tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat, kecuali di Kelantan seperti apa yang sedang diusahakan sekarang. Projek lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dijanjikan kerajaan BN sejak Rancangan Malaysia Ke-6 pada 1986 dan sehingga kini belum menjadi kenyataan. "Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek tersebut. Atau mungkin profesor berhujah pula ramai rakyat Kelantan berhijrah. "Sedangkan fakta dalam Pelan Induk WIlayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada Oktober 2007 mencatat pada 2003, penghijrahan masuk ke Kelantan seramai 24,460 orang berbanding penghijrahan keluar 21,950 orang," tambahnya. Oleh itu katanya beliau bimbang Dr Kamaruddin Kachar dianggap pula seorang profesor yang layak menjadi pelakon lawak jenaka. Harakah Daily |
Hormati keputusan majoriti rakyat Mesir Posted: 19 Jun 2012 10:47 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengambil maklum tentang kejayaan yang dilakar calon Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Muhammad Morsi menerusi peratusan undi melebihi 50 peratus di dalam keputusan Pilihanraya Mesir yang paling mutakhir. "Kami juga bersama dalam mengucapkan tahniah kepada Dr. Muhammad Morsi yang dipilih majoriti rakyat Mesir dan menyaksikan sokongan menyeluruh kumpulan konservatif dan juga kelompok sekular atas nama demokrasi," ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Bukit Bendera dan Kuala Selangor, Nurul Izzah Anwar, Liew Chin Tong dan Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan bersama, hari ini. Kata mereka, keputusan itu dicatat oleh Parti FJP di dalam suasana tegang yang menyaksikan pengumuman Menteri Keadilan lantikan tentera Mesir yang mengumumkan darurat, justeru memberi kuasa penuh kepada Tentera Mesir sekaligus membubarkan parlimen. Pun begitu, ujar mereka dokongan dan undi majoriti yang masih diraih Dr. Morsi membuktikan iltizam warga Mesir untuk memilih kerajaan demokratik, bukannya sebarang regim yang masih berada di dalam genggaman ketenteraan. Menurut mereka lagi, pengumuman tentera Mesir juga tidak membantu kuasa parlimen Mesir untuk melakar deraf perlembagaan baru bagi negara tersebut, yang akhirnya merampas kuasa serta hak yang termaktub dalam mana-mana negara demokrasi. "Sehubungan dengan itu juga, KEADILAN, PAS dan DAP meminta pihak kerajaan Malaysia, Majlis Tertinggi Ketenteraan Mesir (SCAF) dan masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya untuk menghormati keputusan majoriti rakyat Mesir dan tidak campur tangan demi memastikan ketenangan dan semangat demokrasi kekal bersinar di Mesir," ujar mereka. Harakah Daily |
Debat: PAS harap ramai pemimpin negara dijemput Posted: 19 Jun 2012 10:44 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, debat adalah satu medan terbaik untuk nyatakan pendirian serta pemikiran. "Saya harap lebih ramai lagi pemimpin negara dapat dijemput untuk program seperti ini dalam membawa fakta yang jelas serta hujah. "Konsep ini dapat menamatkan terus budaya politik samseng tidak sihat yang mana sekarang telah menular di negara kita," jelas beliau pada sidang media selepas menyertai debat bertajuk 'Demonstrasi Jalanan: Meruntuh atau Mengukuhkan Demokrasi' dengan ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah di sini, malam tadi. Debat anjuran akhbar Sinar Harian itu dipengerusikan oleh pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menambah, debat merupakan pentas terbaik untuk menampilkan pemikiran yang terbaik dalam membentuk kerangka amalan demokrasi negara ini. Ketika berhujah pada debat itu, beliau amalan demokrasi hanya dilakukan di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. "Kita melihat demonstrasi yang dilakukan oleh Umno di Pulau Pinang mahupun Selangor, mereka bebas melakukan apa sahaja sebagai meluahkan apa yang mereka nak. "Kita benarkan malah tidak ada langsung kita berikan sambutan tersebut dengan gas pemedih mata mahupun pukulan belantan," jelasnya. "Inilah yang kita akan lakukan apabila mengambil alih pemerintahan di Putrajaya nanti," jelasnya. Harakah Daily |
Posted: 19 Jun 2012 08:28 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mendakwa masih belum mendapat bayaran ganti rugi walaupun sudah hampir tiga bulan kes tuntutannya terhadap kecuaian sebuah hospital sehingga isterinya meninggal dunia diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ahmad Azizi Abdullah James, 35, berkata, menerusi penyelesaian luar mahkamah dengan defendan pada 5 April lalu, dia berjaya mendapat bayaran ganti rugi sebanyak RM50,000. "Tetapi, sehingga kini belum menerima bayaran ganti rugi itu serta tidak mendapat sebarang penjelasan memuaskan termasuk daripada peguamnya sebelum ini berhubung kelewatan itu. "Ini bukan soal duit, tetapi ia sebagai keadilan terhadap arwah isteri yang meninggal dunia akibat kecuaian pihak hospital," katanya ketika mengadakan pertemuan dengan Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan peguam panel SukaGuam, Ahmad Hidayat Md Nor. Menurutnya, isterinya meninggal dunia ketika melahirkan anak ketiga selepas mengalami pendarahan serius akibat kelewatan pihak hospital memberi rawatan pada 2006. "Kali ini, walaupun keadilan berpihak kepada kami, namun saya masih tertanya-tanya apa yang berlaku ke atas wang ganti rugi itu," katanya. Sementara itu, Khairul Anwar berkata, pihaknya akan meneliti aduan itu dan tidak menolak kemungkinan wujud soal teknikal dan pentadbiran sehingga mengakibatkan kelewatan pembayaran ganti rugi. "Peguam panel kami, Ahmad Hidayat yang juga bekas Hakim Mahkamah Sesyen Teluk Intan, Perak akan meneliti perkara ini dan mengambil tindakan segera membantu pengadu," katanya. Mengenai kes membabitkan kecuaian pusat perubatan, Khairul Anwar berkata, berdasarkan perkembangan semasa, kesedaran orang ramai untuk mempertahankan hak mereka terhadap pusat perubatan sama ada swasta atau kerajaan sekiranya berlaku kecuaian semakin meningkat. "Antara kes yang diterima merangkumi kecuaian ketika pembedahan, tertinggal objek dan kesilapan memberi ubat sehingga menyebabkan komplikasi teruk," katanya. Sehubungan itu, menurutnya, orang ramai yang mahu menyalurkan aduan boleh berbuat demikian menerusi Facebook SukaGuam. Dalam pada itu, pihak Kementerian Kesihatan yang dihubungi memberitahu akan meneliti aduan Ahmad Azizi. metro/- |
Khairy sokong Perancis, sindir Najib? Posted: 19 Jun 2012 08:19 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - Budak ini memang selamba. Hendak kata cerdik pun tidak seberapa. Hendak kata tidak pandai berpolitik pun, mungkin juga. Tetapi selalu sahaja terkeluar rel. Wrong person at wrong timing and wrong place. Inilah masalahnya dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang juga Ahli Parlimen Rembau. Cita-citanya amat besar. Suatu ketika dahulu dicetuskan rumours, beliau digilap politiknya oleh kumpulan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Namun, beliau bernasib malang apabila pada Pilihan Raya Umum 2008, parti dan kerajaan yang diterajui bapa mertuanya, hampir tumbang dipukul badai tsunami Pakatan Rakyat. Dengan perletakan jawatan Abdullah sebagai PM, selepas setahun digelodak orang Umno, nasib Khairy dalam politik turut malap. Khairy orang muda. Jiwanya, jiwa muda. Banyak gambar pelbagai aksi beliau boleh diperolehi dalam internet. Dari duduk santai minum-minum di kelab, berpakaian ala wanita, berjoget di Perhimpunan Belia, macam-macam ada. Khairy juga minat sukan bolasepak. Beliau adalah Timbalan Presiden FAM. Tetapi, kalau pun peminat bolasepak, harus juga peka sensitiviti orang lain. Khairy ahli politik, tetapi selalunya politik 'makan diri'. Khairy berhimpun dan berdialog dengan geng twitternya di KLCC, 15 Jun lepas. Beliau memakai jersi pasukan bolasepak Perancis. Kononnya hendak sehati sejiwa dengan anak muda, tetapi tanpa beliau sedari, beliau melakukan suatu tindakan yang amat-amat sensitif, pada pandangan ketuanya, Dato' Seri Najib Tun Razak. Dalam menjalankan tugas sebagai PM, ada banyak negara Najib suka pergi. Tetapi beliau cukup tidak berkenan dengan negara Perancis, buat masa ini. Isunya ialah apabila namanya disabitkan oleh mahkamah Perancis, sebagai orang yang harus disoalsiasat sebagai saksi dalam kes penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Perancis tidak mendakwa Najib terbabit dalam penyelewengan atau rasuah. Perancis juga tidak mendakwa Najib terbabit membunuh Altantuya. Tiada siapa pun yang menuduh Najib terbabit membunuh Altantuya. Orang seperti pencacai Zulkifli Noordin yang memfitnah dan berbohong siang malam, menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim mengatakan Najib membunuh Altantuya. Semasa Zulkifli belum melompat, beliaulah yang menjaja dan memaki hamun Najib serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, di merata ceramah dan kuliah. Dia yang mula-mula menuduh Najib dan Rosmah, sebaliknya selepas membuat pusingan u-turn, beliau mendakwa orang lain yang menuduh Najib. Manusia yang sejahat ini harus dihapuskan daripada politik Malaysia, biar dia balik Baling tanam pokok getah lagi baik. Isu Scorpene yang mula dibicarakan di mahkamah Perancis inilah yang menggusarkan Najib. Ia akan mengaitkannya dengan bekas kroni kanannya, Abdul Razak Baginda. Perbicaraan Scorpene akan membongkar penyelewengan urusniaga pembelian kapal selam untuk angkatan tentera Malaysia, akan mengheret Najib dan orang rapatnya Razak baginda ke Mahkamah negara itu. Dilaporkan terdapat berita terbaru mengatakan, saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene akan hadir ke mahkamah Perancis kerana sapina terhadapnya, telah dikeluarkan oleh Mahkamah negara itu. Bulan Julai ini, Razak Baginda dijangka juga akan dipanggil memberi keterangan dalam kes melibatkan salah urus niaga itu. Selepas itu, dikhabarkan Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Najib pula akan dipanggil. Dari sudut undang-undang, mahkamah Perancis berhak mengeluarkan sapina kepada Najib dan Zahid. Dan jika kedua-duanya ingkar dan enggan mematuhi sapina yang dikeluarkan, maka waran tangkap boleh dikeluarkan. Perancis adalah sebuah negara yang mengikat perjanjian dengan Kesatuan Eropah. Persoalannya, jika waran tangkap dikeluarkan, apakah ianya meliputi negara Perancis sahaja, atau seluas tanah jajahan Eropah? Maksudnya, apakah keengganan Najib dan Zahid mematuhi sapina yang dikeluarkan akan memberi implikasi, bahawa mereka boleh ditangkap di mana-mana negara Eropah? Mungkin tidak perlu kita selami lebih jauh apakah implikasi perbicaraan Scorpene kepada Najib dan masa depan politik Umno-BN. Cukup untuk kita andaikan, kemungkinan jika kes tersebut dibongkar, ianya akan menyebabkan PM berada dalam keadaan yang amat tidak selesa. Media tempatan boleh ditutup, tetapi laporan media antarabangsa yang boleh dilayari menerusi internet, bagaimana BN hendak sekat. Kembali kepada soal jersi Perancis yang dipakai Khairy tadi. Jelas beliau tidak peka dengan sensitiviti Najib. Dalam keadaan sekarang perkataan Perancis pun dia tak berapa sudi hendak dengar atau mungkin juga jika perkataan itu terdengar, PM akan pening kepala. Tapi Khairy dengan selambanya, dengan suka-suka hati memperli Najib dalam satu pertemuan antara ketua pemuda itu dengan pengikut twitter beliau. Khairy memakai baju jersi negara Perancis yang mengambil bahagian dalam pertandingan bolasepak Euro 2012 yang berlangsung sekarang. Buat masa ini kalau minat bolasepak pun, tak payahlah sokong Perancis. Sokonglah Sepanyol ke, Portugal ke, England pun tidak mengapa. Ada orang Umno bertanya, apa maksud yang Khairy mahu sampaikan? Mengapa dalam ketakutan orang Umno terhadap isu Scorpene yang sedang dibicarakan di Perancis, Khairy terang-terangan memakai jersi Perancis? Atau pun mungkin Khairy ada maksud yang tersirat hendak memperli Najib. Apakah Khairy masih berdendam dengan juak-juak Najib yang menjatuhkan bapa mertuanya dari jawatan PM dan Presiden Umno, atau masih bengang kerana Najib tidak melantiknya ke jawatan kabinet, sedangkan beliau Ketua Pemuda? Khairy ada menyebutkan bahawa beliau baru menjalankan 50 peratus tugas sebagai Ketua Pemuda. Beliau meminta diberikan jawatan itu sepenggal lagi. Tetapi Khairy bakal melalui laluan sukar kerana beliau tidak dikehendaki kedua-dua kumpulan Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kumpulan Najib memang tidak berminat dengan Khairy. Manakala Muhyiddin yang bercita-cita besar untuk menggantikan Najib, terpaksa bersandar dengan sokongan bekas PM, Tun Dr Mahathir Mohamad. Semua orang Umno tahu Dr Mahathir dan Khairy berseteru. Dengan situasi yang ada sekarang, Khairy memang tiada peluang lagi. Bukan sahaja jawatan Ketua Pemuda, jawatan Ahli Parlimen Rembau pun khabarnya sudah hampir pasti dicantas. Khairy harus sedar bahawa iklim politik sekarang ini, tidak memihak kepada Umno-BN. Oleh kerana itu, tidak perlulah beliau merayu Umno mengekalkan beliau sebagai Ketua Pemuda atau MP sepenggal lagi, kerana belum tentu selepas PRU ke-13 nanti Umno wujud lagi. Harakah Daily |
Ali diharap tingkat imej penjawat awam Posted: 19 Jun 2012 08:18 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, (gambar) yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru berkuatkuasa 24 Jun ini bagi menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat tempoh kontrak perkhidmatan pada 23 Jun 2012. Justeru, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengingatkan kepada Ali bahawa amanah perlantikan itu adalah satu pertanggungjawaban yang amat berat yang akan dipersoalkan di hadapan Allah Taala di akhirat nanti. "Oleh itu peringatan daripada Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta Datuk Seri Dr Ali berkhidmat dengan sikap yang penuh profesional dan berintegriti serta tidak menjadi 'budak catur' Umno dan Barisan Nasional," kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan. Beliau berkata, pihaknya juga mengharapkan semoga Ali akan dapat membina imej baru penjawat awam yang lebih baik berbanding imej sebelum ini yang dilihat sebagai 'kotor' kerana disebabkan politik 'kongkong, ugut dan ancam' puak-puak Umno dan Barisan Nasional. Harakah Daily |
BN dibenar demo bila Pakatan kuasai Putrajaya Posted: 19 Jun 2012 08:17 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Rakyat tidak akan menghalang hak BN untuk berdemonstrasi apabila Pakatan Rakyat diberi mandat mengusai Putrajaya. Malah menurutnya, Pakatan Rakyat juga akan memastikan SOP polis yang betul digunakan pada himpunan yang akan diterajui Umno itu nanti. "Kami akan bagi ruang pada BN nanti sekiranya kami kuasai Putrajaya. "BN yang ketika itu sebagai parti pembangkang akan dibenarkan berhimpun atau melakukan demonstrasi secara aman tanpa ada sebarang kekecohan atau provokasi yang terjadi kepada perhimpunan yang disertai PR lalu," katanya dalam Debat Sinar malam tadi. Debat malam tadi menemukan beliau dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dengan Prof Datuk Mohamad Abu Bakar sebagai perantara. Menurut beliau lagi, demonstrasi aman adalah dijamin perlembagaan dan merupakan salah satu cara bagi menegur pihak pemerintah apabila teguran melalui ruang-ruang lain yang ada tidak diendahkan. Apatah lagi dalam keadaan negara kita yang masih belum sampai tahap demokrasi yang sempurna, maka demonstrasi katanya salah satu cara untuk menjadikan demokrasi lebih matang. "Kita masih belum sampai satu sistem yang sempurna tapi sedang menuju ke arah kesempurnaan. "Jika negara menerima demonstrasi ia adalah pengukuhan untuk negara, tapi sekiranya tidak, ia adalah keruntuhan bagi sesebuah negara," tambah ahli Parlimen Kubang Kerian itu. Salahuddin juga berkata, demonstrasi secara aman boleh dijadikan sebagai alat untuk menghentikan kemelut kepada negara yang impikan demokrasi. Dalam pada itu beliau memberitahu, demonstrasi jalanan tidak akan berlaku sekiranya demokrasi diamalkan secara adil dan ruang yang cukup diberikan terhadap semua parti. "Ruang bersuara ketika pilihan raya kecil dan pilihan raya umum umum terlalu kecil, maka rakyat yang ada hanya lidah dan gigi ini turun ke jalan raya untuk menuntut hak mereka," Pada masa sama, beliau menafikan siri himpunan Bersih yang beberapa dianjurkan NGO sebelum ini adalah untuk mencetus huru-hara dan cuba mengguling kerajaan. "Demonstrasi yang diadakan kami (PR) melalui Bersih 3.0 terutamanya bukan untuk meruntuhkan (kerajaan) tapi mengukuhkan kerajaan dan menuntut hak demokrasi yang diamalkan oleh negara. "Yang jadi huru-hara sebab ada tembakan gas, tu yang jadi huru hara. "Cuba ambil seekor ular, dan campak ditengah-tengah orang ramai dewan ini, apa akan jadi pada dewan ini," soalnya. Baginya, hanya kerajaan yang berpura-pura dengan keadilan demokrasi sahaja yang takut dengan demonstrasi rakyat. Harakah Daily |
Posted: 19 Jun 2012 08:15 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - KEPALA BATAS - Pengguna dan pengusaha kedai makan di sekitar daerah ini, rasa tertipu apabila membeli minyak masak yang dipercayai dikitar semula. Seorang pemilik restoran, Datuk Dr Husaini Yaakob berkata, selama ini mereka yakin bahawa bahan penting masakan itu tulen. Namun, menurutnya, mereka mula khuatir dan bimbang setelah mendapati minyak masak itu bertukar warna hitam dan cair selepas hanya sekali digunakan. "Saya percaya minyak masak ini sebenarnya telah digunakan sebelum dikitar dan diedar semula kepada pengguna berikutan kandungan kepekatannya tidak menyamai minyak masak berjenama lain. "Kita sarankan agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) segera berbuat sesuatu bagi mengawal penipuan ini," katanya. Husaini, yang juga aktivis masyarakat berkata, penipuan sebegini harus dibendung kerana kesannya lebih banyak dirasai oleh pengguna. "Pihak terlibat dalam kegiatan jahat ini hanya pentingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna. "Malah, minyak yang dikitar semula ini juga tentunya boleh diragui dari segi halalnya kerana dipercayai turut dikutip dari restoran bukan Islam untuk diproses sebelum diedar di pasaran semula," katanya yang turut mempunyai pengetahuan dalam bidang industri melibatkan kandungan minyak kelapa sawit. Sementara itu, seorang pegawai KPDNKK SPU yang dihubungi berkata, penipuan minyak masak yang dikitar semula itu melibatkan minyak yang belum dimasak dan telah digunakan. "Kebiasaannya kita akan membuat pemantauan bersama Jabatan Kesihatan selepas menerima maklumat orang awam, namun disebabkan maklumat itu tidak tepat, sehingga kini pihak kita belum lagi dapat menahan pelakunya. "Pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, di mana orang perseorangan boleh didenda RM100,000 dan dua tahun penjara, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda RM250,000," katanya. Menurutnya, pihaknya sentiasa bersedia melakukan siasatan apabila mendapat maklumat demi menjaga kebajikan pengguna dan tidak memandang remeh penipuan itu selama ini. Sinar Harian |
Mubarak dalam keadaan koma, belum meninggal dunia Posted: 19 Jun 2012 08:14 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas mengalami strok di dalam penjara, kata sumber pasukan perubatan dan ketenteraan, sambil menafikan beliau sudah meninggal dunia. Tahap kesihatan yang tidak menentu pemimpin yang digulingkan itu bermula selepas ketegangan terbaru di negara berkenaan, dengan kedua-dua calon presiden mendakwa memperoleh kemenangan dan kerajaan tentera pula dikatakan mendapat mandat baru. "Mubarak tidak mati. Dia dalam keadaan koma dan doktor masih cuba untuk menyelamatkannya," menurut satu sumber perubatan. - AFP |
Penduduk dibelenggu bau busuk tandas ‘misteri’ Posted: 19 Jun 2012 08:13 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - SUNGAI NIBONG – Saban bulan penduduk terpaksa menghidu bau terlalu busuk dari sebuah tandas 'misteri' terletak di bawah flat mereka. Namun setelah ditanya siapa empunya tandas berkenaan, semuanya menggeleng kepala tanda tidak bertanggungjawab. Demikianlah situasi berlaku membabitkan hampir 300 penduduk di Pangsapuri Nibong Indah di sini. Penduduk, Jamilah Mohd Nagor Gani, 35, berkata, rumahnya terletak di tingkat satu pangsapuri itu dan berada tepat di sebelah atas tandas berkenaan. Menurutnya, dalam masa sebulan pasti ada bau begitu busuk kerana kumbahan yang tidak diselenggara baik. "Baunya hanya Tuhan yang tahu. Bayangkan penutup lubang kumbahan pula terbuka dan simennya sudah pecah, bertambah teruk keadaan kami masa itu. "Makan nasi pun tak selera, bau najis lebih kuat daripada bau makanan," katanya. Seorang lagi penduduk, Haslina Hassan, 24, berkata, ibu bapanya sudah meletakkan pelbagai jenis pewangi semata-mata mahu menghilangkan bau 'wap' busuk dari tandas itu. "Emak saya dalam masa sebulan berhabis RM100 untuk beli pelbagai pewangi rumah apabila timbulnya bau itu. "Hendak marah pun tak tahu pada siapa kerana semua tak mengaku tandas yang satu itu siapa punya. Kalau tiada orang kenapa digunakan dan boleh berbau begitu teruk sehingga tidak selesa duduk di rumah sendiri," katanya. Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Nibong Indah, Mohd Nazri Idris berkata, dia sudah beberapa kali bertemu dengan penjaja dan pemilik premis berhampiran. Menurutnya, ia kerana tandas tersebut terletak antara dua premis di situ, namun kedua-dua tauke tidak mengaku membina tandas tersebut. "Jika kedua-duanya sudah tidak mengaku mereka yang empunya tandas itu, jadi saya meminta kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk merobohkan saja tandas ini. "Buat apa tandas ini dibiarkan sahaja sehingga menyusahkan penduduk. Kami semua menanggung baunya setiap hari kerana kedudukan rumah yang terletak bersebelahan dengan tandas misteri berkenaan," katanya. Sinar Harian |
Remaja tak mengaku anjur acara haram Posted: 19 Jun 2012 08:11 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - GEORGETOWN – "Saya tidak tahu kalau buat acara suka-suka boleh kena denda," demikian rayu seorang remaja akibat mengadakan hiburan awam tanpa lesen. Tertuduh yang baru sahaja berusia 19 tahun tidak mengaku menganjurkan acara secara haram berkenaan. Teong Hoe dari Lengkok Batu Maung 1 itu dalam kertas pertuduhannya didapati mengadakan hibu-ran awam tanpa lesen yang dikeluarkan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Awam 1998. Hoe didapati melakukan kesalahan tersebut pada 22 Mei 2011 pada jam 11.45 malam di sebuah premis di Lorong Perak. Akibatnya, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (a) Enakmen Hiburan dan tempat-tempat Hiburan 1998 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 6 (2) enakmen yang sama. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Dia bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Timbalan Pendakwa Raya menawarkan wang jaminan sebanyak RM6,000. Peguam yang mewakilinya meminta supaya jumlah jaminan dikurangkan berikutan tertuduh melakukan kesalahan tersebut pada usia 18 tahun. Peguamnya juga memaklumkan usia tertuduh pada masa kejadian masih muda dan mahkamah perlu memikirkan kesan hukuman terhadap tertuduh. Majistret Noor Aini Yusof kemudiannya membebaskan tertuduh dengan wang ikat jamin sebanyak RM2,500. Sinar Harian |
Euro 2012: Bendtner, Rusia ketuai senarai bayaran denda tertinggi Posted: 19 Jun 2012 08:10 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - GARA -GARA mempamerkan seluar dalam yang ditaja Paddy Power, penyerang Denmark Nicklas Bendtner didenda £80,000 (RM396,607) sekali gus mengiringi Rusia yang mengetuai senarai bayaran tertinggi sepanjang kempen Euro 2012 setakat ini. Bukan setakat itu, Bendtner yang tidak menyedari perbuatannya itu melanggar perjanjian komersial Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), turut digantung satu perlawanan di kelayakan Piala Dunia 2014. Dengan denda mencecah £80,000 (RM396,607), menjadikan Bendtner individu tertinggi didenda, kurang RM79,414 daripada denda yang dikenakan ke atas Rusia sebanyak £96,000 (RM476,021). Jumlah denda tersebut bagaimanapun tidak termasuk denda £24,300 (RM120,493) kerana salah laku penyokong Rusia yang melempar bunga api dan mempamerkan sepanduk haram di dalam stadium ketika aksi menentang Poland. Kesatuan Bola Sepak Rusia juga didenda £96,000 (RM476,021) selepas penyokong mereka bertembung dengan anggota keselamatan dan petugas perlawanan pada aksi pembu kaan Kumpulan A menentang Republik Czech Sinar Harian |
Euro 2012: Trapattoni tetap mahu latih Ireland Posted: 19 Jun 2012 08:09 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - JURULATIH Republik Ireland, Giovanni Trapattoni, tekad mempertahankan jawatannya walaupun pasukannya tersingkir di peringkat kumpulan dalam kejohanan Euro 2012. Trapattoni bagaimanapun tetap memandang ke hadapan dan berusaha membentuk pasukannya untuk layak ke kejohanan Piala Dunia 2014 di Brazil. "Saya merasa bangga dengan komitmen yang diberikan pemain, kami tewas kepada Itali namun bangga dengan persembahan mereka semua. "Sememangnya kami kecewa dengan kegagalan ini dan kami memahaminya kerana telah melakukan segala yang termampu," katanya. Jelasnya, dalam kehidupannya bergelar jurulatih banyak kenangan pahit dan manis. "Seandainya kalah saya tidak boleh tidur malam mungkin terlalu memikirkan kekalahan atau pun disebabkan kesilapan yang saya lakukan," katanya. Ireland akan bermain untuk kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Kazakhstan, September ini dan hanya kemenangan yang akan membantu perjalanan Ireland ke peringkat seterusnya. Sinar Harian |
Perangsang Selangor Sertai Perniagaan Telefon Prabayar Posted: 19 Jun 2012 07:52 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - Kumpulan Perangsang Telco Sdn. Bhd (PTSB) hari ini mengembangkan lagi perniagaannya dengan menyertai sektor perniagaan operator telefon bimbit prabayar di Malaysia. Ini disahkan apabila PTSB menandatangani satu Perjanjian Pelaburan dan Pemegang Saham dengan SAMENA Telecom Limited (Samena), Connect Mena Limited Jebel Ali Free Zone (FRiENDi) dan Ceres Telecom Sdn Bhd (Ceres Telecom) dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Kayangan, Hotel Quality tengah hari tadi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perangsang, Suhaimi Kamarulzaman, PTSB yang juga merupakan anak syarikat milik Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor) menandatangani perjanjian tersebut untuk cadangan pelaburan perniagaan sebagai operator telefon bimbit prabayar melalui pegangan ekuiti 30 peratus dalam syarikat FRiENDi Malaysia. "PTSB ditubuhkan sebagai induk perantaraan untuk pelaburan dalam sektor komunikasi dan susulan daripada pengembangan FRiENDi ke Malaysia, PTSB ditawarkan peluang untuk melabur dalam syarikat Ceres Telecom, entiti operator telefon bimbit prabayar tempatan terbaru. "Ini satu peluang yang baik memandangkan Kumpulan FRiENDi juga kukuh sebagai Operator Rangkaian Maya Telefon Bimbit (MVNO) terkemuka di rantau Asia Selatan, Timur Tengah dan Afrika dan mempunyai tiga operasi di Oman, Jordan dan Arab Saudi," jelas Suhaimi. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut hadir pada majlis tersebut berkata usaha ini secara tidak langsung membuka lebih peluang ekonomi kepada negeri Selangor. "Pastinya persaingan yang sihat ini akan memberi lebih ruang kepada perkembangan ekonomi negeri Selangor yang dilihat semakin pesat membangun berbanding negeri lain khususnya dalam sektor ini," ujar beliau dalam ucapannya. Selain Abdul Khalid dan Suhaimi, Majlis Menandatangani Perjanjian tersebut turut disertai Pengarah Samena, Hisham Mohamad Ali Al-Alawi, Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Perniagaan Kumpulan FRiENDi, Erik Dudman Nielsen, Ketua Pegawai Eksekutif FRiENDi Malaysia, Jonathan Marchbank, Pengerusi Kumpulan Perangsang, Raja Idris Raja Kamarudin serta Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan, Azlan Md Alifiah. Kumpulan FRiENDi merupakan kumpulan telekomunikasi inovatif yang beroperasi sebagai Operator Rangkaian Maya Telefon Bimbit (MVNO) dan Pemboleh Rangkaian Maya Telefon Bimbit dengan fokus liputan geografi Timur Tengah dan Afrika. Baru-baru ini, Kumpulan FRiENDi mengumumkan perkongsian strategik dengan Kumpulan Virgin untuk menggabungkan aset MVNO Virgin di bawah pengurusan FRiENDi sekaligus memberi hak ekslusif memulakan operasi jenama MVNO di pasaran terpilih Asia Tenggara. selangorku/- |
Remaja mati selepas batuk, sesak nafas Posted: 19 Jun 2012 07:47 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - MAHANG, KULIM - Seorang remaja perempuan berusia 22 tahun ditemui mati di biliknya kira-kira jam 9 pagi kelmarin setelah mengadu batuk dan sukar bernafas. Mangsa sebelum ini merupakan seorang pelajar pintar dan pernah mendapat rawatan di Hospital Kulim sejak dua tahun lalu tetapi doktor pakar gagal mengesan penyakit dialaminya. Bapa mangsa berkata, lebih membimbangkan apabila badan anaknya beransur kurus kerana tidak mempunyai selera makan. "Pada jam 9 pagi anak saya kata dia penat dan ingin berehat, saya menyuruhnya berehat di biliknya. Tiba-tiba saya terdengar mangsa batuk kuat dan pergi kepadanya. Mangsa mula sesak nafas dan keadaannya semakin tenat. "Kami kemudiannya memaklumkan kepada pusat kesihatan yang ada di tempat kami untuk bantuan kecemasan. Kakitangan ambulan kemudiannya membuat pemeriksaan dan mereka mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia," katanya. Atas persetujuan waris, mayat mangsa tidak dihantar ke hospital untuk dibedah siasat sebaliknya mereka terus menjalankan upacara pengebumian. Ketua PKR cabang, Saari Fadzil Hud yang turut hadir ke rumah mangsa memberi sumbangan wang tunai secara peribadi. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Salih berkata, polis menjalankan siasatan terhadap kematian mangsa mengklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sinar Harian |
Prestasi Ronaldo penentu kejayaan Posted: 19 Jun 2012 07:46 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - BEKAS jurulatih Portugal, Carlos Queiroz menyifatkan skuad bimbingan Paulo Bento bakal berhadapan masalah besar menjelang perlawanan suku akhir menentang Republik Czech andai Cristiano Ronaldo gagal memberikan persembahan bertenaga dan berkualiti. Katanya, kejayaan Portugal melangkah ke suku akhir banyak bergantung kepada bintang Real Madrid, malah Queiroz mahukan pemain berkenaan terus mempamerkan aski bertenaga ketika menewaskan Belanda 2-1 dalam perlawanan ketiga dalam Kumpulan B sebelum ini. "Ronaldo merupakan aset penting dalam skuad Seleccao, beberapa tahun sebelum ini Portugal mempunyai Luis Figo, Rui Costa, Paulo Sousa dan Fernando Couto. "Bila mereka bersara, Ronaldo muncul. Kebolehannya mengawal bola dan melakukan jaringan sememangnya terbukti dan semua melihatnya," katanya. Bintang Real Madrid itu menunjukkan keheba tan dan menepis kritikan peminat bola sepak mengenai tahap permainannya apabila meledak dua gol ketika membenam Belanda dalam saingan peringkat kumpulan B yang membawa kepada kejayaan pasukannya melangkah ke peringkat suku akhir mengiringi Jerman. Portugal berada di tangga kedua Kumpulan B bakal berhadapan Republik Czech dalam saingan suku akhir selepas pasukan bimbingan Michal Bilek mengungguli Kumpulan A Sinar Harian |
Rugi RM50,000 ditipu skim pelaburan emas Posted: 19 Jun 2012 07:45 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - BATU PAHAT – Seorang pembekal bahan binaan kerugian RM50,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan emas yang ditawarkan menerusi laman Internet oleh sebuah syarikat beralamat di Klang, Selangor. Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa berusia 38 tahun itu pergi ke pejabat syarikat berkenaan, apabila tertarik dengan tawaran keuntungan 15 peratus yang dijanjikan. Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikat berkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakal diperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusi skim pelaburan emas itu dan mendepositkan RM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan. "Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutan syarikat terbabit turut menyediakan dokumen perjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan menghantar dokumen perjanjian berkenaan selepas selesai menguruskannya. "Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumen perjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil. "Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yang mengesyaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam. Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masih memburu suspek utama kes berkenaan. "Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000 yang dideposit mangsa," katanya. Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28, yang beralamat terakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan. "Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihak polis," katanya. Sinar Harian |
Posted: 19 Jun 2012 07:43 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - REMBAU – Seorang duda nekad membuat laporan polis bagi menuntut ganti rugi terhadap seorang gadis dikenali Fidah berusia 16 tahun setelah menyedari dirinya ditipu dengan janji-janji manis gadis berkenaan yang mahu mengahwininya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS). Setelah membujang kira-kira 29 tahun, duda berkenaan, Mohd Adnan Hamid, 60, dari Kampung Rendah, di sini, akhirnya terpaut hati kepada gadis yang dikenali Februari lalu di sebuah kedai makan di pekan berkenaan sebagai pekerja kedai makan. Menurutnya, dia seolah-olah berasa bertanggungjawab untuk membantu gadis berkenaan dan atas dasar itu, dia menghulurkan bantuan kewangan kepada gadis berkenaan setiap bulan bermula Februari lalu. "Malah, apa sahaja yang diingini Fidah saya berikan tetapi dari tempoh perkenalan kami, dia memberikan maklum balas baik termasuk berjanji mahu mengahwini saya melalui jawapannya dihantar melalui SMS dan saya sanggup menunggunya menamatkan alam persekolahan. "Bahkan, sepanjang tempoh perkenalan ini iaitu dari awal Februari hingga ke tarikh saya mengetahui dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain iaitu 14 Jun lalu, saya sudah berbelanja kira-kira RM6,000 untuknya termasuk set katil bernilai RM1,700 yang dibeli Mei lalu, belanja buku sekolah, perbelanjaan ke Kedah, dua buah telefon bimbit dan lain-lain lagi," katanya. Adnan berkata, dia pada mulanya menyedari perbezaan umur yang terlalu jauh dengan Fidah dan dia dipanggil sebagai 'atok' oleh Fidah, namun dia tidak menyangka Fidah memberikan persetujuan berkahwin dengannya. Menurutnya, dari awal perkenalan, dia melihat Fidah sememangnya memerlukan bantuan kewangan kerana terpaksa bekerja bagi memenuhi keperluan perbelanjaan. "Namun, pada Mei lalu baru saya yakin 100 peratus perasaan saya terhadap Fidah dan bertanyakan melalui kiriman SMS, Fidah menyatakan persetujuan. Jika dari awal Fidah tidak memberikan janji-janji manis seperti ini, saya tentu tidak akan tertipu dan membantu sekadar yang berpatutan sahaja terutamanya dalam hal perbelanjaan persekolahannya. "Oleh itu, saya berasa sangat tertipu dan nekad membuat tuntutan ganti rugi serta janji yang diberikan Fidah. Sekiranya Fidah gagal berbuat demikian, saya tidak teragak-agak membuat satu lagi laporan polis berhubung kes penipuan dan membawa kes ini ke mahkamah serta membuat saman malu," katanya. Katanya, dia juga kecewa kerana setelah ditipu, dia dihina dengan kata-kata menyakitkan dan tidak munasabah hingga menjatuhkan maruahnya sendiri, menyebabkan dia buat laporan polis di Balai Polis Chembong. Sinar Harian |
Posted: 19 Jun 2012 07:40 PM PDT 30 Rejab 1433H. [MOD] - PENJAGA gol Itali, Gianluigi Buffon berterima kasih kepada pasukan Sepanyol kerana 'membantu' mereka melangkah ke pusingan suku akhir. Awal pagi semalam, Azzurri berdepan penyingkiran andai Sepanyol dan Crotia menamatkan perlawanan dengan keputusan seri 2-2. Namun, jaringan Jesus Navas pada minit ke-88 memastikan Sepanyol mengatasi Croatia 1-0, sekali gus membuka pintu buat anak buah Cesare Prandelli melangkah ke pusingan kalah mati. Kemenangan itu juga melenyapkan spekulasi menjelang hari perlawanan yang mendakwa kedua-dua pasukan berpakat untuk seri bagi menyingkirkan Itali daripada Euro. "Sebelum perlawanan, banyak perkara bermain di fikiran saya ditambah pula dengan spekulasi seri Sepanyol-Croatia. "Tapi saya percayakan Sepanyol, terima kasih kepada mereka," katanya. Sementara itu bercakap mengenai kemenangan pertama Azzurri dalam saingan Kumpulan C, Buffon berkata, pasukannya layak mendapat kemenangan tersebut. "Kerja keras kami berbaloi dan kemenangan 2-0 ke atas Republik Ireland amat bermakna buat kami," katanya. Mengulas dua jaringan yang dihasilkan Antonio Cassano dan Mario Balotteli, Buffon berkata, dua penyerang berjaya menjaringkan gol. Ia petanda baik buat pasukan Itali. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan