N45 Dr Halimah Ali |
JEREBU KEMBALI LAGI, HUJAN PAGI MEREDEKAN KEADAAN Posted: 16 Jun 2012 09:12 PM PDT IPU tidak sihat di enam kawasan Enam kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sehingga 7 pagi ini berbanding lapan semalam. Enam kawasan yang mencatat IPU tertinggi ialah Pelabuhan Klang (113), Shah Alam (125), Petaling Jaya (110), Kuala Selangor (113) di Selangor serta Cheras (106) dan Batu Muda (108) di Kuala Lumpur. Sebanyak 39 kawasan di seluruh negara pula mencatat bacaan IPU sederhana berdasarkan bacaan dari 51 stesen pengawasan kualiti udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) manakala 8 lagi kawasan mencatat bacaan IPU baik. Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, www.doe.gov.my, tiada kawasan di negara ini yang mencatat bacaan sangat tidak baik dan berbahaya di mana 70 peratus kawasan di seluruh negara berada di tahap bacaan IPU sederhana, 18 peratus di tahap baik dan hanya 12 peratus di tahap tidak sihat. IPU pada tahap antara 0 dan 50 merupakan bacaan baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301). Kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Lembah Klang ketika ini adalah disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera, Indonesia. Sementara itu, Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan hujan di beberapa tempat di Selangor, wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur pagi ini. Menurut laman sesawang jabatan itu, Malaysia kini dilanda Monsun Barat Daya, yang menyebabkan keadaan cuaca panas dan kering, dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga September. - Bernama/MALAYSIAKINI |
Selamat Hari Bapa......Bapa tunggak generasi idaman Posted: 16 Jun 2012 09:17 AM PDT Pengkalan Batu DUN SELAT KLANG 16.6.12 DUN Selat Klang meraikan Hari Bapa untuk mengiktirafkan pengorbanan dan jasa para bapa yang selalunya dikesampingkan atau 'take for granted'. Natijah daripada segelintir para bapa yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan kebajikan anak dan isteri, majoriti bapa yang bertungkus lumus dan ikhlas memberi makanan yang halal dan tempat tinggal dan pakaian serta memikirkan tentang keselamatan dan masa depan keluarga jarang diambil tahu oleh masyarakat. Susah payah, titik peluh dan pengorbanan rasa/perasaan serta mengambil pelbagai risiko untuk mempastikan kesinambungan hidup keluarga ditahap yang memuaskan juga jarang disebut. Maka amatlah wajar tindakan terpuji biro HAL EHWAL WANITA(HALWA) DUN SELAT KLANG memberi nafas segar kepada kaum bapa agar mereka sedar bahawa jasa mereka dikenang dan dihargai. ADUN SELAT KLANG, YB Dr Hjh Halimah Ali dijemput merasmikan program di Pengkalan Batu Klang bersama suami dan anak bagi memeriahkan lagi majlis. Beberapa aktiviti kekeluargaan diatur untuk mengeratkan silaturrahim seisi keluarga sambil bersantai. SELAMAT HARI BAPA. Bapa tunggak generasi idaman. |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan