Jumaat, 15 Jun 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Ceramah Umum 22 Jun 2012 di Gemencheh

Posted: 15 Jun 2012 12:53 AM PDT

CERAMAH UMUM
Tarikh: 22 Jun 2012, Jumaat
Tempat: Felda Bukit Jalor, Gemencheh, N. Sembilan
Jam: 9 Malam
Penceramah:
YB Senator Mumtaz Nawawi
YB Teo Kok Seong - ADUN Bahau
YB Taufek - ADUN Paroi

Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad 17 Jun 2012 di Senawang

Posted: 15 Jun 2012 12:50 AM PDT

CERAMAH ISRAK MIKRAJ
Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad
Masa : 5 petang, selepas Asar
Tempat : Surau Taman Pinggiran Senawang
Penceramah : Ustaz Wan Azhar bin Wan Ahmad

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
Jamuan disediakan sebelum Maghrib

Siapa Sultan Melayu yang paling alim pada zamannya?

Posted: 14 Jun 2012 09:24 PM PDT

SULTAN Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, diakui oleh beberapa orang ulama Mekah dan para cerdik cendekiawan bahawa baginda adalah di antara Sultan Melayu yang paling alim dan ahlil ilmi pada zamannya.

Dua ulama yang berasal dari dunia Melayu di Mekah yang paling dekat dan menjadi rujukan pelbagai masalah baginda, ialah Syeikh Muhammad bin Ismail al-Fathani (Syeikh Nik Mat Kecik) dan Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Sultan Zainal Abidin adalah seorang daripada putera Bendahara Paduka Raja Abdul Majid Bendahara Padang Saujana, Bendahara Johor yang kesembilan belas, lahir di Johor kira-kira pada tahun 1089 Hijrah ...''

Kalimat ini jelas berbicara tentang Melayu. Tafsirannya juga sama, jika kita menggunakan perkataan yang kasar atau `tidak berbudi bahasa', bahawa ``Raja atau pemimpin Melayu, yang tiada manfaat bagi bangsa Melayu, maka raja atau pemimpin itu adalah pengkhianat terhadap bangsa Melayu, bangsanya sendiri.'' Daripada contoh di atas terbuktilah bahawa ulama perlu bijak dan `berbudi bahasa' dalam menyampaikan dakwah dan pendidikan melalui surat terhadap golongan tinggi seperti tersebut di atas. Sebaliknya umara (pemerintah) yang bijak perlu mendekati ulama ikhlas dan jujur.

Selamatkah kita dan keluarga kita?

Posted: 14 Jun 2012 05:41 PM PDT

Sumbat mulut nenek

ALOR GAJAH 14 Jun 2012 : Dua penyamun belasan tahun bersenjatakan parang dan penyapu, berlagak baik apabila menasihatkan sepasang suami isteri warga emas supaya tidak tinggal bersendirian selepas menyamun mereka di rumah pasangan itu di Kampung Permatang, Kuala Sungai Baru, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, penjenayah dipercayai menceroboh melalui bumbung bahagian dapur rumah ketika pesara guru, Md Amin Ismail, 74, tidur dalam bilik manakala manakala isterinya, Fatimah Mohamad, 80, berada di bilik air.

"Saya tersedar daripada tidur selepas terdengar bunyi benda jatuh sebelum seorang lelaki menutup muka dengan baju datang mencekak leher saya dan menyuruh diam.

"Seorang lagi penyamun membawa isteri masuk ke bilik dan mengikat tangannya serta mulut disumbat dengan kelambu kerana banyak cakap," kata Md Amin.

96 Pelatih PLKN Dusun Resort Dikuarantin Kerana Virus H1N1

Posted: 14 Jun 2012 05:40 PM PDT

Jun 14, 2012

KUALA NERANG: Seramai 96 daripada 300 pelatih Program Latihan Khidmat Negara kem Dusun Resort dekat sini dikuarantin kerana dijangkiti virus H1N1 sejak malam Rabu.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata seramai 18 pelatih sedang dirawat dan dikuarantin di Hospital Kuala Nerang manakala 78 lagi dikuarantin di blok khas di kem itu.

"Jabatan kesihatan sedang memantau kes tersebut dan langkah pencegahan telah diambil oleh pihak pengurusan kem bagi memastikan virus itu tidak merebak," katanya ketika dihubungi di sini Khamis.

Beliau berkata pihak pengurusan kem juga mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh jabatan kesihatan dan beberapa petugas jabatan kesihatan turut ditempatkan di kem berkenaan.

"Buat masa ini, semua pelatih dan kakitangan kem itu tidak dibenarkan keluar dari kem sehingga diberitahu kelak", katanya.

Abdul Hadi menasihati ibu bapa supaya tidak datang melawat pelatih dan hanya dibenarkan menghubungi mereka (pelatih) jika perlu.

"Tetapi kalau ada perkara yang penting dan perlu berjumpa dengan pelatih, mereka (ibu bapa) boleh datang tapi perlu memakai mask.

"Ibu bapa tidak perlu risau kerana langkah pengawalan dan pencegahan sedang dilakukan di kem tersebut," katanya.

Beliau berkata semua pelatih yang terlibat adalah pelatih daripada kumpulan dua 2012. - BERNAMA

 
21 pelatih PLKN dijangkiti H1N1
2012/06/15

ALOR SETAR: Seramai 21 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Dusun Resort Kampung Pisang Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang dimasukkan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) akibat jangkitan wabak Influenza A (H1N1) sejak tiga hari lalu.

Bagaimanapun, enam pelatih sudah dibenarkan keluar, manakala 15 lagi masih menjalani rawatan di HKN. Sebelum itu, 70 kumpulan pelatih daripada keseluruhan 300 orang dikejarkan ke HKN menjalani pemeriksaan kerana mengalami batuk, demam dan selesema, namun hanya 21 disahkan terkena jangkitan H1N1. Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata pihaknya sedang menjalankan pemantauan rapi bagi memastikan semua pelatih terbabit mendapat rawatan sewajarnya.

Beliau berkata, 15 pelatih yang menerima rawatan di HKN kini stabil dan dijangka pulih sepenuhnya dalam beberapa hari lagi.

"Sehingga petang ini (semalam), kes masih terkawal dan kita membuat pemantauan bagi memastikan H1N1 tidak merebak ke tahap lebih serius.

"Kita juga tidak mengeluarkan arahan kem berkenaan ditutup, namun ia masih dalam pengawasan Jabatan Kesihatan negeri," katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, tinjauan Berita Harian di kem berkenaan mendapati ia masih dibuka dengan semua pelatih serta kakitangan diwajibkan memakai topeng mulut dan hidung bagi melindungi mereka daripada dijangkiti.

Beberapa pelatih memaklumkan 10 rakan mereka kini sedang dikuarantin di kem berkenaan, manakala yang lain masih dirawat di HKN.

Seorang pelatih yang enggan dikenali berkata, kejadian itu berlaku kira-kira tiga hari lalu membabitkan lebih 20 orang yang dikejarkan ke HKN kerana disyaki terkena jangkitan H1N1. 

Tiada ulasan:

Nuffnang