Jumaat, 15 Jun 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


2,000 warga Rohingya demo di kedutaan Myanmar

Posted: 15 Jun 2012 02:05 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Hampir 2,000 warga Rohingya berarak menuju ke kedutaan Myanmar hari ini bagi membantah pembunuhan saudara mara mereka oleh regim negara itu.

Mereka mula berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan kira-kira 1 kilometer dari masjid.

Mereka membawa sepanduk mengecam kekejaman regim, dan gambar-gambar mangsa yang dibunuh kejam oleh penyokong regim.

Ada antara mereka berarak sambil meraung-raung menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara mara mereka itu.

Pelbagai slogan dilaungkan dalam bahasa ibunda mereka sebagai mungutuk pemerintah negara itu.

Mereka mengecam tindakan pembunuhan hampir 1500 muslim Rohingya dan 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu beberapa hari lalu.

Himpunan hari ini adalah anjuran NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) yang turut disokong Dewan Pemuda PAS.

Mengepalai himpunan itu tadi Setiausaha Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi.

Perarakan mereka bagaimanapun tidak berjaya sampai di hadapan bangunan kedutaan apabila pihak polis membuat sekatan di persimpangan Jalan Madge kira-kira 200 meter dari pintu pagar kedutaan.

Polis hanya membenarkan tiga daripada mereka iaitu Azmi, Kamaruzzaman dan Athirah melepasi sekatan bagi menyerahkan memorandum.

Bagaimanapun di hadapan pintu pagar kedutaan, wakil duta Myanmar enggan membuka pagar untuk menerima memorandum.

Selapas hampir setengah jam memanggil dan menunggu, memorandum tersebut kemudiannya diserahkan melalui celah pagar kepada salah seorang penjaga yang berkawal di bangunan berkenaan.

Azmi ketika bercakap kepada media turut mengecam sikap duta Myanmar itu yang enggan bertemu dan menerima memorandum tersebut.

"Dia datang ke Malaysia, kita bagi tanah dan tempat tinggal, tiba-tiba dia layan kita macam ini. Jadi hari ini kita menuntut kerajaan kita menghalau mereka keluar dari bumi Malaysia ini, kita tidak boleh tolak ansur lagi.Mereka bunuh saudara Islam kita, orang perempuan, anak-anak kecil.

"Respek la sikit, (memorandum) ini kertas sahaja, bukan bom. Kita akan gerakkan kempen besar-besaran kali ini," katanya.

Harakah Daily

Orang bijak pandai ramai masuk PAS - Aishah

Posted: 15 Jun 2012 02:03 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara.

Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini.

Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno.

"Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.

"Usah ingat hanya orang Umno saja pandai (memerintah). Hari ini, orang bijak pandai ramai yang sokong dan masuk PAS sekarang," tegasnya ketika berucap pada majlis Sembang Santai Bersama Salebriti Aishah di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.

Menurutnya, setiap orang Islam wajib mencegah segala kemungkaran yang berlaku termasuk pemerintah yang zalim dan rasuah.

Katanya, jika berlaku kemungkaran tersebut perlu dicegah dengan tangan, mulut atau paling kurang kena benci dalam hati.

"Saya masuk PAS hari ini kerana cuba hendak baiki diri dengan Islam dan membesarkan anak-anak saya dengan Islam sebenar. Inilah proses penghijrahan diri saya yang pernah bergelar artis.

"Kita jangan terlalu emosi dalam berpolitik. Saya lihat pemerintah hari ini sudah tidak betul, banyak duit rakyat yang disonglapnya.

"Jadi kita kena cegah kemungkaran itu dengan tangan atau cegah dengan mulut macam yang saya bercakap ini atau cegah dengan hati. Itu selemah-lemah iman kita," jelasnya di hadapan hampir 400 hadirin.

Harakah Daily

Dijel 15 tahun, 10 sebat

Posted: 15 Jun 2012 01:59 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU – Taktik kotor seorang bomoh yang mengambil kesempatan merogol pesakitnya tahun lalu, menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman 15 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim Azman Mustapha selepas Norazanni Nordin, 31, dari Sungai Petani, Kedah didapati bersalah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

Azman dalam keputusannya berkata, pembelaan tertuduh yang mengaku ada melakukan hubungan persetubuhan atas kerelaan mangsa, bagaimanapun, tidak selari dengan keadaan mangsa yang ketika itu mengalami masalah kemurungan.

"Oleh sebab itu, mahkamah menolak pembelaan dan mendapati tertuduh bersalah seperti mana tuduhan," katanya.

Berdasarkan tuduhan, Norazanni didakwa merogol mangsa yang berusia 19 tahun di sebuah bilik rumah remaja berkenaan di Pak Roman, Machang, pada jam 9.30 malam, 18 Mac 2011.

Sejurus hukuman diputuskan, Peguam bela, Ahmad Nizam Mohamed memohon penangguhan bagi mengemukakan rayuan terhadap anak guamnya itu.

"Saya mohon mahkamah menimbang komitmen tertuduh kepada keluarga selepas diberhentikan daripada perkhidmatan tentera selepas 12 tahun perkhidmatan.

Tertuduh kini membantu ibunya menyediakan makanan di kenduri-kenduri di kampungnya," katanya.

Permohonan itu bagaimanapun di bantah Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof yang menyifatkan tidak ada faktor istimewa bagi membolehkan ia dibenarkan pihak mahkamah.

"Tertuduh mengambil kesempatan dan menyalahgunakan amanah yang diberikan ibu bapa mangsa supaya merawat remaja itu yang dipercayai mengalami penyakit kemurungan ketika itu," katanya.

Selepas dipertimbangkan kedua-dua pihak, Azman kemudian memutuskan untuk menolak permohonan penangguhan berkenaan.

Sinar Harian

Calon Ikhwan berdepan dengan penipuan di Mesir

Posted: 15 Jun 2012 01:57 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

(Penulis [kanan] berbincang dengan Setiausaha Agung FJP)

KAHERAH: "Keputusan mahkamah hari ini adalah malapetaka besar kepada setiap rakyat Mesir. Revolusi rakyat yang dilakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan kini mahu dirampas kembali oleh saki-baki rejim Mubarak".

Begitulah ungkapan Setiausaha Agong parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin, Dr. Ahmed Solaiman kepada saya apabila mendapat berita bahawa Mahkamah Perlembagaan Mesir membuat keputusan menerima pencalonan Ahmad Syafik sebagai calon yang 'sah' bagi bertanding dalam pilihanraya Presiden yang sedang berjalan ini.

Pada hari ini juga, Mahkamah Perlembagaan Mesir juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan pilihanraya Parlimen di lebih 30 peratus kawasan pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.

Pembatalan ini dilakukan keatas kerusi Parlimen yang kebanyakannya di menangi oleh calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi.

(Penulis berbincang dengan anak muda penyokong FJP di Kaherah)

Namun setakat ini, walaupun ada ura-ura penarikan diri dari bertanding, calon dari FJP, Dr. Mohamad Morsi masih lagi bersaing sengit dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua pilihanraya Presiden yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.

Dalam pusingan pertama, adalah dianggarkan hampir 45 peratus penduduk Mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat dimana Dr. Mohamad Morsi telah memperolehi 24.8% undi dan Ahmad Syafik memperolehi 23.6% undi.

Semasa penulis menziarahi Markaz parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo, suasana agak tenang wlaupun mereka baru sahaja mendapat berita keputusan Mahkamah Perlembagaan itu.

Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Ahmed Soleiman yang merupakan Setiausaha Agong FJP. Beliau menyatakan bahawa pelbagai usaha sedang dilakukan oleh saki-baki rejim Mubarak termasuk memperalatkan kalangan hakim-hakim yang setia kepada Mubarak bagi memastikan calon FJP kalah dalam pilihanraya pusingan kedua ini.

Menurut Dr. Ahmed Solaiman lagi; "mereka sedang merancang penipuan besar-besaran bagi memastikan kemenangan Ahmed Syafik. Rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik ini yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak," tegas beliau.

Keadaan ini lebih genting lagi apabila Ahmed Syafik turut disokong penuh oleh pihak tentera serta kuasa besar Barat dan sekutunya Israel yang begitu bimbang dengan kemungkinan kemenangan calon dari Ikhwan Muslimin.

Mereka yang turut dibantu oleh hampir seluruh media antarabangsa seperti BBC, CNN dan Al Arabia sedang merancang dan akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon 'tajaan' mereka akan menang dalam pilihanraya ini.

Ini amat penting kepada mereka terutamanya bagi menjamin 'keselamatan' Israel serta perjanjian 'Camp David' yang termeterai antara Israel dengan Mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.

Keputusan pilihanraya Presiden Mesir ini juga adalah amat penting kepada seluruh dunia Islam.

Namun saya yakin Ikhwan bersiap untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan termasuk juga penipuan pilihanraya secara besar-besaran yang sedang dirancang ini.

Mereka tetap yakin dengan 'Kuasa Rakyat' untuk menumbangkan calon 'feloul' ini walaupun berhadapan dengan penipuan ini. Kemenangan calon Ikhwan ini akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia.

harakahdaily/-

Ugut bapa dengan pisau

Posted: 15 Jun 2012 01:57 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan yang terdesak mendapatkan wang menjelaskan hutang ah long sanggup menjadikan bapa kandungnya sebagai sasaran bagi melepaskan dirinya daripada terus diburu geng ahlong berkenaan.

Dia bukan sahaja memaksa bapanya yang hanya bekerja sebagai bilal kampung, menyerahkan wang RM1,200 dalam sekelip mata, malah lebih melampau, dia sanggup mengugut menggunakan pisau jika bapa malang itu enggan menunaikan permintaannya.

Bagaimanapun, tindakan si anak, Ahmad Rashidi Hisham Abd Razak, 33, menerima padah setelah Mahkamah Majistret, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara selama lima hari dan denda RM800 atau tujuh hari penjara jika gagal menjelaskan denda.

Hukuman dijatuhkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas Ahmad Rashidi Hisham mengaku salah melakukan ugutan jenayah dengan mengamuk dan memegang sebilah pisau terhadap ayahnya, Abd Razak Salleh, 72, di kediaman mereka di Kampung Duyong Besar, di sini, 10 Jun lalu kira-kira jam 1 tengah hari.

Dia yang bakal menimang cahaya mata pertama dua bulan lagi mengaku bersalah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu, yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, Ahmad Rashidi Hisham telah meminta wang daripada bapanya sebanyak RM1,200 untuk menjelaskan hutang ah long.

Bagaimanapun, ayahnya enggan memberikan wang yang diminta menyebabkan dia naik angin dan terus mengamuk dengan membaling barang- barang di dalam rumah berkenaan serta mengambil pisau dan mengacukan ke arah bapanya itu.

Bimbang perkara tidak diingini berlaku, bapanya terus membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, sejurus Ahmad Rashidi Hisham keluar dari rumah itu dan kirakira jam 3 petang, dia telah ditangkap.

Sinar Harian

Jerebu: 3 kawasan di S'gor tahap tidak sihat

Posted: 15 Jun 2012 01:54 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

Tiga kawasan di Selangor mencatatkan tahap kualiti udara tidak sihat pada pukul 11 pagi tadi, ketika keadaan jerebu semakin teruk di Semenanjung akibat musim panas sekarang dan disyaki ekoran pembakaran terbuka di utara dan tengah Sumatra.

Lamanweb Jabatan Alam Sekitar menyenaraikan Kuala Selangor mencatat Indeks Pencemaran Udara tertinggi dengan bacaan 131, diikuti Pelabuhan Klang (130) dan Shah Alam (106).

Bacaan 101 atau lebih merupakan tahap tidak sihat manakala bacaan antara 51 dan 100 dianggap sederhana.

Tompok panas dikesan di beberapa kawasan di tengah dan utara Sumatera semasa musim panas sekarang.

Kebiasaannya aktiviti pembakaran aktiviti dijalankan untuk membersihkan kawasan pertanian.

Juga turut dikesan ialah aktiviti pembakaran terbuka di kawasan di selatan, tengah dan pantai timur Semenanjung Malaysia.

Prandelli optimis The Azzuri akan mara ke suku akhir

Posted: 15 Jun 2012 01:53 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

NASIB Itali pada kejohanan Euro 2012 bagaikan tiada kesudahan apabila masih gagal untuk meraih kemenangan pertama dalam persaingan Kumpulan C.

Pada aksi pertama, Itali hanya mengutip satu mata setelah seri dengan Sepanyol manakala impian pasukan The Azzuri untuk menghidupkan impian ke suku akhir 'terbantut' setelah terikat 1-1 dengan Croatia awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Paling mengecewakan reputasi mereka sebagai pasukan pilihan yang dijangka dapat menghangatkan lagi kejohanan kali ini tidak menyerlah. Sebalinya mempamerkan corak permainan yang hambar.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan nasib Itali sama dengan Belanda apabila kini berada di ambang penyingkiran dan menjadi pasukan awal untuk mengucapkan selamat tinggal.

Bagaimanapun, jurulatih The Azzuri, Cesare Prandelli masih menganggap pasukan mereka akan berpeluang untuk mara ke suku akhir.

"Kami tidak boleh menganggap semuanya sudah berakhir. Meskipun berada dalam laluan yang sukar, kami masih ada peluang.

"Sekiranya kami berjaya menewaskan Republik Ireland dengan jaringan yang banyak, tidak mustahil kami boleh mara.

"Jadi, kami berharap apa yang saya katakan akan menjadi kenyataan," kata Prandelli sambil berharap Sepanyol akan mengalahkan Croatia untuk membuka laluan mereka ke suku akhir.

Pada perlawanan semalam, Itali berpeluang untuk menyalakan peluang ke suku akhir setelah mendahului Croatia. Bagaimanapun gagal bertahan apabila Mario Mandzukic menjadi wira Croatia untuk menyamakan kedudukan.

"Memang kami perolehi banyak peluang. Namun tiada jaringan berjaya dihasilkan. Nasib tidak memihak kepada kami untuk mengutip tiga mata penuh.

"Apa pun kami masih lagi ada peluang untuk mara, dan kami perlu berjuang pada titik-titik akhir serta percaya terhadap diri sendiri," jelasnya lagi.

Sementara itu, Croatia yang berjaya mengikat Itali pada saat-saat akhir, jelas menggembirakan jurulatih mereka apabila berjaya menyekat peluang Itali untuk meraih tiga mata penting.

Slaven Bilic berkata, "pemain saya menunjukkan corak permainan yang sangat berkualiti."

"Mereka berjaya mengawal tekanan apabila berhadapan dengan pasukan yang hebat.

"Jelas mereka berjaya menunjukkan satu sikap juang yang positif untuk terus mara dalam saingan Euro 2012 kali ini.

"Jadi, perlawanan terakhir menentang Sepanyol nanti, kami perlu bekerja keras kerana pertemuan itu menentukan 'hidup mati' kami dalam saingan kali ini," kata Bilic yang tetap yakin pasukan mereka akan mara ke suku akhir.

Sinar Harian

Subhanallah! Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia

Posted: 15 Jun 2012 01:46 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita.

Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.

Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.

Kejadian seumpama ini teryata aneh dan pelik. Walaubagaimanapun kita harus percaya tiada yang mustahil berlaku di dunia ini. Memang banyak kejadian pelik yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia. Sesungguhnya ini semua adalah bukti kekuasaan Allah SWT.

Sumber: Melayukini.net

Di Matteo sah pengendali Chelsea

Posted: 15 Jun 2012 01:44 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

PENGURUSAN Chelsea akhirnya mengesahkan melantik Roberto Di Matteo sebagai pengurus tetap kelab itu dengan kontrak selama dua tahun.

Di Matteo, 42, yang mengambil alih tugas sebagai pengurus sementara selepas Andre Villas-Boas dipecat Mac lalu, berjaya memulihkan semula reputasi Chelsea dengan menjuarai Liga Juara-Juara dan Piala FA, musim lalu.

Di Matteo berkata, "saya sangat gembira dengan pelantikan ini."

"Akhirnya saya berjaya mendapat status pengurus tetap setelah mencapai kejayaan luar biasa untuk Chelsea.

"Jadi, untuk musim depan, saya akan membuat perancangan dan meneruskan matlamat kami untuk menjadi sebuah kelab yang digeruni dan berjaya," kata Di Matteo.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay pula berkata, pemilihan Di Matteo sebagai pengendali Chelsea adalah yang terbaik berdasarkan prestasinya sepanjang musim lepas.

"Kualiti yang ada dalam diri Di Matteo sangan membanggakan. Beliau berjaya memberi ransangan kepada pemain untuk melakar kejayaan yang luar biasa.

"Jadi, dengan perbincangan semua pihak, mereka cukup gembira dengan prestasi Di Matteo dan berharap beliau akan terus kekal dengan pencapaian tersebut," katanya.

Di Matteo antara individu keempat dari Itali yang dilantik sebagai pengurus Chelsea selepas Gianluca Vialli, Claudio Ranieri dan Carlo Ancelotti.

Sinar Harian

Kisah Mayat Membaca Surah Yasin di Mekah

Posted: 15 Jun 2012 01:39 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.

Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la….tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.

Selepas dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.

Sumber: Melayukini.net

Ikan arowana ramal Sweden menang

Posted: 15 Jun 2012 01:35 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

IKAN arowana yang bernama Big Huat dilihat oleh seorang pekerja di Ladang Ikan Qian Hu, Singapura semalam. - Reuters

SINGAPURA - Seekor ikan arowana yang bernama Big Huat memilih pasukan Sweden akan menang dalam perlawanan menentang skuad England pada Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012.

Ia membuat ramalan tersebut di Ladang Ikan Qian Hu di sini semalam.

Sebelum ini, ikan tersebut telah meramal dengan tepat tiga perlawanan bola sepak Euro.

Ikan tersebut membuat ramalan dengan memilih bekas yang mengandungi bendera pasukan yang bertanding dalam akuarium haiwan itu.

England akan menentang Sweden di Kiev, Ukraine pada 2.45 pagi esok waktu Malaysia. - Agensi

Lelaki minum ubat cuci tandas

Posted: 15 Jun 2012 01:30 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai meminum ubat pencuci tandas akibat tekanan perasaan setelah ditinggalkan isterinya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam kelmarin, mangsa ditemui rakannya dalam keadaan terbaring dengan cecair berbuih keluar dari mulut di rumahnya di Jalan Fattes, Tanjung Tokong di sini.

Menurut sumber, rakan mangsa memecah masuk rumah berikutan tiada orang di rumah itu kerana pintunya terkunci dari dalam dan terdapat botol peluntur di tepi mangsa.

"Rakannya dengar mangsa menjerit dan bila pecah masuk mulut mangsa didapati berbuih," katanya.

Difahamkan, kakak mangsa mengesyaki mangsa yang kini tinggal bersama ibunya bertindak demikian kerana tertekan akibat ditinggalkan isterinya.

Isteri mangsa ialah seorang warga China dipercayai balik ke negara asal selepas mendirikan rumah tangga dengan mangsa hampir setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata mangsa akan disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana kesalahan cubaan bunuh diri.

"Mangsa kini stabil dan masih dirawat di Hospital Pulau Pinang," katanya.

Sinar Harian

Temui ajal di tepi longkang

Posted: 15 Jun 2012 01:29 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Mayat seorang warga emas ditemui di dalam longkang selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong di sini awal pagi semalam.

Mayat, Lim Ah Huat, 58, dari Lintang Paya Terubong 3 ditemui pengguna jalan raya kira-kira jam 7.25 pagi dalam keadaan tertiarap di tepi longkang manakala motosikalnya
juga ditemui berhampiran dengan mayatnya.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, pada mulanya beliau berasa hairan selepas melihat objek pelik di tepi longkang itu.

Beliau yang ingin melihat dengan lebih dekat terkejut apabila mendapati sekujur tubuh yang tidak bernyawa terbaring di tepi longkang dan motosikalnya pula terhumban di dalam longkang.

"Saya percaya kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi kerana tiada siapa pun perasan kejadian kemalangan itu sedangkan laluan ini memang sibuk pada awal pagi.

"Setelah waktu cerah baru ada orang perasan mayat lelaki berkenaan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kon Meng berkata, siasatan awal mendapati mangsa mungkin terbabas sendiri setelah gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh ke dalam longkang.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut tetapi beliau menyeru kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran.

Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Sinar Harian

Tak sempat lari lompat pagar

Posted: 15 Jun 2012 01:26 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

KULIM - Polis dari Balai Polis Kulim diketuai Asisten Superintendan Mohd Azlan Abdul Kadir berjaya menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 28 tahun di sebuah rumah
di taman perumahan di sini kira-kira jam 6.30 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, daripada maklumat awam diterima, kumpulan itu dipercayai melakukan jenayah pecah cermin kereta dan samun
sekitar Kulim.

"Polis mengepung rumah suspek kira-kira jam enam petang sebelum serbuan dibuat.

Ketika diserbu, hanya seorang suspek berada di dalam rumah. Kira-kira 15 minit kemudiannya, dua lagi rakan suspek tiba di tempat kejadian.

"Mereka cuba larikan diri bagaimanapun polis berjaya menahan mereka ketika cuba melompat pagar belakang rumah.

Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa komponen kereta dan motosikal yang sudah dileraikan," katanya.

Ghuzlan berkata, salah sebuah motosikal ditemui pernah dilaporkan hilang, manakala polis turut menemui beberapa bilah parang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah,"
katanya.

Menurutnya, kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut.

Katanya lagi, salah seorang suspek ditahan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan baru dibebaskan dari lokap.

"Suspek sebelum ini merupakan antara individu yang aktif menjalankan pengedaran dadah di sekitar Kulim sehinggalah ditahan," katanya.

Ghuzlan berkata, polis akan terus membuat serbuan terhadap beberapa rumah dipercayai dijadikan tempat pembungkusan, pengedaran dan lokasi menghisap dadah.

Sinar Harian

Rayu dua anak pulang

Posted: 15 Jun 2012 01:23 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH – Sebuah keluarga merayu dua beradik pulang untuk bertemu dengan bapa mereka, Chang Kok For, 54, yang kini kritikal terlantar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat jangkitan paru-paru.

Chang Fan Sheng, 19, dan adik perempuannya, Chang Kok Liy, 18, yang bekerja di sebuah restoran di Medan Ipoh sejak 2008 kini hilang tanpa berita setelah dihantar majikannya ke Johor Baharu sejak beberapa bulan lalu.

Bapa Saudara, Chan Kok Leong, 52, berkata, usaha menjejaki dua beradik itu menemui jalan buntu apabila pemilik restoran berkenaan seolah- olah 'lepas tangan'.

"Pada 5 Jun lalu, Fan Sheng pernah telefon bapanya dengan menggunakan talian tetap dari Johor yang dikatakan nombor telefon cawangan restoran di sana.

"Apabila kami menghubungi kembali nombor tersebut, seorang pekerja beritahu mereka tiada di sana.

Malah, telefon bimbit mereka juga tidak aktif," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengesyaki kedua-dua beradik itu dikurung secara tidak sah dan melarang menziarahi bapanya yang semakin tenat sejak di masukkan ke hospital pada 4 Jun lalu.

"Majikan restoran itu sedar bahawa abang saya berada di hospital. Sekurang-kurangnya berikan ruang mereka untuk bercakap dengan saya bagi menjelaskan keadaan bapa mereka.

"Kami agak kesal dengan sikap majikan yang menghantar kedua-dua beradik itu ke Johor Baharu tanpa pengetahuan keluarga," katanya.

Kok Leong berkata, laporan polis berkenaan dibuat kerana bimbang keadaan kedua-dua beradik itu dan mahu satu siasatan dibuat bagi mengesahkan dakwaan sama ada mereka dikurung secara tidak sah oleh majikan sendiri

Sinar Harian

Wanita sarat mengandung bertindak ganas

Posted: 15 Jun 2012 01:22 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH - Tidak padan dengan keadaan diri yang sedang sarat mengandung tujuh bulan, seorang warga Vietnam bertindak agresif dengan menampar dan menggigit anggota penguat kuasa bagi mengelak ditahan dalam satu operasi mengemis di tapak pasar malam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) terpaksa mengambil masa hampir 30 minit untuk menenangkan wanita berkenaan sebelum dibawa untuk siasatan lanjut.

Turut bersama wanita berusia 25 tahun itu, dua kanak-kanak dipercayai anaknya masing-masing berusia dua dan empat tahun.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kinta, Mohd Mahir Mohd Tahir berkata, daripada penemuan beberapa bukti, mereka tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan terlibat dalam satu sindiket mengemis di beberapa lokasi pasar malam di kawasan itu.

"Kita turut menemui beberapa nota yang mengandungi nombor telefon, senarai pasar malam dalam tulisan bahasa Malaysia dan wang berjumlah RM320.50 dipercayai hasil kutipan mengemis.

"Dengan penemuan itu, kita anggap kegiatan wanita ini yang diyakini aktif mengemis di beberapa lokasi pasar malam lain dibantu sindiket," katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Operasi yang disertai 20 kakitangan JKM dan 15 penguat kuasa MBI itu dijalankan di sekitar Pasar Malam Bercham dan Stadium Ipoh, bagaimanapun tiada tangkapan lain dibuat.

Semalam, Mohd Mahir berkata, ketiga-tiga beranak berkenaan sudah diserahkan kepada Imigresen untuk tindakan lanjut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, wanita berkenaan memaklumkan sudah kematian suami sejak Mac lalu.

"Kita juga berdepan dengan sedikit kesukaran kerana wanita berkenaan hanya tahu bertutur bahasa ibundanya sahaja.

"Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan seterusnya daripada pihak Imigresen dan sekiranya mereka memerlukan perlindungan, kita akan cuba dapatkan penempatan sementara di mana-mana institusi di bawah jagaan JKM," katanya.

Beliau berkata, melihat kepada senario pengemis yang mula membanjiri beberapa tapak pasar malam di sekitar bandar raya ini, JKM bersama beberapa agensi lain akan meneruskan operasi sama dari dari masa ke semasa

Sinar Harian

Tinggal sehelai sepinggang

Posted: 15 Jun 2012 01:21 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

IPOH – Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka yang terletak sederet di Kampung Baru, Bukit Merah di sini, musnah dalam kebakaran petang semalam.

Salah seorang mangsa, Lau Kim Khi, 65, berkata, ketika kejadian jam 4.30 petang, dia berada di luar terkejut dimaklumkan oleh jiran menyatakan rumahnya terlibat dalam kebakaran.

Menurutnya, dia terkilan apabila wang loteri berjumlah RM7,000 yang dimenanginya beberapa hari lalu turut musnah dalam kejadian itu.

"Saya bergegas pulang ke rumah dan tergamam apabila melihat api sudah marak membakar rumah. Pada masa sama, beberapa jiran cuba untuk memadamkan kebakaran.

"Saya bernasib baik apabila isteri selamat dalam kejadian itu. Semua barangan termasuk pelbagai barangan antik musnah dalam kejadian ini," katanya.

Katanya, dokumen pengenalan diri juga tidak dapat diselamatkan.

Seorang lagi mangsa, Chiew Heng Chong, 53, berkata, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melihat asap hitam dari kawasan rumahnya nya dan merasakan ada rumah terbakar tetapi dia tidak menyangka ianya melibatkan rumahnya.

"Saya bergegas pulang untuk mencari isteri dan lima anak yang lain kerana bimbang keselamatan mereka.

Nasib baik, mereka selamat namun, semua kelengkapan rumah musnah sama sekali," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Zainasrie Zainal berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam
4.45 petang.

Menurutnya, seramai 27 anggota bersama tiga jentera dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dan Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

"Kami turut dibantu 40 anggota Bomba Sukarelawan Pasir Pinji dan Menglembu.

"Ketika sampai, api sedang marak dan mudah merebak disebabkan rumah papan dan berjaya dikawal kira-kira 50 minit kemudian.

Kebakaran itu memusnahkan keseluruhan empat rumah terbabit. Punca sebenar masih dalam siasatan," katanya.

Sinar Harian dimaklumkan kejadian itu berpunca daripada kawasan rumput kering yang terbakar secara tiba-tiba akibat cuaca panas berhampiran empat rumah tersebut.

Sinar Harian

Geng pecah rumah tumpas

Posted: 15 Jun 2012 01:19 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Hasil serbuan polis di dua rumah di Kampung Kempas Baru dan Kampung Kurnia, di sini, 5 Jun lalu, membawa kepada penahanan lima individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah di kawasan Johor Bahru Utara.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, dengan penahanan empat lelaki termasuk seorang wanita yang berusia 17 hingga 37 tahun itu, polis percaya berjaya menyelesaikan 18 kes pecah rumah di sekitar kawasan terbabit.

"Hasil maklumat orang awam dan risikan, polis telah melakukan dua serbuan di dua rumah berasingan dan berjaya menahan lima individu.

"Turut ditemui di rumah terbabit beberapa barangan bernilai termasuk pelbagai mata wang asing yang dipercayai barangan yang dicuri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Johor, di sini.

Antara yang ditemui, dua peti besi yang telah dipecahkan, peralatan pecah rumah, sebuah televisyen, troli, pelbagai mata wang asing, seutas jam tangan, dua utas rantai leher, seutas gelang tangan, sembilan kerongsang, satu telefon bimbit dan sebuah kereta.

Mohd Mokhtar berkata, semakan rekod mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan
boleh dikenakan penjara tidak melebihi 14 tahun.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang lelaki dan wanita ditahan di sebuah hotel di Taman Johor Jaya, 9 Jun lalu, disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah di Seri Alam.

Kedua-dua mereka yang berusia 30 dan 42 tahun itu memiliki rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan memiliki senjata api dan penyalahgunaan dadah.

Mohd Mokhtar berkata, polis turut menemui enam bungkus disyaki dadah, 32 biji pil eramin, alat penimbang dadah, tiga komputer riba, enam telefon bimbit dan dua kenderaan.

"Polis percaya tertangkapnya kumpulan ini, polis berjaya menyelesaikan lapan kes pecah rumah dan 10 kes pecah kenderaan di sekitar kawasan Seri Alam," katanya.

Sinar Harian

202 disyaki lakukan jenayah

Posted: 15 Jun 2012 01:19 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Seramai 202 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah jalanan ditahan Polis Johor dari Januari hingga 10 Jun 2012.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, 20 daripada mereka merupakan warga asing dan daripada jumlah itu, 116 individu sudah dikenakan tindakan mahkamah.

"Jumlah itu direkodkan bagi enam bulan pertama tahun ini di mana 79 daripada mereka telah dibebaskan kerana disahkan tidak terbabit dalam kegiatan jenayah selain tidak polis tidak mencukupi bukti mengaitkan mereka.

"Bagaimanapun 25 individu daripada 202 ini telah dijatuhi hukuman selain 68 dalam perbicaraan mahkamah dan 23 diberi ikat jamin setelah dituduh," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Johor, di sini.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya sentiasa mempertingkatkan lagi usaha mengesan lebih ramai penjenayah yang terbabit dalam pelbagai jenis jenayah di negeri ini.

Jelasnya, indeks jenayah di Johor juga menunjukkan pengurangan -9.69 peratus iaitu 8,488 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan 9,399 jenayah kekerasan dan jenayah harta benda yang direkodkan.

Manakala indeks jenayah jalanan juga berkurangan -43.78 peratus iaitu 1,125 kes berbanding tempoh yang sama tahun lalu dengan rekod 2,001 kes.

Ia membabitkan 31 kes ragut, 171 kes samun tanpa senjata api, 923 jenayah samun berkawan tanpa senjata api.

Sinar Harian

Wartawan terkejut kereta remuk dilanggar lari

Posted: 15 Jun 2012 01:17 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

PARIT BUNTAR - Seorang wartawan akhbar bahasa Cina terkejut apabila mendapati kereta miliknya yang diletakkan di bahu jalan di Jalan Pantai, Kuala Kurau di sini remuk akibat dilanggar lari, kelmarin.

Wartawan akhbar Guang Ming Daily, Eng Mooi Ping, 27, berkata, kejadian yang berlaku di hadapan rumahnya itu disedari ketika dia hendak keluar bekerja.

Menurutnya, seawal jam 5 pagi, jirannya terdengar satu bunyi dentuman kuat berlaku di hadapan kawasan kediaman rumahnya.

"Salah seorang jiran saya hilang kawalan sebelum bertindak melanggar sebuah motosikal di tepi jalan dan seterusnya melanggar kereta saya.

"Jiran saya ini dikatakan terus meninggalkan tempat kejadian sebaik sahaja kenderaan dinaikinya dapat dihidupkan, bagaimanapun jiran terdekat bertindak pantas mencatat nombor plat pendaftaran kenderaan terbabit," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, semalam.

Mooi Ping berkata, sejurus menyedari keretanya dilanggar lari, dia lantas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian cawangan trafik.

"Setibanya saya ke balai polis, jiran yang melanggar kereta saya turut berada di sana untuk membuat laporan polis.

"Beliau memberi alasan tidak dapat mengawal kenderaan yang dinaiki kerana cuba mengelak seekor anjing yang melintas," katanya.

Katanya, kejadian itu menyebabkan beliau sukar untuk pergi bekerja selama lebih sebulan.

"Di sebalik masalah ini, saya komited untuk terus menjalankan tugas dan terpaksa meminjam kereta milik keluarga buat sementara," katanya.

Sinar Harian

Orang Ramai Resah Bil Elektrik Melambung Tinggi

Posted: 15 Jun 2012 01:16 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 15 JUN : TV Selangor menerima beberapa panggilan daripada orang ramai yang mengadu sejak kebelakangan ini mereka menerima jumlah bil elektrik yang tinggi melebihi dari kebiasaan.

Ini kerana mereka memaklumkan kadar penggunaan adalah biasa dan mereka tidak dimaklumkan berkenaan sebarang kenaikan tarif elektrik daripada pihak kerajaan mahupun Tenaga Nasional Berhad(TNB).

Respon kepada masalah ini, wartawan TV Selangor melakukan tinjaun bagi mencari punca keresahan di kalangan orang ramai.

Seorang Guru, Affizee Awang Ramain, 28, dari Subang, menjelaskan bil elektrik diterimanya mengalami kenaikan yang agak tinggi dan ini menimbulkan keraguan.

"Saya dan keluarga menggunakan elektrik seperti biasa tetapi kenapa bacaannya begitu berbeza daripada biasa. Kenaikan dicatatkan begitu mendadak dan ia seharusnya dikaji semula oleh pihak berkuasa.

"Penggunaannya sama dengan perkakas elektrik yang sama tetapi kenaikannya tinggi. Saya harap pengguna seperti kami tidak dibebankan dengan keadaan sebegini yang terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi," katanya.

Menurutnya, bila elektrik terbaru diterima mencatatkan kenaikan kira-kira 25 peratus berbanding sebelumnya.

Mohamad Radzi Ho Abdullah, 54, dari Alam Megah juga sependapat bahawa ketika ini kenaikan tarif elektrik begitu tinggi berbanding kebiasaannya.

"Saya tinggal bersama isteri dan anak seramai enam orang dan penggunaan elektrik di sekitar RM160 sebulan. Namun kini ia telah meningkat melebihi RM200. Kenaikan ini amat membebankan kami sekeluarga," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan TNB perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Menurutnya, kenaikan tarif elektrik secara mendadak itu secara tidak langsung mendatangkan beban kepada rakyat sebagai pengguna.

"Saya telah menerima hampir 10 aduan mengenainya dan TNB perlu membuat penjelasan mengapa ianya berlaku. Apa yang boleh dipercayai adalah kerajaan memberikan arahan kepada TNB untuk mengeluarkan bil elektrik dua bulan sekali dan saya fikir apa yang berlaku sekarang terlalu besar sehingga merumitkan orang ramai.

"Saya tidak faham mengapa kos bil elektrik ini naik secara begitu mendadak," katanya.

selasngorku/-

Bapa rayu anak gadis pulang

Posted: 15 Jun 2012 01:16 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

SERI ISKANDAR - Lebih lima bulan menghilang, seorang bapa merayu anaknya, Ma Fatima Mior Norahan yang hilang sejak Januari lalu pulang ke pangkuan keluarga.

Mior Norahan Mior Mohammad, 58, berkata, Ma Fatima, 20, yang keluar dari rumahnya di Felcra Nasaruddin Belia sejak 2 Januari lalu sehingga kini masih tidak pulang ke rumah.

Menurutnya, kehilangan anak gadisnya itu paling dirasai isterinya yang kini menderita sakit barah usus.

"Ma keluar dari rumah pada jam 4 petang 2 Januari lalu dengan membawa sebuah beg pakaian mengikut pintu belakang.

"Pada masa itu, ibunya sedang tidur di ruang tamu manakala saya tidur di dalam bilik. Apabila bangun saya melihat ke dalam biliknya dan mendapati dia sudah tiada manakala pintu belakang tidak berkunci," katanya.

Mior Norahan berkata, sebelum kejadian dia telah memarahi anaknya kerana tidak mahu membantu melakukan kerja rumah memandangkan ibunya sedang sakit.

"Tetapi selepas itu dia hanya bersikap seperti biasa dan bersembang dengan ibu saudara yang datang melawat serta mengatakan dia mahu sambung belajar di Giat Mara dalam bidang kecantikan.

"Memang kami tidak ada sebarang masalah lain kecuali saya memarahinya tentang perkara itu dan tidak menyangka dia akan meninggalkan rumah," katanya.

Mior Norahan tidak mengetahui anaknya itu mempunyai teman lelaki kerana tidak pernah menceritakan perkara berkenaan kepada keluarga.

"Sejak menghilangkan diri dia tidak pernah lagi menghubungi kami dan kami sendiri cuba menghubunginya tetapi tidak dapat.

"Pelbagai usaha sudah dilakukan untuk mencarinya termasuk membuat laporan polis kerana kami khuatir dengan keselamatannya ditambah ibunya yang sakit akibat terlalu merinduinya," katanya.

Katanya, dia merayu anaknya pulang ke pangkuan keluarga melihat keadaan ibunya.

"Kami tidak marah kepadanya malah jika dia mahu berkahwin baliklah berbincang dengan kami," katanya.

Tambahnya, pada bulan lalu anak saudaranya ada melihat Ma Fatima di sebuah pasar raya di Ipoh, namun tidak sempat menegurnya.

"Saya merayu supaya dia pulang dan berharap orang ramai yang mengetahui keberadaan anaknya boleh menghubunginya di talian 019-503 7365," katanya.

Ma Fatima sebelum itu pernah bekerja di sebuah kedai pakaian selama lima bulan di Seri Iskandar.

Sinar Harian

Jeritan selamatkan pemandu

Posted: 15 Jun 2012 01:14 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Jeritan penggunajalan raya yang menyedari api mula merebak dari bahagian bawah hadapan sebelah kiri sebuah treler muatan gas memasak berjaya menyelamatkan
seorang lelaki di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berdekatan Taman Mutiara, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pemandu treler berkenaan, Jarkasi Pamin, 47, tidak menyedari lorinya terbakar ketika dalam perjalanan dari Depo Pengisian Gas, Tangga
Batu ke Felda Keratong, Muadzam Shah, Pahang.

Menurutnya, ketika dia membelok ke kanan menghala ke Pengkalan, secara tiba-tiba pemandu kereta dan penunggang motosikal dari laluan bertentangan menjerit-jerit ke arahnya
mendakwa bahagian depan trelenya terbakar.

"Saya yang terkejut dimaklumkan kejadian itu, terus bertindak memberhentikan treler di kiri jalan dan bergegas turun melihat api yang sudah membakar bahagian bawah sebelah
kiri treler.

"Dengan menggunakan pemadam api, saya cuba memadam kebakaran sementara menunggu pihak bomba tiba yang dihubungi orang awam," katanya.

Jarkasi berkata, dia yang tinggal di Ampang, Kuala Lumpur mengambil gas di Depo Pengisian Minyak, dekat sini melalui Lebuh AMJ ke Pengkalan menghantar 665 tong berisi gas LPG
ke Muadzam Shah, Pahang.

"Saya bertolak dari Ampang kira-kira jam 12 tengah hari sebelum memulakan perjalanan ke Keratong, Pahang dari Depo Pengisian Gas Tangga Batu kira-kira jam 6 petang dan berhenti menunaikan solat Maghrib di Masjid Rembia.

"Sebelum memulakan perjalanan saya sudah memeriksa keadaan lori dan ketika dalam perjalanan saya tidak menghidu apa-apa bau hangit.

Namun saya bersyukur kewujudan api itu disedari pengguna jalan raya," katanya yang sudah memandu treler lebih 10 tahun.

Jarkasi yang bertaraf penduduk tetap berkata, segala dokumen berkaitan yang berada di dalam kepala treler turut musnah dijilat api dan mendakwa terdapat masalah teknikal pada sistem
pendawaian di bahagian enjin.

Sementara itu, Ketua Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Pegawai Bomba Kanan II, Yusof Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Pihak kami terpaksa berhati-hati ketika memadamkan api yang sedang marak di bahagian hadapan treler berkenaan kerana bimbang api merebak dan menyambar tong yang berisi gas
LPG di belakang treler.

"Kami bimbang berlaku letupan semasa kerja memadam dilakukan, namun api berjaya dikawal 10 minit kemudian tanpa membabitkan sebarang kecederaan serius terhadap pemandunya," katanya di sini,semalam.

Sinar Harian

Panggang tangan atas api

Posted: 15 Jun 2012 01:13 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

LUBUK CHINA – Tidak boleh berpeluh, tidak boleh terkena pancaran matahari dalam tempoh masa lama dan makan nasi berlaukkan sup sayur hampir setiap hari adalah antara rutin hidup yang terpaksa dilalui Ahmad Ali, 60, hampir 20 tahun lalu.

Sejak disahkan menghidap Serbolic Dermatitis Eczema, Ahmad juga harus menyapu kira-kira lima jenis krim ke tubuhnya pada setiap hari selain makan ubat-ubatan yang dibekalkan pakar bagi mengawal rasa gatal yang melampau.

Menurutnya, dia juga pernah memanggang tangannya di atas api dapur kerana tidak tahan dengan kegatalan yang dialaminya.

"Ajaibnya, kaedah itu berjaya membuatkan saya berasa lega dan tidak berasa gatal lagi.

"Sejak 20 tahun lalu, inilah rutin harian saya namun jika ada majlis kenduri, saya tidak pantang makan dan akhirnya terpaksa menanggung kesan gatal melampau," katanya.

Ahmad berkata, dia juga pernah berubat cara tradisional hingga ke Hulu Klang, Selangor. "Namun kini saya lebih selesa mendapatkan rawatan secara moden melalui khidmat pakar kulit di Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban mengikut tarikh yang mereka tetapkan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Kampung Nerambai, dekat sini, semalam.

Katanya, akibat penyakit yang dihidapi itu juga sudah beberapa kali dia ditahan di wad gara-gara kulitnya yang terlalu kering selain mukanya kemerahan.

"Walaupun dengan keadaan begini, jika terdaya saya akan membuat kerja kampung atau turun ke sungai mencari hasil untuk dijadikan sumber pendapatan.

"Saya perlu menanggung dua daripada empat anak saya yang masih lagi bersekolah yang mana masing-masing di tingkatan empat dan lima," katanya.

Agency

Nasib 3 negara bagai 'telur di hujung tanduk'

Posted: 15 Jun 2012 01:11 AM PDT

25 Rejab 1433H. [MOD] -

SETELAH berakhirnya enam perlawanan pusingan kedua membabitkan tiga kumpulan - A, B dan C setakat semalam, nasib Greece, Belanda dan Itali dalam kejohanan Euro 2012 bagaikan 'telur di hujung tanduk'.

Ini berikutan ketiga-tiga pasukan itu bakal menjadi mangsa penyingkiran awal setelah berada di kedudukan tercorot dalam kumpulan masing-masing.

Mungkin terlalu awal untuk menilai prestasi ketiga-tiga pasukan ini dalam Euro 2012, namun melihat reputasi mereka sebagai bekas juara Euro sebelum ini, jelas mengecewakan apabila mereka kurang menonjol untuk membuktikan kemampuan masing-masing dalam edisi kali ini.

Melihat pada perlawanan kedua Kumpulan C semalam, Itali yang jelas menguasai babak awal perlawanan dengan peluang terbuka luas untuk menjaringkan gol, gagal dilaksanakan dengan baik.
Sebaliknya, kerapuhan benteng pertahanan Itali akhirnya membawa padah apabila Croatia berjaya mengikat kedudukan 1-1.

Kegagalan Itali dalam membawa pulang tiga mata bukan sahaja menutup laluan mereka ke suku akhir, sebaliknya mereka terus gagal untuk menamatkan badi kekalahan kepada Crotia sejak 1991.

Sementara itu, Sepanyol yang mempamerkan kecemerlangan pada perlawanan kedua Kumpulan C apabila meraih kemenangan pertama selepas menewaskan Republik Ireland, sekali gus menyalakan kembali laluan mereka ke suku akhir.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad bimbingan Vicente del Bosque mengumpul empat mata selepas sekadar meraih satu mata sewaktu aksi hambar pada perlawanan pertama minggu lalu menentang Itali yang berkesudahan seri 1-1.

Ketika ini juara bertahan, Sepanyol berkongsi mata dengan Croatia berada di kedudukan teratas Kumpulan C melalui kelebihan jaringan manakala Itali di kedudukan ketiga kurang dua mata di belakang pendahulu sementara Ireland di tempat keempat.

Jurulatih Republik Ireland, Giovanni Trapattoni yang kecewa dengan kekalahan kali kedua mengakui, pasukannya kini berada di ambang penyingkiran setelah gagal untuk mengutip sebarang mata.

"Ia satu tamparan hebat kepada kami. Tiada apa yang boleh dilakukan kerana kami misi kami sudah berakhir.

"Perlawanan terakhir nanti, kami hanya akan turun untuk mencipta kememangan setelah kalah dua kali berturut-turut," kata Trapattoni yang akur dengan kekalahan ini.

Jurulatih Itali, Cesare Prandelli berkata, meskipun berada dalam laluan sukar, The Azzuri tetap optimis pasukannya masih berpeluang untuk mara ke suku akhir sekiranya mereka berjaya menewaskan Republik Ireland dengan jaringan gol besar.

"Kami tidak boleh menganggap semuanya telah berakhir. Bagi kami, peluang masih ada.

"Pada masa yang sama, kami juga berharap Sepanyol dapat menewaskan Crotia pada aksi terakhir untuk mengelakkan pasukan itu mengutip tiga mata," kata Prandelli.

Sepanyol mahupun Crotia yang akan bertemu dalam aksi terakhir Kumpulan C nanti, pastinya mahu mengutip mata terakhir yang terlalu penting bagi mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju Kumpulan.

Meskipun begitu, sekiranya perlawanan tersebut berkesudahan seri 2-2, Sepanyol dan Crotia masih berpeluang mara ke suku akhir berdasarkan kelebihan gol berbanding dua pasukan lain.

Namun bagi jurulatih Sepanyol, Vicent Del Bosque, pertemuan dengan Crotia harus berakhir dengan jaringan gol bagi menjamin laluan mereka ke suku akhir.

"Sekarang kami dan Croatia kongsi empat mata dan hanya dibezakan dengan kelebihan gol. Meskipun selesa di depan, kami harus mencari peluang untuk kutip tiga mata.

"Dan itu akan bagi kami jaminan untuk selesa melangkah ke suku akhir nanti," kata Bosque.

Manakala jurulatih Croatia, Slaven Bilic pula berkata, "perlawanan terakhir menentang Sepanyol nanti, kami perlu bekerja keras kerana pertemuan itu menentukan 'hidup mati' kami.

"Itali pastinya bangkit untuk mengalahkan Republik Ireland, sekiranya mereka menang dan kali kalah, kelebihan akan memihak kepada Itali.

"Dan, kami pastinya tidak mahu menjadi pasukan awal tersingkir, jadi kemenangan penting harus dicapai pada pertemuan itu nanti," tegas Bilic.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Nuffnang