. |
- Himpunan Hijau: Harapan baru rakyat Pahang
- Pidato Presiden Baru Mesir (2012-2017), Dr. Muhammad Mursi
- Berdosa Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji
Himpunan Hijau: Harapan baru rakyat Pahang Posted: 27 Jun 2012 01:30 AM PDT TEMERLOH: PAS Pahang menganjurkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya pada 1 Julai ini bagi mengajak seluruh rakyat negeri ini supaya bangkit membuat perubahan politik pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang. Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program yang bertemakan 'Harapan Baru Pahang' itu akan diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dekat sini. Tambahnya, program lanjutan daripada himpunan raksasa I Jun di Alor Setar tempoh hari, akan bermula daripada jam 3.00 petang sehinggalah ke tengah malam dengan pelbagai acara telah disusun. "Program bermula dengan Talk Show anjuran Dewan Muslimat yang menampilkan selebriti terkenal Aishah bersama Setiausaha Majlis Syura PAS Ustaz Nik Zawawi Saleh, kemudian diikuti majlis santai anjuran Dewan Pemuda yang menampilkan penyanyi Pak Long dan kumpulan UNIC. "Pada waktu yang sama 100 kumpulan bermotosikal Pemuda ARC akan berkonvoi dari Taman Kubang Gajah ke tapak program. PAS mahu menonjolkan model himpunan paling baik untuk dinilai sehingga rakyat boleh membanding, meneliti dan membuat keputusan antara dua himpunan anjuran Umno dan PAS," katanya. Tuan Ibrahim yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menjelaskan pada permulaan malam akan diadakan Solat Maghrib, Solat Hajat dan munajat di dataran tersebut yang akan dipimpin oleh Dewan Ulamak PAS Pahang. Tambahnya, himpunan tersebut menjadi satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan memohon kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13. "Pada ceramah sebelah malam akan berlaku satu kejutan dengan perisytiharan tokoh tertentu yang akan menyertai PAS Pahang serta ikrar perjuangan sebagai satu perisytiharan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat sudah bersedia menggalas cabaran menggantikan Umno dan BN di negeri ini. "Turut akan berucap ialah Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan Aishah manakala Tuan Guru Presiden akan menyampaikan amanat di kemuncak acara," terangnya dalam kenyataan media di sini. Mengenai kehadiran, beliau berkata PAS Pahang mensasarkan sekurang-kurangnya 10,000 ahli dan penyokong PAS namun berdasarkan komitmen PAS kawasan-kawasan perhimpinan boleh menjangkau 20,000 orang. Tambahnya lagi, perhimpunan ini menjadi syiar kebangkitan rakyat Pahang bersama PAS di samping menyemarakkan lagi semangat dan daya juang ahli-ahlinya sebagai titik tolak merealisasikan hasrat menuju ke Wisma Sri Pahang. Mengenai pemilihan Kerdau, Tuan Ibrahim berkata, ini bertepatan dengan PAS Pahang yang mula-mula ditubuhkan di situ oleh anak Kerdau sendiri iaitu Allahyarham Mohd Yasin Saleh. Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11274-himpunan-hijau-harapan-baru-rakyat-pahang | ||
Pidato Presiden Baru Mesir (2012-2017), Dr. Muhammad Mursi Posted: 26 Jun 2012 08:30 PM PDT Saya tidak mungkin berdiri dihadapan anda sekalian kecuali berkat rahmat Allah SWT. Terima kasih dan penghormatan kepada syuhada dan luka-luka teriring doa atas jasa mereka yang telah membukakan pintu. Terima kasih kepada masyarakat Mesir dan militer yang saya cinta. Tidak ada yang mengetahui dalamnya cinta kecuali Allah SWT. Terima kasih kepada hakim Mesir yang tengah mengawasi dan melancarkan pemilu. Dalam pidato, Morsi menyebut provinsi-provinsi yang tidak mendapat perhatian dari Mubarak selama 30 tahun. Para buruh, sopir bus, masinis, pengemudi bajaj, para pelajar, semuanya adalah keluarga saya. Saya tidak akan membeda-bedakan. Mari kita melanjutkan perjalanan, agar semua tuntutan revolusi tercapai. Dahulu kita selalu bertanya-tanya: kapan rakyat akan menjadi sumber kekuasaan sebagaimana di negara lain? Sekarang, Anda sekalian adalah penguasa. Rakyat dan penguasa sama di depan hukum/undang-undang. Saya tidak memiliki hak. Semua yang saya punya hanyalah kewajiban. Apabila saya tidak melaksanakan semua janji-janji saya, maka janganlah patuhi saya. وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْWa'tashimu bihablillahi jami'an wa laa tafarraqu.(Surah aali Imran ayat 103 = dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;) Mari bersama-sama kita pikul projek kebangkitan. Demi masa depan Mesir. Kita semua bangsa Mesir, Muslim maupun Kristen, kita semua pelaku peradaban. Saya akan menjaga semua perjanjian dengan semua negara. Saling menghargai. Saya tidak izinkan intervensi asing. Ketahuilah semuanya, bahwa semua keputusan Mesir tergantung pada keinginan rakyatnya. Saya paham bahwa kita semua dalam kondisi yang sulit. Tapi dengan taufik Allah kita akan melewati semua ini. Saya tidak akan mengkhianati kalian semua. وَاتَّقُواْ يَوْمًا تُرْجَعُونَ فِيهِ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ تُوَفَّى كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ Wattaqu yauman turja'uuna fihi ilallahi(Surah al-Baqarah ayat 281 - dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.) | ||
Berdosa Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji Posted: 26 Jun 2012 03:05 PM PDT KAMI, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut: Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu dijamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai. Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara. Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah : (وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2 Mafhum : "Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu"( At-Talaq: 2) Juga Firman Allah : وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282) Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian. Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi. Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara. Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala : وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ "Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283) Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini. Sekian dari kami, 1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi) 2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri 3. Dr. Zahazan Mohamed 4. Dr. Maszlee Malek 5. Dr. Abd Basit Abd Rahman 6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar 7. Dr. Khairuddin Aman Razali 8. Dr. Sukki Othman 9. Ustaz Roslan Mohammad 10. Ustaz Zamri Zainuldin 11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir 12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan 13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim 14. Ustaz Aizam Mas'ud 15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman 16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil 17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang 18. Ustaz Ramadan Fitri Elias 19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim 20. Xifu Naseer Abd Rahman [Sumber] Source: http://milosuam.blogspot.com/2012/06/berdosa-pilihanraya-dilaksanakan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FzwLfhy+%28MiLo+SuaM%29 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan