Sabtu, 26 Mei 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Program perhimpunan dan pendaftaran Pemegang-pemegang Kad Pengenalan (MyKad) Merah

Posted: 25 May 2012 10:59 PM PDT

Kerajaan Selangor melalui Stanco Kerajaan Prihatin Negeri Selangor akan mengadakan program perhimpunan dan pendaftaran Pemegang-pemegang Kad Pengenalan (MyKad) Merah seperti butiran berikut :-

Tarikh : AHAD, 27 Mei 2012

Tempat : Dewan Hamzah, Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Klang, Selangor 

Waktu : 10 pagi hingga 3 petang


Tetamu V.I.P : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - Menteri Besar Selangor dan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

Latarbelakang Program

Kerajaan Selangor mengambil inisiatif untuk mengumpul dan mendaftarkan seberapa ramai Pemegang Kad Pengenalan Merah, mereka-mereka yang tiada Surat Beranak dan dokumen-dokumen pengenalan diri semasa program tersebut.

Kerajaan Negeri telah mengarahkan semua ahli-ahli majlis PBT, ketua-ketua Komuniti Kaum India, NGO untuk membantu membawa mereka-mereka untuk mendaftar pada hari tersebut

Lebih 20 orang sukarelawan telah ditugaskan untuk mengambil butiran mereka pada hari itu

Setelah selesai, butiran pendaftaran tersebut akan dikumpul dan kemudiannya dihantar ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk proses seterusnya.

Dijangkakan lebih 5,000 orang akan hadir dan mendaftar pada hari tersebut

Semua Editor dan Wartawan Media dijemput hadir untuk membuat liputan.

Menghulurkan Bantuan Kepada Mangsa Ribut Kampung Jawa

Posted: 25 May 2012 10:55 PM PDT

Pada satu kejadian ribut yang melanda dalam kawasan DUN Sri Andalas baru-baru ini, dua buah rumah telah mengalami kerosakan teruk.

Kejadian pada kira-kira jam 3 pagi pada 17 Mei yang lalu menyebabkan dua rumah tersebut yang terletak di Lot 6221 batu 1 1/2 Kampung Jawa telah kehilangan bumbung akibat diterbangkan oleh ribut.

Mangsa kejadian iaitu Rodziah Nordin dan Razali Nordin bagi kedua-dua rumah tersebut telah datang berjumpa YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN Sri andalas meminta bantuan.

Atas tanggungjawab dan keprihatinan, bantuan RM1,000 telah diberikan kepada setiap mereka bagi membaiki bumbung rumah mereka yang rosak.

Kerja-kerja membaiki bumbung rumah telah dijalankan dan disiapkan yang dikoordinasi oleh Ketua Kampung, Tuan Haji Ismail.







Lebih 300 Ibu Diraikan Pada Majlis Hari Ibu di Kuil Rajarajeswari Taman Sentosa

Posted: 22 May 2012 08:00 AM PDT

Taman Sentosa, 22 Mei 2012 - Lebih 300 wanita bergelar ibu diraikan dalam satu majlis Hari Ibu yang diadakan pada hari ini di Kuil Rajarajeswari di Taman Sentosa.

Seramai 12 orang ibu tertua dikalangan lebih 300 dipilih untuk diberikan penghormatan dengan 'shawl' dan 'malai' serta diberi sari sebagai hadiah.

YB Dr Xavier Jayakumar yang juga ADUN Sri Andalas telah mengadakan upacara memotong kek bersama-sama mereka dalam majlis meraikan golongan ibu tersebut.

Sementara itu, lebih 300 ibu yang lain diberikan 'goody bag' dan dalam majlis yang sama seramai tiga orang telah diberi sumbangan kerusi roda.

Para hadirin kemudiannya menikmati hidangan makan malam sayur-sayuran bersama-sama.
Majlis Hari Ibu ini telah dianjurkan oleh Pejabat DUN Sri Andalas dan diuruskan oleh Encik Satthia Seelan bersama-sama para petugas DUN Sri Andalas.




Tiada ulasan:

Nuffnang