Sabtu, 26 Mei 2012

.

.


Masyarakat Cina Sambut Kepulangan YB Salahuddin Ayub

Posted: 26 May 2012 12:39 AM PDT

GELANG PATAH - Keputusan YB Salahuddin Ayub untuk balik bertanding di negeri Johor mendapat sokongan dan dokongan daripada pengundi masyarakat Cina. Sokongan ini telah dizahirkan kepada YB Salahuddin pada satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina Gelang Patah di Restoran Pekin Sutera.


Rata-rata masyarakat Cina yang hadir menyatakan kegembiraan mereka dengan keputusan yang diambil YB Salahuddin untuk kembali ke negeri Johor. Walaupun baru membuat keputusan untuk bertanding di Johor dan belum lagi dimuktamadkan kerusi yang ingin ditandingi, terdapat segelintir masyarakat Cina sudah memberikan harapan kepada YB Salahuddin untuk memimpin perubahan di negeri Johor seterusnya menjadi Menteri Besar di negeri ini.


Dalam ucapan beliau kepada hadirin yang hadir, YB Salahuddin jelas menyatakan bahawa kepulangan beliau ke kancah politik Johor bukan kerana elaun ataupun pangkat tetapi kerana ingin membela nasib rakyat Johor.

"Saya mengambil keputusan untuk bertanding di tempat kelahiran saya ini. Jika difikirkan untuk mengekalkan elaun ahli parlimen, lebih baik saya kekal bertanding di Kelantan. Namun itu bukan segalanya bagi saya kerana perjuangan rakyat negeri Johor adalah lebih penting kepada saya"


"Saya diminta bertanding di Kelantan dahulu kerana saya pada waktu itu menjadi Ketua Pemuda PAS Malaysia. Parti melihat saya perlu berada di dalam dewan parlimen maka saya dihantar bertanding di Kelantan. Namun untuk pilihanraya umum pada kali ini, saya telah menyatakan keazaman saya untuk bertanding di Johor. Saya akan membantu rakyat negeri saya ini menentang kezaliman yang berlaku", jelas beliau lagi yang menyebabkan hadirin berdiri memberikan tepukan atas ucapannya itu.

Dalam pada itu, majlis makan malam yang dianjurkan DAP Gelang Patah itu berjaya mengumpulkan lebih 1,600 orang masyarakat Cina. Majlis makan malam ini dianjurkan di Restoran Pekin yang turut dihadiri oleh YB Dr. Boo Cheng Hau, YB Tian Chua dan  YB Teng Cheng Kim

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/10584-masyarakat-cina-sambut-kepulangan-yb-salahuddin-ayub

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh

Posted: 25 May 2012 09:26 PM PDT

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh

1. Tidur lebih awal(malam).

2. Bersunguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan saranan peringatan/alarm

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memberbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qiyamul lail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut pentunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari ( Qailulah) sekejap be4 Zohor.

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT

· · · 19 minutes ago ·

Karpal tersasul, kata Guan Eng

Posted: 25 May 2012 09:29 AM PDT

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan EngKetua Menteri Lim Guan Eng
GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikan bahawa Pengerusi DAP, Karpal Singh ada mengeluarkan kenyataan mengenai perjuangannya untuk memastikan bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata,Karpal tersasul ketika mengeluarkan kenyataan di khalayak ramai dan ia diputarbelit oleh sesetengah media sehingga menjadi isu besar.

"Beliau (Karpal) tersasul ketika mengeluarkan kenyataan dan saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan. Ini hanya satu propaganda oleh sesetengah media sehingga ia menimbulkan keresahan kepada rakyat.

"Sesetengah media yang 'dipegang' oleh sebuah parti ini hanya tahu memutar belit  fakta sahaja, padahal Karpal hanya tersasul," katabeliau kepada mediahari ini.

Menurutnya, DAP dan Pakatan Rakyat (PR) masih berpegang teguh dengan pendirian bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri jika PR menakluki Putrajaya kelak.

Guan Eng turut menafikan kenyataan kononnya beliau berminat dengan jawatan itu jika benar yang diperkatakan Karpal.

"Saya tidak layak untuk memegang jawatan itu (PM) kerana masih ada calon yang lebih layak," kata beliau  tetapi tidak menyebut nama calon yang dimaksudkannya itu.

Kelmarin,sebuah akhbar melaporkan bahawa Karpal mengeluarkan kenyataan bahawa selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Banyak pihak memberi maklum balas berhubung kenyataan itu termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyalahkan sebuah akhbar dengan berkata Karpal ada memberitahunya bahawa beliau hanya menyebut Perlembagaan membenarkan semua rakyat Malaysia layak menjadi Perdana Menteri tetapi menafikan  menyebut 'selagi hidup'.

Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/karpal-tersasul-kata-guan-eng-1.50978

Tiada ulasan:

Nuffnang