N45 Dr Halimah Ali |
GURU JAIS DIRAIKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU SELANGOR 2012 Posted: 26 May 2012 06:23 AM PDT BAGAN TERAP SABAK BERNAM 26.5.12 Sebagai mantan guru dan suami kepada mantan guru, YAB Dato' Menteri Besar Selangor amat prihatin hal ehwal guru di Selangor. Justeru beliau mempastikan dirinya boleh bersama dalam program sambutan HARI GURU 2012 anjuran JAIS. Beliau sebak menceritakan tentang pengorbanan guru yang sepatutnya menjadi pembentuk budaya berilmu tetapi menjadi mangsa keadaan kerana sistem pendidikan yang dipakai selama ini adalah tersasar daripada tujuan pendidikan itu sendiri. Membina dan membangun ummat. Beliau menceritakan bagaiman keadaan satu masyarakat yang berjaya dididik ke tahap satu tamaddun iaitu Jepun. Ketika gempa bumi mengoncangkan bumi Jepun di Hiroshima yang akhirnya mengakibatkan tsunami baru baru ini. Maka beribu rakyatnya lapar dan kehilangan harta benda. Namun ketika dibuka beberapa kedai yang membekalkan keperluan asas seperti makanan, mangsa gempa/tsunami yang beribu-ribu ini masih boleh beratur dengan tertib dan sopan dan mengambil hanya sebahagian roti sahaja walaupun sudah berjam-jam beratur menunggu giliran kerana mereka tahu bukan mereka dan keluarga sahaja yang susah tetapi yang lain juga sama menderita. Lain halnya dengan ummat yang lain. Berebut hingga sanggup bertolak-tolak walaupun ketika mahu tawaf, minum air zam-zam. Inilah natijah daripada hanya belajar membaca, menulis dan mengira(3M). Kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan lebih RM100 juta ringgit untuk pendidikan Islam JAIS setahun. Ini tidak melibatkan bantuan kepada SAR. Lembaga Zakat Selangor telah menyumbang lebih RM55JUTA untuk pendidikan JAIS termasuk untuk pelajar luar negara. Majlis dirasmikan oleh YAB MB Selangor. Turut hadir EXCO Pendidikan Selangor YB Dr Hjh Halimah Ali, Orang Besar Daerah Sabak Bernam, Pegawai Daerah, YDP Majlis Daerah dan CEO Lembaga Zakat Selangor serta Pengarah dan pegawai-pegawai JAIS. Anugerah guru cemerlang serta tokoh guru juga telah disempurnakan selain daripada sekolah terbaik pelbagai kategori |
Dewan Himpunan Penyokong PAS Melaka report polis kes MERLIMAU: 1MALAYSIA acuan UMNO Posted: 26 May 2012 02:46 AM PDT Penganjur acara Merlimau lapor polis di KL Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Melaka Rajah Shanmugam hari ini membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar, Kuala Lumpur berhubung kekecohan Sabtu lalu dalam acara mereka di Merlimau. Rajah berkata, laporan itu dibuat di ibu negara kerana beliau tidak percaya pada polis setempat. Beliau juga secara sinis berkata polis Merlimau dan Umno seperti saudara. Dalam laporannya, Rajah berkata, demonstrasi oleh Umno tempatan dan cawangan PERKASA menentang rancangan penganjuran majlis minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga melanggar Akta Perhimpunan Aman. Rajah yang juga seorang peguam berkata, peserta mencabuli Seksyen 4 akta itu, yang antara lain melarang demonstrasi jalanan. [Baca berita penuh] |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan