Jumaat, 11 Mei 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


SISMEP Bantu Kesan Pengundi Hantu

Posted: 10 May 2012 07:30 AM PDT

873 views
PETALING JAYA, 10 MEI : 

PKR hari ini memperkenalkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang terdapat di dalam senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan perbezaan senarai pengundi yang berdaftar serta kawasan mengundi sejak 2004 hingga 2011.

"SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di kawasan mengundi," katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Pusat Media PKR Selangor di sini.

Menurutnya, petugas parti hanya perlu memasukkan no kad pengenalan pengundi untuk mengesan samada pengundi tersebut benar-benar menjadi pengundi bagi kawasan tersebut.

Dengan adanya sistem ini, petugas pilihanraya boleh menghalang kehadiran pengundi-pengundi hantu yang dihantar bertujuan untuk memenangi undi sesebuah kawasan itu seperti yang berlaku sebelum ini.

Azmin juga memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk berkongsi penggunaan SISMEP ini bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai permulaan, SISMEP ini akan dilancarkan di Perak bagi menguji keberkesanannya.
Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya Azmin menegaskan media seharusnya bebas daripada kongkongan parti pemerintah dan meminggirkan kepentingan rakyat.

"Media sepatutnya pro-rakyat dan bukannya pro-perasuah dan pro-perompak yang mengaut keuntungan daripada rakyat," katanya.

Selain itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, media arus perdana perlu kembali ke jalan yang betul dengan menyiarkan fakta sebenar berkenaan sesuatu isu dan bukan hanya menjadi bahan mainan Umno-BN.

"Jangan merendahkan imej kewartawanan hanya kerana ingin mendapat keuntungan dengan fitnah yang dimainkan selama bertahun-tahun dibawah kerajaan Umno-BN," katanya.

Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra Pemimpin PKR Selangor bersama Rakan Media serta Perasmian Pusat Media PKR Selangor diadakan di Pejabat PKR Selangor di Lembah Subang, Petaling Jaya.

Majlis ini dihadiri Naib Presiden PKR, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Batu Caves, Amirudin Shari serta barisan kepimpinan PKR Selangor.

The Prospect of Upcoming Elections is Raising Political Temperatures in Malaysia.

Posted: 10 May 2012 04:30 AM PDT

From Carnegie Endowment for International Peace
By Vikram Nehru

There has been growing speculation that the thirteenth Malaysian general elections will be held in June this year. But massive demonstrations in Kuala Lumpur on April 28 organized by Bersih (a civil society coalition for clean and fair elections) that ended in tear gas and pitched street battles, may have thrown a spanner in the government's plans.
The inevitable finger pointing between Bersih and the police that followed (some 380 people were arrested, significantly less than a similar rally last year) masks the more important point that there is popular belief that the election system is rigged in favor of the ruling Barisan Nasional.
The Election Commission has been at pains to announce that it has implemented many of the recommendations of the Parliamentary Select Committee on Electoral Reforms, which conducted a genuine and nationwide consultative process. One recommendation being implemented is the use of indelible ink to prevent voter fraud, a recommendation put forward by Bersih itself.
The Election Commission also scrutinized the electoral rolls and found few irregularities, but so deep is the distrust in the country that this result appears to have carried little credibility.
The accuracy of the electoral poll in Malaysia is indeed a critical matter that must be beyond reproach. There are several swing states where small margins can change the national result significantly.
In the meantime, Prime Minister Najib has embarked on a charm offensive. He fulfilled an earlier promise by repealing the Internal Security Act, which allowed for preventive detention without trial. The government also passed a law that allows students to join political parties (although political events on campuses are still banned).
These actions no doubt will positively impact the prime minister's popularity, which was already high following a populist budget and a recent report complimenting the government on the implementation of its economic reform package. But while the prime minister enjoys very favorable ratings in the polls, his party, Barisan Nasional, does not.
This has given the opposition parties some hope, although they have yet to coalesce and offer a clear alternative. The scenes over the weekend of street protests and tear gas, together with allegations of police brutality, will likely help the opposition and hurt the government. This could further narrow the difference between the incumbent Barisan Nasional and the main opposition coalition.
All the tea leaves suggest a close race, perhaps closer than the one in 2008 when the opposition took five of thirteen state legislatures and over a third of the seats in parliament, denying the Barisan Nasional a two-thirds majority.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kezaliman polis bukti negara dijajah Umno – Shuhaimi

Posted: 02 May 2012 12:59 AM PDT

Saiz Teks: A A A


(Oleh Norutul Ilham)
SHAH ALAM 1 Mei: Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei kesal tindakan zalim polis terhadap peserta perhimpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' 28 April lalu.

"Dikesalkan tindakan PDRM (Polis Diraja Malaysia) dalam menangani peserta perhimpunan yang bukan sahaja dihadiri warga tua, malah anak-anak kecil dengan tindakan pengecut dan bacul membedil gas pemedih mata dan menembak air kimia ke arah mereka; mirip benar seperti dilakukan polis Israel.

"Kezaliman PDRM dalam Bersih 2.0 rupanya diteruskan juga pada Bersih 3.0 walaupun Menteri Dalam Negeri sudah mengisyaratkan agar PDRM dapat bertindak sewajarnya berlandas kepada peraturan," katanya pada kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Beliau berkata demikian mengulas insiden keganasan polis ke atas peserta dan golongan media.

Shuhaimi berkata, tindakan polis itu sama sekali tidak mengikut prosedur bahkan sengaja bertindak zalim kepada peserta membuktikan negara masih dijajah Umno.

"Tembakan gas rambang yang tidak disasarkan ke udara, malah ditujukan agak mendatar terus ke arah para demonstran, menyaksikan ratusan kecederaan, yang malangnya tidak mahu dimuatkan dalam berita arus perdana.

"Kalau dalam etika perang pun perkara yang dilakukan PDRM boleh dianggap keterlaluan dan zalim. Malah wakil antarabangsa yang dijemput Parlimen Malaysia termasuk daripada Pakistan dan Australia menganggap Malaysia 'jumud' dan 'keterbelakang' apabila melihat gerak gaya Umno BN," ujarnya.

Justeru itu, katanya KEADILAN Selangor akan menganalisa video dan gambar Bersih 3.0 bagi membuktikan kepada awam bahawa dakwaan polis mengatakan peserta bertindak liar adalah tidak benar.

"KEADILAN Selangor sedang dan akan terus menganalisa segala video dan gambar daripada pelbagai sumber untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Bersih 3.0 adalah aman.

"Namun, 'amarah rakyat' dilihat sudah tidak dapat dibendung lagi. Sudah sampai masanya apabila kezaliman dan keganasan PDRM terhadap rakyat Malaysia berleluasa dan dibela oleh sang penguasa, rakyat pasti menghukum Umno BN dalam PRU 13 akan datang," katanya.



Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=29772

Tiada ulasan:

Nuffnang