Jumaat, 11 Mei 2012

.

.


Lagi Anak Peneroka Konfius - Kisah Benar - Felda oh Felda

Posted: 11 May 2012 02:39 AM PDT

Selepas saya menyiarkan surat Anak Peneroka Papar Sabah yang mempersoalkan proses penyenaraian FGVHB yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, tidak telus dan seolah-olah ada perkara disembunyikan, beberapa surat yang membawa perasaan sama dikirimkan kepada saya untuk dikongsi perasaam bersama penjenguk blog Merah Tinta.
Intipati surat itu menyatakan rasa tidak puas hati atas penyenaraian FGVB itu dan merasakan peneroka yang menanda tangani untuk pinjaman loan bagi membeli saham seperti tertipu dan bakal menanggung bebanan hutang. Di bawah ini saya siarkan satu lagi surat juga dari anak peneroka yang menamakan dirinya, Akulah 69 Anak Peneroka Juga. 
 
Salam tuan,
Saya telah membaca email Anak Peneroka Papar Sabah yang tuan siarkan. Saya juga anak peneroka yang saya pasti ayah saya tidak menandatangani perjanjian pembelian saham tersebut.
Apa yang saya ingin kongsikan dengan tuan berkenaan nasib pekerja yang bekerja di Felda Plantation (FP) sebagai buruh...mandur dsb. Di kalangan mereka ada yang hampir belasan tahun mengabdikan diri dengan FP dan berharap suatu ketika seekar dua tanah FP itu akan diberikan kepada mereka sebagai bekalan hari pencen.
Mereka setia dengan harapan mereka juga diberikan tanah dan rumah seperti peneroka FELDA. Malangnya, harapan hanya tinggal harapan. Baki 3..4..5 tahun lagi mereka bekerja, bila pencen ke mana mereka hendak pergi. Kuarters yang didiami perlu dikosongkan apabila telah pencen.
Dengan pendapatan seribu.. tak sampai dua ribu sebulan, apa yang mreka dapat apabila pencen. Yang dah ada rumah, adalah tempat berteduh. Yang  belum ada rumah...yang anak masih bersekolah??? Ini adalah keluhan mereka. Pergi bertanya dengan pekerja akta buruh FP, berapa gaji mereka. Taraf mereka sama dengan mat Indon dan Bangla yang ramai di FP. 
Satu lagi tuan, saya pelik... melabur pun belum lagi tetiba RM15,000 sudah diberi kepada peneroka, bini peneroka dan anak peneroka. Belum ada urus niaga 'keuntungan' telah diberi. Tidakkah pelik???
Tidakkah peneroka perasan perkara ini. Pada pandangan saya, RM15,000 diberi itu adalah duit yang dipinjam oleh peneroka untuk beli saham. Diambil sedikit untuk diberi semula pada peneroka. Tidakkah mereka sedar, bahawa RM15,000 itu mereka juga yang perlu bayar berdasarkan perjanjian. Duit itu seolah-olah advance sebagai gula-gula PRU. Untuk beli undi peneroka, bini peneroka dan anak peneroka. Kalau mereka yang tidak tandatangan pinjaman pembelian saham pun dapat juga maknanya untunglah yang tidak tandatangan perjanjian itu.
Pegawai FELDA dan email Anak Peneroka Papar Sabah juga menyatakan bahawa dalam tempoh 6 bulan peneroka digalakkan jual saham ketika saham naik. Saya yakin saham naik, peneroka akan jual. Siapa yang beli?? Selepas dijual, saham makin naik, siapa pulak yang akan untuk lebih besar. Itu kalau saham makin naik. Kalau saham tak naik, siapa yang akan tanggung kerugian???
Silap haribulan, walau dikatakan tanah tidak akan hilang tapi siapa tahu jika peneroka tidak mampu jelaskan hutang piutangnya maka FELDA aka Kerajaan BN akan buat sesuatu supaya tanah itulah juga sebagai gadaian kepada pihak bank atas kegagalan menjelaskan pinjaman. 
Satu lagi, mengapa sebelum Jun. Adakah ada kena mengena dengan pilihanraya? Adakah 'mereka' mengumpul dana untuk pilihanraya?? Saya dihubungi saudara yang bekerja sebagai penjawat awam telah bercerita tentang pinjaman FGVHB ini adalah dana pilihanraya. Dia kata ceritanya daripada bangsa 'itu' sendiri. Betul atau tidak walllahua'lam. 
Akulah 69 Anak Peneroka Juga,
Pahang.
[wm.kl.7:30 am 11/05/12]

Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/05/reaksi-pagi.html

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS- PASCA BERSIH 3.0 : JAMINAN KESELAMATAN INDIVIDU YANG DIBURU PIHAK KESELAMATAN

Posted: 11 May 2012 02:32 AM PDT


Setelah berakhirnya perhimpunan Bersih 3.0, maka terdapat desakan dan ugutan yang bertalu-talu dari pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) supaya individu tertentu yang telah dikenalpasti bertindak untuk menyerahkan diri bagi melengkapkan siasatan pihak polis dalam isu perhimpunan Bersih 3.0. Malangnya arahan serah diri ini hanya terarah kepada peserta demonstrasi sahaja, sedangkan tindakan segelintir pihak polis tertentu yang telah bertindak di luar batas undang-undang telah dibiarkan begitu sahaja.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan mangsa yang menerima layanan buruk dan dicederakan dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah berhadapan dengan kekasaran pihak polis ini setelah mereka digari, selain dari dipukul dan disepak secara betubi-tubi oleh pihak keselamatan yang telah mengheret mereka yang sedang dalam proses bersurai. 

Kita akur bahawa penahanan seseorang adalah di bawah bidang kuasa pihak polis, dengan merujuk kepada peruntukan tertentu. Tetapi tindakan memukul mereka yang berhimpun ini, apatah lagi yang sedang bersurai adalah salah dan sangat zalim sifatnya.  Bagaimana mungkin mereka yang dipanggil menyerah diri ini dapat dijamin keselamatan mereka dan tidak berdepan dengan kemungkinan tindakan kekerasan dan dipukul sekali lagi semasa siasatan dijalankan ?.


DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG

PRESIDEN PAS

3000 peneroka saman FELDA RM483,000 seorang

Posted: 10 May 2012 09:55 AM PDT

PETALING JAYA: Walaupun semua peneroka dijanji `durian runtuh' RM15,000 sekeluarga, lebih 3,000 peneroka di Pahang membuat tuntutan saman RM483,000 seorang terhadap Felda.

Mereka ialah 1, 086 peneroka dari Jengka; 800 (Keratong); 770 (Chini), 800 (Mempaga)  dan 500 (Bera), kata Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said.

Peneroka Jengka, Bera dan Mempaga memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, manakala peneroka Chini dan Keratong di Mahkamah Tinggi Kuantan.

  "Pertama, peneroka menuntut geran tanah dikembalikan setelah mereka membayar semua hutang kepada Felda. Ada yang terpaksa menunggu 10, 15 dan 20 tahun tetapi geran tanah belum dikembalikan.

"Kedua,  dana tanaman semula berjumlah RM17, 000 setiap seorang peneroka, kerana ramai lagi yang tidak mendapat dana tersebut.

"Ketiga, berhubung kadar perahan gred (KPG) kerana Felda membayar tidak mengikut KPG yang menyebabkan peneroka kerugian kerana ditipu dari segi kadar sebenar.

"Sebagai contoh, mengikut pasaran KPG ialah 25 – 27 peratus tetapi Felda membayar 17-20 peratus sahaja. Kalau secara kasar 5 peratus, peneroka rugi RM1, 200 setahun. "KPG ini sepatutnya enam tahun sahaja tetapi Felda mengambilnya sehingga 15 tahun. Ini pecah tanah," kata Suhaimi.

Beliau berkata, tuntutan peneroka itu lebih munasabah jika kerajaan benar-benar ingin membantu peneroka. Katanya, ia tidak boleh dibantu sekali sahaja seperti bantuan RM15, 000 sebagaimana diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lalu.

 ReJaM© "Peneroka bijak ambik duit RM15,000 untuk belanja saman FELDA..."

Source: http://milosuam.blogspot.com/2012/05/3000-peneroka-saman-felda-rm483000.html

Tiada ulasan:

Nuffnang