Jumaat, 11 Mei 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


'i-Hadir' kesan pelajar ponteng

Posted: 11 May 2012 02:00 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Jabatan Pelajaran Kelantan menjadi perintis mengguna perisian yang dikenali sebagai 'i-Hadir' bagi mengenal pasti kehadiran pelajar ke sekolah dan mengesan pelajar ponteng.

Inovasi baru yang diperkenalkan oleh Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Kelantan itu boleh diakses bila-bila masa serta memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa mengetahui kedatangan anak mereka ke sekolah.

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata, i-Hadir adalah aplikasi mudah, cepat dan tepat, dengan pihak sekolah akan memasukkan rekod kedatangan harian murid ke dalam komputer yang dilengkapi perisian berkenaan.

Pada masa sama, katanya, data itu boleh dipantau oleh pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) walaupun berada di tempat lain.

"Sekiranya ada pelajar yang kerap tidak hadir, pihak JPN akan merujuk semula kepada pihak sekolah berhubung tindakan yang diambil.

"Secara tak langsung, aplikasi ini akan menjadi penghubung antara pihak sekolah dan PPD seterusnya JPN," katanya pada majlis pelancaran i-Hadir pada perhimpunan 'Bulanan Jabatan Pelajaran Kelantan di Dewan Bestari, Sekolah Kebangsaan Padang Garong 1, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Kelantan, Rosnah Wan Ibrahim.
Perisian yang mula diguna dua bulan lalu itu adalah program perintis, dilihat mampu mengesan kehadiran pelajar ke sekolah dan pada masa sama dapat mengurangkan masalah ponteng membabitkan pelajar sekolah bandar dan luar bandar.

berita harian/-

Mayat penumpang Sukhoi ditemui

Posted: 11 May 2012 01:30 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Cubaan rampas pesawat antara teori punca nahas

CIDAHU: Lima puluh penumpang kapal terbang penumpang baru buatan Russia disahkan maut selepas anggota pasukan penyelamat menemui mayat berhampiran bangkai pesawat berkenaan yang terhempas dekat kawasan gunung berapi di Indonesia ketika melakukan penerbangan ujian bagi menarik pembeli.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan cubaan merampas pesawat itu antara punca nahas.

Oleh kerana tempat kejadian terpencil, mayat perlu dimasukkan dalam jaring dan dibawa keluar dengan helikopter. - Gagah Prakoso, Jurucakap agensi mencari dan menyelamat kebangsaan "Kami belum temui sesiapa yang terselamat tetapi masih meneruskan operasi mencari.

Saya tidak dapat cakap apa-apa mengenai keadaan mayat," kata Prakoso sambil menambah pesawat berkelajuan tinggi itu dipercayai melanggar cerun, meletup dan berkecai.

Pihak berkuasa terputus hubungan dengan Sukhoi Superjet-100 sebaik berlepas dari lapangan terbang di Jakarta membawa wakil syarikat penerbangan Indonesia.

Kebanyakan mangsa adalah eksekutif syarikat penerbangan Batavia Airlines; Pelita Air; Air Aviastar dan Sriwijaya Air selain lima wartawan dan seorang wakil firma pengeluar pesawat Perancis. Tiada warga Malaysia terbabit dalam nahas itu.

Oleh kerana tempat kejadian terpencil, mayat perlu dimasukkan dalam jaring dan dibawa keluar dengan helikopter, kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat kebangsaan, Gagah Prakoso.

Mayat mangsa nahas kelmarin itu diterbangkan ke Jakarta untuk dikenal pasti oleh ahli keluarga.

Ahli keluarga kebanyakan menunggu semalamam di lapangan terbang menangis sebaik mendengar berita mengenai penemuan bangkai pesawat itu.

Pesawat itu berlepas awal tengahari kelmarin untuk melakukan demonstrasi penerbangan.

Kira-kira 21 minit selepas itu, juruterbang dan pembantunya dari Russia meminta kebenaran turun dari ketinggian 3,000 meter ke 1,800 meter.

Pesawat itu kemudian hilang dari radar. Tidak diketahui mengapa krew meminta menukar laluan, katanya terutama apabila mereka terlalu hampir dengan gunung berapi setinggi 2,200 meter itu.

Komunikasi antara juruterbang dan kawalan lalu lintas udara juga disiasat, kata ketua Suruhanjaya Keselamatan Pengangkutan, Tatang Kurniadi.

Lebih 1,000 orang termasuk askar dan polis terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat terbabit. Helikopter yang melakukan pemantauan dari udara berhampiran gunung berapi itu menemui bangkai pesawat berkenaan.

Pesawat penumpang pertama buatan Russia sejak kejatuhan Kesatuan Soviet dua dekad lalu, melanggar rabung di Gunung Salak, gunung berapi yang tidak lagi aktif. – Agensi

Serangan berani mati di Damsyik

Posted: 11 May 2012 01:00 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GAMBAR menunjukkan lokasi dua letupan bom di Damsyik semalam.

DAMSYIK, Syria - Seramai 55 orang terbunuh dalam dua serangan pengebom berani mati yang menggegarkan ibu kota Syria di sini semalam.

Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan memberitahu, cebisan badan manusia bertaburan di beberapa jalan raya manakala banyak kenderaan turut rosak.

Menurut kementerian berkenaan, serangan kali ini adalah yang terburuk sejak kebangkitan rakyat menentang pemerintahan Presiden Bashar Al-Assad.

Kebangkitan menentang kepimpinan Bashar bermula sejak 14 bulan lalu.

Letupan berkembar itu memusnahkan bahagian hadapan sebuah bangunan perisikan tentera yang menjadi sasaran serangan itu.

Menurut kenyataan yang sama, lebih 370 orang cedera dalam letupan tersebut dan ia melibatkan bahan letupan seberat 1,000 kilogram.

Beberapa saksi memberitahu, letupan pertama menarik perhatian orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Satu lagi letupan kuat berlaku beberapa saat kemudian.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab melancarkan serangan itu. - AGENSI

Tindakan Perkasa: PAS kata double standard, KMPP kerana wang

Posted: 11 May 2012 12:57 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PULAU PINANG: PAS menyifatkan pihak keselamatan 'double standard' dan hanya bertindak kepada sekumpulan yang disyaki menjatuhkan kerajaan BN sebaliknya diam membisu terhadap Perkasa yang meniupkan isu perkauman.

PAS Pulau Pinang, kata Pesuruhjayanya Datuk Saleh Man, rasa kesal terhadap usaha Perkasa yang tidak sudah-sudah menimbulkan
provokasi agar masyarakat berbilang bangsa khasnya di Pulau Pinang membenci antara satu sama lain.

Sebenarnya sambung beliau, usaha tersebut sengaja diatur untuk mencetuskan huru hara di kalangan masyarakat semata-mata kerana usaha Umno dan Barisan Nasional (BN) melemahkan Pakatan Rakyat tidak berjaya.

Bila Pakatan Rakyat kukuh bermakna Umno, BN dan kuncu-kuncu yang mengetuai Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang tetap berputih mata ekoran kebijaksanaan rakyat memilih mereka atau parti yang benar-
benar jujur, ikhlas membantu rakyat serta membangunkan negara.

"Hudupkan api perkauman. Itu yang menjadi egenda terpenting mereka sekarang untuk melihat Pakatan Rakyat bercakaran sesama sendiri.

"Bila berlaku perselisihan yang membawa kepada pecah menanti belah semua yang
terlibat dengan niat jahat ketawa besar," katanya.

Dipengaruhi wang

Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menyifatkan tindakan Perkasa mengalungkan bunga di gambar Ketua Menteri Pulau Pinang "disebabkan kerana budak- budak ini telah diperdagangkan dengan nilai wang ringgit oleh pihak tertentu."

Presiden KMPP, Rahmad Ishak dalam kenyataannya berkata, "tindakan budak-budak Perkasa berkenaan satu perbuatan terkeji serta terkutuk seterusnya menjatuhkan akidah sebagai anak melayu yang beragama Islam."

Bagi beliau, agenda mereka tidak ikhlas serta bukan keutamaan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda orang- orang Melayu di negeri ini.

Rahmad mengulas tindakan budak-budak Perkasa yang mengalungkan bunga pada gambar Lim Guan Eng di pintu pagar rumah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Bagi Rahmad, "semenjak di peringkat permulaan lagi tindak tanduk samseng jalanan ini dengan sendirinya telah melemahkan semangat orang Melayu terutamanya Kerajaan Negeri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pentadbir negeri apabila Perkasa telah bertindak dengan menggunakan fizikal sebaliknya mengenepikan minda dalam mencapai propaganda politik."

"KMPP sebagai sebuah NGO melayu di Pulau Pinang mengutuk sekeras- kerasnya perbuatan pemuda- pemuda Perkasa tersebut yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa mereka sendiri," kata Rahmad.

Katanya, tidak dapat dinafikan, tindak tanduk mereka ini telah mendapat imuniti daripada pihak- pihak tertentu.

"Mereka perlu ingat negeri Pulau Pinang bukanlah hak mereka seorang dan jangan sekali- kali mempertaruhkan masa hadapan Perkasa di Pulau Pinang ini semata- mata bermodalkan imej orang- orang Melayu, tetapi pada waktu yang sama mereka mempermain- mainkan maruah serta akidah orang Melayu di sini," katanya.

Bagaimanakah sebuah Kerajaan Negeri dapat melayan kehendak ataupun cadangan Perkasa Pulau Pinang sedangkan perbuatan mereka lebih menjurus kepada sifat kurang ajar, katanya.

Harakah Daily

Najib tak mampu buat salah...hahahaha

Posted: 11 May 2012 12:55 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan dirinya bahan ketawa apabila mendakwa beliau tidak mampu melakukan walaupun satu keputusan yang salah, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

"Kasihan sungguh Najib, sehari sebelum Umno pimpinannya berhimpun besar-besaran menyambut ulang tahun ke-66, beliau sendiri yang menjadikan dirinya bahan ketawa dan bahan persendaan umum apabila mendakwa beliau tidak mampu melakukan walau satu pun keputusan yang salah.

"Bila dia kata begitu, orang terus teringat cara beliau mengendalikan perhimpunan Bersih, orang terus teringat kisah MAS dan Air Asia nak bergabung dan orang terus teringat skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Tidak perlu tengok jauh-jauh, semua itu berlaku tahun ini," katanya.

Dalam temubualnya Sinar FM dengannya semalam, Najib mendakwa, kalau beliau perlu membuat sepuluh keputusan, semuanya mesti betul.

Kalau sembilan keputusan betul dan hanya satu sahaja yang salah, kata Perdana Menteri, satu keputusan yang salah itu akan menjadi isu yang menyebabkan kepimpinannya dipersoallkan.

Mempertikaikan dakwaan Najib itu, Salahuddin berkata, cara kerajaan Najib mengendalikan perhimpunan Bersih membuktikan kejahilan Najib untuk bersikap demokratik terhadap keinginan dan tuntutan rakyat yang sah.

"Dalam menangani perhimpunan-perhimpunan aman itu, Najib dan kerajaan hanya tahu menggunakan keganasan dan kekejaman

"Dalam amalan demokrasi, itu adalah kesalahan yang sangat besar," kata Salahudin.

Dalam perlaksanaan SBPA pula, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, apabila mendapat tentangan hebat daripada kakitangan awam dan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR), dengan begitu panik dan terburu-buru Perdana Menteri terpaksa menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu tersebut dan akhirnya skim itu dibatalkan.

"Siapa bersalah dalam hal itu? Skim itu tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Perdana Menteri.

"Najib luluskan dan kemudian batalkan, adakah itu bukan kesilapan?" Salahuddin mempersoalkan.

Najib, katanya lagi, tidak mungkin dapat menyembunyikan kesalahanya itu kerana rakyat tahu, skim tersebut sudah semestinya memerlukan kebenaran kabinet dan Perdana Menteri.

"Ramai yang mempersoalkan, adakah Perdana Menteri tidur ketika taklimat mengenai SBPA diberikan atau adakah beliau bodoh sangat sehingga tidak nampak kemelut yang akan tercetus jika skim itu dilaksanakan?" kata beliau.

Dalam isu penggabungan MAS dan Air Asia pula, Salahuddin yakin, sebelum penggabungan kedua-duanya dibuat, sudah semestinya Perdana Menteri selaku Pengerusi Khazanah Nasional diberikan taklimat sebelum beliau memberikan kebenaran.

"Penggabungan itu tidak mungkin dapat dibuat tanpa kebenaran Perdana Menteri. Adakah bukan kesilapan apabila penggabungan itu dibatalkan selepas lapan bulan bergabung?" beliau mempersoallan.

Kisah penggabungan MAS dan Air Asia itu, katanya lagi, menyebabkanramai yang mempersoalkan adakah Perdana Menteri mampu memahami 'long term planning' dan 'long range planning'.

"Perdana Menteri juga dipersoalkan, adakah beliau tidak tahu apa-apa pun mengenai isu-isu berkaitan industri penerbangan sehinggakan semuanya diterima apabila dibawa kepada pengetahuannya dan apabila dah terantuk baru beliau sedar bahawa pergabungan ini tidak 'feasible'," kata Salahuddin.

Beliau mengingatkan Perdana Menteri tentang kata-kata bekas Presiden Amerika, Harry S Truman yang selalu berpesan kepada dirinya bahawa "the buck stops here" yang membawa pengertian apabila terdapat apa-apa kesilapan dan kelemahan dalam kerajaannya, sebagai ketua kerajaan, beliaulah yang bertanggung jawab sepenuhnya.

"Dalam isu keganasan terhadap perhimpunan Bersih, SBPA dan penggabungan MAS-Air Asia, 'the buck stops at Najib'. Najib yang bersalah!

"Persoalannya, adakah rakyat Malaysia dan negara yang tercinta ini patut menjadi mangsa kesilapan dan 'experiment exercise' Najib?" Salahuddin mempersoalkan.

Harakah Daily

Bersih 4.0: Duduk dan debat?

Posted: 11 May 2012 12:51 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

FOKUS Bersih sama ada edisi 1.0, 2.0 dan juga 3.0 adalah menuntut keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengurusan dan pengendalian pilihanraya negara kita, ekoran terlalu banyak kesangsian, kekeliruan serta ruang yang terdedah kepada manipulasi dalam sistem peraturan, pengurusan dan pengendaliannya.

Bertolak dari Daftar Pemilih yang tidak bersih malah masih dikotori dan berlumut dengan senarai pengundi yang tidak layak mengundi serta beberapa kekeliruan yang perlu kepada pemurnian awam oleh pihak SPR.

Pelbagai peraturan dan undang-undang pilihanraya yang tidak konsisten, membuka peluang berlakunya penyelewengan dan manipulasi. Media yang tidak seimbang dan berat sebelah, dilagang pula dengan pelbagai fitnah yang jijik dan memualkan.

Maka pihak Bersih telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti laporan ke Suhakam, laporan PDRM, Laporan SPRM, memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dan Himpunan Aman.

Malangnya, sehingga kini pihak kerajaan dan SPR masih tidak memenuhi tuntutan Bersih tersebut.

Kerajaan Umno dan BN sebaliknya mendakwa Bersih menganjurkan keganasan, rusuhan dan sebagainya. Lalu mereka menempelak usaha suci Bersih dengan pelbagai tindakan seperti menggunakan FRU untuk melepaskan tear gas dan air kimia, PDRM untuk tangkap dan belasah, DBKL untuk menaksirkan jumlah timbunan sampah, Majlis Fatwa bagi mengharamkan himpunan Bersih, media arus perdana supaya memutar alam menjadi separa realiti.

Kini kedengaran pelbagai pihak bercakap mengenai edisi berikut bagi kelangsungan tuntutan Bersih supaya Bersih 4.0 direalisasikan sehingga kerajaan Umno dan BN akur tuntutan rakyat.

(Bersih 3.0: Duduk bantah)

Kerana pilihanraya umum tidak boleh diadakan atau disertai dalam keadaan ia tiada jaminan dapat dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih dari sebarang penyelewengan.

Sementara hari ini dan saya percaya ia akan terus berlangsung ke hari pilihanraya, mereka memburukkan Bersih 3.0 kononnya ganas lalu membina persepsi buruk masyarakat terhadap Bersih sedang pihak Bersih tidak diberi ruang serupa melalui televisyen dan media arus perdana yang lain untuk menjawab dan memberi penjelasan.

Maka saya mencadangkan agar Bersih 4.0 ini direalisasikan melalui format baru pula iaitu Duduk dan Debat.

Sekali lagi saya cadangkan panelnya ialah terdiri dari Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan YAB Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Seluruh rakyat dikerah hadir secara aman untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

Saya menegaskan demikian melalui cadangan Duduk dan Debat adalah sesuai dengan iklim politik baru yang hendak kita bawa iaitu berteraskan kekuatan hujjah bukan hujah kekuatan.

Saya harap pihak kerajaan dapat menerima cadangan ini dengan baik dan terbuka jika mereka juga benar mahukan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan pula aktiviti itu berlangsung dalam suasana aman.

Ia pastinya akan menjadi rekod sejarah. Masa depan negara akan dibentuk dan dibina melalui kerajaan yang bakal dipilih oleh rakyat melalui penerimaan terhadap hujah yang dikemukakan, bukan sokongan yang dipaksa dengan cota, tear gas dan air kimia.

Iklim politik baru mesti dibina segera oleh kedua-dua parti komponen besar negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Politik berteraskan hujah dan hikmah. Bukan politik tangkap dan belasah.

Sebaliknya jua ke arah politik rasional, lapang dada dan kasih sayang tanpa permusuhan dan kebencian sesama agama dan bangsa yang ditanam melalui provokasi dan doktrinisasi yang negatif.
---------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Harakah Daily

Bas bawa pelancong Indonesia terbalik, 1 maut

Posted: 11 May 2012 12:50 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ORLEANS (Perancis): Sebuah bas yang membawa pelancong Indonesia terbalik di tengah-tengah ibu negara Perancis awal pagi ini, mengakibatkan seorang terbunuh dan 11 yang lain cedera, kata pihak polis.

Bas yang dimiliki syarikat Itali, Chiccarelli di Enzo, membawa seramai 12 penumpang ketika itu.

Dilaporkan, empat yang tercedera dalam keadaan serius dan dibawa ke hospital di bandar Montargis dan Orleans manakala pemandu warga tempatan mengalami kecederaan ringan.
Butiran lanjut mengenai mangsa masih disiasat. - AFP

Bapa kafir: Replika NST dibakar di Kota Bharu

Posted: 11 May 2012 12:47 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Marah dengan tuduhan akhbar Umno, New Strait Times yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak Kafir', replika akhbar berkenaan dibakar hari ini.

Pembakaran itu diketuai Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud di Medan Ilmu, tempat umat Islam berkumpul mendengar kuliah pagi Jumaat yang kebiasaannya disampaikan Tok Guru Nik Aziz.

Pembakaran itu sebagai membantah kenyataan Tan Sri Rahim Noor yang mendakwa 'Nik Aziz is father of kafir' yang disiarkan di muka 6 NST 8 Mei lepas.

Semalam, Rahim dilaporkan menafikan beliau membuat kenyataan sedemikian.

Pemberita yang namanya tersiar sebagai salah seorang penulis berita itu, Rahmah Ghazali juga menafikan beliau menulis berita itu.

Seorang lagi pemberita yang dinamakan sebagai penulis berita itu adalah Lim Poh Lean.

Sebelum itu Nasuruddin meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya, apakah hukumnya.

"Soal Rahim mengaku atau tidak mengeluarkan kenyataan tersebut adalah perkara lain. Majlis Fatwa kena keluar fatwa adakah berhimpun secara duduk juga haram.

"Sedangkan apa yang dilakukan ratusan ribu rakyat yang hadir pada 28 April lalu menuntut pilihan raya bersih dan adil. Tak kan hadir membawa sebotol air mineral disebut mahu gulingkan kerajaan," katanya pada kuliahnya.

Begitu juga katanya apa fatwa Rahim menumbuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam tahanan polis pada 1998.

Apa pula hukum katanya, kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak sedangkan dalam perjanjian yang ditandatangani pada 1975 secara jelas memberi hak kepada negeri ini.

"Orang yang membuat draf perjanjian tersebut dan pihak yang menandatangani perjanjian mewakili Petronas pun masih ada lagi. Saya minta Majlis Fatwa keluarkan hukum halal atau haram di atas tindakan tersebut," katanya.

Beliau juga meluahkan rasa kecewa kerana mufti dianggap tidak memainkan peranan mereka menasihatkan pemerintah melaksanakan Islam, sedangkan jawatan itu sudah lama wujud.

"Biar pun jawatan itu wujud sejak merdeka lagi, namun tidak nampak peranan mereka mendesak kerajaan melaksanakan Islam. Sebaliknya ketika pihak lain mahu memperjuangkan Islam mereka pula memain peranan menghalang," ujarnya.

Bukan Islam pun marah

Bekas Setiausaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, rakyat Kelantan dan seluruh pendokong Islam tidak boleh menerima dakwaan dibuat Rahim terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Katanya, beliau amat sedih dan dukacita sekali penghinan dibuat bekas ketua polis negara terhadap seorang pemimpin yang disegani di negara ini.

Naib Ketua AMK Pusat, Mohd Nazree Yunus melihat ada pihak yang berada di belakang Rahim sehingga sanggup melemparkan tuduhan tanpa asas kepada Mursyidul Am.

Kata beliau sekarang kelihatan satu kecederungan baru Umno memperalatkan pegawai kerajaan yang pencen sebagai benteng pertahanan mereka.

Exco Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar pula mahu Rahim bertanggungjawab di atas kenyataannya kerana telah mengundangkan rasa resah di kalangan rakyat.

Ribuan yang hadir menyaksikan replika NST dibakar seusia kuliah disampaikan Nasuruddin menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Harakah Daily

Bersih 3.0: Biar Suhakam siasat keganasan polis

Posted: 11 May 2012 12:45 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Mei: Siasatan keganasan polis pada himpunan Bersih 3.0 perlu disegerakan untuk memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat yang keliru dengan laporan yang disiarkan oleh media arus perdana dan media alternatif di alam maya.

Justeru, Intelek Malaysia (IM) mengalu-alukan tindakan kerajaan yang proaktif untuk menubuhkan satu panel bebas untuk menyiasat tindakan ganas pihak polis dalam satu himpunan awam yang dikendalikan oleh jawatankuasa Bersih 3.0 yang bertujuan untuk memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan adil.

"Sudah pasti ia dapat memberikan ruang yang lebih adil kepada semua pihak yang terlibat dalam perhimpunan ini untuk disiasat kerana setiap hari media berterusan memberikan laporan satu hala sahaja," kata presidennya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.

Namun, ujarnya IM merasa sangsi dengan penubuhan badan bebas tersebut yang bakal dilihat 'tidak bebas' di atas perlantikan bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar untuk mengetuai panel bebas tersebut dan menidakkan peranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Ia, jelasnya berpandukan kepada beberapa perkara, antaranya Hanif telah memberikan signal awal terhadap perhimpunan itu dengan meletakkan syak wasangka bahawa golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Bersih 3.0.

"Beliau yang mungkin mempunyai daya ingatan yang tajam dapat mengecam golongan pro-komunis ini daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan dalam media massa.

Tambahnya, Hanif adalah bekas Ketua Polis negara yang mana insiden yang ingin disiasat adalah berkaitan dengan keganasan polis yang akan memberikan ruang tidak seimbang untuk beliau menentukan keputusan yang melibatkan kelompok pegawai polis tersebut.

Justeru, ujar beliau IM mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan iaitu memberikan amanah itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang berkemampuan untuk mengendalikan kes tersebut.

Menurutnya, Suhakam mempunyai kepakaran dalam bidang yang melibatkan hak asasi manusia yang diperakui 'track record' Suhakam yang bertindak secara telus dan adil.

"Siasatan tersebut diadakan secara terbuka dengan melibatkan semua pihak termasuk wakil daripada penggerak Bersih, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan mereka yang disebut sebagai mangsa keganasan polis dalam himpunan tersebut," ujarnya.

Harakah Daily

Jaga-jaga dengan pujukan Najib

Posted: 11 May 2012 12:42 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Permintaan Tun Dr Mahathir supaya rakyat berikan mandat besar kepada Datuk Seri Najib amat kelakar namun ia juga sangat berbahaya kepada rakyat.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) mengingatkan rakyat apa yang bakal berlaku seandainya Najib dan BN menang dalam PRU13 akan datang ini.

Bagi beliau, kenyataan Dr Mahathir yang hanya di buat liputan oleh sebuah akhbar berbahasa Mandarin Kwong Wah yang berpengkalan di Pulau Pinang membawa banyak erti kepada rakyat dan negara kerana ternyata Tun Mahathir diakui masih mempunyai pengaruh yang besar.

Dr Dzulkefly memberikan tumpuan kepada akta drakonian ISA yang telah pun dimansuhkan oleh parlimen dalm sesi persidangan lalu setelah dikecam hebat oleh pelbagai pihak dari NGO dan Pakatan Rakyat.

Meskipun yang menggantikan ISA itu, Akta Kesalahan Kesalamatan 2012 dari beberapa sudut, secara undang-undnag prosedur itu lebih zalim, rakyat, rata-ratanya menerima baik pemansuhan itu.

Sekurang-kurangnya, tahanan 60 hari telah dikurangkan kepada 26 hari, katanya.

Namun Tidak ramai yang ketahui bahawa, kuasa tahanan dan lanjutan tahanan telah beralih tangan kepda pihak penguasa polis yang boleh memohon Mahkamah supaya tahanan direman sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan, meskipun terbukti tertuduh tidak bersalah.

Beban dan bukti bagi mensabitkan kesalahan juga adalah jauh lebih ringan dan dipertikaikan oleh pelbagai pihak pengamal undang-undnag dalam dan luar negara.

"Yang malangnya, Tun Mahathir masih menyimpan perasaan bahawa ISA akan dapat dibentangkan kembali sekiranya Najib dan BN menang besar," kata Dr Dzulkefly bimbang.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, umum pun masih ingat bahaw Najib sendiri , ketika memansuhkan ISA menyatakan bahawa beliau lakukan semua ini kerana rakyat mahu dan desakan.

Dengan kata lain bukan kerana beliau sendiri yakin dan percaya bahawa undang-undang rimba dan zalim seperti ini tidak wajar diteruskan dalam dunia dan negara yang telah jauh bertamaddun, katanya.

Mengikut Menteri Ddi Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ISA telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah ke atas pihak pembangkang yang menzahirkan pertentangan yang legitimate dan sah.

"Dengan kata lain, kalau Najib sudah dapat kuasa lebih besar dan rakyat tidak dipedulikan suara dan desakan, apakah akan menjadi benar kata-kata Tun Mahathir yang mahukan ISA semula itu.

"Apakah juga akan menjadi benar segala kekhuatiran rakyat tentang hal-hal lain seperti juga polisi yang akan membebankan rakyat seperti cukai GST dan Polisi Kesihatan Kebangsaan yag disebut-sebut baru-baru ini?" soal beliau.

Apa lagi, katanya, polisi BN-Najib yang tertangguh hari ini yang akan bakal dihidupkan kembali nanti, setelah rakyat silap membuat congakan?

"Sekarang dalam susah hendak kembalikan sokongan, bukan main baik lagi... kita telah lihat selepas PRU ke-11 dulu. Lupa segala-segalanya," ingat beliau.

Harakah Daily

Mahkamah isytihar gantung pelajar KUIN tidak sah

Posted: 11 May 2012 12:38 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan Semakan Kehakiman (Judicial review) lima orang pelajar Kolej Universiti Insaniyah (KUIN) bagi membatalkan keputusan penggantungan mereka oleh pihak KUIN pada 26 Mei 2011 yang lalu.

Dalam keputusan bertulisnya yang dibaca petang semalam Yang Arif Hakim Abang Iskandar Abang Hashim menyatakan bahawa keputusan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar KUIN bertarikh 26/5/2011 yang memutuskan bahawa 5 pelajar tersebut bersalah melakukan kesalahan tatatertib dan melanggar Tatatertib Pelajar 2007 yang mana keputusan tersebut dikekalkan oleh Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar KUIN bertarikh 6/7/2011 adalah tidak sah dan terbatal.

Alasan yang diberikan oleh hakim adalah Kaedah-Kaedah Kolej Universiti Insaniyah (Tatatertib Pelajar) 2007 iaitu undang-undang yang pelajar-pelajar itu dibicarakan adalah ultra vires seksyen 46 (1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) dan juga ultra vires Artikel 11 (2) Perlembagaan KUIN .

Hakim juga mengistiharkan bahawa Kaedah-Kaedah Kolej Universiti Insaniyah (Tatatertib Pelajar) 2007 juga ultra vires seksyen 46 (3), (4), (6), (7), (8) (9) (10) dan (11) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

Ketika digantung kelima-lima pelajar tersebut adalah pimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) di mana salah seorang dari mereka adalah Presiden MPM.

Kelima-lima pelajar tersebut diwakili oleh Cik Azhana bin Mohd Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakalah KUIN diwakili oleh Karpal Singh.

Harakah Daily

SISMEP Bantu Kesan Pengundi Hantu

Posted: 11 May 2012 12:30 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PKR hari ini memperkenalkan Sistem Menang Pilihanraya (SISMEP) bagi membantu mengesan pengundi-pengundi hantu yang terdapat di dalam senarai pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memaklumkan SISMEP mampu mengesan perbezaan senarai pengundi yang berdaftar serta kawasan mengundi sejak 2004 hingga 2011.

"SISMEP ini akan memudahkan petugas-petugas Pakatan Rakyat untuk mengesan kehadiran pengundi-pengundi hantu di kawasan mengundi," katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Pusat Media PKR Selangor di sini.

Menurutnya, petugas parti hanya perlu memasukkan no kad pengenalan pengundi untuk mengesan samada pengundi tersebut benar-benar menjadi pengundi bagi kawasan tersebut.

Dengan adanya sistem ini, petugas pilihanraya boleh menghalang kehadiran pengundi-pengundi hantu yang dihantar bertujuan untuk memenangi undi sesebuah kawasan itu seperti yang berlaku sebelum ini.

Azmin juga memberitahu pihaknya tidak keberatan untuk berkongsi penggunaan SISMEP ini bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai permulaan, SISMEP ini akan dilancarkan di Perak bagi menguji keberkesanannya.

Sebelum itu, dalam ucapan perasmiannya Azmin menegaskan media seharusnya bebas daripada kongkongan parti pemerintah dan meminggirkan kepentingan rakyat.

"Media sepatutnya pro-rakyat dan bukannya pro-perasuah dan pro-perompak yang mengaut keuntungan daripada rakyat," katanya.

Selain itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, media arus perdana perlu kembali ke jalan yang betul dengan menyiarkan fakta sebenar berkenaan sesuatu isu dan bukan hanya menjadi bahan mainan Umno-BN.

"Jangan merendahkan imej kewartawanan hanya kerana ingin mendapat keuntungan dengan fitnah yang dimainkan selama bertahun-tahun dibawah kerajaan Umno-BN," katanya.

Majlis Hi-Tea dan Ramah Mesra Pemimpin PKR Selangor bersama Rakan Media serta Perasmian Pusat Media PKR Selangor diadakan di Pejabat PKR Selangor di Lembah Subang, Petaling Jaya.

Majlis ini dihadiri Naib Presiden PKR, Datuk Mansor Othman, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Batu Caves, Amirudin Shari serta barisan kepimpinan PKR Selangor.

selangorku/-

Stesen KTMB Batang Melaka ditutup sementara

Posted: 11 May 2012 12:00 AM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Stesen Batang Melaka akan ditutup sementara dari 15 Mei hingga 30 November berikutan kerja pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Seremban-Gemas.

Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) hari ini menyatakan, penumpang yang mahu pergi ke stesen Batang Melaka dinasihatkan menaiki tren dari Tampin atau Gemas di mana perkhidmatan bas disediakan untuk ke stesen Batang Melaka sepanjang tempoh itu.

Sebagai alternatif, penumpang dari Kuala Lumpur ke Batang Melaka dinasihat menaiki Ekspres Sinaran Selatan No 13 ke stesen Tampin.
"Penumpang dari Batang Melaka ke JB Sentral atau Woodlands dinasihatkan menaiki bas ke stesen Gemas dan meneruskan perjalanan mereka dengan Ekspres Sinaran Selatan No 13.

"Sementara dari JB Sentral atau Woodlands ke Batang Melaka, penumpang boleh menaiki Ekspres Sinaran Selatan No 12 dan turun di stesen Gemas sebelum dibawa dengan bas ke stesen Batang Melaka," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Pesawat MAS gempar

Posted: 10 May 2012 11:57 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEPANG: Disebabkan terhidu bau pelik, penumpang sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) gempar seketika, namun mereka lega apabila pesawat B777 itu yang turut membawa empat bahan kimia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, kira-kira jam 6.40 pagi, semalam.

Pegawai Perhubungan MAS, S Anbarasu berkata, pesawat MH17/09 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 166 penumpang dan 15 anak kapal itu mendarat secara biasa.

"Semua penumpang dan anak kapal diarahkan turun sebaik mendarat di KLIA, manakala pesawat itu dibawa ke lokasi lain sebagai langkah keselamatan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam. Difahamkan, lima penumpang yang mendakwa terhidu bau bahan kimia itu dibawa ke pusat rawatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor,

Othman Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan kira-kira jam 7 pagi semalam.

Berikutan itu katanya, sepasukan 24 anggota Bomba dan Penyelamat dari KLIA serta Unit Hazardous Material Team (Hazmat), Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memulakan siasatan awal.

"Siasatan terhadap empat bahan kimia yang dibawa menunjukkan tiada sebarang kebocoran," katanya.

berita harian/-

Mangsa ceria dijaga keluarga angkat

Posted: 10 May 2012 11:30 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bayi perempuan 10 bulan yang diperlakukan ibunya seperti haiwan dalam rakaman video di laman web YouTube kelmarin disahkan sihat dan menjalani kehidupan ceria bersama keluarga angkatnya.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Arfan Sulaiman berkata, bayi berkenaan kini dijaga keluarga angkat dan masih dipantau jabatan itu.

"Berdasarkan laporan pegawai, bayi perempuan terbabit berusia setahun 10 bulan, selamat dan serasi dengan keluarga angkatnya.

"Malah, dia lebih ceria dan tidak trauma seperti khabar angin yang disebarkan individu melalui laman sosial, Facebook dan Twitter," katanya.

Menurut Arfan, pihak media tidak dibenarkan mengatur pertemuan dengan mangsa dan perlu mematuhi peruntukan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 601) bagi melindungi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak selaras dengan obligasi negara di bawah Konvensyen Hak Kanak-kanak.

"Ketika ini, media tidak dibenarkan bertemu bayi berkenaan dan keluarga angkatnya juga enggan diganggu. Sekatan ini bagaimanapun hanya boleh dikecualikan oleh Mahkamah Bagi Kanak-kanak," katanya.

Katanya, JKM turut meneliti secara serius isu penyebaran video penderaan bayi terbabit dalam YouTube dan Facebook, namun mendapati ia bukan kes baru.

"Saya tegaskan, sesiapa yang melakukan penderaan terhadap kanak-kanak boleh disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya.

"Justeru, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes sedemikian, mereka diminta menghubungi Talian Nur di 15999 yang beroperasi 24 jam untuk tindakan segera," katanya.

metro/-

Bersih 4.0: Duduk ramai-ramai bantah, baca Yaasin...

Posted: 10 May 2012 09:19 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Bersih 3.0 atau Duduk Bantah pada 28 April sudah berlalu. Biarlah apa pun mereka nak kata, kita memang telah berjaya. 250 ribu atau 300 ribu yang hadir, yang pastinya rakyat telah bangkit. Rakyat tidak boleh diugut atau ditakut-takutkan lagi. Beberapa orang kawan yang baru pertama kali hadir telah tertanya-tanya bila pula akan ada Bersih 4.0?

Pengalaman menghidu gas pemedih mata yang memang pedih itu telah bertukar menjadi suatu nikmat yang dinanti-nantikan lagi. Pengalaman berjumpa kawan-kawan baru pula, memang menyeronokkan, terasa keikhlasannya sewaktu bercerita, tak terasa pun perbezaan kaum.

Hingga ada yang berkata: Eh, kalau tiap-tiap bulan buat begini, bagus 'kan? Sebulan sekali Kuala Lumpur menjadi bandar tempat rakyat Malaysia dari pelbagai keturunan dan pelbagai golongan dan pelbagai peringkat bertemu dan bermesra. Aduhai! Pelancong pun mesti suka.

Inilah yang orang-orang di 'sebelah sana' itu tidak faham, dan tak akan faham. Mereka tak akan tergambarkan bagaimanakah perhimpunan yang tidak terjamin keselamatannya itu, ditembak gas dan disembur polis dan dibelasah dan sebagainya itu, menjadi sesuatu yang menyeronokkan, yang nikmat dan ditunggu-tunggu lagi. Mereka takkan faham.

Hanya orang-orang yang memahami betapa zalimnya kerajaan Umno-BN sekarang sahaja yang mungkin memahaminya. Betapa orang tidak sabar dan tak boleh tahan lagi melihat konco-konco bangsawan Umno-BN itu menipu dan merompak hak dan harta rakyat. Itulah yang membangkitkan rakyat. Dan dari semangat kebangkitan itulah lahirnya nikmat, walaupun dalam kepedihan.

Duduk di tengah-tengah terik matahari di atas jalan raya di depan menara Maybank dan persimpangan Pudu itu, peluh menitik dari dahi tak terasa pun panasnya. Bayangkan! Dan tiba-tiba ada orang memulakan Selawat Nabi. Yang lain pun mengikut beramai-ramai. Bergema. Padahal di kiri kanan itu ramai kawan-kawan Cina.

Kata sahabat saya. Waktu kita bertakbir, ada juga kawan Cina yang turut bertakbir sama. Aduhai. Apakah ini kalau bukan nikmat suatu kebangkitan!

Waktu itulah saya terfikir, kalaulah ada Bersih 4.0 nanti, dan kehadirannya makin bertambah ramailah tentunya -- cubalah bayangkan kalau kita semua yang muslim membawa surat Yasin dan kita duduk ramai-ramai membaca Yasin. Ya Allah! Bayangkanlah. Menggema surah Yasin dibaca. Dan dengan berkat ayat-ayat Allah itu kita memohon agar kemungkaran dikalahkan dan yang hak dimenangkan.

Kalaulah itu boleh dilakukan, barangkali perhimpunan itu akan menjadi lebih berkesan. Akan ada orang yang dengan sendirinya akan berasa gentar dengan kemungkinan kesannya sekiranya dia di pihak yang mungkar. Dan mungkin ... beberapa kemungkinan lagi, anda fikirkanlah.

Sejak petang 28 April itu saya menerima beberapa SMS yang mengemukakan cadangan begitu dan begini, supaya Bersih 4.0 diadakan pula, kerana mereka percaya pimpinan Najib-Rosmah tidak akan berlembut dan mendengar tuntutan Bersih 3.0 itu.

"Sementara rakyat menunjukkan tanda-tanda kebangkitan yang semakin ramai ini, kita mesti sambutnya dengan gerakan yang lebih tegas. Jangan biarkan Umno-BN menang dengan undi-undi dari pendatang asing itu. Kita mesti buat sesuatu yang berkesan. Rakyat sedang bangkit sekarang."

Dan macam-macam lagi cadangan mereka. Ada yang mencadangkan supaya duduk berkhemah beberapa hari, seperti yang dibuat oleh para mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka menuntut dihapuskan PTPTN itu.

Tak tahulah saya. Ada kemungkinankah itu boleh dilakukan? Berapa ramai yang sanggup duduk berkhemah dan bermalam hingga beberapa hari, dengan risiko akan ditangkap dan dibelasah oleh pihak polis?

"Mahasiswa itu boleh lakukan, kenapa orang dewasa tak boleh lakukan? Apakah semangat perjuangan mahasiswa itu lebih kental daripada semangat perjuangan orang dewasa?" Tanya seorang anak muda kepada saya.

Jawab saya, "Kenapa mahasiswa itu tidak mahu tampil memimpin? Kalau semangat perjuangan mereka lebih kental, tidak salah untuk mereka tampil mengambil teraju pimpinan."

Ya, apa pun, Bersih 3.0 sudah pun berlalu. Sejauh manakah tuntutannya akan didengar oleh pihak berkuasa, kita belum pasti. Atau sejauh manakah peristiwa 28 April itu akan memberi tekanan kepada pimpinan Najib-Rosmah, pun kita belum tahu.

Yang kita tahu, sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam waktu terdekat, kemungkinan Umno-BN akan terus mengekalkan kuasanya melalui undi-undi pendatang asing yang diberi IC itu, memang ada.

Makanya, bagaimana?

Saya bukan orang politik dan bukan aktivis politik. Saya lebih memahami seni-budaya daripada politik. Maka eloklah saya tak usah mencuba memberi pandangan terhadap strategi politik yang perlu dibuat.

Namun kalau pimpinan Ambiga dan A Samad Said nak buat Bersih 4.0 dalam waktu terdekat, saya fikir orang akan lebih ramai turun. Kuala Lumpur akan berpesta lagi. Dan kali ini kita akan gemakan surah Yasin pula.

Dan kalau ada kumpulan mahasiswa yang nak berkhemah pula untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil -- wah, itu memang hebat!

Tapi sementara itu saya seperti tak sabar nak baca puisi-puisi yang menyertai sayembara menulis puisi Bersih 3.0. Pasti banyak yang menarik!

(Eh, ada orang beritahu Najib tersasul-sasul tak dapat sebut wabillaahi tafiq walhidayah di akhir suatu ucapannya yang disiar langsung di televisyen. Apa hal tu? Betul ke?).

detikdaily/-

Nik Aziz terima borang ahli PAS dari Aishah malam ini

Posted: 10 May 2012 09:01 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menerima borang keahlian ahli PAS daripada penyanyi popular bersuara lunak dan Juara Lagu 1990, Wan Aishah Wan Arifin (gambar) di Markas Tarbiah PAS Pusat Taman Melewar, Jumaat 11 Mei hari ini, jam 9.30 malam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Batu, Ustaz Marzuki Zakaria, satu ceramah perdana "Rakyat Melangkah Ke Putrajaya" akan diadakan dan dipancarkan secara langsung melalui webtvpas di alamat http://webtv.pas.org.my saluran 1 dan 3, juga dipaparkan pada blog telukbakong.online.

Katanya, selain Tuan Guru Nik Aziz dan Wan Aishah, turut berceramah ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng; anak bekas TPM, Tamrin Tun Ghafar Baba dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmood.

Penyajak tersohor, Pyan Habib turut mendeklimasikan beberapa sajak pada majlis malam ini, ujar beliau.

Selepas solat Isyak, katanya, PAS Batu turut menganjurkan Munajat Perdana PRU13 bagi memohon pertolongan Allah SWT agar diberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum yang dijangka Jun ini.

Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput datang beramai-ramai.

Harakah Daily

Lemas ketika menggagau ikan

Posted: 10 May 2012 08:57 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BUKIT BERUNTUNG - "Saya baru saja pesan padanya supaya naik dan meminta rakan lain naik, tapi sekelip mata saya menoleh kembali ke arahnya dia sudah hilang," kata Mohd Rohaimin Noor Azlee, 19, abang Mohd Rizal Noor Azlee, 18, yang ditemui mati akibat lemas dalam lombong dekat Plaza Tol Bukit Beruntung, di sini semalam.

Mohd Rohaimin berkata, pada mulanya dia menyangka adiknya yang lebih dikenali dengan panggilan Jan hanya bergurau dengan menenggelamkan diri tetapi setelah lama tidak timbul dia berasa adiknya lemas.

Katanya, dia segera memanggil empat rakan lain yang berada dalam lombong terbabit untuk mencari adiknya. "Jan.. Kau jangan main-main, ini bukan tempat masa nak bergurau," katanya sambil memanggil-manggil mangsa.

Menurutnya, dia yang datang bersama adik dan empat rakan lain berusaha mencari mangsa di sekitar tempat dipercayai tenggelam tetapi tidak berhasil.

Katanya, mereka berenam datang ke lombong berkenaan untuk mencari ikan seawal jam 2 pagi selepas habis waktu kerja.

"Saya dan seorang rakan menunggu di atas sementara adik dan tiga rakan lain sedang menggagau ikan. Selang beberapa jam, adik saya hilang dan tidak sangka dia lemas," katanya.

Mohd Rohaimin berkata, setelah gagal menemui adiknya, mereka menghubungi polis dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu tiba bagi operasi mencari dan menyelamat.

Mangsa ditemui Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) kira-kira jam 5 petang setelah lebih lapan jam usaha mencari dilakukan.

Sinar Harian

Remaja 18 tahun lali diejek rakan pakai lampin pakai buang

Posted: 10 May 2012 08:55 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BANDAR MARAN - "Saya sudah biasa dan tidak kisah jika ada rakan-rakan yang ejek kerana saya masih pakai lampin pakai buang sehingga ke hari ini."

Demikian kata seorang remaja dari Kampung Berkat, di sini, Wan Mohd Azmeer Wan Daud, 18, yang terpaksa memakai lampin pakai buang akibat kerosakan bahagian usus sejak dilahirkan.

Menurutnya, dia sering diejek rakan sekolah dengan pelbagai panggilan gara-gara masalah itu, sebelum menamatkan persekolahan selepas menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Saya berhenti sekolah bukan kerana tidak tahan diejek, tetapi kerana tidak lagi minat nak sambung belajar walaupun ditegah emak.

"Saya tahu yang saya kena pakai lampin pakai buang ini sampai bila-bila kerana usus utama tidak lagi berfungsi. "Sudah nasib tapi saya tidak kisah, malah ramai juga rakan yang memahami keadaan ini cuma ada segelintir yang suka mengusik," katanya kepada Sinar Harian.

Ibunya, Zabidah Yusof, 46, berkata, kerosakan usus utama anak keenam daripada 10 beradik itu dikesan ketika dilahirkan dan semakin teruk akibat gagal mendapatkan rawatan segera.

Menurutnya, kira-kira RM60 diperlukan untuk membeli lampin pakai buang dan jumlahnya bergantung kepada penggunaan.

"Saya memang tidak setuju dia mahu berhenti sekolah tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana itu atas kehendak dia sendiri," katanya.

Sinar Harian

Anggota polis kena penjara 54 bulan

Posted: 10 May 2012 08:52 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang anggota polis dihukum penjara 24 dan 30 bulan serta denda keseluruhan RM25,000 setelah disabitkan bersalah di akhir kes perbicaraan dalam Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan terhadap tuduhan meminta dan menerima rasuah.

Tertuduh, Adli Ismail, 37 dari Kem UKK, Sungai Kerpan, Lipis didapati bersalah meminta dan menerima RM1,200 sebagai dorongan untuk mengubah keputusan ujian saringan air kencing seorang lelaki dan wanita yang dikatakan positif dadah Methamphetamine.

Hukuman penjara yang diputuskan Hakim Fathiyah Idris bagaimanapun berjalan serentak bermula dari tarikh dia disabitkan, semalam.

Anggota dari cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis ini turut berdepan hukuman penjara 25 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang ditetapkan.

Tertuduh melalui peguamnya bagaimanapun memohon penangguhan hukuman secara lisan sementara memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Tinggi.

Dalam alasannya, tertuduh memberitahu mahkamah masa depan dan persekolahan anak-anaknya akan terganggu sekiranya dia ditahan dipenjara sehingga rayuannya selesai memandangkan isterinya tidak bekerja.

Fathiyah membenarkan permohonan tertuduh itu bagaimanapun penangguhan hanya melibatkan hukuman penjara dan bukan denda.

Penangguhan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari notis rayuan dikemukakan namun jaminan ke atas tertuduh dinaikkan kepada RM15,000 dengan dua orang penjamin.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wan Ahmad Nidzam Wan Omer, tertuduh yang sudah 16 tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa meminta suapan daripada pengadu ketika berada di lokap Mahkamah Kuala Lipis antara jam 8-10 pagi, 2 Jun 2010.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang paling tinggi.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM kerana menerima suapan daripada pengadu ketika berada di Felda Chegar Perah, Lipis kira-kira jam 7 petang 8 Jun 2010.

Bagi tuduhan itu, tertuduh turut berdepan dengan hukuman yang sama.

Tertuduh yang ditahan pada 8 Jun 2010 dihadapkan ke mahkamah dalam sebutan kali pertama kesnya pada 1 Disember 2012 sebelum disabitkan bersalah semalam.

Tertuduh (tunduk) yang diiringi pegawai SPRM cuba mengelak wajah dirakam jurugambar yang menunggu di luar kamar Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini, semalam.

Sinar Harian

Cedera ditimpa siling

Posted: 10 May 2012 08:42 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

CHEMOR, Ipoh - Hujan lebat diiringi ribut kuat menyebabkan 22 rumah rosak dalam kejadian di Kampung Ulu Kuang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, tujuh daripada rumah di situ mengalami kerosakan teruk kerana bumbung diterbangkan angin termasuk ada yang dihempap pokok dalam kejadian yang berlaku dalam tempoh satu jam itu.

Seorang warga emas, Mustapha Dahalan, 67, kurang bernasib baik apabila kepalanya cedera ditimpa siling dapur selepas bumbung rumahnya dihempap tiga pokok.

Abang mangsa, Salleh Dahalan, 73, ketika ditemui sempat menceritakan pengalaman yang menimpa keluarganya itu.

Menurutnya, sewaktu kejadian, dia yang berada di hadapan rumah melihat gulungan angin muncul menumbangkan pokok di sekitar kawasan rumah adiknya.

"Selepas melihat gulungan angin itu, saya ke bahagian dapur dan melihat adik (Mustapha) sedang menutup tingkap dapur sebelum bunyi dentuman kuat menimpa bumbung.

"Adik saya yang berada di dapur tidak sempat menyelamatkan diri, dia cedera selepas siling menimpa kepalanya," katanya yang bercuti di rumah adiknya sejak Selasa lalu.

Katanya, ketika kejadian seramai 11 ahli keluarga berada dalam rumah berkenaan termasuk warga emas dan kanak-kanak.

Sementara itu, Adun Hulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim berkata, sejurus menerima berita kejadian itu, sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Ipoh dan Sungai Siput tampil membantu.

"Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut memotong sementara bekalan elektrik di kawasan terbabit demi keselamatan penduduk setempat," katanya yang dijangka akan memberi bantuan kepada mangsa dalam tempoh terdekat.

Sinar Harian

Polis jejak geng nakal

Posted: 10 May 2012 08:38 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH - Polis masih giat menjalankan siasatan bagi menjejaki sekumpulan remaja nakal yang bertindak memecahkan cermin beberapa kereta di kawasan perumahan sekitar Pengkalan baru-baru ini.

Kumpulan yang terdiri antara tujuh hingga lapan remaja liar itu bergerak aktif terutamanya pada waktu malam ketika penduduk sedang beristirahat di rumah masing-masing.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya yakin perbuatan khianat yang berlaku sejak dua minggu lalu itu bukan didalangi mat rempit atau bermotifkan dendam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kegiatan itu dilakukan tanpa sebarang niat jenayah dan sekadar hanya untuk 'suka-suka'.

"Setakat ini, polis mendapati kes pecah kereta menggunakan batu bata ini berlaku di Taman Desa Pakatan, Taman Pinji Mewah dan Taman Pengkalan Jaya, Pengkalan, di sini.

"Kebanyakan kereta hanya dipecahkan bahagian cermin manakala barang berharga di dalam kereta itu langsung tidak diusik penjenayah," katanya.

Beliau berkata, rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan perumahan itu turut dipertingkatkan bagi mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku.

"Orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian tersebut diminta menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh atau menghubungi talian Rakan Cop untuk memudahkan kami memberkas kumpulan remaja 'nakal' terbabit," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan pemilik lapan kereta berputih mata apabila mereka kerugian ratusan ringgit selepas cermin kereta mereka dipecahkan menggunakan batu bata oleh kumpulan berkenaan.

Sinar Harian

Enam masjid dilengkapi CCTV

Posted: 10 May 2012 08:30 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BESUT - Sebanyak enam masjid di Besut dilengkapi dengan kemudahan kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan pemantaun dan keselamatan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Ibrahim Mohamad berkata, setakat ini enam masjid diberi keutamaan termasuk Masjid Hadhari Jertih dan Masjid Kayu Ulul Albab Sebarang Jertih.

Menurutnya, kemudahan CCTV tersebut boleh dipantau oleh jawatankuasa masjid melalui telefon mudah alih walaupun di mana berada di seluruh dunia.

"Bagaimanapun buat masa ini kesemua masjid yang dipasang akan dipantau 24 jam oleh MDB bagi memastikan keselamatan di kawasan dan dalam masjid.

"Mana-mana masjid yang memerlukan kemudahan ini oleh membuat permohonan dan pihak saya akan memohon peruntukan daripada Kerajaan Negeri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat kali pertama Jawatankuasa Mesyuarat Pimpinan Daerah (Mespida) Besut yang dipengerusikan Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Hadir sama Pegawai Daerah Besut, Ab Rahim Jusoh dan ketua-ketua jabatan kerajaan, wakil parti politik, pemimpin pertubu­han bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat.

Menurutnya, Mespida adalah salah satu inisiatif yang dilakukan Ibu Pejabat Polis (IPK) Terengganu bertindak sebagai 'Thinks Tank' bagi membincang dan mencari jalan yang sesuai dalam perancangan serta tindakan pencegahan jenayah peringkat daerah.

Sementara itu Kamaruddin berkata, Mespida yang turut dianggota Pegawai Daerah Besut, YDP MDB dan ketua-ketua jabatan berperanan mendapatkan input dari pimpinan masyarakat terhadap bentuk pencegahan jenayah.

"Usaha ini adalah bukti polis menghargai pendapat dan pandangan masyarakat dalam mencorak dan mewarnai landskap keamanan serta kesejahteraan di tempat tinggal mereka," katanya.

Sinar Harian

‘Spiderwoman’ dipenjara seminggu

Posted: 10 May 2012 08:25 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Dek kerana terlalu 'gian' pil kuda, seorang ibu beranak satu nekad memanjat tingkat tiga asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, di sini, semata-mata untuk mencuri kabel besi tembaga, awal pagi Isnin lalu.

Bagaimanapun, tindakan berani wanita yang terdesak itu, Wook @ Murniyati A Rahman, 32, dari Perumahan Kos Rendah Kampung Bukit Tunggal di sini, menerima padah setelah dijatuhi huku­man penjara selama seminggu dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman berkenaan dijatuhkan selepas surirumah sepenuh masa ini mengaku bersalah mencuri lima keping kabel besi tembaga bernilai RM100 milik SMK Bukit Besar, di sini, pada 7 Mei lalu kira-kira jam 4 pagi.

Dengan itu, Wook @ Murniyati mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hada­pan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala Wook @ Murniyati tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, Wook @ Murniyati kantoi selepas pengawal keselamatan sekolah yang sedang meronda terserempak dengannya ketika itu sedang membawa kabel besi tembaga tersebut disyaki dicuri di bangunan asrama lelaki di sekolah terbabit.

Pengawal Keselamatan berusia 38 tahun itu terus menahannya dan menyerahkan kepada polis. Satu laporan polis kemudiannya dibuat di Balai Polis Chabang Tiga.

Sebelum ini, Sinar Harian keluaran Selasa, 8 Mei menyiarkan seorang ibu beranak satu berlagak ala 'spiderwoman' apabila dia memanjat tingkat tiga bangunan asrama SMK Bukit Besar di sini dipercayai untuk mencuri tembaga wayar bumi yang dipasang di bangunan sekolah berkenaan.

Sinar Harian

Culik, paksa bekas teman wanita kahwin

Posted: 10 May 2012 08:23 PM PDT

19 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

AYER KEROH - Seorang penganggur dan rakannya dituduh di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana menculik dan memaksa bekas teman wanita berkahwin, awal bulan ini.

Tertuduh, P Sethupathi, 24, dan sahabatnya M P Namasivayam, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret, Ida Rahayu Syarif.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dari Taman Cheng Jaya, dekat sini, didakwa menculik atau melarikan R Padmah, 22, bagi memaksa dia berkahwin di tepi Hotel Casa Del Rio, Jalan Kota Laksamana, jam 7.20 pagi pada 1 Mei 2012.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang mempe­runtukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM5,000 terhadap setiap tertuduh.

Bagaimanapun, kedua-duanya memohon jaminan dikurangkan sebelum Ida Rahayu membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 setiap seorang selain menetapkan 19 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam.

Dalam prosiding berbeza di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, Sethupathi turut didakwa bersama tiga rakan yang dituduh dan seorang masih bebas didapati melakukan rompakan berkumpulan, dua tahun lalu.

Tertuduh didakwa merompak harta milik R Puganeswaran, 20, iaitu wang tunai RM1,500 dan sebuah telefon bimbit jenis Sony Ericson di tepi jalan berhampiran Hentian Teksi Melaka Sentral, kira-kira jam 10.10 malam pada 28 Disember 2010.

Dia dituduh mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 395 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Mahmoodah Abdul Latiff yang mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM15,000 terhadap tertuduh dan memohon tertuduh dibicarakan bersama tiga rakan lain.

Namun, tertuduh merayu wang jaminan­ dikurangkan dengan alasan dia tidak mempunyai ibu bapa dan dijaga oleh seorang nenek saudara selain hanya dia seorang yang membantu neneknya itu.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, hakim, Abu Bakar Katar membenarkan Sethupathi diikat jamin sebanyak RM6,000 dan menetapkan tarikh bicara pada 5 Julai depan bersama rakan-rakannya.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Nuffnang