Isnin, 7 Mei 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Kerajaan Selangor Sediakan RM100 Bantuan Taska Pada Keluarga Miskin

Posted: 06 May 2012 11:05 PM PDT


321 views
SHAH ALAM 7 MEI : Bagi berjuta-juta ibu seperti perkerja kantin Umi Kalsum Harun, tekanan kos hidup yang semakin meningkat menjadi kekuatiran yang terpaksa dihadapi setiap bulan dengan suami.

Akan tetapi beban mereka diringankan apabila mereka dipilih untuk menyertai program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Sikembar) Kerajaan Selangor.

Umi Kalsum, 36, adalah antara peserta pertama ke dalam program Sikembar yang memperuntukan RM100 bagi menghantar seorang anak ke Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Suami bekerja di kilang. Kami mempunyai tiga orang anak. Gaji kami tidak banyak dan dalam masa yang sama kami sibuk bekerja jadi memang akan menghantar anak ke taska.

"Jadi bantuan ini sekurang-kurangnya meringankan beban perbelanjaan yang kami tanggung," katanya yang merupakan ibu kepada Mohd Izuan Shafiq, sembilan bulan yang menerima bantuan itu.

Setiap kanak-kanak dari keluarga yang layak akan menerima RM100 setiap bulan untuk kos menghantar anak ke Taska. Duit itu akan dibayar terus kepada Taska yang terbabit di dalam program itu di Selangor. 

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata sebanyak RM3 juta diperuntukkan untuk bantuan itu bagi tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri menyasarkan seramai 2,500 anak-anak akan menerima manfaat itu untuk tahun pertama.

"Kerajaan negeri dengan kerjasama JKM sedang giat mengenal pasti tempat penjagaan sama ada berbentuk di rumah atau institusi yang berdaftar.

"Kami akan mengemas kini lesen mereka bagi mengenal pasti taska yang layak menyertai program ini

"Dalam masa yang sama taska terbabit dapat menambah pendapatan mereka sekiranya ramai anak-anak yang mendapat bantuan ini untuk dihantar ke taska itu," katanya selepas Majlis Pelancaran program itu di sini semalam.

Tambah Rodziah, bantuan itu diberikan kepada tiga kategori iaitu ibubapa yang berpendapatan rendah, ibu tunggal dan bapa tunggal yang bekerja.

"Bagi pendapatan rendah, ia melibatkan RM1,500 ke bawah yang menanggung satu hingga tiga orang anak, RM2,500 ke bawah yang menanggung empat hingga lima orang anak serta RM3,000 ke bawah yang menanggung anak melebihi enam orang," katanya.

Setiap keluarga terhad kepada dua orang anak yang berumur bawah 4 tahun 11 bulan.

Setakat ini, sebanyak 25,000 keluarga dikenal pasti layak menerima skim bantuan itu.

Diharapkan program bantuan itu dapat menolong mengeluarkan keluarga dari paras kemiskinan.

seorang lagi penerima, Abadi Mohd Said, 30, berkata beliau bersyukur menjadi rakyat Selangor kerana kerajaan negeri menyediakan banyak bantuan bagi meringankan bebannya.
Walaupun anaknya, Muhammad Adam Haikal, lima bulan, merupakan anak pertama, tetapi beban kewangan yang ditanggung beliau dan isteri juga dirasai berikutan kos hidup yang semakin tinggi.

"Dengan adanya bantuan ini sedikit sebanyak membantu keluarga saya," kata pembantu tadbir itu ketika ditemui.



Isu Azmin: Adun Sri Muda "nasihati" Khalid jangan diam saja

Posted: 05 May 2012 11:19 PM PDT


 

pada 06-05-2012 10:05



Post Pic

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali lagi ditegur oleh pimpinan PKR kerana tidak mempertahankan Azmin Ali bersabit penyebaran gambar lucah yang dikaitkan kepada Ahli Parlimen Gombak itu.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie berkata tindakan Khalid itu membelakangi prinsip kebersamaan parti.


"Saya melihat tindakan itu secara jujurnya adalah tindakan yang amat tidak wajar untuk ditunjukkan oleh seorang yang berkedudukan di dalam kerajaan dan juga di peringkat parti," kata Shuhaimi.


"Tak kira siapa pun, bukan Tan Sri Khalid (sahaja), mana-mana pemimpin pun, kita tak boleh menunjukkan semangat (sikap) : Itu masalah kau, bukan masalah aku," kata beliau kepada AntaraPos.com.


Kelmarin Khalid dibidas oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kerana enggan membuat sebarang ulasan terhadap isu Azmin sungguhpun pemimpin PKR lain tampil mempertahankan Adun Bukit Antarabangsa itu.


Susulan teguran Zuraida itu, Khalid ditanya sekali lagi mengenai isu Azmin. Kali ini Menteri Besar itu hanya gelak kecil dan berkata beliau bersetuju dengan tindakan Azmin tetapi enggan mengulas lanjut.


Permusuhan politik antara Azmin dan Khalid menyerlah pada Jun 2010 yang menyaksikan Khalid "dipaksa" menyerahkan jawatannya sebagai Ketua PKR Selangor kepada Azmin.


Pertukaran itu dibuat berikutan rungutan Ahli Parlimen dan ADUN PKR bahawa Khalid membelakangkan pendirian dan keputusan parti dalam mentadbir Selangor.


Pada tahun sama, Khalid mengambil keputusan untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR sebelum dipujuk untuk menarik diri.


Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda berkata walaupun Khalid mungkin tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kemelut Azmin, namun itu bukan alasan untuk beliau tidak menunjukkan solidariti bersama parti.


"Kita di peringkat kepimpinan parti… solidariti itu penting. Dalam parti ini, ada satu prinsip yang dipanggil prinsip kebersamaan (iaitu) mesti dilihat selari pendirian dengan semua pimpinan.


Justeru, kata Shuhaimi, Khalid tidak boleh menjadikan sebarang perbezaan beliau dengan Azmin untuk menjauhkan dirinya daripada memberi sokongan padu yang dituntut oleh parti.


"Jika kita mempunyai pandangan yang berbeza yang tidak selari dengan kepimpinan, kita boleh mengutarakan dlm mesyuarat. Kita ingin tekankan bahawa kebersamaan di dalam mengeluarkan pendapat itu penting," tegas Shuhaimi.


"Pendirian parti dan pendirian peribadi tak sama. Tapi untuk kes-kes sebesar fitnah ini, kebersamaan yang ditunjukkan amat penting utk mengelakkan masyarakat daripada mempunyai persepsi yang salah.


Shuhaimi berkata "nasihat" beliau bukan ditujukan kepada Khalid sahaja tetapi kepada semua kepimpinan supaya mereka dilihat senada di dalam isu-isu yang melibatkan hak individu pemimpin.
 
Cubaan AntaraPos.com menghubungi Setiausaha Politik dan akhbar Menteri Besar Selangor bagaimanapun gagal apabila kedua-dua orang kanan Khalid itu tidak menjawab panggilan telefon bagi menjawab hujah Ketua Penerangan PKR itu.

Tiada ulasan:

Nuffnang