Isnin, 7 Mei 2012

.

.


Jangan Sempitkan Fatwa Melibatkan Demonstrasi Sahaja Tapi Juga Melibatkan Kepincangan Pilihanraya Yang Menjadi Tujuan Kepada Demonstrasi

Posted: 06 May 2012 06:26 PM PDT

  
tn_haruntaib_06Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diseru tidak mengeluarkan pandangan melibatkan demonstrasi sahaja tetapi mestilah juga mengeluarkan pandangan melibatkan kepincangan pilihanraya yang menjadi sebab kepada berlakunya demonstrasi. Demikian ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Tuan Guru Dato' Hj Harun Taib, mengulas pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berhubung demonstrasi BERSIH 3.0 hari ini.

"Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar yang dituntut oleh Islam. Demonstrasi BERSIH 3.0 bertujuan menuntut 8 perkara melibatkan penambahbaikan pilihanraya negara yang dilihat pincang. Ia merupakan sebahagian tugas Amr Ma'ruf Nahi Mungkar yang mesti dilaksanakan oleh rakyat terutamanya umat Islam. Tanpa sebarang provokosi daripada pihak tertentu demonstrasi aman tidak akan mencetuskan huru-hara."

dr.khairuddin02Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali pula menegaskan, "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diminta jangan menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang berlaku sahaja tetapi perlu mengeluarkan pandangan terhadap kepincangan pengurusan kewangan negara, amalan rasuah yang berleluasa, pengkhianatan pemberian ic kepada bukan warganegara, pemberian warganegara dengan tujuan politik jahat, rasuah politik kepada pengundi, pengunaan dana kerajaan oleh parti yang bertanding dalam pilihanraya dan kepincangan pengurusan pilihanraya. Dengan itu, Jawatankuasa Fatwa akan dilihat berwibawa dan tidak menjadi alat pemerintah semata-mata, malah menjadi suara Amar Ma'ruf Nahi Mungkar mewakili rakyat."

Source: http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=485:jangan-sempitkan-fatwa-melibatkan-demonstrasi-sahaja-tapi-juga-melibatkan-kepincangan-pilihanraya-yang-menjadi-tujuan-kepada-demonstrasi&catid=17&Itemid=19

Tiada ulasan:

Nuffnang