Isnin, 7 Mei 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Taman Ular Sawa Ulu Bendol, masih ada lagi kah?

Posted: 06 May 2012 09:41 PM PDT


Ada sesiapa tahu status terkini Taman Ular Sawa di Ulu Bendol? Kerajaan Negeri Sembilan membelanjakan RM 400,000 untuk membeli 29 ekor ular sawa untuk dijadikan tarikan pelancong di Taman Ular Sawa. Tapi majoriti ular ini mati setelah 8 bulan taman ini dibuka pada tahun 2008.

Pythons at park dying off
The STAR

4 Ogos 2008. MOST of the snakes at the python farm in the Ulu Bendul Recreation Park near Seremban have died, barely eight months after the farm was opened, reported Sin Chew Daily.

Unaccustomed to the climate, the imported pythons, including the huge South American python, began to die months ago. Now, the farm has only several local snakes.

A reporter found that five of the eight snake cages in the farm were under renovation while the others contained only a python each.

The RM1mil Taman Ular Sawa, on a 1.6ha land in Jalan Kuala Pilah, was mooted by Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan to boost tourism. It was said to be the first python theme park in the world.

The state government spent RM400,000 to buy 29 pythons.


JANJI DITEPATI?

Posted: 06 May 2012 09:41 PM PDT


Mana kemudahan dijanjikan?
7 Mei 2012

JASIN - "Kami memerlukan dewan serbaguna dan surau bagi menjalankan pelbagai aktiviti seperti kawasan lain." Itulah yang disuarakan lebih 2,000 penduduk di Taman Asia Selatan, Ayer Merbau di sini, apabila kawasan mereka tiada kemudahan berkenaan walaupun sudah dijanjikan oleh pelbagai pihak.

Pengerusi persatuan, Hamdan Dollah, 56, berkata, sejak mereka mendiami kawasan itu lebih tiga tahun lalu, pihak pemaju hanya menyediakan tanah seluas lebih kurang satu hektar bagi tapak pembinaan surau dan dewan yang terletak di Jalan Satu Taman Asia Selatan.

Menurutnya, sebelum ini, terdapat pihak berjanji untuk membina kemudahan terbabit yang dianggarkan bernilai RM100,00 termasuk ketika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Merlimau lalu, namun sehingga kini belum ada kerja-kerja pembinaan dilakukan.

"Kini kawasan itu sudah terbiar dan dipenuhi semak samun selain menjadi tempat pembiakan binatang berbisa," katanya.

Hamdan berkata, pada PRK lalu, pihak Majlis Agama Islam Melaka turun padang ke lokasi berkenaan dan memberi maklum balas kemudahan seperti surau akan dibina tidak lama lagi, namun setelah lebih setahun berlalu tanah itu masih terbiar.

"Saya serba salah apabila penduduk sering bertanya bila pihak berkenaan nak membina kemudahan itu memandangkan di taman ini tidak ada tempat ataupun bangunan khas untuk kami menjalankan program.

"Oleh itu, diharap pihak berkenaan dapat mengotakan janji demi kebaikan penduduk di taman ini memandangkan kemudahan itu menjadi satu keperluan kepada kami lebih-lebih lagi jumlah penduduk semakin bertambah," katanya.

Katanya, disebabkan ketiadaan surau juga, penduduk terpaksa bersolat jemaah di masjid yang terletak luar dari taman itu di mana jaraknya lebih 1 kilometer termasuk menjadikan rumahnya sebagai tempat untuk aktiviti keagamaan seperti bacaan Yasin setiap minggu.

"Kerana tiada dewan dan surau, rumah saya menjadi tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti, namun ruang terhad menyebabkan tidak ramai penduduk yang dapat turut serta dan ianya kurang selesa.

"Setakat ini, setiap minggu kaum wanita akan berkumpul di rumah saya untuk membaca Yasin," katanya.

Masjid-masjid di Malaysia perlu mesra OKU

Posted: 06 May 2012 07:13 PM PDT


Kepada mana-mana sahabat yang ada maklumat serta gambar masjid-masjid di Malaysia yang mesra OKU harap dapat kongsi bersama agar kita dapat bersama memberi kesedaran kepada umum betapa perlunya masjid sedia ada dan baru di Malaysia ini perlu mesra OKU. Jika di Britain mereka ada skim khas untuk menaiktaraf gereja supaya mesra OKU, takkan kita di Malaysia tidak boleh buat untuk masjid-masjid kita ?

CHURCH USES £5K GRANT FOR DISABLED ACCESS

A Croydon Baptist church is now more accessible thanks to a £5,000 grant.

New Addington Baptist Church, on Arnhem Drive, was awarded the funding by the Veolia environmental Trust through the Lanfills Communities Fund, with the cash used to contribute to the installation of a new pathway.

The work, now completed, cost in the region of £17,000 and will enable wheelchair users and those with disabilities to access the church and community facilities safely and easily.

DUA MASJID BARU MESRA OKU

DUA masjid baru akan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang mesra OKU untuk membuat lebih mudah untuk individu keperluan khas untuk menunaikan solat mereka.

Menteri Hal Ehwal Ugama semalam memeriksa kemajuan ke atas pembinaan kedua-dua masjid di Mukim Kilanas, Jln Bebatik Kilanasand Kg Mulaut di Mukim Sengkurong.


MAKE BUILDINGS DISABLED FRIENDLY, SAYS SOCIAL ACTIVIST
7 May 2012

KUCHING : The relevant authorities should enforce provisions in the Buildings By-laws to accommodate the needs of the disabled persons by ensuring that they are incorporated in all new public and commercial buildings at the design stage, said Social activist Datuk Seri Ang Lai Soon.

Sumber :

Malaysia ketandusan graduan lulusan bidang Agama Islam?

Posted: 06 May 2012 06:12 PM PDT


Benarkan pengajaran J-Qaf di sekolah menengah ditangguh kerana masalah kekurangan guru dalam bidang berkenaan? Apakah Malaysia ketandusan graduan lulusan bidang Agama Islam?

Pengajaran J-Qaf di sekolah menengah ditangguh
7 Mei 2012

BATU PAHAT - Pelaksanaan pengajaran Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (J-Qaf) di sekolah menengah di seluruh negara yang dijadualkan bermula tahun depan terpaksa ditangguhkan kerana masalah kekurangan guru dalam bidang berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, masalah sama berlaku di peringkat sekolah kebangsaan apabila kementerian kekurangan kira-kira 11,000 guru J-Qaf.

"Kita perlu menyelesaikan dahulu kekurangan guru J-Qaf di sekolah kebangsaan yang menjadi keperluan mendesak sebelum melaksanakannya di sekolah menengah.

"Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan jumlah guru itu dan ia akan dibincangkan pada mesyuarat pasca Kabinet Kementerian Pelajaran minggu depan bagi mendapatkan penyelesaian," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Agama Kampung Sungai Suloh, Senggarang, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran pada Disember lalu mengumumkan pelaksanaan program perintis J-Qaf di sekolah menengah mulai pertengahan tahun ini dan pelaksanaan sepenuhnya pada 2013 di sekolah menengah seluruh negara.

Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat berkata, antara cadangan kementerian bagi meningkatkan jumlah guru J-Qaf adalah dengan melatih lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mempunyai latar belakang pendidikan agama di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Beliau berkata, kerajaan sememangnya ada mengambil guru lepasan ijazah dari Asia Barat untuk berkhidmat sebagai guru J-Qaf di negara ini, namun, jumlah itu belum mencukupi bagi menampung keperluan ketika ini.

Mohd. Puad berkata, Kementerian Pelajaran juga merancang mewujudkan jawatan Guru Penolong Kanan Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan bagi memantau dan memperkukuhkan subjek Pendidikan Islam.

Menurutnya, perkara itu turut disuarakan Kesatuan Guru-guru Agama Kebangsaan semasa Konvensyen Pendidikan Islam peringkat kebangsaan tahun lalu dan mungkin terlebih dahulu dilaksanakan di sekolah yang mempunyai Kelas Aliran Agama.

Bagaimanapun, katanya, cadangan tersebut perlu mendapat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam dan mengambil kira faktor kewangan sebelum dapat dilaksanakan.

Jururawat Malaysia ramai menganggur, jururawat asing diutamakan

Posted: 06 May 2012 06:12 PM PDT


'Hire local nursing grads'
07 May 2012

FAIR CHANCE: Health Ministry urges private hospitals to employ experienced locally-trained nurses

THE Health Ministry has called on private hospitals to recruit experienced locally-trained nurses rather than hire foreign ones  to reach the targeted nurse-patient ratio by 2015.

Deputy Health Minister Datuk Rosnah Rashid Shirlin said the current nurse-patient ratio was 1:347 and the target was to achieve 1:200 by 2015, as set by the World Health Organisation.

"We are doing our best to ensure that. I'm confident we can achieve that. Private hospitals should also take part in this initiative by recruiting local nursing graduates."

Rosnah said private hospitals had hired 8,052 foreign nurses.

"We should give fresh graduates a chance. Why can't private hospitals take them in?"

She said the ministry trained 5,000 nurses annually.

"We (the ministry) are doing our part very well. We are not against foreign nurses. We have 916 nurses working overseas.

"I'm just saying the locals should have a fair chance to be employed locally," said Rosnah after launching the health campaign organised by the Malaysian Nurses Association here yesterday.


LEBIH 50 PERATUS GRADUAN KEJURURAWATAN MENGANGGUR

Graduan kolej jururawat menganggur

SAYA bekas pelajar Diploma Kejururawatan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Pantai Timur. Masalahnya, sudah setahun lebih saya dan rakan menganggur.

Sebelum ini, kami difahamkan negara memerlukan lebih ramai jururawat untuk ditempatkan di hospital. Sehingga kini masih ramai bekas pelajar jururawat IPTS menganggur. Persoalannya, adakah jawatan jururawat sudah mencukupi? Kalau masih ada kekosongan, mengapa ramai belum diambil bekerja? Dengan lambakan kolej swasta yang menawarkan kursus kejururawatan, kami seolah-olah dipinggirkan. Adakah pihak berkenaan mengkaji kuota pelajar jururawat yang semakin bertambah?

Kami juga kesal kerana kolej kami tidak membantu dan hanya ingin mengaut keuntungan. Ada yang menerima surat menyatakan mereka perlu menjelaskan pinjaman sedangkan kami belum bekerja.

GRADUAN KECEWA,
Kuala Terengganu.

JEYAKUMAR : KEMENTERIAN KESIHATAN MESTI BERTANGGUNG-JAWAB
By Aliran, on 1 December 2011

Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011.

Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada takat ini akan mendapat kerja. Jawapan pada saya bertarikh 14 November 2011 dinyatakan bahawa hanya 45.5 peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus peperiksaan Lembaga Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, pasaran untuk jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian tidak mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan?


PENIPUAN DI KOLEJ JURURAWAT

Difahamkan, 61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010, 7665 graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan Lembaga Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus peperiksaan tersebut berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa kualiti pendidikan di beberapa kolej kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar kejururawatan yang graduat pada tahun 2010 berjaya dapat kerja di hospital dan klinik.



Pengurus terkejut terima bil elektrik RM8,000

Posted: 06 May 2012 06:10 PM PDT


7 Mei 2012 KUALA LUMPUR – Seorang penduduk di Pandan Indah di sini meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat kiraan semula terhadap bil elektrik rumahnya bagi bulan Mac lalu yang mencecah jumlah RM8,241.55.

Penduduk berkenaan, David Chan, 51, mendakwa, pada 17 Januari lalu, dia menerima bil elektrik termasuk tunggakan yang berjumlah RM2,226.25.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila jumlah tersebut meningkat sehingga mencecah RM8,241.55 apabila menerima satu lagi bil kira-kira dua bulan kemudian.

"Mustahil bil elektrik tersebut bertambah lebih daripada RM6,000 dalam tempoh dua bulan sahaja.

"Tambahan pula saya hanya tinggal di rumah biasa bukannya kedai dan tidak mungkin kadar elektrik saya melambung tinggi," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Nuffnang