Mohamad Taufek Abd Ghani |
- 32 anggota polis serbu rumah Chegu Bard serah waran hadir mahkamah esok
- Baju Bersih 3.0 koyak disentap siak dalam masjid
- CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
32 anggota polis serbu rumah Chegu Bard serah waran hadir mahkamah esok Posted: 21 May 2012 05:39 PM PDT 32 anggota polis serbu rumah Chegu Bard serah waran hadir mahkamah esok SEREMBAN 21 Mei 2012 : Rumah Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin dekat sini diserbu tujuh kenderaan polis kira-kira jam 2.20 petang tadi. Menurutnya, seramai 32 anggota polis beruniform terbabit memberi writ perintah ke mahkamah berhubung penglibatan beliua dalam perhimpunan Bersih 3.0 bulan lalu. "Mereka bawa surat arahan dan minta saya tandatangan surat perakuan untuk ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada pukul 9.00 pagi esok," katanya yang lebih dikenali Chegu Bard. Tambah Chegu Bard, beliau turut menerima dua surat pertuduhan, iaitu kesalahan menghasut peserta perhimpunan Bersih 3.0 di bawah Seksyen 188 yang dibaca bersama Seksyen 109 dan 34 di bawah Akta 574 Kanun Keseksaan. "Manakala yang kedua adalah tuduhan melanggar perintah mahkamah melarang masuk Dataran Merdeka, di bawah Seksyen 42c dan 4(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 (736)," jelas beliau lagi. "Bilangan polis yang begitu ramai seolah-olah ingin menakutkan saya dan penduduk di kawasan sekitar. "Mereka juga datang bersama jurukamera dan rakam video dan gambar di dalam rumah, mungkin sebagai bukti saya terima dan faham isi surat yang diberi," katanya dihubungi Keadilan Daily. Pada 15 Mei lalu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan 1959, kerana dituduh melanggar arahan pihak berkuasa semasa perhimpunan itu. |
Baju Bersih 3.0 koyak disentap siak dalam masjid Posted: 21 May 2012 06:52 AM PDT Baju Bersih 3.0 koyak disentap siak dalam masjid 21 Mei 2012 NILAI: Berang dengan tindakan seorang jemaah yang memakai baju Bersih 3.0, seorang siak di sebuah masjid di Kampung Jijan di sini didakwa bertindak menyentap baju pemuda tersebut hingga koyak. Kejadian berlaku malam tadi ketika pemuda terbabit sedang bersalam-salaman dengan jemaah lain sejurus selesai solat Maghrib berjemaah di Masjid Masjid Saidina Abu Bakar di sini. "Tiba-tiba tok siak tersebut telah meluru kepada pemuda yang memakai baju Bersih dan menyentap bajunya dari belakang sehingga terkoyak. "Jemaah yang lain menegur beliau supaya menghormati masjid tetapi dia buat tak peduli," cerita seorang saksi yang mengirim emel kepada Harakahdaily. Menurut saksi itu lagi, kejadian semalam merupakan kemuncak kepada kemarahan siak tersebut yang sebelum ini pernah menghalau pemuda sama dari bersolat di masjid berkenaan gara-gara memakai baju Bersih itu. Kejadian kali pertama itu didakwa berlaku pada 14 April lalu iaitu sebelum himpunan besar-besaran Duduk Bantah Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April. Ketika itu pemuda dengan berbaju Bersih itu hadir dan bersiap sedia untuk solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan. Namun tidak semena-mena, siak tersebut meninggikan suara dan menghalau keluar pemuda tersebut dan tidak membenarkan beliau bersolat jemaah di masjid berkenaan. "Ahli-ahli jemaah yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain dan mengeleng-ngelengkan kepala. "Sebelum ini, siak tersebut sangat disenangi dan disegani oleh para jemaah kerana komitmen yang ditunjukkan dalam menyelenggarakan hal-hal masjid sangat baik, tetapi kesan daripada kejadian tersebut kepercayaan kepada beliau tergugat," kata saksi itu lagi. Lantas saksi itu menimbulkan persoalan termasuk adakah siak tersebut menerima arahan supaya tidak membenarkan orang memakai baju Bersih bersembahyang di masjid tersebut. Atau juga siak tersebut mendapat 'fatwa' yang menyatakan memakai baju Bersih tidak sah sembahyang di masjid. |
Posted: 21 May 2012 06:30 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan