Isnin, 14 Mei 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Yang untung orang Cina, yang rugi orang Melayu

Posted: 13 May 2012 07:27 PM PDT


Macamana orang Melayu nak maju kalau pemimpin Melayu bersikap begini. Ambil contoh mudah, Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR di N.Sembilan tidak boleh menggunakan kemudahan awam seperti Dewan, Pusat Dakwah, Stadium untuk mengadakan ceramah atau mesyuarat. PAS dan PKR di N.Sembilan tiada pilihan, akhirnya menyewa premis dan dewan milik orang Cina. Yang untung orang Cina, yang rugi orang Melayu juga, akibat sikap pemimpin Melayu seperti di bawah ini.

Tarik lesen jika berniaga di ceramah pembangkang
14 Mei 2012

KUALA KLAWANG, Negeri Sembilan - Amaran keras akan diberikan termasuk menarik lesen berniaga sekiranya peniaga tertangkap ketika berniaga di ceramah pembangkang dengan menggunakan kemudahan yang diberi kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan, Datuk Yunus Rahmat berkata, pihaknya menerima aduan bahawa ada peniaga yang berniaga di tapak ceramah anjuran pembangkang di sekitar daerah ini.

"Kita tidak menghalang mereka berniaga tetapi yang menyedihkan mereka menggunakan kemudahan dan peralatan diberikan kerajaan.

"Baru-baru ini, kami berjaya mengesan ada peniaga berniaga menggunakan payung Fama di Kampung Bukit Serambai ketika ceramah Pas diadakan di sana," katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke Pasar Tani Kuala Klawang, awal pagi, semalam.

Hadir sama, Pengarah Fama Negeri Sembilan, Abdul Rahman Sulaiman; Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusof dan Timbalan Pengarah Fama Negeri, Siti Nurul Haida Ibrahim.

Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klawang berkata, beliau mengarahkan pegawai Fama daerah agar memantau kegiatan peniaga di tapak ceramah pembangkang.

"Pegawai Fama perlu melaporkan kepada saya sekiranya terdapat peniaga berniaga menggunakan peralatan yang mempunyai label jabatan kerajaan.

"Kita memahami situasi peniaga yang mahu mencari rezeki dan kita tahu tidak semua peniaga itu menyokong pembangkang. Mereka hanya mengambil peluang berniaga sekiranya dipelawa pembangkang dan ia menjadi tempat mereka mencari rezeki," katanya.

Beliau berkata, malah ada peniaga yang tidak berlesen, namun dijemput pembangkang untuk berniaga dan ini menjadi masalah.

"Selain itu, wang hasil berniaga itu akan diserahkan kepada pembangkang sebanyak 30 peratus dan ini secara tidak langsung mereka menyokong pembangkang," katanya.

Yunus berkata, selain lesen perniagaan ditarik semula, peniaga yang tertangkap juga perlu memulangkan semula kemudahan diberikan jabatan kerajaan terbabit.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya menyumbangkan payung niaga kepada tujuh peniaga di tapak pasar tani itu.

Katanya, pihaknya mengenal pasti 10 peniaga yang tidak memiliki payung untuk berniaga.

"Kita menyerahkan kepada tujuh peniaga. Manakala tiga lagi tidak hadir pada hari ini.

"Setiap payung berkenaan bernilai RM150 dan ini adalah sumbangan Fama kepada peniaga yang kurang berkemampuan," katanya.

Jom Belajar Bahasa Mandarin di Kompleks As-Sa’adah

Posted: 13 May 2012 06:47 PM PDT


Kelas Bahasa Mandarin Bersiri
Setiap hari Sabtu dan Ahad
Masa : 9 pg – 11 pg
Tempat : Komplek As-Sa'adah , Seremban
Yuran : RM 30 sebulan
Pendaftaran : RM10
Sila hubungi : 06-7628835/ 012-3553047

Alamat :
Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Negeri Sembilan
Kompleks As-Sa'adah
Jalan Mufti Ahmad
Lot 5417, Rahang Square
70100 Seremban
Negeri Sembilan
No tel : 06-7628835/ 012-3553047

PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa

Posted: 13 May 2012 05:40 PM PDT


KUALA LUMPUR, 13 Mei 2012 : PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.

"PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu.

"Jadi PAS tangguh muktamar ke satu tarikh lain dan akan adakan ijtima' dan munajat perdana untuk perkasakan jentera dan ahli di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat parti, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar akan menjadi pengarah bagi ijtima' yang dijangka dihadiri lebih 100,000 ahli parti itu.

"Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

"PAS tak akan sediakan bas untuk ke sana tapi semua atas usaha ahli sendiri tapi kita yakin kehadiran lebih 100,000," katanya.

Sementara itu, Ustaz Hadi juga memaklumkan seratus peratus nama calon dari setiap negeri sudah dihantar ke Jawatankuasa Pusat dan diluluskan Majlis Syura.

"Jawatankuasa Pusat memberi kepercayaan kepada Dewan Harian PAS Pusat untuk meneliti semua calon yang dikemukakan kepada pusat dan diluluskan Majlis Syura," katanya.

Tambah beliau juga, isu pertindihan kerusi dengan PKR dan DAP akan diselesaikan oleh Jawatankuasa Bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Itu akan diselesaikan oleh jawatankuasa bersama dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Turut bersama pada sidang media ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu,  Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, serta Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Tiada ulasan:

Nuffnang