Anwar Ibrahim |
Pakatan Hanya Tawar Satu Manifesto Posted: 14 May 2012 04:01 AM PDT Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan hanya menggunakan satu manifesto sebagai tawaran mereka dalam pilihan raya umum akan datang. Bagaimanapun, kerajaan yang ditadbir Pakatan boleh menambah perkara tertentu dalam manifesto berkenaan di peringkat negeri masing-masing. “Walaupun negeri-negeri boleh tambah mengenai isu negeri, Pakatan Rakyat hanya ada satu manifesto,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat majlis pimpinan gabungan parti itu di Petaling Jaya hari ini. Mengulas mengenai pembahagian kerusi Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata kebanyakannya sudah dibereskan. Katanya agihan kerusi itu dijangka siap dalam tempoh kurang seminggu, namun pembahagian kerusi di Sabah dan Sarawak masih memerlukan lagi perbicangan. |
Meja Bulat Sokong Tuntutan BERSIH 3.0, Wacana Najib-Anwar Posted: 13 May 2012 09:49 PM PDT Sidang meja bulat ‘BERSIH 3.0 dan Masa Depan Malaysia’ berakhir dengan resolusi termasuk menyokong penuh lapan tuntutan BERSIH 3.0 dan wacana terbuka di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13. Sidang meja bulat yang dianjurkan oleh Institut Forum Siswa (i-FORSIS) kelmarin menghasilkan sebelas resolusi bagi meningkatan kesedaran dan penyertaan mahasiswa dalam agenda pembangunan masa depan negara serta menentukan halatuju dan jalan penyelesaian alternatif terhadap sesuatu masalah atau isu yang berlaku. Dalam satu kenyataan semalam, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Akram Ikrami Taib Azamudden menegaskan mengenai keperluan berkongsi platform serta membina kefahaman di kalangan aktivis gerakan mahasiswa berhubung isu-isu penting dalam negara. Katanya, dalam resolusi yang diluluskan dalam sidang meja bulat itu, pimpinan gerakan mahasiswa, menuntut dan mencadangkan kepada pihak yang berkenaan, supaya: Menghidupkan dan menyuburkan semula 'Speaker Corner', dialog bebas dan program baktisiswa bagi meningkatkan nilai idealisme dan aktivisme mahasiswa serta partisipasi dalam menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat. Meneruskan kebersamaan gerakan mahasiswa untuk mengadakan perbincangan bagi mencari kata sepakat dan jalan penyelesaian terhadap pelbagai masalah dan isu yang melanda rakyat Malaysia dan umat Islam. Memberi dan meningkatkan kesedaran mahasiswa tentang tanggungjawab sebagai pembela masyarakat dan jurubicara ummah. Menyokong penuh lapan (8) tuntutan BERSIH 3.0 dan menuntut pihak SPR dan kerajaan melaksanakannya sebelum diadakan Pilihanraya Umum ke-13. Kesepakatan atas agenda Islam mestilah diutamakan melebihi sentimen politik kepartian. Memberi fokus kepada pembangunan jati diri Islam kepada mahasiswa. Menyeru gerakan mahasiswa dan mahasiswa untuk mengemukakan alternatif atau cadangan tambahan terhadap bantahan atau sokongan yang dibuat terhadap pelbagai pihak. Mengadakan wacana terbuka di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihanraya Umum ke-13. “Dengan ini kami berikrar, untuk meneruskan momentum membela dan memperjuangkan nilai-nilai kebenaran dan keadilan yang dituntut oleh Islam demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang dan dirahmati Allah,” katanya. Menurutnya, resolusi tersebut dipersetuju sebulat suara oleh wakil-wakil dari PKPIM pusat, PKPIM UIAM, JK Informasi & Maklumat PEMBINA pusat, PEMBINA UIAM, GAMIS, SIGMA-GAMIS, KARISMA Daerah Gombak, GPMS UIAM dan Ma'ruf Club UIAM. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan