Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Mat Kamal, Wira BERSIH 3.0 dari N.Sembilan
- Video Ceramah Pemuda di Rembau
- Dulu jutawan peneroka Felda, kini jutawan fakir
- Puasa dan Munajat Perdana menentang kezaliman
- Bersih 3, Unit Amal N9, Exco AMK ditahan malam tadi
- Syeikh Nuruddin Banjari di Seremban 12 Mei 2012
Mat Kamal, Wira BERSIH 3.0 dari N.Sembilan Posted: 08 May 2012 08:27 PM PDT Dari Facebook Imamatahari Heights ; MAT KAMAL WIRA Bersih 3.0, dari Unit Amal Telok Kemang BERSIH 3.0: UNIT AMAL N9, EXCO AMK DITAHAN MALAM TADI Harakahdaily, 08 Mei 2012 KUALA LUMPUR: Seorang anggota Unit Amal PAS dari Teluk Kemang Mat Kamal Ismail di tahan pihak polis malam tadi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0. Menurut Ketua Pengarah Unit Amal PAS Pusat Johari Osman, Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang berkerja syif malam di pejabatnya. "Selepas ditahan dia dibawa ke IPD Teluk Kemang dan pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari mengesahkan. Sementara itu, seorang lagi anggota Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Farhan Ibrahim turut ditahan pagi tadi. Difahamkan beliau ditahan oleh polis sekitar jam 3 pagi di Melaka Tengah. Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu. Menurutnya, Farhan juga ditahan dipercayai ada kaitan dengan himpunan Bersih 3.0. "Dikatakan Farhan ini antara yang dicari oleh pihak polis, tapi kita masih belum tahu apa sebab sebenar beliau ditahan, " katanya. Farhan kini didakwa sedang berada di IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan. |
Video Ceramah Pemuda di Rembau Posted: 08 May 2012 08:05 PM PDT Kepada mereka yang tidak berkesempatan mendengar ceramah pemuda yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau pada 5 Mei 2012 yang lalu, boleh tonton di http://shamsuliskandar.wordpress.com/2012/05/09/video-ceramah-jelajah-amk-di-rembau-n-sembilan-552012/ |
Dulu jutawan peneroka Felda, kini jutawan fakir Posted: 08 May 2012 05:51 PM PDT Mungkin generasi kini , generasi Facebook serta Twitter tidak pernah dengan kisah lagenda Pak Kaduk. Kisah ayam Pak Kaduk yang begitu hebat yang tiada tandingannya. Akhiranya ayam milik Pak Kaduk inilah menyebabkan rumah dan tanah Pak Kaduk tergadai, dan lahirlah pepatah Menang Sorak, Kampung Tergadai. BEKAS JUTAWAN LBJ TAK MAMPU BAYAR BIL API, AIR Tidak mampu membayar bil air dan elektrik yang mencecah lebih RM500 sebulan selain cukai tanah melebihi RM1,000 antara faktor segelintir penduduk Kampung Lyndon Ben Johnson (LBJ), Labu di sini, meninggalkan deretan banglo tiga tingkat di kampung itu yang kini menjadi kenangan kekayaan pernah dimiliki bekas peneroka terbabit. Tinjauan mendapati hampir 10 rumah dibiarkan terbengkalai manakala 20 yang separuh siap terbiar dengan dengan semak samun. Bekas Ketua Umno cawangan Labu Jaya, Norman Mohd Nor, 66, berkata, dia sedih melihat keadaan itu kerana 504 bekas peneroka kampung terbabit dikenalinya. "Lebih menyedihkan, ada antara penduduk kini bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menampung hidup dan ada yang bergelap dalam rumah mewah itu kerana tidak mampu membayar bil elektrik," katanya. ORANG AKAN KATA, LAGI-LAGI PENEROKA YANG KENA Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob mengingatkan agar pihak peneroka Felda tidak ghairah apabila diumumkan agensi itu akan disenarai di bursa saham sebaliknya mengambil iktibar nasib peneroka-peneroka di Felda Sendayan dan Felda Labu di Negeri Sembilan setelah terlepas ke pihak lain. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan itu, sebaliknya mengingatkan bahawa tanah merupakan sumber ekonomi mereka dan tidak sepatutnya dibiarkan memasuki perniagaan berisiko yang mungkin boleh terlepas kepada orang luar. KISAH PENGAJARAN LAGENDA PAK KADUK MENANG SORAK, KAMPUNG TERGADAI Di zaman dahulu terdapat seorang tua bernama Pak Kaduk. Kehidupan Pak Kaduk boleh dikatakan sederhana. Beliau mempunyai sebuah rumah, tanah untuk bercucuk tanam dan, yang paling beliau sayangi, se ekor ayam jaguh. Ayam jaguh Pak Kaduk amat gagah. Ia telah banyak kali memenangi perlawanan. Ayam ini amat disegani di gelanggang perlawanan. Ayam jaguh ini jugalah yang telah banyak memberi Pak Kaduk pelbagai harta kerana memenangi perlawanan laga ayam. Begitu terkenal Pak Kaduk dan ayam jaguhnya sehingga sampai ke pengetahuan Raja, yang turut meminati aktiviti laga ayam dan mempunyai beberapa ayam jaguh sendiri. Raja begitu takjub dengan pelbagai berita yang beliau dengar mengenai kehebatan ayam jaguh Pak Kaduk dan berhasrat untuk melihat sendiri ayam jaguh berkenaan. Untuk tujuan itu beliau pun bercadang untuk mengadakan pertandingan laga ayam peringkat kebangsaan dengan rancangan agar Pak Kaduk dan ayam jaguhnya menyertai pertandingan ini. Berita mengenai pertandingan ayam laga yang dianjurkan oleh Raja tersebar ke merata negeri. Sehingga ia sampai ke pendengaran pak kaduk juga. Pak Kaduk amat gembira apabila mengetahuinya dan begitu bersemangat untuk menyertainya. Beliau tidak sabar menanti hari pertandingan. Sebagai persiapan, beliau melatih ayam jaguhnya dan menyediakan pakaian yang baik bagi menghadiri pertandingan berkenaan. Tibalah hari pertandingan, Pak Kaduk berada di gelanggang pertandingan di awal-awal lagi. Pertandingan dimulakan, ayam jaguh pak kaduk menyertai perlawanan demi perlawanan. Ayam berkenaan memenangi ke semua pertandingan laga yang disertainya. Banyaklah ayam-ayam lain yang terkorban atau cedera disebabkan kegagahan ayam jaguh Pak Kaduk. Sehingga akhirnya hanya tinggal ayam Pak Kaduk dan ayam laga Raja bagi perlawanan akhir untuk menentukan johan keseluruhannya. Raja telah melihat kebenaran kegagahan ayam Pak Kaduk. Beliau meyakini bahawa ayam laganya tidak mungkin dapat mengalahkan ayam Pak Kaduk. Beliau bimbang akan maruah dirinya di mata rakyat sekiranya ayam jaguh beliau dikalahkan oleh ayam jaguh Pak Kaduk, seorang rakyat biasa sahaja. Beliau juga merasa cemburu akan kehebatan ayam jaguh Pak Kaduk. Sebagai seorang raja, beliau berpandangan sepatutnya ayam jaguh segagah itu lebih layak dimiliki olehnya dari dimiliki oleh Pak Kaduk. Beliau pun berfikir untuk mengadakan helah bagi mengelakkan kekalahan dan memliki ayam jaguh Pak Kaduk. Akhirnya beliau membuat satu perancangan. Bagi melaksanakan perancangannya beliau menjemput Pak Kaduk untuk menghadiri makan malam muhibah sehari sebelum perlawanan akhir dijalankan. Pak Kaduk pun menghadiri makan malam berkenaan dengan penuh rasa bangga. Sebelum acara makan malam dimulakan, Raja berkata kepada Pak Kaduk "Pak Kaduk, esok ayam kamu dan ayam beta akan bertanding. Mahukah kamu bertaruh. Sekiranya ayam kamu menang beta akan kurniakan kamu sebidang tanah seluas tanah kamu sekarang ini berserta rumah baru. Tetapi jika kamu kalah, kamu harus menyerahkan tanah dan rumah kamu kepada beta dan kamu perlu berkhidmat untuk memelihara dan melatih ayam-ayam jaguh beta pula." Pak Kaduk merasa gembira dengan tawaran berkenaan kerana beliau amat yakin akan kemampuan ayam jaguhnya untuk menang. Pak Kaduk terus sahaja bersetuju dengan taruhan itu. Acara makan malam pun dimulakan dengan penuh kemeriahan. Pak Kaduk dilayan dengan penuh istimewa. Beliau menjamu selera dan menikmati minuman yang dihidangkan sehingga mabuk dan lupa diri. Sebelum acara berakhir dan semua yang hadir kembali pulang. Raja sekali lagi berbicara dengan Pak kaduk "Wahai Pak kaduk! Sukakah kamu kalau negara kita ini menjadi makmur dan masyhur di seluruh ceruk rantau. Apabila negara ini dikenali, ramai orang akan datang berniaga ke sini. Negara kita akan makmur. Rakyat seperti kamu juga akan hidup senang." Pak Kaduk menjawab "Sudah pasti, tuanku. Lebih ramai orang datang ke sini. Lebih banyak pertandingan boleh hamba sertai. Hamba akan memenangi banyak pertandingan. Hamba akan mendapat lebih banyak hadiah. Hamba pun akan masyhur." Pak Kaduk nampak bersemangat. "Apakah kamu tidak mahu turut menyumbang dan berbakti bagi memasyhur dan memakmurkan negara kita ini", tanya Raja lagi. "Sudah tentu hamba mahu, tuanku", sahut Pak Kaduk, "Derhakalah hamba ini jika enggan turut bersama untuk memasyhur dan memakmurkan negara kita." Raja lalu mencadangkan "Bagaimana kalau dicadangkan agar ayam jaguh kamu dijadikan milik negara. Betapa akan tandingkan ayam berkenaan dengan ayam jaguh-ayam jaguh milik raja dan putera raja dari negara lain. Beta yakin ayam jaguh kamu akan menang. Dengan kemenangan itu, beta akan mendapat pelbagai hadiah untuk membangun negara. Negara kita akan masyhur. Beta akan namakan ayam jaguh kamu itu dengan nama kamu – si Kaduk. Maka nama kamu juga menjadi masyhur di seluruh rantau ini." Pak Kaduk terdiam sebentar. Pak Kaduk amat menyayangi ayamnya tapi ia sukar menolak permintaan Raja kerana kata-katanya sendiri tadi dan kerana tidak mahu mengingkari Raja." Raja berkata lagi "Kamu pandai melatih dan menjaga ayam jaguh. Beta akan mengganti ayam kamu dengan ayam beta. Kamu boleh melatih ayam itu untuk menjadi jaguh yang lain. Tidakkah ini sebagai tanda kesetiaan kamu pada negara?? Kamu sudah tua. Kalau tidak begini, bagaimana dapat kamu buktikan kesetiaan dan memberi sumbangan pada negara ini. Negara kita kecil. Kita harus membesarkannya untuk menjadi gagah agar tidak mudah digugat oleh musuh dari luar." Raja bercakap panjang kepada Pak Kaduk dengan menyinggung perasaan patriotisme Pak Kaduk. "Setia…. Berbakti untuk negara…. Negara yang makmur.." terngiang-ngiang kata berkenaan di telinga Pak kaduk. "Ahhh…. pantang Melayu menderhaka" kata Pak Kaduk di dalam hati. Beliau lalu berkata "Baiklah tuanku, hamba bersedia untuk menyerahkan ayam hamba ini untuk negara." Raja sungguh gembira. Ia lalu menghadiahkan ayam jaguhnya kepada Pak Kaduk sebagai ganti. Majlis pun berakhir. Semua yang hadir pulang ke tempat masing-masing untuk pertandingan akhir ayam jaguh kebangsaan pada esok hari. Pada keesokan harinya, orang ramai berduyun-duyun mendatangi gelanggang pertandingan untuk menyaksikan pertandingan akhir. Teriakan "Kaduk!…Kaduk!…Kaduk!…Hidup Kaduk!!!" bersahut-sahutan dan bergempita. Orang ramai berteriak 'Kaduk!' kerana menyokong Pak Kaduk. Hulubalang dan pembesar Raja juga berteriak 'Kaduk!' kerana menyokong ayam baru si Raja yang telah dinamakan si Kaduk. Pak Kaduk sungguh berbesar hati mendengar namanya diteriak dan disorak oleh orang ramai. Ia begitu gembira sehingga lupa diri dan lupa segala-galanya. Ia terlupa akan taruhannya dengan Raja. Ia terlupa akan pertukaran ayamnya dengan ayam Raja. Apabila pertandingan akan bermula, Pak Kaduk dan Raja perlu menyerahkan ayam jaguh masing-masing ditangannya kepada para petugas digelanggang untuk melagakan ayam jaguh berkenaan. Ayam kemudian dilepaskan. Maka berlagalah kedua ayam dengan sengitnya. "Kaduk!…Kaduk!…Kaduk!…Hidup Kaduk!!!", bergempita sorakan penyokong Pak Kaduk dan penyokong si Kaduk. Mendengar teriakan 'Kaduk!' semakin bergema, Pak Kaduk semakin bersemangat dan lupa diri. Ia melihat ayam laga yang telah diserahkan kepada Raja melanyak ayam laga yang lain. Ia terlupa bahawa ayam itu bukan lagi miliknya. Sorakan 'Kaduk…Kaduk' mengelirukannya. Akhirnya, si Kaduk menang dalam pertandingan. Semua yang hadir bersorakan "Hidup Kaduk!!!….. Kaduk menang!!!" Hulubalang dan pembesar istana meneriak 'Kaduk!!' kerana menyokong Raja atas kemenangan ayam barunya si Kaduk. Rakyak meneriak Kaduk kerana menyangka Pak Kaduk memang menang. Mereka tidak tahu apa yang berlaku antara Pak Kaduk dan Raja. Pak Kaduk berlonjak kegembiraan atas kemenangan ayam yang bukan lagi miliknya. Ia melonjak kegembiraan kerana namanya disorak dan diteriak oleh orang ramai. Begitu kuat lonjakannya sehingga beliau tidak menyedari bahagian belakang seluarnya terkoyak yang menampakkan punggongnya. Orang ramai mula tertawa melihat gelagat Pak Kaduk. Pak Kaduk makin gembira kerana menyangka orang ramai gembira atas kejayaannya. Perbuatan beliau berlonjak dengan seluar yang koyak berterusan sehingga beliau diejek oleh seorang budak "Pak Kaduk seluar koyak…Pak Kaduk seluar koyak!!" Pak Kaduk lalu memeriksa seluarnya. Beliau merasa sungguh malu. Begitu malu, beliau berlari ke hutan untuk bersembunyi dari orang ramai. Setelah beberapa hari barulah beliau secara bersembunyi kembali ke rumahnya. Malangnya tanah dan rumahnya telah dirampas oleh Raja. Barulah beliau teringat akan perjanjiannya dengan Raja. Jiran-jirannya yang baru mengetahui kisah sebenar Pak Kaduk mula bercerita.. "Hai Pak Kaduk… Menang bersorak tapi kampung tergadai…" Sejak dari hari itu, Pak Kaduk lenyap tidak tahu ke mana. Dikhabarkan Pak Kaduk masih hidup sehingga hari ni. Sesiapa yang biasa menghadiri hari-hari perayaan, lihatlah di sekelilingnya. Orang tua-tua berkata, Pak Kaduk boleh dilihat dalam majlis sedemikian. Kalau nampak orang yang bersemangat berteriak "Kita Berjaya…. Kita Menang… Majulah kita.." sedangkan rumahnya tergadai, tanahnya hilang, maruah dan harga diri musnah, mungkin itulah Pak Kaduk atau keturunannya. |
Puasa dan Munajat Perdana menentang kezaliman Posted: 08 May 2012 05:50 PM PDT Puasa dan Munajat Perdana Dewan Pemuda PAS Malaysia. 1. Fitnah makin menggila, terutama kepada PAS serta anggota dan pemimpinnya. Al Mursyidul Am PAS, Ayahanda Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap Father of Kafir oleh Bekas Ketua Polis Negara dan disiar pula oleh NST. 2. Pengarah Jabatan AMAL Malaysia saudara Johari Osman diugut dengan sepucuk surat berisi sebutir peluru hidup. Sebelumnya Saudara Mat Kamal bin Ismail anggota Jabatan AMAL Teluk Kemang telah ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi selepas 10 hari himpunan aman BERSIH 3.0 berlangsung. 3. TV 3 dan Utusan Malaysia tidak henti - henti menabur fitnah kononnya BERSIH 3.0 yang disokong dan disertai oleh PAS telah melakukan keganasan, memusnahkan harta benda, bermaksud menggulingkan kerajaan secara rusuhan malah turut dikait sebagai mencemarkan kesucian Tanah Suci Makkah dan Madinah 4. Menolak dan menangkis segala fitnah jahat secara sistematik yang dilakukan kepada PAS maka kami Dewan Pemuda PAS Malaysia mengarahkan seluruh ummat Islam prihatin khasnya pemuda PAS agar berpuasa selama 3 hari berturut - turut iaitu bermula hari Khamis, Jumaat dan Sabtu [ 10, 11 dan 12 May 2012 ] kemudian diakhiri dengan Munajat Perdana pada Hari Sabtu [ 12 May ] jam 8.45 malam serentak seluruh negara di kawasan masing - masing. 5. Tentatif Program. Khamis [ 10 May 2012 ] : Puasa Jumaat [ 11 May 2012 ] : Puasa Sabtu [ 12 May 2012 ] : Puasa Sabtu [ 12 May 2012 ] 7. 15 pm : Majlis berbuka puasa 7. 30 pm : Solat Maghrib berjamaah 7. 40 pm : Makan Malam 8. 00 pm : Tazkirah : Istiqamah dalam Perjuangan 8. 20 pm : Solat Isyak Berjamaah 8. 30 pm : Solat Hajat dan Munajat Pejuang [ serentak seluruh negara ] Lokasi : Markaz Tarbiyah PAS Kawasan. Anjuran : Dewan Pemuda PAS Kawasan. Nota : Munajat Pejuang akan di muat naik ke Laman Web Dewan Pemuda PAS Malaysia pada pagi Jumaat. Sila print out untuk munajat yang sama dan serentak seluruh negara. Sekian Terima Kasih. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. |
Bersih 3, Unit Amal N9, Exco AMK ditahan malam tadi Posted: 08 May 2012 01:31 AM PDT Harakahdaily, 08 Mei 2012 KUALA LUMPUR: Seorang anggota Unit Amal PAS dari Teluk Kemang Mat Kamal Ismail di tahan pihak polis malam tadi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0. Menurut Ketua Pengarah Unit Amal PAS Pusat Johari Osman, Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang berkerja syif malam di pejabatnya. "Selepas ditahan dia dibawa ke IPD Teluk Kemang dan pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari mengesahkan. Sementara itu, seorang lagi anggota Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Farhan Ibrahim turut ditahan pagi tadi. Difahamkan beliau ditahan oleh polis sekitar jam 3 pagi di Melaka Tengah. Timbalan ketua penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan perkara itu. Menurutnya, Farhan juga ditahan dipercayai ada kaitan dengan himpunan Bersih 3.0. "Dikatakan Farhan ini antara yang dicari oleh pihak polis, tapi kita masih belum tahu apa sebab sebenar beliau ditahan, " katanya. Farhan kini didakwa sedang berada di IPD Dang Wangi untuk diambil keterangan. |
Syeikh Nuruddin Banjari di Seremban 12 Mei 2012 Posted: 08 May 2012 01:08 AM PDT |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan