. |
- Durian runtuh dari wang peneroka sendiri
- Majlis Fatwa bercanggah dengan Dr Yusuf Qardawi
- Rahim Noor gelar Nik Aziz 'bapa kafir'
Durian runtuh dari wang peneroka sendiri Posted: 08 May 2012 11:58 PM PDT Wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya. PETALING JAYA: Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob nberkata, durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8, dekat Jerantut semalam adalah hasil ndari titik peluh para peneroka sendiri yang dijana semula. adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya. "Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri," kata beliau dalam blognya hari ini. Menurut beliau, Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) akan mengapungkan 2,188,890,900 unit saham di Bursa Malaysia pada harga RM4.65 se saham ketika Tawaran Awam Awal – TAA (Initial Public Offer – IPO). "Ini bermakna, ia akan menjana sebanyak RM10.18 bilion," terang beliau. Dari jumlah ini katanya, Felda akan mendapat RM5.62 bilion. Ini kerana sebahagian besar, iaitu 1,208,890,900 unit saham adalah milik Felda. FGVHB akan hanya menjana RM4.56 bilion dari pengapongkan saham ini. Jumlah ini relatif kecil untuk bercatur di dalam perniagaan peringkat global. Lagi pun, sebahagian besarnya akan diguna untuk membayar hutang dan kos penanaman semula. Dengan melupuskan kesemua kepentingannya kepada FGVHB, Felda Badan Berkanun hanya mendapat RM5.65 bilion. Dari jumlah ini, RM1.69 bilion akan dibelanjakan untuk membayar RM15,000 durian runtuh kepada setiap keluarga peneroka. Menurut beliau, baki yang ada pada Felda BB hanyalah RM3.96 bilion. Harus diingat bahawa Felda BB berbelanja kira-kira RM2 bilion setahun. "Wang yang baki itu hanya cukup untuk menampong perbelanjaan dua tahun sahaja. Selepas itu, wang pembayar cukai perlu disuntikkan kembali kepada Felda BB," katanya. Harta yang dilupuskan kepada FGVHB adalah harta peneroka. Ia akhirnya akan dipindah milik, melalui jual beli saham di pasaran, kepada pelabur-pelabur bukan peneroka termasuklah taukeh-taukeh besar dan pelabur-pelabur asing yang memang sudah sedia kaya. "Maknanya, yang dijual adalah harta peneroka," ujar beliau. Rugi sebelum disenarai Pada awalnya, harga TAA ditetapkan pada RM5.85 se saham. Di dalam prospektus yang dipaparkan dalam sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, harga TAA diturunkan kepada RM4.65 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.20 se saham atau diskaun sebanyak 20.5%. Ini bermakna, sebelum diapongkan, Felda BB telah rugi RM1.45 bilion. Penurunan harga ini bakal menguntungkan pelabur-pelabur dalam negara dan asing yang membeli saham FGVHB ini pada harga lebih murah, iaitu diskaun 20.5%. Bila saham FGVHB mula dijual beli di pasaran nanti, akan ada pelabur-pelabur kaya tunai yang akan mengutip setiap unit saham yang dijual oleh pelabur runcit dan juga pelabur institusi sehingga mereka berjaya menguasai 30% daripada jumlah saham. Ketika itu katanya, mereka akan berkuasa ke atas FGVHB dan kepentingan peneroka akan mengambil tempat duduk belakang. Kroni Umno untung besar Dr Rosli mendedahkan bahawa pelabur Bumiputera yang diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), majoritinya kroni pemerintah dan penama Umno bakal mengaut untung besar. Golongan pelabur terpilih ini diperuntukkan 419,537,000 unit saham atau 11.5% dari jumlah saham yang diapongkan. Mereka, sebagai satu kumplan, membeli saham ini pada harga RM1,950,847,050 atau RM4.65 se saham. "Jika harga naik ke RM5.85 sesaham (+RM1.20), mereka sudah mendapat untung RM503 juta. Kalau harga naik sebanyak RM2.40 (ke RM7.05 sesaham), golongan pelabur Bumiputera terpilih ini akan untung RM1 bilion. Ini tidak mustahil," katanya. Menurut beliau, pembiayaan tidak menjadi masalah kepada mereka kerana disediakan oleh bank-bank. Pembeli saham pun tidak menjadi masalah kerana badan kerajaan kaya tunai seperti Tabung Haji, KWSP, PNB dan lain-lain sudah sedia untuk membeli daripada mereka. "Inilah dana Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) untuk Umno," ujar beliau. Beliau berkata, bila saham FGVHB yang aset utamanya tanah diapongkan, harta peneroka – tanah ladang dan kilang-kilang pemprosesan sawit – akan bertukar tangan secepat putaran jual beli saham di pasaran saham. "Tiada siapa boleh menjamin harta bernilai peneroka ini tidak akan terlepas kepada pelabur asing yang rakus dan tamak. "Peluang untuk memiliki tanah tidak ternilai ini dan menguasai minyak sawit, komoditi makanan yang amat penting di dunia hari ini, yang selama ini mereka intai, sudah sedia untuk digenggam," ujar beliau lagi. Hilang dividen 15% setiap tahun Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menyifatkan durian runtuh kepada warga Felda sebanyak RM15,000 untuk sebuah keluarga adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi hasil penyenaraian FGVHB nanti. Katanya, RM15,000 hanyalah pulangan hak pada mereka ke atas kehilangan ladang komersial yang sebelum ini menjadi sumber dividen tahunan. "Felda memberikan dividen yang tertinggi di negara ini, iaitu 15 peratus setahun kepada peneroka, iaitu hasil ladang komersial yang tidak ada peneroka. "Ladang komersial itu diagihkan dalam bentuk dividen kepada peneroka sebanyak 15 peratus seorang setiap tahun," katanya pada sidang media di JKR 10 selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan, di Kota Baharu petang semalam. Husam yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, apabila peneroka diberikan RM15,000 ini mereka tidak lagi menikmati dividen tahunan seperti mana sebelum ini kerana ladang berkenaan telah menjadi milik FGVHB. "Tukaran dari hak milik tersebut terlalu kecil. Saya ingat durian runtuh ini RM38,000 ke atas bersekali dengan saham peneroka dalam syarikat FGVHB yang disenaraikan," ujarnya. Semalam Najib mengumumkan durian runtuh berjumlah RM1.69 bilion untuk 112,635 peneroka generasi pertama bersama keluarga di seluruh negara pada Majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di Jengka 8, Pahang. Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/05/09/durian-runtuh-dari-wang-peneroka-sendiri/ |
Majlis Fatwa bercanggah dengan Dr Yusuf Qardawi Posted: 08 May 2012 05:19 PM PDT PKR berpendirian tegas bahawa pandangan Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Abdul Shukur Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti yang disiarkan dalam media semalam adalah sangat bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan oleh seorang ilmuan Islam yang sangat berautoriti, Dr Yusuf al-Qaradawi, Presiden Persatuan Ulama Sedunia seperti yang tercatat dalam buku yang berjudul Thawrah al-Sha'b (Revolusi Rakyat). Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, Dr Yusuf berpendapat bahawa demonstrasi adalah harus kerana ia adalah salah satu kaedah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman pemerintahan yang zalim, tidak adil serta tidak memberikan kebebasan rakyat bersuara dan bergerak dalam suasana yang aman. "Adalah jelas bahawa fatwa tersebut semata-mata bertujuan untuk memenuhi kehendak pimpinan Umno yang terdesak menggunakan isu-isu agama Islam dan bangsa Melayu bagi survival politik mereka," ujarnya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan merujuk dahulu kepada beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat bagi mendapat fakta yang sebenar apa yang telah berlaku pada 28 April yang lalu. "Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak wajar berat sebelah. Yang jelas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah gagal melihat insiden 28 April secara menyeluruh," ujarnya lagi. Katanya, PKR yakin bahawa pihak penganjur Bersih 3.0 sejak dari awal lagi mempunyai tujuan yang jelas iaitu perhimpunan secara aman demi untuk mempastikan berlakunya keadilan dan ketulusan dalam pengurusan pilihanraya di Malaysia. Justeru, ujarnya kewibawaan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebagai sebuah badan tertinggi dalam pembuatan fatwa amat diragukan kredibilitinya. "Kita ingin bertanya di manakah pendirian rasmi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terhadap amalan budaya fitnah jahat, perbuatan mengaibkan individu Muslim serta penyebaran video seks yang begitu berleluasa penyebarannya serta mendapat perlindungan dari pemerintah? "Apakah pandangan Jawatankuasa Fatwa terhadap keganasan fizikal yang telah dilakukan oleh pasukan PDRM ke atas demonstran dalam demonstrasi Bersih 3.0?" tanya beliau. Katanya, rakyat berhak mendapat jawapan-jawapan yang ikhlas dari Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu-isu tersebut demi kebenaran dan keadilan sejagat. "Sesungguhnya peranan jawatankuasa Fatwa Kebangsaan adalah untuk mempastikan fatwa-fatwa yang dikeluarkan memenuhi ciri-ciri kesahihan sesuatu fatwa seperti yang dikehendaki dalam Islam iaitu mempastikan fakta yang diperolehi adalah benar bukan artificial atau penuh dengan sangkaan buruk (su' al-zann), mempunyai sandaran hukum yang berpaksi kepada al-Qur'an, Sunnah dan lain-lain sumber yang muktabar, serta adil. "Adalah jelas bahawa fatwa Jawatankuasa Kebangsaan lebih berbaur 'politik murahan' dari kewibaan fatwa yang dibahaskan oleh alim ulama yang berautoriti," katanya lagi. |
Rahim Noor gelar Nik Aziz 'bapa kafir' Posted: 08 May 2012 05:17 PM PDT Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama. Akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara itu bukan kali pertama Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat. "Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS. "Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya. Menurut Rahim, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang. "Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi. Semalam Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata". Sekalipun beliau bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya". Mengulas lanjut, Rahim menggesa golongan muda supaya menyelidiki siapa sebenarnya penganjur BERSIH 3.0 dan tidak mengikutinya secara membuta tuli serta mendakwa rakyat melihat Nik Aziz sebagai "pelawak". Sementara itu Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz. Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas ketua polis negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah". "Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya dipetik dari Harakahdaily. Source: http://malaysiakini.com/news/197267 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan