Rabu, 9 Mei 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Khutbah Hari Guru

Posted: 09 May 2012 05:39 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KHUTBAH PERTAMA اَلْحَمْدُ لِلَّوِ الْقَائِلِ،

أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلوَ إِلاَّ اللَّوُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُوُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِوِ وَاَصْحَابِوِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ
بِإِحْسَانٍ إِلَى يَ وْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَ عْدُ
يَا عِبَااَ اللَّوِ ! إِتَّ قُوا ااَ حَ تُ قَاتِوِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْ م مُسْلِمُوْنَ .

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertakwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama memperbaharui serta mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah dari semasa ke semasa dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya. Mudah-mudahan kita beroleh kesejahteraan di dunia ini, lebih-lebih lagi kesejahteraan yang hakiki di akhirat nanti.

TEKS KHUTBAH JUMAAT SEMPENA HARI GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Tanggal 16 Mei pada setiap tahun merupakan hari yang amat bermakna bagi setiap warga guru. Guru pasti diingati, dihargai dan diraikan dengan sewajarnya.

Tidak kira siapa pun yang pernah mengajar kita, banyak atau sedikit ilmu yang dicurahkan, tidak kira apa bangsa atau agamanya, mereka tetap guru kita. Merekalah yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira supaya kita ini menjadi insan yang berilmu. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita mengiktiraf sumbangan dan jasa guru terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Tema Sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".

Guru Inovatif adalah guru yang mampu membuat transformasi (perubahan) atau mencipta sesuatu yang baru samada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, guru haruslah berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi pendidikan negara melalui idea dan kepakaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasi segala sumber melalui kaedah yang paling kreatif dan berinovasi. Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 190:

Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal.

Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa ayat ini mengandungi perintah Allah kepada manusia supaya menggunakan akal dan fikiran, untuk melakukan penelitian serta penyelidikan, terhadap dalil kekuasaan Allah di muka bumi. Budaya mengkaji dan bermuhasabah ini diharapkan mampu menjana guru-guru yang berinovasi. Renunglah dengan mata hati terhadap hakikat dan hikmah kejadian segala ciptaan Allah bagi mengukuhkan keimanan kita. Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Usaha melahirkan modal insan yang beriman dan bertakwa bukanlah suatu usaha yang mudah dan dipandang remeh.

Usaha tersebut memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Justeru atas tuntutan tersebut, para guru telah banyak berkorban masa, tenaga dan wang ringgit tanpa mengenal erti penat lelah dan perasaan jemu bagi memastikan anak-anak didiknya menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Selain daripada itu juga para guru berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menghapuskan kejahilan dan kecelaruan yang sering kali bermain dibenak fikiran anak-anak didiknya.

Di sini jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh para guru walaupun kita lihat pada hari ini ke mana sahaja mereka dihantar untuk berkhidmat sama ada di bandar-bandar besar, di kampung-kampung, di pedalaman-pedalaman atau di pulau-pulau namun demi menyahut seruan untuk mendidik anak bangsa yang tercinta mereka sanggup dan menerima cabaran tersebut. Dengan berkat kesabaran, kesungguhan dan pengorbanan yang ditunjukkan maka akhirnya lahirlah para ulama., doktor, jurutera, pensyarah, peguam mahupun usahawan yang tersohor di tengah-tengah masyarakat.

Kita tidak dapat menafikan bahawa guru berperanan menjadi agen perubahan di dalam masyarakat. Para guru berganding dengan ulama' dan umara' terus menerus tanpa putus asa, menggerakkan usaha membangun modal insan terbilang. Ini termasuklah membangun minda anak-anak melalui ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sehinggalah kepada ilmu-ilmu kehidupan,

termasuklah ilmu sains dan teknologi. Guru bukan hanya sekadar mengajar, malah guru turut mendidik dan membentuk akhlak-akhlak terpuji. Manakala anak-anak pelajar yang ingin dilahirkan pula bukan sahaja hebat inteleknya, malah berintegriti sebagaimana akhlak baginda Rasulullah s.a.w. Itulah sebenarnya antara perkara yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sidang Jemaah yang dihormati,

Islam menggalakkan kita untuk menuntut ilmu dan mengajarkannya pula kepada insan yang lain. Wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. melalui surah al-'Alaq memberikan penekanan tentang kepentingan membaca dalam usaha melengkapkan diri dengan ilmu. Tambahan pula, kelebihan orang yang berilmu telah dirakamkan melalui firman Allah di dalam surah al-Mujadalah ayat 11 berbunyi:

"Maksudnya: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." Imam Shafie pernah berpesan dalam Kitab Diwan Imam Assyafie: "Saudaraku, engkau tidak akan memperolehi ilmu melainkan dengan mempunyai enam perkara: Kecerdikan, minat, kesungguhan, perbelanjaan, mendampingi guru dan masa yang panjang"

Sidang Jumaat yang dihormati, Era globalisasi dan cabaran semasa menyebabkan dunia pendidikan anak-anak kita menjadi lebih terbuka. Penyalahgunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti penggunaan laman sosial yang tidak terkawal, serta pengaruh negatif media massa mempengaruhi tindakan anak-anak pelajar.

Maka, berleluasalah gejala buli, ponteng, merokok, berzina, pembuangan bayi di dalam kalangan pelajar sekolah serta lain-lain masalah sosial sepertimana yang dilaporkan di dada akhbar. Kita tidak boleh meletakkan peranan membentuk akhlak dan peribadi anak-anak kita hanya kepada guru-guru di sekolah sahaja. Ibu bapa serta ahli masyarakat sewajarnya memainkan peranan secara kolektif.

Gunakanlah ruang permuafakatan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah. Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak diberikan kasih sayang dan perhatian secukupnya. Usaha mendidik anak-anak sebenarnya bermula dari rumah, terutamanya dalam mendirikan solat secara istiqamah, membaca, memahami serta menghayati isi kandungan al-Quran. Ianya selari dan bertepatan dalam usaha mengukuhkan pelaksanaan program j-QAF dan aktiviti-aktiviti dakwah di sekolah, sekaligus membantu usaha menyemarakkan syiar Islam yang berteraskan kepada al-Quran dan as-sunnah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: اُغْدُ عَالِماً أَوْ مُ عَلِّماً اَوْ مُسْ مِعاً اَوْ مُحِبًّا وَلاَ تَكُنِ الْخَامِسَةَ هْلِكْ

Maksudnya: Jadilah kamu orang yang berilmu, atau orang yang mempelajari ilmu, atau orang yang mendengar dalam majlis ilmu, atau

orang yang cintakan ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, nescaya kamu akan binasa (Riwayat at-Tabrani) Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, Selain daripada ibubapa, masyarakat juga mestilah memainkan peranan yang penting dalam usaha menyokong para guru untuk membentuk dan mendidik generasi muda hari ini. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh masyarakat ialah mewujudkan kembali budaya tegur menegur dan nasihat menasihati bagi meningkatkan penghayatan nilai murni serta mengurangkan amalan negatif dalam kalangan remaja.

Bagi ibu bapa pula janganlah cepat melatah atau melenting sekiranya anak kita ditegur atau dinasihati oleh ahli masyarakat, sebaliknya ambillah ia sebagai satu teguran yang positif dan membina demi kebaikan bersama. Para pengamal media sama ada media elektronik atau media cetak juga diharapkan dapat memainkan peranan yang lebih besar di dalam menyediakan rancangan dan bahan-bahan yang boleh membina dan membangunkan modal insan. Unsur hiburan secara keterlaluan yang banyak dipaparkan dan dipertontonkan melalui kedua-dua saluran media tadi akan menimbulkan kesan negatif terhadap semua lapisan masyarakat terutama kepada golongan remaja.

Sehubungan itu penguatkuasaan dan tapisan kepada unsur negatif perlulah dipertingkatkan sebagai usaha membendung masalah sosial dalam kalangan anak-anak pelajar. Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Suasana harmoni dan hubungan mesra di antara guru-guru, para ibu bapa dan masyarakat perlu diperkukuhkan demi melicinkan proses pendidikan. Untuk tujuan tersebut marilah sama-sama kita membudayakan perkara-perkara berikut:

Pertama : Janganlah diperbesar-besarkan atau disensasikan isu-isu yang remeh temeh sebaliknya selidikilah terlebih dahulu punca asal sesuatu isu tersebut dan selesaikanlah secara bijaksana kerana guru juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sepatutnya kita perlu saling mengukuhkan persefahaman antara satu sama lain.

Kedua : Budayakan amalan perundingan dan perbincangan sepertimana tuntutan Islam dalam menangani sebarang masalah. Ianya bertujuan bagi mengelakkan timbulnya pelbagai kesan yang tidak diingini kepada semua pihak. Akibatnya, anak-anak pelajar juga yang menjadi mangsa keadaan.

Sidang Jumaat yang dihormati; Akhirnya, mimbar Jumaat pada hari ini menyeru dan berpesan, marilah kita menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru melalui tindakan berikut: Pertama : Mendoakan kebahagian buat guru-guru, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Kedua : Menziarahi guru-guru untuk mengeratkan silaturrahim. Ketiga : Menghulurkan apa juga bentuk sumbangan mengikut kemampuan masing-masing kepada institusi pendidikan. Keempat : Berkatalah dengan lemah-lembut dan jangan sekali-kali menyakiti hati guru. Kelima : Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan semua insan yang pernah menabur bakti dan budi kepada kita, sehingga kita menjadi siapapun pada hari ini.

Buat para guru pula, teruslah beristiqomah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsa, mudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. TERIMA KASIH CIKGU. Firman Allah dalam surah al-'Alaq ayat 1 – 5:
Maksudnya: Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

بَارَكَ ااُ لِىْ وَلَكُمْ ىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَ فَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا يْوِ مِنَ الآيَاتِ
وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَ قَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَوُ إِنَّوُ ىُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ
قَ وْلِى ىذَا وَأَسْ غْفِرُ ااَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ،
وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، اسْ غْفِرُوهُ إِنَّوُ ىُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيم.

Pakatan kekal di Selangor, Kedah dan Kelantan - UMCEDEL

Posted: 09 May 2012 05:38 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

(Keputusan kajian yang dibuat UMCEDEL di Selangor)

KUALA LUMPUR: Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati sokongan kepada Pakatan Rakyat lebih baik berbanding Barisan Nasional di Selangor, Kedah dan Kelantan.

Kajian ini menolak gembar gembur yang dibuat BN sekarang bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di ketiga-tiga negeri itu akan jatuh dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut kajian itu, masyarakat India paling kuat menyokong Pakatan di Selangor iaitu 60 peratus menyokong Pakatan, 20 peratus BN dan 20 peratus lagi tidak pasti.

Untuk masyarakat Melayu pula, kajian itu mendapati BN mendapat 34 peratus, Pakatan (33 peratus) dan tidak pasti (33 peratus).

Di kalangan orang Cina pula, 49 peratus dari mereka menyatakan sokongan kepada Pakatan, BN (hanya 16 peratus) dan tidak pasti (35 peratus).

Bilangan responden kajian ini adalah 2282 orang.

Kajian ini dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, etnik Cina, etnik India dan lain-lain.

(Keputusan kajian UMCEDEL di Kedah)

Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur.

Kajian lapangan dilakukan pada 31 Mac 2012 – 15 April 2012 di seluruh Semenanjung Malaysia.

Kajian ini melibatkan 43 orang enumerator dan 3 orang penyelia.
Kajian ini dijalankan sebelum isu PTPTN dan BERSIH 3.0.

Projek penyelidikan ini dibiayai oleh Fundamental Research Grant Scheme (FRGS).


Kedah dan Kelantan

(Keputusan kajian UMCEDEL di Kelantan)

Menurut kajian ini juga, Pakatan mendapat sokongan pengundi Melayu di Kedah iaitu 43 peratus berbanding BN hanya 33 peratus manakala 24 peratus lagi tidak pasti.

Pengundi Cina juga menyokong Pakatan Rakyat iaitu 50 peratus berbanding BN (38 peratus) dan tidak pasti (12 peratus).

Namun begitu, 65 peratus pengundi India menyokong BN berbanding Pakatan (10 peratus) dan tidak pasti 25 peratus.

Sokongan rakyat kepada Pakatan juga meninggalkan BN di Kelantan iaitu Pakatan 44 peratus, BN (27 peratus) dan tidak pasti (29 peratus).

Namun begitu, mengikut kajian ini, BN akan terus menang di Perak dan Negeri Sembilan serta peringkat nasional.

Kajian tidak dibuat untuk negeri Pulau Pinang dan lain-lain negeri.

BN ketandusan idea kata PR becelaru.

Posted: 09 May 2012 02:30 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Fenomena sekarang jelas menandakan Malaysia sedang berada diambang perubahan lanskap politik, hakikat ini telah menyebabkan Perdana Menteri semakin berkerut dahi apabila beliau mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Pakatan Rakyat cuma tahu mencelarukan pemikiran rakyat serta ketandusan modal dalam mengutarakan isu.

Sebenarnnya yang tandus idea dan modal adalah BN dan bukannya Pakatan Rakyat, PRU kali ini mereka (BN) cuma bersenjatakan wang ringgit, kita boleh lihat terkini bagaimana janji yang telah beliau tabur kepada 112,000 warga peneroka Felda dengan pengumuman durian runtuh sebanyak RM1.689 bilion dengan agihan secara berperingkat.

Termasuklah pengumuman oleh Najib Razak mengenai pemberian dua setengah bulan bonus tambahan kepada semua kakitangan Felda, ini juga berbentuk wang, saya yakin inilah antara 'budget pilihanraya' yang mana telah menjadi tradisi BN setiap kali menjelangnya PRU.
'Umpan' menjelang PRU sebegini amat merbahaya bagi masa depan negara jika rakyat terpedaya dan terus memberi undi dan peluang kepada BN untuk terus menzalimi rakyat dengan merompak dana awam secara terancang, kebanyakan rakyat belum sedar hakikat ini.

Saya katakan bahaya kepada negara berdasarkan rasional dan hakikat bahawa BN telah merompak berbilion Ringgit wang rakyat, kemudian memulangkan semula kepada rakyat dengan jumlah yang sedikit, ini tidak adil ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin menghimpit.

Rakyat terus menerus dihimpit kesusahan dan penderitaan sepertimana yang dilaporkan media yang menyebut sebanyak 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara belum berkahwin dimana 44.7% kaum lelaki mengatakan menghadapi masalah kewangan untuk berkahwin.

BR1M bernilai RM500 seorang, peneroka mendapat RM5000 yang , baucer buku 1 Malaysia bernilai RM200 untuk seorang mahasiswa, bantuan persekolahan bernilai RM100 untuk seorang murid.Kita amat meragui dari manakah wang ini diambil

Apapun bagi saya "Hadiah" dari Umno BN tidak dapat mengubati masalah yang dihadapi oleh rakyat yang berpunca dari kerakusan pemimpin membolot kekayaan negara, isu rasuah, salah guna kuasa, monopoli tender dan projek, perkuda institusi kerajaan, bolot cukai barang secara melampau,dan seleweng dana awam.

Dalam masa rakyat menhadapi kesusahan lain pula bagi beberapa kerat elit Umno BN yang mendapat projek yang bernilai ratusan juta malah ada yang mencecah billion ringgit disebabkan mereka kroni BN, contohnya projek diperingkat nasional seperti NFC, projek-projek lebuh raya dan pelbagai lagi kekayan negara dibolot oleh mereka.

Ini adalah antara 70 transaksi dana negara yang telah lebur ke poket kroni Umno BN sejak sekian lama, syabas saya ucapkan kepada pimpinan Umno BN kerana telah berjaya menutup rahsia anda dari sampai ke pengetahuan rakyat yang undi BN, rancangan mereka (BN) mencelarukan pemikiran rakyat masih berjaya untuk setakat ini.

Ini dosa-dosa besar BN yang sedang berlaku di negara dan isu-isu ini sedang didedahkan oleh Pakatan kepada seluruh rakyat, inilah isu besar yang Najib Razak katakan sebagai "Pembangkan tiada modal" dan cuma tahu celarukan fikiran rakyat sahaja dengan isu-isu yang telah disebut sebentar tadi.

PRU13 inilah yang kita jangka bakal belaku tidak lama lagi sebagai medan bersejarah untuk menggulingkan rejim BN yang telah berkuasa secara zalim selama lebih 50 tahun.

9 Mei 2012

Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar Perak.

Empat disyaki terlibat culik Nayati ditahan

Posted: 09 May 2012 01:30 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, pada 27 April lepas.

Menurut sumber polis, suspek yang berusia antara 30-an dan 50-an itu ditangkap dalam operasi berasingan di Perak dan Cheras, Selangor, sejak Ahad hingga awal pagi ini.

"Polis menemui semula lebih RM100,000 iaitu sebahagian daripada wang tebusan yang dibayar oleh bapa Nayati (Sham Moodliar) dan ibunya (Janice Smith)," kata sumber itu.

Anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang melakukan tangkapan itu turut merampas peralatan seperti komputer riba dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek untuk tujuan rundingan dan meminta wang tebusan daripada ibu bapa Nayati.

Sumber itu berkata, polis menunggu kepulangan keluarga Nayati yang dilaporkan sedang bercuti bagi membolehkan kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu membuat pengecaman terhadap suspek-suspek berkenaan.

Difahamkan seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam penculikan itu sedang diburu polis dan dipercayai masih berada di sekitar ibu negara.

Sumber itu tidak menolak kemungkinan polis akan memberkas suspek dalam masa terdekat berdasarkan beberapa maklumat yang diperoleh hasil risikan polis. — BERNAMA

2 beradik kembali jadi kanak-kanak

Posted: 09 May 2012 01:20 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

MICHAEL (kiri) dan Matthew bermain kereta api mainan.
LONDON: Sejenis penyakit yang menyebabkan usia penghidapnya berundur ke belakang menyebabkan pasangan adik beradik pertengahan umur kembali kepada zaman kanak-kanak mereka.

Bekas anggota Tentera Udara Diraja Britain (RAF), Michael Clark, 42, kehilangan tempat kediaman dan kini berkelakuan seperti budak 10 tahun.

Sementara adiknya, Matthew, 39, hilang pekerjaan di sebuah kilang dan mula berkelakuan seperti kanak-kanak walaupun mempunyai seorang anak perempuan berusia 19 tahun, Lydia, yang kini mengandung.

Keadaan menyedihkan itu mempunyai persamaan dengan filem lakonan Brad Pitt, The Curious Case of Benjamin Button, yang mengisahkan seorang lelaki tua kembali menjadi muda.


Pasangan adik beradik itu kini menghabiskan masa menonton siri The Smurfs, memakan keropok dan bermain permainan ular dan tangga.


Bapa, Anthony, 63, yang menjaga kedua-dua anaknya itu bersama isteri, Christine, 61, berkata: "Mereka berubah dari orang dewasa dengan berpekerjaan dan berumah tangga kepada keadaan kanak-kanak.

"Mathhew keluar beberapa hari lalu dan membeli set permainan kereta api.
Perkara yang menarik minat kanak-kanak menjadi minat mereka."

Bekas pengawal penjara itu yang berasal dari Lincoln juga berkata: "Matthew sering berkelakuan teruk. Dia akan menjerit, 'Saya tidak tahu apa yang saya lakukan.

"Tidak ada apa yang boleh kami lakukan untuk membantu mereka. Kami tidak berupaya."

Kedua-dua beradik itu mula berkelakuan ganjil selepas ibu bapa mereka bersara dan berpindah ke Sepanyol pada 2007.

Keadaan semakin teruk tahun lalu apabila Michael diusir dari rumahnya dan hidup bergelandangan selama tiga minggu.

Pekerja sukarela yang bersimpati membawanya menemui seorang doktor sebelum pakar mengesahkan dia menghidap leukodistrofi.

Ujian lanjut mengesahkan, Matthew yang pernah bekerja dengan syarikat pembuat biskut, Walkers, juga menghidap penyakit itu.

Penyakit neurologikal atau kecelaruan saraf itu adalah perkara biasa di kalangan bayi yang baru lahir tetapi dihidap oleh kira-kira 100 orang dewasa di Britain.

Ia menyerang otak, sistem saraf dan saraf tunjang.

Kedua-dua beradik itu kini semakin hilang kemampuan untuk bercakap dan kini tidak boleh berjalan.

Mereka mudah buat perangai dan merangkak sekeliling rumah ibu bapa mereka yang terpaksa berhenti daripada persaraan untuk menjaga kedua-dua beradik itu.

Dalam filem The Curious Case of Benjamin Button, Brad Pitt memainkan peranan lelaki yang usianya mengundur ke belakang.

Ia bermula dengan seorang pembuat jam yang meratapi kematian anaknya pada 1918 dan memutarkan jam untuk mengundurkan masa. - Mirror

'Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri?

Posted: 09 May 2012 12:56 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.

(PM ketika menghamburkan kata 'haram jadah' kepada sesetengah peneroka semalam)

Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'.

Beliau dipercayai menujukan kata-kata itu kepada pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.

Menurut Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang bergelar perdana menteri.

"Tak sangka perdana menteri yang dilihat bapa kepada rakyat, tetapi mengeluarkan kata-kata kesat kepada rakyat sendiri," katanya.

Yang menjadi persoalan kata Mazlan, apa yang menyebabkan Najib begitu marah sehingga sanggup mengeluarkan perkataan seperti itu.

"Perkataan ini jarang orang guna kecuali dalam keadaan terlalu marah.

"Dengan pengumuman durian runtuh itu, perdana menteri sepatutnya gembira kerana bakal mendapat sokongan dari peneroka. Tapi kenapa sampai perlu menyumpah haram jadah," soalnya lagi.

Mazlan berkata, sepanjang pemerhatiannya dalam media arus perdana dari malam tadi dan hari ini, tiada pun media yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan Najib itu.

Bagaimanapun ujarnya, rakyat semalam dapat melihat dan mendengar dengan jelas ucapan Najib itu yang disirkan secara langsung melalui televisyen.

Harakah Daily

Malaysia di sisi betul jika iktiraf Bersih 3.0

Posted: 09 May 2012 12:55 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Mei: Malaysia boleh berada di sisi yang betul di dalam sejarah jika kerajaan mengiktiraf penyokong Bersih 3.0 bukanlah musuh negara ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin (gambar).

Beliau berkata, keganasan polis menyerang rakyat Malaysia pelbagai kaum, bangsa, warna kulit, bahasa dan agama di perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu memberi petunjuk yang jelas bahawa Umno berada pada sisi yang salah di dalam sejarah (on the wrong side of history).

"Bagi kita, Malaysia hanya boleh bergerak ke arah 'kedudukan betul (di dalam) sejarah' jika kerajaannya mengetahui dan mengiktiraf bahawa rakyat seperti penyokong Bersih 3.0 tempoh hari adalah sebenarnya kekuatan kepada negara ini dan bukannya musuh negara ini," tegas beliau.

Hanipa yakin, dengan izin Allah, masa hadapan negara ini akan didirikan oleh rakyat yang mempunyai jiwa seperti penyokong Bersih 3.0 yang berhimpun secara aman pada 28 April yang lalu.

"Rakyat seperti itulah yang tidak pernah putus asa mencari sinar keadilan, persamaan dan kebebasan untuk dikecapi dan dinikmati keseluruhan rakyat di negara ini," katanya.

Beliau menyifatkan alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyalahkan tindakan penganjur Bersih menolak tawaran berhimpun di Stadium Merdeka sebagai punca kepada kegawatan sebagai alasan yang terlalu naif untuk seorang Perdana Menteri.

"Alasan kamu tersebut mengigatkan kami kepada filem Tiga Abdul arahan Tan Sri P.Ramlee.

"Hanya kerana adinda bongsu Abdul Wahub memprotes keputusan dua kekandanya yang enggan menghantar ayahanda mereka ke hospital (supaya ayahanda mereka cepat mati dan mereka boleh membolot segala harta) Abdul Wahub dinafikan oleh kedua-dua kekandanya segala harta ayahandanya di dalam negeri Istambola.

"Nampaknya begitulah logik Perdana Menteri," kata Hanipa.

Mengikut logik Najib, katanya, hanya kerana penganjur Bersih enggan menerima keputusan kerajaan untuk berhimpun di stadium, tidaklah salah bagi polis melakukan tindakan ganas ke atas mereka yang berhimpun dalam perhimpunan ratusan ribu rakyat itu.

"Kita ingin katakan pada Perdana Menteri bahawa isunya bukan keengganan berhimpun di stadium.

"Sebaliknya isunya mengapa rakyat dilarang untuk duduk bantah secara aman hanya untuk tempoh dua jam di Dataran Merdeka.

"Sejak bila duduk bantah secara aman dikira satu tindakan jenayah sehingga polis perlu dapatkan perintah mahkamah untuk melarang rakyat duduk membantah," kata Hanipa lagi.

Beliau yakin, sebenarnya keganasan polis amat tidak perlu dalam peristiwa itu.

"Jika rakyat dibenarkan berhimpun secara aman di Dataran Merdeka, apa perlu polis ditugaskan di sana pada tarikh dengan jumlah yang ramai?" beliau mempersoalkan.

Hanipa mengingatkan, tugas rasmi polis ialah menentang penjenayah dan "bukan menjadi penjenayah dengan bertopeng uniform polis".

"Sedarlah Najib dan Umno hari di mana kamu menjadikan rakyat yang menyokong Bersih sebagai musuh kamu adalah hari di mana kerajaan kamu mula menghitung saat kehancurannya," beliau mengingatkan.

Keganasan polis ke atas rakyat yang berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu terus menjadi isu yang semakin diperkatakan berikutan semakin tersebarnya gambar-gambar dan rakaman-rakaman berkaitan.

Harakah Daily

Cerita untuk direnungkan para peneroka.

Posted: 09 May 2012 12:33 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Di sebuah kampung, Allah kurniakan tanah yang amat subur kepada penduduknya.

Segala yang ditanam akan menghasilkan buah dan pulangan. Walaupun tanah itu tidaklah besar, tapi hasil pertaniannya cukup untuk menyara sebuah kampung malah ada lebihan.

Pada satu hari, datang seorang ahli perniagaan kaya, yang berkata kepada penduduk, ada pelan untuk durian runtuh, dapat duit dengan cepat.

Pelannya begini:

Penduduk cagarkan tanah yang subur itu kepada peniaga - dengan 2 syarat:

1. peniaga akan bayar balik sejumlah wang dan

2. "batu istimewa" akan dijualkan kepada pengguna - "batu istimewa" ini dijamin peniaga akan meningkat nilai pasarannya buat selama-lamanya.

Penduduk kena membeli "batu istimewa" ini yang diwar-warkan sebagai telur emas, dengan pinjaman atau duit sendiri.

Asalkan penduduk tidak menjual "batu istimewa" tersebut, "batu istimewa" tersebut akan menghasilkan wang tunai, sekiranya peniaga untung besar.

Di sebalik itu, yang tidak diketahui penduduk kampung tersebut ialah - peniaga yang mencagarkan tanah tersebut mendapat RM50. Yang diberi balik pada peneroka hanyalah RM15, bersama satu "batu istimewa" yang dijamin dapat membawa pulangan lumayan.

Ada pihak B yang kenali sikap peniaga ini cuba menasihati penduduk kampung ini, tapi penduduk kampung hanya nampak kebesaran RM15.

Pihak B memberitahu penduduk - faham maksud cagaran. Peniaga kaya itu memberitahu tanah itu masih milik penduduk kampung - betul kata pihak B, sekiranya tiada masalah berlaku.
Sekiranya apa-apa berlaku kepada peniaga kaya tersebut, tanah itu akan hilang daripada penduduk kampung, kerana ia hak milik orang lain, pihak yang membayar peniaga kaya untuk tanah itu.

Penduduk kampung yang tertarik dengan tawaran tersebut, disuruh menandatangani satu perjanjian secara cepat - di mana perjanjian tersebut tertulis "jika berlaku kerugian, penduduk kena tanggung semua, dan tak boleh saman peniaga."

Penduduk teruja dengan tawaran tersebut kerana tanah yang Allah kurniakan hanya dapat menghasilkan RM2 sebulan.

Kini, peniaga beri RM15 sekaligus, 7 bulan hasil. Tapi mereka lupa, RM15 ini sekali sahaja, RM2 yang dijana adalah berterusan sampai bila-bila sehingga generasi kedua atau ketiga.

Bukan main seronok penduduk berterima kasih kepada peniaga ketika menerima RM15. Tapi keperitan datang selepas setahun, dua apabila "batu istimewa" yang dijanjikan tidak mendatangkan hasil, tanah yang dicagarkan peniaga bukan lagi milik sendiri.

Peniaga berkata perjanjian dah kata dengan jelas, kerugian perlu ditanggung sepenuhnya oleh penduduk kampung dan anda tak boleh saman.

Menangislah penduduk, menyuruh orang pihak B menyelamatkannya. Nak selamat macam mana?

Ini sekadar cerita luahan untuk renungan bersama. Alhamdulilah, ada masa untuk menceritakannya untuk dikongsikan.

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

11 maut pasar raya terbakar di Mindanao

Posted: 09 May 2012 12:25 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BUTUAN, Filipina 9 Mei - Sekurang-kurangnya 11 pekerja wanita yang sedang tidur di sebuah pasar raya di Filipina maut apabila api membakar seluruh gedung itu dalam kejadian sebelum subuh, pagi ini.

Seramai 21 pekerja wanita pasar raya terperangkap dalam bangunan itu dengan tujuh lagi masih hilang manakala tiga terselamat selepas terjun menerusi tingkap dari tingkat dua, kata ketua jabatan bomba wilayah, Cif Inspektor Mario Palarca kepada AFP.

"Dua puluh satu orang sedang tidur di tingkat dua apabila api membakar tingkat bawah bangunan. Mereka mungkin gagal mencari pintu kecemasan kerana asap tebal," kata Palarca menerusi telefon.

Api memusnahkan pasar raya tiga tingkat di Butuan, sebuah bandar kecil di selatan Mindanao. - AFP

Duit rasuah bantu penduduk

Posted: 09 May 2012 12:20 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Seorang kontraktor dan peniaga yang mengaku bersalah atas tuduhan menerima suapan berhubung kontrak perkhidmatan pembersihan di Kampung Tok Kaya Kiri, Kemaman Terengganu, pada Mei 2009 memberitahu mahkamah bahawa wang RM5,000 yang diperoleh itu digunakan untuk membantu masyarakat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Tertuduh, Ramli Abdullah, 45 dari Kampung Semayor dan rakannya, Alias Hamzah, 35 dari Kampung Baru, Kemasek, Kemaman, Terengganu melalui peguam mereka memberitahu, wang itu digunakan untuk mengisi tabung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah dalam Dun Kemasik bagi tujuan membeli pakaian dan kasut sekolah untuk pelajar miskin.

Mereka juga memberitahu, wang itu juga digunakan untuk membeli lembu dan disumbangkan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Atas alasan itu, tertuduh merayu agar hukuman paling minima dikenakan ke atas mereka, tambahan pula kesalahan itu kali pertama dilakukan malah pengakuan bersalah yang dibuat menjimatkan masa dan wang mahkamah.

Mengambil kira segala pertimbangan sewajarnya, Hakim Fathiyah Idris mengarahkan kedua-dua tertuduh dihukum penjara sehari dan didenda RM25,000 atau 25 bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Kedua-dua tertuduh sebelum ini mengaku tidak bersalah ketika sebuatan pertama kes tersebut dalam mahkamah sama, 15 Februari lalu sebelum dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 setiap seorang.

Berdasarkan kertas pertuduhan , kedua-dua tertuduh didakwa menerima sekeping cek bernilai RM5,000 daripada seorang kontraktor, Ahmad Mizani Mohd melalui Arman Alias.

Cek atas nama Ramli Abdullah itu sebagai dorongan kononnya Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemasik, Ir. Rosli Othman tidak mengguna pengaruhnya untuk membatalkan kontrak yang diperolehi Syarikat Cekap Sekitar Sdn. Bhd. daripada Majlis Perbandaran Kemaman.

Kontrak membabitkan perkhidmatan mengangkut sampah, membersih longkang, memotong rumput, menyapu jalan dan kerja-kerja berkaitan Zon R di Kampung Tok Kaya Kiri, Kemaman, Terengganu serta kawasan sekitarnya.

Kedua-dua mereka dituduh dengan niat bersama melakukan kesalahan itu di sebuah bilik, Impana Hotels & Resort ,Kilometer 32 Jalan Kuantan-Kemaman dekat sini kira-kira jam 9.45 malam, 30 Mei 2009.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang paling tinggi.

sinar harian/-

Cerita Syarip Dol, samseng Kampung Dusun

Posted: 09 May 2012 12:18 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Syarip Dol memang terkenal sebagai samseng Kampung Dusun, selain dari kerja rompakan dan samun beliau juga adalah pembeli hasil sawit penduduk Kampung Dusun.

Oleh kerana tiada pembeli lain di kampung tersebut, maka penduduk mahu tak mahu terpaksa menjual juga hasil ladang mereka kepada Syarip Dol.

Tambahan pula, beliau sering mengugut penduduk yang cuba menjual kepada peniaga lain. Namun kerana tidak mengetahui kadar perahan sebenar, maka penduduk hanya terima berapa sahaja kadar perahan yang diberitahu.

Mereka berasa ok juga Syarip Dol ini kerana walaupun samseng tetapi ia masih membeli sawit penduduk kampung. Ada yang terfikir kalau Syarip Dol tak beli lagi daripada mereka, nanya jadinya.

Hasil penipuan kadar perahan ini, Syarip Dol berjaya mengumpul RM200,000 setahun. Ia hidup senang-lenang hasil penipuan tersebut.

Suatu hari penduduk diberitahu sebenarnya kadar perahan yang sepatut diberi jauh lebih tinggi dari yang mereka perolehi sebelum ini.

Mereka mulai siasat dan ternyata betul laporan tersebut. Ini menyebabkan ada di kalangan penduduk Kampung Dusun mulai merancang untuk menjual kepada kilang lain, yang akan membayar lebih tinggi dan kebajikan lebih baik.

Berita ini membimbangkan Syarip Dol, menyebabkan ia mulai memikir bagaimana untuk menghalang penduduk Kampung Dusun dari menjual ke kilang lain.

Lalu, ia kumpulkan penduduk kampung kononnya untuk memberi anugerah jasamu dikenang. Syarip Dol fikir dari RM200,000 yang berjaya dikumpul selama setahun hasil penipuan perahan, apa salahnya kalau diberi RM100,000 kepada penduduk Kampung Dusun.

"Aku masih ada RM100,000 lagi. Apa yang penting penduduk tidak menjual kepada kilang lain," katanya di hati.

Maka diadakan majlis anugerah, diwar-war seluruh Kampung Dusun bahawa Syarip Dol nak anugerah wang kepada semua penduduk Kampung.

Pada hari dijanjikan itu, ia mulai mengangkut penduduk kampung, tua muda, lelaki perempuan, Melayu, Cina, Asli dijamu dengan nasi bungkus dan disediakan pasukan nyanyian, kompang bagi memeriahkan majlis anugerah hasil rompakan dan penipuan dari penduduk Kampung Dusun.

Sarip Dol cukup seronok apabila penduduk kampung keluar beramai ramai, ada yang bertempik hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!

Dia tersenyum lebar. Penduduk mula terngaga apabila Sarip Dol menceritakan pengorbanannya selama ini, dan ingatkan penduduk agar kenang jasa dia.

Maka sampai masa dinanti nanti, Syarip Dol umumkan durian runtuh RM100,000 akan berikan kepada penduduk Kampung Dusun lelaki, perempuan dan anak anak.

Lalu bertempik soraklah penduduk kampung - ada yang pengsan terkejut, ada yang selak tak terkata, ada yang menangis kesyukuran, ada yang mengiling kepala tak percaya Syarip Dol baik sunggguh.

Lalu bergemalah lagi jeritan ucapan hidup Syarip Dol! Hidup Syarip Dol!

Lalu Syarip Dol dengan lantang bertanya penduduk Kampungg Dusun, "Apakah tuan-tuan nak jual di kilang lain lepas ini??!!"

Serentak jawapannya "TIDAK! Tidak! Kami sokong Syarip Dol."

Mendengarkan kata kata itu, Syarip Dol tersenyum puas hati. Walaupun hakikat apa yang diberi hanyalah hasil penipuan kadar perahan, perahan keringat penduduk kampung, hasil penipuan yang dikembalikan kepada mereka semula.

Syarip Dol kagum bila ada seorang tua berkata mana nak cari tokeh baik macam Syarip Dol di dunia ini.....

Sekadar renungan untuk senyuman hari ini.

-----------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat.

Harakah Daily

‘Saya hanya nasihat, tapi saya pula kena pukul'

Posted: 09 May 2012 12:12 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Akibat prihatin terhadap seorang warga emas, Ahmad Nazri Mat Jam, 42, dipukul, diterajang dan dipijak hampir 10 anggota polis ketika perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Beliau yang ketika itu berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, cuba menenangkan sekumpulan anggota polis agar tidak melakukan sebarang kekerasan terhadap warga emas dan kanak-kanak.

Bagaimanapun, tindakannya itu mendatangkan kemarahan anggota polis yang kemudiannya bertindak mengasari beliau hingga terjatuh di jalan raya.

"Ketika itu polis sudah mula mengejar peserta-peserta Bersih 3.0. Saya nampak beberapa orang tua dan kanak-kanak di situ, dan meminta pihak polis bertenang, sebaliknya saya yang kena," dakwa beliau kepada Harakahdaily.

Mengimbas kembali insiden pada hari tersebut, Ahmad Nazri berkata pada mulanya beliau dipukul dan ditolak hingga terjatuh dan hanya mampu melindungi wajahnya dari kecederaan yang lebih teruk.

"Setelah dibangunkan dan digari dengan gari plastik, saya kemudiannya terus dipukul oleh anggota polis yang berdiri di sisi jalan hingga ke trak yang membawa saya ke tempat tahanan," jelas beliau yang bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Bagaimanapun, setelah hampir seminggu insiden itu berlalu, beliau berasa sakit-sakit dan sengal-sengal di beberapa bahagian badan, khususnya di bahagian kaki.

Bapa kepada dua orang anak ini juga membuat laporan polis, selain ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan pada keesokkan harinya.

Kunjungan Harakahdaily ke kediamannya di Ampang, petang semalam mendapati matanya masih lebam, biarpun kesan bengkak lain di mukanya sudah mula sembuh.

Ketika ditanya sama ada beliau serik untuk menyertai mana-mana himpunan selepas ini, dengan tegas beliau berkata perjuangan bagi menuntut hak wajib diteruskan.

"Saya menyertai Bersih, Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, dan beberapa himpunan lain sebelum ini. Ini kali pertama saya dipukul, dan saya tidak akan serik kerana bagi saya ini adalah perjuangan bagi menuntut hak sebagai rakyat Malaysia," tegas beliau yang juga peniaga air minuman di beberapa lokasi ceramah dan himpunan.

Harakah Daily

Siibu bisu yang sentiasa tersenyum

Posted: 09 May 2012 12:10 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Sungguhpun dia tergolong Orang Kelainan Upaya (OKU), tidak mampu bercakap, tidak mendengar, namun dia begitu istimewa dari pandangan sesiapa sahaja.

Bukan hanya anak-anak sendiri, keluarga terdekat, sebaliknya masyarakat memandangnya begitu istimewa, kerana dia mempunyai keunikan yang tersendiri.

Suria Abdul Rahman, 45, (gambar) dikenali masyarakat bukan seorang yang bisu, sebaliknya pelengkap hidup bermasyarakat kerana sifatnya yang ringan tulang, pandai memasak serta rajin membantu sesiapa sahaja.

Dia juga seorang yang peramah, mengikut gayanya sendiri, mudah tersenyum.

Andainya dia mampu berbicara, sudah tentu beliau yang terlebih dahulu akan menegur seseorang, namun kerana keadaannya sedemikian, hanya isyarat yang digunakan untuk bersembang dengan keluarga atau jiran tetangga.

Malah, bagi mereka yang tidak mengenali Suria, tentu sekali tidak menduga dia tidak mampu bercakap, apa lagi bibir sentiasa mengukirkan senyuman pada siapa sahaja.

Suria yang dilahirkan di Kampung Chawas, Tanah Merah, ditakdirkan 'bisu' sejak lahir lagi. Bagaimanapun kadang-kadang suaranya agak kedengaran walaupun tidak jelas berbanding suaminya Mohd Parit Abdul Rahman, 55, yang langsung tidak kedengaran.

Walaupun ada segelintir yang bersikap dingin, tidak mengindahkannya seolah-olah menganggap Suria tidak wujud, namun kerana dia insan istimewa dilaluinya seikhlas mungkin.

Suria juga tidak mempunyai saudara yang lain mempunyai masaalah sepertinya, berbanding suami yang mempunyai dua orang lagi adik beradik yang senasib dengannya.

Pasangan istimewa ini bertemu jodoh pada tahun 1983 melalui pilihan keluarga.

Hasil perkongsian hidup kedua insan istimewa ini, mereka dikurniakan enam orang cahayamata, Wahidah, 25, Wahiduddin, 24, Mohd Azizi, 22, Siti Aminah, Noor Baitee.

Lebih membanggakan dua daripada anak-anaknya berada di IPT dan Noor Baitee sendiri bakal melanjutkan pengajian ke IPT.

Suria juga memastikan mana-mana anaknya yang tidak mampu belajar tinggi, mesti mengikuti kelas kemahiran terutama Mara dan ILP.

Ketika berkongsi rahsia bagaimana beliau mendidik anak-anak begitu berjaya, Suria yang dibantu kedua anaknya Noor Baitee dan Siti Aminah, berkata dia memastikan semua anak-anaknya tekun belajar.

"Tiada istilah main-main sewaktu belajar, apa lagi menonton televisyen ketika belajar,"ujarnya melalui isyarat yang diterjemahkan anak-anaknya.

Walaupun beliau bukan ibu OKU yang berpendidikan, namun keistimewaannya yang unik menyedari betapa dunia kini mementingkan ilmu.

"Walaupun saya tidak mampu mengajar mereka, namun dorongan, semangat dan betapa pentingnya pelajaran sering saya ingatkan pada mereka,"ujarnya.

Sebagai seorang ibu, Suria sering mendoakan kecemerlangan anak-anaknya dalam semua bidang yang diceburi, terutama pelajaran.

Sambil membuat isyarat 'berdoa', itulah yang sering beliau lakukan saban hari sama ada sewaktu solat atau sebaliknya.

Katanya, beliau tidak ingin nasib anak-anaknya seperti dirinya yang tidak berpengetahuan, tidak bekerja.

Sebagai seoang Islam, walaupun beliau tergolong dalam OKU, namun tanggungjawab terhadap Ilahi turut dilakukan sebagaimana insan lain yang sedar akan tanggungjawab itu.

Menurut Noor Baitee, ibunya seorang yang tegas terutama soal solat dan belajar berbanding ayahnya.

Bagaimanapun tidak dinafikan ibunya seorang ibu yang pengasih dan penyayang sebagaimana yang diterjemahkan melalui perbuatan, memek muka, senyuman dan belaian.

"Walaupun kami hanya memperolehi belaian seorang ibu hanya cara sedemikian dan bukannya dengan kata-kata sebagaimana seorang ibu melafazkan 'sayang' pada anak-anak mereka, namun cara mak cukup bermakna bagi kami,"ujar dua beradik itu.

Nor Baitee merupakan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Agama (A) Tarbiah Mardhiah Panchor SPM 2011 yang mendapat keputusan 9 A.

Keputusan itu sekaligus mencipta rekod kecemerlangan yang tersendiri yang sebelum ini tidak pernah diterokai.

Bukan itu sahaja SPM tahun lalu juga sekolah berkenaan memperolehi keputusan 100 peratus spm.

Keistimewaan yang ingin dikongsi di sini, Suria bukan hanya seorang isteri atau ibu yang penyayang pada keluarganya, sebaliknya dia begitu menyayangi binatang peliharaannya, terutama kucing.

Menurut Baitee, kucing yang ada di rumahnya sering dibelai ibunya dengan penuh kasih bukan hanya memberi makan.

"Inilah antara keistimewaan yang ada pada mak,"ujarnya.

Kerana sifatnya yang sedemikian, beliau sering menjadi perhatian jiran tetangga. Dia juga rajin membantu sehinggakan kenduri kendara yang diadakan jiran, wajahnya sering kelihatan.

Apabila mempunyai anak yang agak ramai, tingkah laku mereka juga berbagai.

Kerenah anak-anak kadang-kadang melukakan hati siibu. Namun bagi Suria dia tidak pernah tersinggung dengan anak-anaknya.

"Syukur kerana saya mempunyai anak yang baik-baik dan dengar diajar. Mereka tidak pernah membuatkan saya berkecil hati," jelas Suria ketika ditanya mengenai perkara itu.

Suria pernah melalui kehidupan yang sukar sebelum ini apabila beliau pernah berpisah dengan suaminya. Namun jodoh masih ada buat mereka.

Hampir setahun perpisahan itu berlalu, akhirnya mereka disatukan kembali dan kekal hingga ke hari ini.

Suria berharap nasib anak-anaknya baik serta dapat memperbaiki nasib masa depan keluarga, sekurang-kurangnya untuk keluarga mereka sendiri.

Kasih ibu tiada nilainya, kasih ibu tiada akhirnya, walaupun siapa kita, bagaimanapun keadaan seorang ibu itu, namun kebahagiaan anak tetap menjadi keutamaan.

Harakah Daily

Tolak tawaran PBB, kerajaan sembunyi sesuatu

Posted: 09 May 2012 12:08 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berpendapat keputusan kerajaan Malaysia menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat Bersih 3.0, sudah dijangka.

Menurutnya, tidak pelik penolakan tawaran itu kerana kewujudan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sendiri pun dipandang sebelah mata oleh pihak kerajaan.

Mahfuz berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penolakan tersebut dibuat kerana cuba menyembunyikan sesuatu yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu itu.

"Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kini semakin diyakini berusaha keras untuk menyembunyi dan melindungi banyak perkara dengan tindakannya mengetepi dan menolak Suhakam untuk menyiasat apa yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu.

"Kalau Suhakam yang ditubuhkan oleh kerajaan sendiri pun kerajaan Najib takut, tentulah ia lebih takut lagi kepada siasatan bebas oleh pihak PBB," kata Mahfuz.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang menolak tawaran Frank William La Rue dengan alasan orang luar tidak perlu menyiasat perhimpunan Bersih 3.0 itu.

Ketika menolak tawaran pelapor khas PBB itu juga, Anifah juga mendakwa, pihak berkuasa Malaysia termasuk polis mampu menjalankan siasatan.

Menyelar alasan Anifah itu, Mahfuz berkata, rakyat tidak bodoh untuk mempercayai kononnya penyiasatan sendiri oleh panel penyiasat yang ditubuhkan kerajaan adalah tidak memihak.

"Kalau Suhakam pun kerajaan BN tolak, tidak mungkin rakyat percaya kononnya panel siasatan yang ditubuhkan oleh kerajaan tidak memihak.

"Lebih-lebih lagi kalau polis yang siasat polis," kata beliau.

Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia kata Mahfuz tidak perlu takut dengan siasatan bebas PBB itu.

Harakah Daily

Rahim Noor berdepan tindakan mahkamah

Posted: 09 May 2012 12:03 AM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka memfail saman terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ekoran kegagalan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai "bapa kafir".

Semalam Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan.

Pengerusi lajnah terbabit, Hisham Fauzi berkata, selepas peluang yang diberi untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf tidak dimanfaatkan, maka tindakan mahkamah perlu diambil.

"Tindakan saman juga akan dikenakan terhadap NST yang menyiarkan kenyataan bekas Ketua Polis Negara terbabit kerana belum melakukan pembetulan.

"Saman itu dibuat atas nama Menteri Besar sendiri. Kita juga sudah berbincang dengan pasukan peguam Lajnah Guaman dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat," katanya di sini.

Bekas Ketua Polis Negara terbabit dalam kenyataan seperti dilapor sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai "bapa kafir" kerana dianggap mengelirukan umat Islam berhubung kenyataan wajib menyokong Bersih 3.0.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai membantah ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.

Hisham berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan undang-undang ekoran peluang diberi semalam tidak dimanfaat sepenuhnya Rahim.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Pemuda PAS Tanah Merah membuat laporan polis terhadap bekas Ketua Polis Negara terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah hari ini.

Laporan berkenaan dibuat Mohd Darulhisham Kamaludin mewakili Pemuda PAS Tanah Merah. Hampir 100 pemuda PAS Tanah dan AMK hadir bagi memberi sokongan, turut hadir anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.

Petang semalam laporan serupa dibuat Pemuda PAS Pasir Puteh.

Manakala Pemuda PAS Negeri Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Rahim dan menyifatkan bekas ketua polis itu seperti hilang kewarasan dan pertimbangan akal.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, sindrom hilang akal dan kewarasan seperti itu bukan perkara baru kerana Rahim pernah disabitkan kesalahan kerana menumbuk Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa bekas timbalan perdana menteri itu ditahan pada 1998.

"Jika pada masa itu beliau masih Ketua Polis Negara boleh hilang pertimbangan, maka tidak menjadi perkara pelik sekiranya kehilangan pertimbangannya berulang kembali.

"Dalam hal ini mungkin Rahim tidak dapat membezakan istilah wajib yang disebut Tuan Guru Nik Aziz dan perbezaannya dengan wajib syarie di sisi agama.

"Wajib yang disebut Menteri Besar bukanlah bererti bahawa jika tidak dilakukan jatuh kepada hukum haram tetapi hanyalah sebagai gesaan kepada rakyat menuntut pilihanraya yang adil," katanya.

Harakah Daily

Bukan RM15,000 tetapi sepatutnya RM38,000

Posted: 08 May 2012 11:59 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, menyifatkan durian runtuh kepada peneroka sebanyak RM15,000 terlalu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi.

Katanya, RM15,000 hanyalah pulangan hak pada mereka ke atas kehilangan ladang komersial yang sebelum ini menjadi sumber dividen tahunan.

"Felda memberikan dividen yang tertinggi di Negara ini, iaitu 15 peratus setahun kepada peneroka, iaitu hasil ladang komersial yang tidak ada peneroka.

"Ladang komersial itu diagihkan dalam bentuk dividen kepada peneroka sebanyak 15 peratus seorang setiap tahun,"ujarnya lagi.

Dakwa Husam lagi, apabila peneroka diberikan RM15,000 ini mereka tidak lagi menikmati dividen tahunan seperti mana sebelum ini kerana ladang berkenaan telah menjadi milik Felda Golden Vantures Holding Bhd (FGVH).

"Tukaran dari hak milik tersebut terlalu kecil. Saya ingat durian runtuh ini RM38,000 ke atas bersekali dengan saham peneroka dalam syarikat FGVH yang disenaraikan,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung 'durian runtuh' sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di hadapan warga peneroka, di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang semalam.

Tambah Husam yang juga anggota exco kerajaan negeri Kelantan, apa yang dipersoalkan kenapa durian runtuh yang dimaksudkan itu terlalu kecil, malah beliau tidak bersetuju dengan jumlah itu.

"Sepatutnya dengan hak yang dilepaskan oleh peneroka itu mereka seharusnya mendapat jumlah yang lebih besar daripada apa yang diberikan,"ujarnya.

Tambahnya, jika dinilai dari RM15,000 untuk diagihkan kepada semua peneroka hanya melibatkan jumlah RM500 juta.

Beliau menambah, sedangkan pada awalnya jumlah pendapatan yang wajar diperolehi melalui durian runtuh sebanyak RM2 bilion.

"Jadi saya nak tanya Perdana Menteri ke mana perginya wang sebanyak RM1.5 bilion lagi. Kenapa mereka hanya diberikan RM15,000 dan bukannya RM38,000 sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini?,"soalnya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan durian runtuh hanya runtuhnya sebela dahan sahaja, selebihnya tidak boleh dimakan.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang medianya di JKR 10 selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan, di sini, semalam.

Harakah Daily

Cerita untuk direnungkan para peneroka....

Posted: 08 May 2012 11:58 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Di sebuah kampung, Allah kurniakan tanah yang amat subur kepada penduduknya.

Segala yang ditanam akan menghasilkan buah dan pulangan. Walaupun tanah itu tidaklah besar, tapi hasil pertaniannya cukup untuk menyara sebuah kampung malah ada lebihan.

Pada satu hari, datang seorang ahli perniagaan kaya, yang berkata kepada penduduk, ada pelan untuk durian runtuh, dapat duit dengan cepat.

Pelannya begini:

Penduduk cagarkan tanah yang subur itu kepada peniaga - dengan 2 syarat:

1. peniaga akan bayar balik sejumlah wang dan

2. "batu istimewa" akan dijualkan kepada pengguna - "batu istimewa" ini dijamin peniaga akan meningkat nilai pasarannya buat selama-lamanya.

Penduduk kena membeli "batu istimewa" ini yang diwar-warkan sebagai telur emas, dengan pinjaman atau duit sendiri.

Asalkan penduduk tidak menjual "batu istimewa" tersebut, "batu istimewa" tersebut akan menghasilkan wang tunai, sekiranya peniaga untung besar.

Di sebalik itu, yang tidak diketahui penduduk kampung tersebut ialah - peniaga yang mencagarkan tanah tersebut mendapat RM50. Yang diberi balik pada peneroka hanyalah RM15, bersama satu "batu istimewa" yang dijamin dapat membawa pulangan lumayan.

Ada pihak B yang kenali sikap peniaga ini cuba menasihati penduduk kampung ini, tapi penduduk kampung hanya nampak kebesaran RM15.

Pihak B memberitahu penduduk - faham maksud cagaran. Peniaga kaya itu memberitahu tanah itu masih milik penduduk kampung - betul kata pihak B, sekiranya tiada masalah berlaku.
Sekiranya apa-apa berlaku kepada peniaga kaya tersebut, tanah itu akan hilang daripada penduduk kampung, kerana ia hak milik orang lain, pihak yang membayar peniaga kaya untuk tanah itu.

Penduduk kampung yang tertarik dengan tawaran tersebut, disuruh menandatangani satu perjanjian secara cepat - di mana perjanjian tersebut tertulis "jika berlaku kerugian, penduduk kena tanggung semua, dan tak boleh saman peniaga."

Penduduk teruja dengan tawaran tersebut kerana tanah yang Allah kurniakan hanya dapat menghasilkan RM2 sebulan.

Kini, peniaga beri RM15 sekaligus, 7 bulan hasil. Tapi mereka lupa, RM15 ini sekali sahaja, RM2 yang dijana adalah berterusan sampai bila-bila sehingga generasi kedua atau ketiga.

Bukan main seronok penduduk berterima kasih kepada peniaga ketika menerima RM15. Tapi keperitan datang selepas setahun, dua apabila "batu istimewa" yang dijanjikan tidak mendatangkan hasil, tanah yang dicagarkan peniaga bukan lagi milik sendiri.

Peniaga berkata perjanjian dah kata dengan jelas, kerugian perlu ditanggung sepenuhnya oleh penduduk kampung dan anda tak boleh saman.

Menangislah penduduk, menyuruh orang pihak B menyelamatkannya. Nak selamat macam mana?

Ini sekadar cerita luahan untuk renungan bersama. Alhamdulilah, ada masa untuk menceritakannya untuk dikongsikan.

------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat dan juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Harakah Daily

Anggota Geng Yo Panching didakwa

Posted: 08 May 2012 11:55 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUANTAN - Dua lelaki dipercayai anggota Geng Yo Panching termasuk seorang anggota tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas empat tuduhan mencuri dan memindahkan motosikal serta menyimpan harta curi.

Tertuduh, Mohamad Shahrul Safie, 22 serta rakannya, Sabaruddin Jarni , 22 (tentera) dari Perumahan Awam Kos Rendah Kampung Panching bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikemukakan secara berasingan oleh Pegawai

Pendakwa, Cif Inspektor Mohamad Azman Ariffin dan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Ahmad Nazari di hadapan Majistret Rini Triany Mohamad Ali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Shahrul didakwa secara berasingan atas dua tuduhan mencuri motosikal jenis Yamaha Y125ZR dan Honda EX5 masing-masing berharga RM4,000 di sebuah rumah Kampung Padang Perdana dan tempat letak motosikal, belakang sebuah pusat membeli belah di sini pada 25 dan 27 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun serta boleh didenda jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga turut didakwa bersama Sabaruddin atas tuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana mengubah motosikal jenis Yamaha Y125ZR milik seorang wanita di Sungai Isap 2 kira-kira jam 6 petang 25 April lalu walaupun mengentahui motosikal itu sebagai harta curi.

Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih tujuh tahun serta boleh didenda.

Dalam mahkamah sama, Sabaruddin turut didakwa atas tuduhan menerima dan menyimpan barangan curi iaitu sepasang rim motosikal berharga RM200 .

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Masjid Bukit Rangin kira-kira jam 9.30 malam, 27 April sekaligus melakukan kesalahan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Semua tertuduh dibenarkan diikat jamin RM2,000 setiap seorang manakala 8 Jun depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan seterusnya bagi kes terbabit.

Sebelum ini polis dalam satu sidang media memaklumkan berhubung penahanan lapan suspek dipercayai ahli "Geng Yo Panching" kerana disyaki terlibat dalam aktiviti mencuri motosikal di daerah ini.

Dalam sidang media itu, polis memaklumkan tiga motosikal iaitu jenis Yamaha 125 (2) dan Honda EX5 berjaya dirampas.

Sinar Harian

Tiang elektrik atas jalan

Posted: 08 May 2012 11:36 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PONTIAN – Kira-kira 200 penduduk di Kampung Sawah Pekan Nenas, di sini, melahirkan rasa bimbang berikutan kedudukan beberapa tiang elektrik yang tidak dialihkan ketika kerja-kerja penurapan jalan Pekan Nenas ke Kampung Sawah dilakukan, dua bulan yang lalu.

Penduduk mendakwa kedudukan tiang lampu yang seolah-olah berada di atas jalan raya boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan pada bila-bila masa. Mohammad Nazer Yunos, 38, berkata, jalan raya baru yang dibina pihak kontraktor di kawasan berkenaan amat melegakan hati penduduk kerana tidak perlu lagi berhadapan dengan masalah jalan berlubang.

Namun, selepas diturap dan jalan baru itu siap sepenuhnya, penduduk dan pengguna jalan raya di sini terpaksa berhadapan dengan risiko kemalangan jalan raya pula kerana tiang terbabit tidak dialihkan pihak kontraktor.

"Kami ingatkan masalah jalan di sini sudah selesai selepas kerja-kerja penurapan jalan, namun belum sempat kami menarik nafas lega menikmati kemudahan jalan raya baru ini, masalah baru pula menimpa. "Dianggarkan lebih dari 10 buah tiang elektrik di sepanjang jalan tidak dialihkan pihak kontraktor dan dibiarkan begitu sahaja, menyebabkan ia kelihatan seperti berada di tengah-tengah jalan," katanya.

Menurutnya, keadaan jalan yang bersimpang siur dan mempunyai beberapa selekoh tajam memburukkan lagi keadaan.

"Tiang elektrik terbabit sukar dilihat terutamanya pada bahagian selekoh tajam menyebabkan risiko berlakunya pelanggaran begitu besar kepada pemandu lebih-lebih lagi pada waktu malam, "Penunggang motosikal yang menjadikan laluan di bahu jalan sebagai laluan mereka turut berdepan dengan risiko pelanggaran tiang elektrik ini," katanya.

Katanya, jalan berkenaan turut digunakan kenderaan berat seperti bas dan lori untuk ke Pekan Nenasi selain dijadikan jalan pintas penduduk dari beberapa kampung berhampiran untuk ke jalan Pontian - Johor Bahru.

"Pada waktu awal pagi dan petang, banyak kenderaan berat menggunakan jalan di sini dan keadaan ini boleh meningkatkan lagi risiko kemalangan jalan raya," katanya.

Beliau yang kesal dengan tindakan kontraktor berkenaan tidak mengalihkan tiang elektrik terbabit berharap tindakan segera dapat dilakukan sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku pada masa depan.

"Kami berharap pihak-pihak yang berkaitan seperti pejabat daerah dapat memantau dan menyelesaikan masalah ini segera," katanya.

Sinar Harian

Impi kereta dapat tilam

Posted: 08 May 2012 11:34 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA ROMPIN - Seorang kontraktor yang berhasrat memenangi hadiah Toyota Camry dengan membuat bayaran proses RM8,900 berbanding harga asalnya melebihi RM100,000 terpaksa berputih mata apabila hanya memperoleh sebuah tilam batu jed yang dianggarkan bernilai RM4,000.

Zahiruddin, 45, (bukan nama sebenar) tertipu dengan janji manis seorang jurujual wanita sindiket gores dan menang semasa dia dan isterinya berada di sebuah tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di Kuantan.

Zahiruddin berkata, dia terpedaya dengan taktik licik wanita terbabit yang menawarkannya sebuah kereta Toyota Camry dengan harga yang rendah.

"Semasa berada di tempat letak kereta, wanita itu memberitahu saya boleh memperoleh kereta tersebut dengan nilai hanya RM8,900 dan perlu ke pejabatnya untuk berurusan.

"Namun sebaik tiba di pejabatnya, saya dikehendaki menggores satu kupon yang kononnya menawarkan lapan cabutan hadiah bertuah yang kesemuanya bernilai RM15,000 ke atas," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia diminta membuat pembayaran dahulu sebelum boleh membuat cabutan dan kerana termakan pujukan wanita terbabit, dia bersetuju untuk datang keesokan harinya membawa wang yang diminta.

"Pada ketika itu, saya tidak cukup duit dan hanya membayar RM1,000 sebagai pendahuluan. Saya datang semula hari berikutnya bagi menyerahkan jumlah selebihnya," katanya.

Zahiruddin berkata, sebaik tiba di pejabat itu keesokan harinya, dia dipanggil seorang jurujual untuk menandatangani syarat perjanjian sebelum boleh melakukan cabutan.

"Setelah segala syarat perjanjian dipersetujui, saya pun menggores kupon tersebut, namun terkejut apabila kertas pada kupon itu memaparkan saya hanya memenangi hadiah tilam batu jed dan bukannya sebuah Toyota Camry seperti yang didakwa jurujual itu semalam," katanya.

Biarpun berasa kesal, Zahiruddin tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan segala perjanjian sudah ditandatangani, selain wang proses kereta itu telah pun diserahkan kepada wakil syarikat terbabit.

Katanya, dia turut diberi pilihan supaya menjual tilam itu kepada seorang lagi rakan jurujual wanita berkenaan dengan tawaran harga RM15,000, namun perlu memasukkan deposit sebanyak RM1,000 ke dalam akaun lelaki terbabit.

"Saya bimbang ditipu buat kali kedua dan mengambil keputusan untuk menggunakan tilam ini walaupun sudah banyak duit habis semata-mata mahu mendapatkan sebuah Camry dengan harga yang murah," katanya.

Sinar Harian

Petani China bina kapal selam

Posted: 08 May 2012 10:24 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEORANG pekerja mengecat kapal selam mini yang dibina Wuyi.

BEIJING - Seorang petani, Zhang Wuyi membina enam buah kapal selam mini yang boleh memuatkan dua orang untuk membawa hidupan marin seperti gamat.

Wuyi yang memiliki minat mendalam dalam ciptaan saintifik telah menguji sebuah kapal selamnya di kolam buatan manusia dekat sebuah limbungan kapal di Wuhan, dalam wilayah Hubei kelmarin.

Sebuah kapal selam ciptaan petani berusia 37 tahun itu telah dibeli oleh seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM48,500).

Media tempatan melaporkan kapal selam itu boleh menyelam pada kedalaman antara 20 hingga 30 meter dan berada di dalam air selama 10 jam. - Reuters

AS sekat serangan bom seluar dalam

Posted: 08 May 2012 10:18 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GAMBAR muka depan majalah berbahasa Inggeris al Qaeda, Inspire, keluaran kesembilan berkempen mengenai siri pengeboman di Amerika.

Bahan letupan plastik gagal letup pesawat Amerika

WASHINGTON: Amerika Syarikat menggagalkan rancangan cawangan al Qaeda di Yaman untuk meletupkan pesawat penumpang Amerika menggunakan 'bom seluar dalam' bentuk baru, beberapa hari selepas ulang tahun pertama kematian Osama Laden, kata pegawai kelmarin.

Pegawai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sedang memeriksa bahan letupan sama seperti bom yang pernah digunakan dalam rancangan pengeboman Krismas pada 2009, apabila bahan letupan plastik disorok dalam seluar dalam lelaki Nigeria gagal diletupkan dalam penerbangan menuju Detroit.

Agensi kerajaan dan Rumah Putih berkata rancangan itu dilakukan al Qaeda di Semenanjung Arab (AQAP) dikesan pada peringkat awal dan ia tidak membahayakan orang ramai.

"Bahan itu digunakan untuk serangan bunuh diri dalam pesawat. Tiada pesawat berdepan risiko," kata pegawai anti pengganas Amerika yang enggan dikenali.

Plot itu disyaki bertujuan menyasarkan penumpang dalam penerbangan ke Amerika Syarikat.

Berita mengenai rancangan terbabit didedahkan hanya beberapa hari selepas ulang tahun serbuan komando Tentera Udara Amerika yang membunuh ketua al Qaeda, Osama bin Laden di tempat persembunyiannya di Pakistan.
"Tahniah CIA kerana menghalang rancangan AQAP memusnahkan pesawat Amerika menggunakan sejenis bom baru dan sukar dikesan meter magnet," kata Ketua Jawatankuasa Perisikan Senat, Senator Dianne Feinstein.

FBI berkata bahan letupan diperbaharui serupa dengan IED yang digunakan al Qaeda di Semenanjung Arab dalam cubaan serangan pengganas termasuk terhadap pesawat dan pembunuhan yang disasarkan sebelum ini.

"Penilaian awal bahan itu menunjukkan ia mempunyai beberapa perbezaan dengan bahan yang digunakan dalam serangan Krismas. Jelasnya, AQAP mengubah teknik bom untuk mengelakkan daripada kegagalan bahan letupan pada 2009," kata pegawai anti pengganas.

Presiden Barack Obama diberi taklimat mengenai plot pada April dan memberitahu timbalannya yang nyawa tidak berada dalam bahaya, kata jurucakap Majlis Keselamatan Nasional, Caitlin Hayden. – AFP

Wanita Iraq dedah diseksa di penjara Abu Ghraib

Posted: 08 May 2012 09:53 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur mendengar pengalaman menakutkan seorang bekas tahanan wanita di penjara Abu Ghraib yang terpaksa berdepan seksaan tentera Amerika di Iraq pada 2004.

Jameelah Abbas Hameedi, 57, yang pernah mengetuai Kesatuan Kerjasama di Kirkuk, Iraq, berkata beliau ditendang seperti binatang, ditolak keluar dari kenderaan sebelum diheret di atas jalan raya dan dicampak dari dinding ke dinding.

Ibu tiga anak itu, yang kini menetap di Syria, berkata bagaimanapun

pengalaman terburuknya adalah ketika kepala beliau dan anak gadisnya ditutup sebelum mereka dibawa ke suatu kawasan terbuka dalam penjara itu.

"Saya terdengar sedas tembakan dan seorang tentera memberitahu anak gadis saya telah dibunuh. Saya amat lega ketika melihat dia berada berhampiran selnya pada keesokan hari," katanya.

Jameelah turut mendakwa pakaian dalam beliau dilucutkan di depan anak saudara lelakinya oleh tentera Amerika yang berkeras mahu mendapatkan pengakuan bahawa beliau telah membantu pihak yang menentang pencerobohan di Iraq.

Beliau merupakan saksi ketiga yang memberi keterangan kepada tribunal berkenaan semalam yang mendengar pertuduhan jenayah perang serta penyeksaan terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat George W.Bush dan tujuh sekutunya.

Kepada soalan Profesor Gurdial Singh Nijar, yang mengetuai pasukan pendakwaan, berhubung bantuan perubatan ketika dalam tahanan, Jameelah berkata beliau diberikan minyak untuk merawat kecederaannya.

Tribunal itu dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Lamin Mohd Yunus, Tunku Sofiah Jewa, Alfred Lambremont Webre, Professor Salleh Buang dan Datuk Mohd Saari Yusuf.

Jameelah, yang memberi keterangan dengan bantuan seorang penterjemah bahasa Arab, turut memberitahu tribunal itu dia terpaksa menjalani satu pembedahan di kaki tanpa sebarang ubat bius ekoran kecederaan akibat diseksa tentera Amerika.

Katanya, ketika dunia mengetahui tentang apa yang berlaku di penjara Abu Ghraib, beliau telah ditahan di situ hampir enam bulan.

Perbicaraan disambung hari ini.

- Bernama

Lembu punya pasal, 2 sahabat bergaduh

Posted: 08 May 2012 08:25 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Niat murni seorang pekerja kontrak membantu menjual lima ekor lembu milik rakannya kepada pelanggan, bertukar menjadi episod huru-hara setelah dia dituduh mencuri semua lembu terbabit dalam satu kejadian di Kampung Batu Rakit, di sini, seminggu lalu. (Gambar Hiasan)

Lebih malang, suspek berusia 26 tahun dan berasal dari Bukit Payong, Marang itu, dituduh oleh rakannya sendiri melarikan kesemua lembu miliknya, walaupun pada masa sama, dia mendakwa telah menyerahkan wang hasil jualan kepada rakannya itu.

Bagaimanapun, rakannya mendakwa tidak menerima wang berkenaan berjumlah kira-kira RM7,600 dan disebabkan itulah, rakannya enggan memberikan wang upah seperti yang dijanjikan sebelum itu.

Suspek yang 'naik hantu' dengan tuduhan itu nekad membelasah mangsa, namun mangsa sempat melarikan diri dan dikejar suspek.

Malang bagi suspek kerana semasa sedang mengejar mangsa, dia tergelincir dan terjatuh di dalam semak sehingga menyebabkan kakinya patah.

Mangsa yang tidak berpuas hati dengan perbuatan suspek mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung kehilangan lembunya dan susulan laporan dibuat, suspek ditahan di rumahnya malam semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima laporan.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Agency

Pemandu lori treler tersepit di bawah kenderaan

Posted: 08 May 2012 08:21 PM PDT

17 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SETIU - Seorang pemandu lori treler yang membawa muatan sarat buah kelapa, melalui pengalaman menakutkan, apabila dia tersepit di bawah kenderaan itu yang terbalik.

Dia turut menanggung azab selama kira-kira dua jam berada di bawah kenderaan itu, sebelum diselamatkan dalam kemalangan yang berlaku semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi di Kilometer 76 Jalan Kuala Terengganu- Jertih dekat Kampung Air Sejuk, Permaisuri, pemandu berkenaan, Nurame Abdul Rahman, 35, bersama kelindannya dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Rantau Panjang,

Kelantan untuk menghantar bekalan kelapa.

Kejadian dipercayai berlaku apabila salah satu tayar depan kanan lori yang membawa muatan kira-kira 20 tan kelapa itu pecah, menyebabkan ia hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terbalik.

Kepala lori tersebut nyaris merempuh sebuah pejabat syarikat pembuatan batu-bata selepas ia merempuh guni kapur binaan dan tiang elektrik yang berada berdekatan pejabat tersebut.

Sebaik terbalik, mangsa gagal keluar kerana tersepit pada bahagian papan pemuka lori manakala kelindannya berjaya keluar dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd Khairul Anuar Ahmad yang mengetuai operasi menyelamat berkata, pihaknya mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurutnya, bantuan traktor daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Setiu (MDB) terpaksa digunakan bagi mengangkat sedikit kepala lori, sebelum anggotanya berjaya mengeluarkan mangsa.

"Ketika usaha menyelamat hampir keseluruhan badan mangsa dipenuhi kapur yang dilanggarnya dan dia dikejarkan ke Hospital Setiu.

"Mangsa dalam keadaan sedar dan difahamkan tidak mengalami kecederaan serius, cuma kakinya saja tersangkut," katanya.

Mohd Khairul Anuar berkata lagi, seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba Setiu dan Balai Bomba Jertih terlibat dalam operasi tersebut.

Sementara itu sebuah kereta Perodua Kancil milik kakitangan syarikat membuat batu bata yang diletakkan di hadapan pejabatnya, ranap dihempap tiang elektrik yang tumbang setelah dirempuh lori treler terbabit.

Keadaan jalan dari kedua-dua arah pada mulanya sesak apabila puluhan ribu buah kelapa dari lori tersebut bertaburan di atas jalan raya, sebelum dibersihkan dengan jentolak MDS dan JKR.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Nuffnang