Nuffnang

.

Posted by Tanpa Nama | Posted on 7:45 PG

.


Irshad Manji : Sandiwara Politik K'jaan -Tuan Ibrahim

Posted: 20 May 2012 03:47 PM PDT


NONEBuku oleh  penulis pro lesbian ini, dibenarkan pelancarannya oleh kerajan pimpinan UMNO..


KL: Sendiwara Poitik Kerajaan rupanya. PAS melahirkan kekesalan terhadap kerajaan atas kegagalan menghalang Irshad Manji memasuki negara ini, biarpun menerima bantahan awal daripada PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan kerajaan sewajarnya menghalang kemasukan Irshad dengan kuasa yang ada, lebih-lebih lagi arif mengenai pegangan Irshad.

Tegas beliau, kerajaan bukan tidak tahu mengenai Irshad, sedangkan warga Kanada itu pernah menimbulkan kontroversi sebelum ini dengan bukunya-The Trouble With Islam Today.

"Kerajaan sepatutnya menghalang lebih awal, sebelum kemasukan beliau.  Macam sekarang, ia sudah terlewat apabila buku terbarunya- Islam, Liberty and Love dilancarkan di negara ini, pagi tadi.

"Sedangkan PAS, melalui Dewan Pemuda PAS Pusat sebelum ini, ada menyerahkan nota bantahan meminta kerajaan menghalang kemasukannya," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tegas Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi, kerajaan juga tidak bersikap konsisten berhubung isu LGBT ini, memandangkan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga terus dikecam kerana dikatakan penyokong LGBT.

Sebaliknya, tambah Tuan Ibrahim, kerajaan tidak bertindak tegas terhadap Irshad yang juga dikatakan pro-LGBT.

Begitu juga, katanya dengan pihak-pihak tertentu yang kononnya menentang dan mengecam Ambiga sebelum ini, apabila kemudiannya hanya berdiam diri berhubung isu Irshad.

"Bagi saya, ia hanya tindakan sandiwara politik yang dimainkan kerajaan berhubung LGBT.  Sedangkan kerajaan tidak konsisten, malah tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang program beliau," kata Tuan Ibrahim lagi.

Memandangkan buku terbaru Irshad telah dilancarkan, maka Tuan Ibrahim menggesa kerajaan agar meneliti semula dan bertindak segera terhadap penjualan buku tersebut.

Katanya, jika sebelum ini kerajaan bertindak mengharamkan buku pertamanya, hanya selepas lapan bulan dilancarkan, PAS menggesa kerajaan segera bertindak untuk buku terbaru Irshad ini.

Irshad, pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk 'The Trouble With Islam Today' yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel 'The Satanic Verses', Salman Rushdie.

Manakala, buku terbaru yang dilancarkan hari ini, bertajuk 'Islam, Liberty and Love' yang dikatakan dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

Seblum ini,  weblog Ibnu Hasyim menyokong Dewan Pemuda PAS yang menggesa kerajaan supaya segera menghalang seorang penulis pro-lesbian, Irshad Manji daripada mengadakan program di ibu negara. Menurutnyanya, kerajaan perlu menyiasat dan menghalang program berkenaan sekiranya benar akan dijalankan.

"Dan hari ini penerbit menerbitkan versi terjemahan buku tersebut, yang mengurus kemasukan Manji ke negara ini, telah mengumumkan semua acara berkaitan telah ditangguh ke minggu hadapan, sehingga masalah di Indonesia selesai. Ertinya program tersebut akan diteruskan juga." Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim.

Source: http://www.ibnuhasyim.com/2012/05/imianji-sendiwara-politik-kjaan-tuan.html

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP