Isnin, 16 April 2012

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kerajaan Selangor Tumpukan Perhatian Terhadap Wanita Ladang

Posted: 15 Apr 2012 04:00 AM PDT

KAPAR, 15 APR: Keprihatinan kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf ekonomi rakyat Selangor diteruskan dengan menumpukan perhatian kepada menaikan taraf hidup wanita ladang.

Melalui Skim Mikrokredit Wanita Ladang (WALA), golongan ini akan mendapat pertolongan untuk menceburi perniagaan kecil yang sesuai dengan persekitaran komuniti mereka bagi memberi pulangan yang memuaskan.

Pegawai Operasi WALA, Nazreen Nizam berkata Skim ini akan bermula dengan 200 peserta yang akan diberi latihan sebelum dimasukkan ke dalam program yang sesuai.

WALA diberikan peruntukkan RM5 juta di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan di bawah Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi, Inovasi dan Kebudayaan, Rodziah Ismail.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan keyakinan program ini dapat dilaksanakan dengan baik berdasarkan kejayaan dua skim bantuan sebelum ini, iaitu Proram Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) dan Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL).

Katanya, apa yang penting adalah pengurusan sistem yang tersusun agar mereka yang benar-benar layak dapat menikmati skim ini bagi meningkatkan pendapatan dan mengukuhkan ekonomi keluarga.

"Peratus kemiskinan di kawasan ladang adalah tinggi. Kerajaan negeri memandang pemberian bantuan kepada wanita ladang sangat penting dalam meningkatkan pendapatan keluarga.

"Setiap tahun dalam belanjawan negeri kita akan peruntukkan bajet untuk rakyat.

"Belum ada kerajaan negeri yang memberikan RM 4 juta kepada sekolah agama rakyat, sekolah tamil dan sekolah jenis kebangsaan cina. Selangor sudah lakukan. Kecekapan Pakatan Rakyat melaksanakan bantuan kepada rakyat lebih jelas dan tersusun.

"Tidak seperti Barisan Nasional, mereka tidak pernah fikir sistem yang sempurna seperti yang kita lakukan," katanya.

Skim ini terbuka kepada wanita yang menetap, pernah menetap atau bekerja di ladang-ladang sekitar Selangor dan warganegara Malaysia berusia 21-45 tahun.

Calon peserta mestilah warga Selangor atau bermustautin lebih 10 tahun, tidak mendapat sebarang bantuan dari SKIMSEL, MiMBAR, AIM, TEKUN atau program mikrokredit yang seumpamanya.

Selain itu, mereka diwajibkan menghadiri kesemua latihan WALA dan menyertai program-program susulan dan mampu membayar balik pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui.

Setakat ini, pasukan operasi WALA telah mengunjungi 22 buah ladang daripada 33 ladang di seluruh Selangor bagi menerangkan skim ini dan mengenalpasti bentuk bantuan yang sesuai untuk diketengahkan.

Nazreen berkata pihaknya masih membuat penilaian berhubung bentuk program yang sesuai dilakukan di kawasan ladang dan sesi penerangan kepada kumpulan sasaran masih dijalankan.

"Kami turut mempertimbangkan cadangan seperti yang disebutkan Menteri Besar memberikan peluang dari segi penternakan, pertanian dan kraf tangan bagi membuka ruang keoada golongan wanita meningkatkan pendapatan," katanya.


Sumber: Selangorku.com

Setelah 50 Tahun Menunggu, SJK(T) Ladang Midlands Kini Berwajah Baru

Posted: 15 Apr 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 15 APR : Setelah sekitar 50 tahun murid-murid sebuah sekolah Tamil di sini belajar di dalam bilik darjah dinding papan dan lantai simen, mereka akhirnya mendapat bangunan dan dewan baru.

Bangunan dan kemudahan baru seperti makmal komputer dan perpustakaan yang tidak pernah dirasai murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands itu sebelum ini, dibina dengan lebih RM4.7 juta.

Sebanyak RM 3 juta disumbangkan Kerajaan Selangor, manakala RM 1.7 juta dikumpulkan oleh jawatankuasa PIBG.

Pembinaan sekolah tersebut tidak menggunakan satu sen pun dari Kerajaan Pusat.

Bangunan sekolah baru itu boleh menempatkan kira-kira 2,000 murid-murid, sementara bangunan lama di kawasan bersebelahan akan dirobohkan untuk dijadikan padang bagi aktiviti kokurikulum.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapannya berkata, pembinaan bangunan sekolah serba moden bernilai lebih RM3 juta itu merupakan hadiah buat rakyat menerusi perolehan hasil kekayaan negeri.

Menurutnya, pembinaan sekolah dan dewan serbaguna itu adalah bukti kesungguhan dan ketelusan kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) dalam membantu nasib rakyat tidak kira bangsa dan agama untuk merasai pembangunan negeri.

"Pembinaan bangunan sekolah dan dewan ini merupakan satu penterjemahan daripada hasil negeri yang kita beri kepada rakyat dan pertama kali dalam sejarah.

"Polisi kerajaan PR, kalau hendak beri bantuan, sediakan dahulu baru cakap.

"Di bawah Belanjawan Selangor, kita memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan sekolah Tamil dan kita akan teruskan pemberian hasil negeri ini sekiranya diberi mandat untuk memerintah Selangor lagi, " katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri upacara perasmian bangunan SJK(T) Ladang Midlands dan Midlands Concention Centre di sini pagi tadi.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, MP Shah Alam, Khalid Samad, MP Subang, R.Sivarasa, MP Gombak Azmin Ali, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.

Sekolah yang didirikan atas tanah seluas empat ekar itu memiliki 24 buah kelas, dewan perhimpunan, bilik mesyuarat, bilik komputer, perpustakaan, kantin dan bilik guru.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menyelar kegagalan kerajaan Umno-BN untuk memberi pembelajaran selesa kepada pelajar khususnya anak-anak ladang sehingga mengakibatkan mereka tercicir dari aspek pendidikan.

Ujarnya, peruntukan pendidikan yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat juga gagal diurus dengan baik sehingga hari ini.

"Kerajaan pusat menjanjikan tanah untuk pembinaan sekolah, tetapi mereka tidak buat malah peruntukan yang sepatutnya ada untuk pendidikan juga tidak sampai kepada rakyat.

"Kerajaan pusat mengutip cukai daripada rakyat untuk membuat kemajuan di negara ini, tetapi ke mana hasil itu pergi?

"Walaupun kerajaan Selangor berbelanja besar untuk diberikan kepada rakyat, tetapi simpanan tunai kita tetap meningkat," jelasnya.




Sumber: Selangorku.com

Peruntukan RM 22 Juta Untuk Pembangunan Luar Bandar

Posted: 14 Apr 2012 02:00 AM PDT

SABAK BERNAM, 13 APR :  Kawasan luar bandar di Selangor akan menerima peruntukan sebanyak RM22 juta untuk pembangunan .

Peruntukan ini merupakan sebahagian daripada agihan Geran Selangorku yang berjumlah  RM300 juta.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, agihan tersebut akan disalurkan kepada setiap kawasan DUN bertujuan memperbaiki infrastruktur tempat seperti jalanraya berlubang dan kemudahan-kemudahan asas.

Menurut Abdul Khalid agihan ini diberikan kepada Adun-Adun supaya proses agihan ini dapat dilakukan dengan lebih cepat dan tidak perlu menunggu sehingga tiga ke empat bulan.

"Sebelum ini prosiding seperti menurap jalan yang berlubang dilakukan dengan mengambil masa selama berbulan-bulan sedangkan rakyat setempat menanggung beban akibat jalan yang berlubang.

"Dengan peruntukan ini segala masalah ringan penduduk luar bandar akan dapat di selesaikan dengan segera," katanya

Selain itu katanya, penduduk di luar bandar seperti di daerah Sabak Bernam turut menerima insentif daripada kerajaan negeri.

" Jika Subang Jaya menerima peruntukan pembangunan, kita akan beri juga kepada Sabak Bernam," katanya ketika memberi ucapan mengenai pelaksanaan Geran Selangorku di Dewan Sungai Air Tawar, Sabak Bernam hari ini.

Sehubungan itu, kerajaan negeri mengambil pendekatan yang berbeza dalam isu pembangunan di luar bandar kerana ramai golongon muda yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja.

Jelas Abdul Khalid, kerajaan negeri akan membuat pembangunan yang sesuai bagi golongan belia di luar bandar supaya mereka tidak lagi perlu ke bandar untuk bekerja.

Selain itu, matlamat kerajaan negeri adalah untuk meningkatkan ekonomi penduduk di luar bandar seperti nelayan dan petani supaya mereka dapat menikmati kehidupan selesa.

Abdul Khalid hadir bersama barisan Exco-exco dan Adun-Adun yang terdiri daripada Ahmad Yunus Hairi, Yaakob Sapari, Dr Xavier Jayakumar, Ronnie Liu Tian Khiew, Ng Suee Lim bersama Program Khas Mesra Rakyat (PKMR) Daerah Sabak Bernam.



Sumber: Selangorku.com

E-Coder Akan Diguna Untuk Sebar Sumber Maklumat

Posted: 13 Apr 2012 02:00 AM PDT

SABAK BERNAM, 13 APRIL: Kerajaan Negeri Selangor akan mempertingkatkan lagi sumber maklumat kepada seluruh rakyat di negeri tersebut dengan memperkenalkan teknologi E-Coder yang akan melalui tempoh percubaan selama satu hingga dua bulan.

Menter Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata teknologi tersebut akan membolehkan lebih banyak maklumat diterima oleh rakyat berhubung pelbagai sumbangan dan peluang yang diberikan kepada rakyat.

"Kita nak uji dulu bagi membolehkan rakyat terima maklumat dari TV Selangor dan apa-apa program yang telah disediakan oleh rakyat.

"Ini salah satu cara kita mendampingi rakyat," kata beliau ketika merasmikan pelancaran E-Corder di Majlis Mesra Rakyat Fasa Ketiga di sini.

Menurut Abdul Khalid, harga setiap E-Corder kira-kira RM300 dan pembelian secara 'one off' dan tidak di kenakan sebarang bayaran bulanan.

"Buat masa ini kita sedang mengedarkan lapan unit untuk digunakan di pejabat-pejabat Daerah dan PBT. Kita sedang cari jalan bangaimana untuk mengurangkan kos pembelian ini.

"Sebab itu kita ambil masa selama satu atau dua bulan untuk mengkaji keberkesanannya," kata Abdul Khalid

Di majlis tersebut Abdul Khalid menyampaikan lapan unit E-Coder kepada Pejabat Daerah dan PBT.



Sumber: Selangorku.com

Tiada ulasan:

Nuffnang