Rabu, 11 April 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


‘Meninggal dunia’ punca BR1M ditolak 11 April 2012 JEMPOL - Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan

Posted: 11 Apr 2012 12:40 AM PDT

'Meninggal dunia' punca BR1M ditolak

11 April 2012


JEMPOL - Sebelum ini, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dimohon ditolak atas alasan permohonan tidak lengkap.

Bagaimanapun, seorang pesara polis di Bandar Seri Jempol, dekat sini terkejut apabila mendapati masalah itu berpunca daripada kesilapan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang merekodkannya sebagai sudah meninggal dunia.

Segalanya terbongkar apabila Abdullah @ Abd Lah Ujang, 65, datang ke pejabat JPN di sini untuk mendaftarkan kematian isterinya pada 29 Februari lalu.

"Saya terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila pegawai JPN memberitahu saya tidak boleh daftarkan kematian isteri saya, disebabkan saya sudah meninggal dunia pada 1 September 2000.

Menurutnya, dia pernah membuat rayuan berhubung permohonan BR1M, tetapi, sehingga kini belum terima sebarang jawapan.

"Tarikh saya direkodkan meninggal dunia itu sebenarnya tarikh saya bersara sebagai anggota polis," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya di Taman Seri Serting, Bandar Baru Jempol, semalam.

Bapa lima anak itu kemudian dinasihatkan pegawai JPN membuat surat akuan sumpah mengesahkan dia sebenarnya masih hidup.

"Segala maklumat berkaitan saya sudah serahkan kepada JPN, malah pegawainya juga ada datang ke rumah.

Abdullah berkata, dia bimbang kemungkinan menghadapi masalah lain kesan daripada kesilapan itu, terutama ketika berurusan dengan jabatan-jabatan lain.

"Saya harap JPN selesaikan masalah saya dengan cepat. Saya bimbang ia menjejaskan peluang saya mengundi pada pilihan raya umum nanti," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/meninggal-dunia-punca-br1m-ditolak-1.39074

Apek malang

Posted: 11 Apr 2012 12:38 AM PDT


Apek malang

11 April 2012

INI DIA...Tham menunjukkan kecederaan dialaminya ketika kejadian samun, semalam.

MANTIN: Malang menimpa seorang lelaki warga emas apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diterimanya bukan saja disamun malah turut dibelasah penjenayah menyebabkan dia terpaksa menerima 10 jahitan di kepala di Kawasan Merah di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, Pan Tham Khoi, 79, dipukul suspek menggunakan objek keras dipercayai topi keledar menyebabkannya rebah dan hampir tidak sedarkan diri. Menurut Tham, ketika kejadian, dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menemui rakannya di sekitar kawasan berkenaan. "Ketika membuka pintu rumah, saya terkejut apabila dihampiri seorang lelaki dipercayai berusia lingkungan 40-an yang terus menyerang menggunakan objek keras.


"Saya diserang pada bahagian kepala dan muka sehingga terjatuh ke lantai serta nyaris pengsan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam, ketika kunjungan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) merangkap Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Nilai, Yee Hee Long.

Tham yang tidak berkahwin berkata, suspek merampas dompetnya yang mengandungi wang BR1M berjumlah RM400 diterimanya bulan lalu.

"Saya meminta bantuan saudara untuk dihantar ke hospital berdekatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

"Kes berkenaan masih sedang disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Apekmalang/Article

Tiada ulasan:

Nuffnang