Rabu, 11 April 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Arahan berpindah di enam wilayah Thai

Posted: 11 Apr 2012 04:46 AM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Arahan berpindah telah dikeluarkan untuk enam wilayah selatan Thailand berikutan gempa bumi di Sumatera hari ini.

azlanJabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi mengeluarkan arahan itu untuk wilayah Krabi, Phuket, Phangga, Satul, Ranong dan Trang.

Gempa bumi 8.9 pada skala Richter dilapor berlaku di Sumatera dan gegarannya turut dirasai di enam wilayah Thailand pada pukul 4.53 petang (waktu Malaysia: 5.53pm).

Krabi, Phuket dan Phangga adalah destinasi pelancongan utama manakala Ranong menempatkan kilang pengeluaran kereta dan komponen kereta.

Pada masa ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket telah ditutup untuk sementara.

Thailand mempunyai pelan kontingensi tsunami selepas bencana itu melanda Phuket, Khaolak dan Phi Phi Island, kesemuanya di selatan Thailand, pada 26 Dis 2004.

- Bernama

[Video] Gempa Bumi Aceh 8.7 Skala Richter - update

Posted: 11 Apr 2012 04:39 AM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
greenboc.blogspot.com

Justify Full

Banda Aceh - Indonesia mengeluarkan amaran tsunami ekoran gempa bumi kuat, berukuran 8.7 pada skala Richter, melanda sebelah barat daya wilayah Aceh petang ini, mencetuskan rasa panik di kalangan penduduk tempatan.

Gegaran sekitar jam 4.48 petang itu turut dirasai di kawasan Lembah Klang - Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta di utara Semenanjung - Pulau Pinang, Perlis dan Perak.

Agensi Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gegaran berpusat di kawasan laut 495 kilometer (km) ke barat daya Aceh, sedalam 33 kilometer.

Gegaran juga dirasai di Singapura, Thailand dan selatan India, lapor Reuters.

Gempa hari ini juga dilaporkan berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri.

Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Laporan Irish Times memetik agensi pengurusan bencana Indonesia berkata, bekalan elektrik terputus dan orang ramai mula berkumpul di kawasan tinggi berikutan isyarat amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

"Bekalan elektrik sudah terputus. Lalu lintas pula sesak kerana orang ramai mahu menyelamatkan diri dengan bergerak ke kawasan-kawasan yang tinggi," kata jurucakap agensi itu, Sutopo.

Amaran tsunami juga dikeluarkan di kebanyakan negara di rantau Lautan Hindi.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) memberitahu bahawa pihaknya tidak pasti sama ada gegaran telah mengakibatkan tsunami tetapi telah pihaknya telah menasihatkan pihak berkuasa agar "mengambil langkah-langkah yang sewajarnya." -SH









Update: Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am SEKIRANYA TSUNAMI BERLAKU. Jauhkan dari pantai.


Gempa magnitud 8.7 di laut Sumatra, amaran tsunami

Posted: 11 Apr 2012 04:31 AM PDT

18 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Amaran tsunami dikeluarkan selepas satu gempa bumi kuat magnitud 8.7 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS),

Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.

Kawasan gempa itu dalam lingkungan kawasan gempa sama yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa di Sumatra akibat tsunami yang melanda selepas gempa berkenaan.

Gempa itu juga mengorbankan kira-kira 230,000 orang di 13 negara sekitar Laut Hindi termasuk Thailand, Sri Lanka dan India.

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Bernama turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.

Di Kangar, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.

- Agensi

Malaysia rasai gegaran, Indonesia keluar amaran tsunami

Posted: 11 Apr 2012 04:28 AM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan amaran tsunami sebentar tadi selepas gempa bumi bermagnitud 8.9 menggegarkan wilayah barat Aceh, Indonesia.

Komen yang dipaparkan menerusi Twitter, berkata gegaran turut dirasai di Malaysia, Singapura, Thailand dan India.

Katanya, bangunan pencakar langit, pangsapuri dan pejabat di Malaysia merasai gegaran itu untuk tempoh seminit susulan kejadian terbabit.

Pada 26 Disember 2004, gempa bumi kuat pada magnitud 9.1 yang disusuli tsunami memusnahkan sebahagian besar Aceh. - AP

Tuanku Abdul Halim ditabal Yang di-Pertuan Agong ke-14

Posted: 11 Apr 2012 04:26 AM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ditabal secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara, Jalan Duta, sebentar tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membacakan pengisytiharan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong pada istiadat pertabalan di Balairong Seri, Istana Negara.

Gempa bumi bermagnitud 8.9 gegar Aceh

Posted: 11 Apr 2012 04:24 AM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud dicatatkan pada jarak 465 kilometer barat daya Bandar Aceh, sebentar tadi.

Susulan kejadian itu, Agensi Geofizikal Indonesia mengeluarkan amaran tsunami. - Reuters

Gempa di Aceh : Semua 89 pelajar Malaysia dalam keadaan selamat.

Posted: 11 Apr 2012 02:21 AM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BANDA ACEH : Satu gempa yang berskala 8.9 lebih dilaporkan berlaku petang ini berpusat sekitar Banda Aceh . Gegaran tersebut terasa dibahagian besar pantai barat Semenanjung. iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut maklumat dari Yang DiPertua Persatuan Pelajar Malaysia di Aceh, sdr Rafizi yang baru dihubungi mengesahkan seramaii 89. pelajar Malaysia yang sedang menuntut di IAIN Ar Raniry berada dalam keadaan selamat. Menurutnya juga semua pelajar diarahkan berkumpul ditempat yang tinggi dan lapang bagi mengelakkan kemungkinan ancaman tsunami.

Sementara itu seorang warga Aceh, Bapak Armia yang tinggal berdekatan dengan Lapangan Terbang Blang Bintang Banda Aceh mengesahkan kejadian gempa yang berlaku petang ini. Menurutnya akibat kejadain gempa itu berlaku sedikit gangguan kepada talian talifon .

Gempa di Aceh : Semua 89 pelajar Malaysia dalam keadaan selamat.

Posted: 11 Apr 2012 02:21 AM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BANDA ACEH : Satu gempa yang berskala 8 lebih dilaporkan berlaku petang ini berpusat sekitar Banda Aceh . Gegaran tersebut terasa dibahagian besar pantai barat Semenanjung .

Menurut mklumat dari Yang DiPertua Persatuan Pelajar Malaysia di Aceh, sdr Rafizi yang baru dihubungi mengesahkan seramaii 89. pelajar Malaysia yang sedang menuntut di IAIN Ar Raniry berada dalam keadaan selamat. Menurutnya juga semua pelajar diarahkan berkumpul ditempat yang tinggi dan lapang bagi mengelakkan kemungkinan ancaman tsunami.

Sementara itu seorang warga Aceh, Bapak Armia yang tinggal berdekatan dengan Lapangan Terbang Blang Bintang Banda Aceh mengesahkan kejadian gempa yang berlaku petang ini. Menurutnya akibat kejadain gempa itu berlaku sedikit gangguan kepada talian talifon .

Pemuda PAS ucap tahniah kepada Agong

Posted: 10 Apr 2012 04:44 PM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 10 April:Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada 11 April, esok.

Naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, DPPM mengucapkan syukur di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

"Sesungguhnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh DYMM Paduka Tuanku akan lebih menyatukan rakyat di negara ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh DPPM.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada hari Rabu, 11 April 2012.

DPPM mengucapkan syukur di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975.

Sesungguhnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh DYMM Paduka Tuanku akan lebih menyatukan rakyat di negara ini.

DPPM juga menyanjung tinggi konsep Raja Perlembagaan yang diamalkan di negara ini sejak merdeka. Sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, menjadi harapan seluruh umat Islam agar DYMM Tuanku terus memayungi umat Islam dan memartabatkan agama Islam di negara ini.

DPPM berharap dengan pertabalan Tuanku ini juga akan merancakkan lagi terhadap pemerkasaan perlaksanaan dan penguatkuasaan syariat dan hukum-hukum Islam yang semakin subur dalam pemahaman rakyat jelata.

DPPM yakin hanya Islam lah penyelamat dan faktor penyatuan ummat dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Sejarah telah membuktikan sejak zaman kesultanan Melaka dahulu, Islam menjadi agama yang dihormati dan diterima apabila Sultan dan Rajanya menjadi penauang dan pelaksana baginya.

Akhirnya, DPPM mendoakan semoga DYMM Tuanku serta DYMM Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan.

Altantuya tunjuk gambar Najib sebelum mati, dakwa ayahnya

Posted: 10 Apr 2012 04:40 PM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

(Setev [kiri sekali] dalam sidang media di pejabat Suaram hari ini)

KUALA LUMPUR, 10 April: Bapa kepada Altantuya Shariibuu, gadis Monggolia yang mati dibunuh dengan kejam di Malaysia, Setev Shariibuu memberitahu, anaknya menunjukkan sekeping gambar sebelum pergi ke Kuala Lumpur menjelang pembunuhannya.

Di dalam gambar itu terdapat tiga orang iaitu Datuk Seri Najib Razak, Abdul Razak Baginda dan anak beliau, Altantuya.

Semasa menunjukkan gambar itu, anaknya memberitahu, dia akan pergi mencari orang-orang ini.

Setev berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di pejabat Suaram hari ini.

Suaram adalah NGO yang sedang berusaha untuk membongkar skandal pembelian kapal selam Scorpean di mahkamah Paris, Perancis.

Altantuya dipercayai terlibat dalam pembelian kapal ini sebagai penterjemah. Beliau dikatakan mati dibunuh dengan kejam di hutan dekat Puncak Alam, Selangor.

Dua pembunuhnya iaitu pegawai polis yang bertugas menjaga keselamatan Perdana Menteri telah dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Perancis baru-baru ini bersetuju membincangkan perkara itu di mahkamah terbuka.

"Semasa kali terakhir sebelum anak saya dibunuh, dia telah tunjuk kepada saya satu gambar.

"Dalam gambar itu ada Najib, Razak Baginda dan anak saya," cerita Setev dalam sidang medianya hari ini.

Namun, gambar itu tidak ada lagi dalam simpanan beliau.

"Jika saya tahu apa-apa akan berlaku, sudah tentu saya akan simpan gambar itu," kata Setev dalam sidang medianya.

Ketika itu, kata Setev, anaknya memberitahu, dia mahu jumpa orang-orang yang terdapat dalam gambar itu.

Setev Shaariibuu semalam bersua muka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, tetapi gagal berhubung dengannya.

Shaariibuu, yang berada di Malaysia bersama dua pegawai kerajaan Mongolia untuk lawatan tiga hari berkata, beliau melihat Najib ketika menunggu lif di lobi Parlimen.

"Pada satu ketika, pintu lif itu terbuka dan Najib bersama beberapa lagi dalamnya, tetapi beliau tidak keluar dan saya tidak dapat hendak bersalam pun," katanya kepada Malaysiakini melalui penterjemah.

Shaariibuu berkata, ini kali kedua beliau datang untuk menemui Najib selepas cubaan pertama pada 2007.

Shaariibuu hadir ke Parlimen untuk mengadakan sidang akhbar bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat bagi menyatakan kekecewaannya terhadap saman sivilnya masih belum bermula walaupun dua anggota polis yang dituduh membunuh Altantuya sudah didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung.

Harakahdaily/-

Tekanan baru kepada Najib, Bapa Altantuya dakwa lihat gambar anak dengan PM

Posted: 10 Apr 2012 04:37 PM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Untuk pertama kalinya sejak perbicaraan kes pembunuhan penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2007, bapa wanita tersebut, Setev Shaariibuu mendakwa pernah melihat gambar Altantuya diambil bersama Datuk Seri Najib Razak.

Dalam sidang media bersama NGO hak asasi manusia Suaram semalam, Setev mendakwa, Altantuya ada menunjukkan gambar yang diambil bersama dua lelaki.

Setev mendakwa, dua lelaki berkenaan kemudian disedarinya sebagai Najib dan Abdul Razak Baginda.

Melalui penterjemah, Setev mendakwa, Altantuya memberitahunya sebelum bertolak ke Malaysia pada Oktober 2006 bahawa anaknya itu akan bertemu Razak untuk mendapatkan bayaran yang dijanjikan bagi kerja penterjemahan untuk "beberapa syarikat."

Razak didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya, tetapi kemudian dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Malaysiakini/-

Presiden Malawi hubungi penderma

Posted: 10 Apr 2012 04:34 PM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

LILONGWE 11 April – Presiden baru Malawi, Joyce Banda semalam mengumumkan dia telah menghubungi penderma - penderma antarabangsa dan berharap mereka akan membantu masyarakat miskin di Afrika Selatan.

Sebelum ini, bekas presiden Bingu Mutharika yang meninggal Khamis lalu tidak bersetuju untuk meminta bantuan daripada Britain dan Amerika Syarikat serta menolak pinjaman daripada Tabung Kewangan Antarabangsa.

"Kami telah menghubungi rakan-rakan di negara pembangunan dan kebanyakan mereka memberi keyakinan untuk membantu kami, ujar Banda kepada media tempatan.

Enam terbunuh di utara bandar Iraq

Posted: 10 Apr 2012 04:31 PM PDT

19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MOSUL 11 April - Enam terbunuh dalam satu serangan di utara bandar Iraq semalam, lapor pihak keselamatan.

Dalam kejadian tersebut, seorang doktor telah di culik sebelum dibunuh di bandar itu yang terletak kira-kira 400 kilometer daripada ibukota Baghdad, sehari selepas perayaan Easter.

Sementara itu, dalam dua letupan yang berasingan, lima terkorban termasuklah dua orang awam dan tiga anggota polis. – DPA

Liverpool menang saingan Liga Perdana Inggeris

Posted: 10 Apr 2012 04:16 PM PDT


19 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PENJAGA gol Liverpool, Brad Jones (kiri) menolak penyerang Blackburn Rovers, Yakubu, dalam saingan Liga Perdana Inggeris, di Ewood Park, Blackburn awal pagi ini. Tindakan Brad Jones itu mengakibatkan dia dilayangkan kad kuning serta menghadiahkan sepakan penalti untuk pasukan Blackburn. Keputusan Liverpool 3, Blackburn 2. - Foto REUTERS

Tiada ulasan:

Nuffnang