Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Bukti pembaziran RM 4.36 bilion Program PLKN
- Rintihan pemandu lori
- Apa punca jambatan tergantung di Seremban?
- Kos pelatih PLKN berganda mahal dari peminjam PTPTN
Bukti pembaziran RM 4.36 bilion Program PLKN Posted: 05 Apr 2012 11:55 PM PDT Kerajaan membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 orang graduan PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga kita sepatutnya boleh membiayai pengajian selama 4 tahun kepada 167,692 pelajar di IPTA tanpa perlu meminjam dari PTPTN. Pada 1 Mei 2012 akan diadakan pengambilan pelatih PLKN Siri 9/2012. Akan tetapi pada 27 Mei 2012 ialah tarikh pendaftaran pelajar lepasan SPM ke IPTA untuk Program Pengajian Asasi. Bukankah ini satu pembaziran jika pelajar mendapat panggilan ke IPT jika menyertai PLKN akan hadir hanya selama 3 minggu untuk latihan PLKN. Kenapa Kementerian Pertahanan tidak melakukan strategi lautan biru dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menapis peserta PLKN? Begitu juga dengan angka 8 peratus atau 6,667 pelatih PLKN yang buta huruf. Satu pembaziran untuk menyediakan satu modul khas kepada pelatih PLK yang buta huruf. Kenapa Kementerian Pertahanan tidak melakukan strategi lautan biru dengan Kementerian Pelajaran untuk menapis peserta PLKN yang buta huruf? Satu lagi pembaziran ialah isu pelatih PLKN yang mempunyai masalah kegemukan atau obesiti, sehinggakan PLKN sekali lagi terpaksa mengadakan modul khas untuk para pelatih yang kegemukan. Kenapa Kementerian Pertahanan tidak melakukan strategi lautan biru dengan Kementerian Kesihatan untuk menapis peserta PLKN yang kegemukan? Tarikh Latihan PLKN Siri 9/2012 : Kumpulan 2 : 1 Mei 2012 - 14 Jul 2012 http://www.khidmatnegara.gov.my/?lang=en Tarikh kemasukan pelajar ke IPTA http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/TARIKH-TARIKH_PENTING_1213.pdf Pelatih PLKN dapat tawaran IPTA dilepas mulai esok KUALA LUMPUR: Semua pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 2 Siri 7/2010 yang akan mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi program asasi di UM, UIAM, UNIMAS, UiTM, USIM dan UPNM akan diberikan pelepasan awal mulai esok. http://www.bharian.com.my/articles/PelatihPLKNdapattawaranIPTAdilepasmulaiesok/Article/ "Seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas dan 19 pelatih meninggal dunia atas faktor lain-lain yang bukan kecuaian kem," katanya sambil menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan. (Zahid Hamidi) http://malaysiakini.com/news/194193 Sumber rujukan kos pembiayaan PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/docs/KADAR%20PEMBIAYAANPTPTN-020611.pdf Modul Latihan Untuk Pelatih PLKN Gemuk Dijangka Diperkenal Julai Ini Khamis Januari 19, 2012 BANTING: Modul latihan khas kecergasan bagi pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang gemuk dijangka dilaksanakan pada pengambilan Kumpulan Ketiga pelatih program itu Julai ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil. http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/1/19/mstar_berita/20120119211958&sec=mstar_berita 8 peratus dari 6,667 orang pelatih PLKN Buta Huruf Utusan Malaysia 11 Jan 2012 PUTRAJAYA 10 Jan. - Satu program khas akan dilaksanakan untuk para pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikenal pasti masih tidak menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini memetik kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyebut 8 peratus daripada 6,667 pelatih PLKN dari 30 pusat latihan didapati tidak boleh membaca dan menulis. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm |
Posted: 05 Apr 2012 08:34 PM PDT Rintihan pemandu lori 6 April 2012 SEREMBAN - "Sudah tiga hari lori saya tidak beroperasi, rezeki pun terjejas. Semuanya kerana takut disaman lagi oleh pihak berkuasa kerana masih ada saman belum dijelaskan." Itu luahan seorang pemandu lori, Kassim Mohamad 45, yang mengakui terpaksa mengikat perut semata-mata mahu membayar saman yang dikenakan kepadanya kebelakangan ini. Rintihan Kassim itu turut dirasai 100 pemandu lori lain yang turut menerima nasib sama dan mahu pihak berkuasa memandang berat kemelut yang dihadapi mereka sejak tiga bulan ini dengan melonggarkan sedikit penguatkuasaan dikenakan terhadap mereka. Bapa kepada tujuh anak yang sudah 25 tahun menjadi pemandu lori berkata, dia mengetahui menjadi kesalahan jika membawa lebih muatan, tetapi sejak akhir-akhir ini, mereka sering disaman kerana melakukan kesalahan kecil. "Disebabkan masalah ini, kami terpaksa mengikat perut semata-mata mahu membayar saman. "Baru-baru ini misalnya, saya disaman hanya kerana terdapat sedikit lubang pada badan lori ketika dalam perjalanan menghantar muatan," katanya yang perlu menjelaskan tiga kompaun saman dikenakan terhadapnya. http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/rintihan-pemandu-lori-1.37960 |
Apa punca jambatan tergantung di Seremban? Posted: 05 Apr 2012 08:06 PM PDT Kalau kita melalui Jalan Linkaran Tengah Seremban atau Seremban Middle Ring Road (MRRS) berhampiran Taman Bukit Chedang, kita pasti akan tertanya-tanya kenapa projek ini seolah-olah terbengkalai apabila dilihat terdapat satu jambatan tergantung dari Taman Bukit Chedang menghala ke Kg Baru Rasah. Situasi ini berlaku sejak tahun 2010 lagi. Apakah punca masalah ini berlaku? Adakah ianya disebabkan oleh masalah kewangan kontraktor atau sumber kewangan kerajaan? Ataukah mungkin masalah pampasan kepada penduduk di Kg Baru Rasah yang rata-ratanya orang Cina? Atau mungkin ada sebab lain? Di Rembau, penduduk kampung yang terlibat dengan Projek Landasan Keretapi Berkembar , ada yang menerima pampasan cuma RM 1.20 sekaki atau RM 52,272 seekar, sedangkan tidak jauh dari situ untuk Projek Hospital Rembau, kerajaan Negeri Sembilan melalui PKNNS menawarkan tanah pada harga RM 22.00 sekaki atau RM 958,320.00. Harap kita sebagai rakyat, khususnya pengguna jalanraya di Jalan Linkaran Tengah Seremban akan mendapat jawapan dari kerajaan Barisan Nasional dalam masa terdekat. Construction on Chedang Interchange has come to a halt Wednesday October 20, 2010 The Chedang, KGV and Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) interchanges and radial roads will only be completed under the 10th Malaysia Plan. While work is being done on the KGV and HTJ interchanges and the new RM26mil Taman Permai-Jalan Sungei Ujong link, the Chedang interchange linking the Rasah New Village has come to a halt. Motorists heading to the Rasah New Village and the town centre from Seremban 2, Bukit Chedang, Senawang and Kuala Pilah are now forced to drive to the Bukit Chedang roundabout and make two U-turns before reaching their destinations. The bridge to link Seremban 2 to Rasah New Village is also not completed because there is not enough allocation. If the bridge is completed together with other projects, traffic dispersal in Seremban will improve. Bukit Kepayang assemblyman Cha Kee Chin said motorists wanted the Seremban 2-Rasah New Village link completed instead of concentrating on the Taman Permai-Jalan Sungai Ujong link. He said because of this there was a bottleneck at the Bukit Chedang roundabout and at both the U-turns during rush hours. He added that the matter was brought up at the last Negri Sembilan state assembly sitting. "The Taman Permai-Sungei Ujong link can wait and the allocation could be used to complete the Seremban 2-Rasah New Village stretch because it will help ease traffic flow on the highway,'' said Cha. However, it is learnt that the Seremban 2-Rasah New Village stretch will cost much more than the Jalan Permai-Sungei Ujong link as it involves widening the Kepayang river and land reclamation at the new village. "So until that is sorted out, projects that have been started will continue while motorists will have to bear with the inconvenience,'' added Cha. The RM500mil MRRS, which is a 28.8km two-lane dual carriageway, is toll-free with 16 interchanges. http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/10/20/central/7236148&sec=central |
Kos pelatih PLKN berganda mahal dari peminjam PTPTN Posted: 05 Apr 2012 05:54 PM PDT Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 pelatih PLKN. Ini bermakna setiap pelatih PLKN memerlukan kos RM 6,931 seorang untuk menamatkan kursus yang hanya selama 3 bulan di PLKN. Sedangkan pelajar kita yang yang menuntut di IPTA boleh mendapat pembiayaan penuh pinjaman PTPTN ialah sebanyak RM 7,000 setahun untuk Ijazah Pertama Sains dan RM 5,000 untuk Diploma Sains/Sastera. Ini bermakna kos untuk seorang pelatih PLKN selama 3 bulan yang diberi percuma adalah bersamaan dengan kos pembiayaan pinjaman PTPTN seorang mahasiswa peringkat ijazah selama 1 tahun. RM 4.36 bilion boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun kepada seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi. ************** "Seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas dan 19 pelatih meninggal dunia atas faktor lain-lain yang bukan kecuaian kem," katanya sambil menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan. (Zahid Hamidi) http://malaysiakini.com/news/194193 Sumber rujukan kos pembiayaan PTPTN di http://www.ptptn.gov.my/docs/KADAR%20PEMBIAYAANPTPTN-020611.pdf |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan