Jumaat, 6 April 2012

.

.


Ramai Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan, Tokoh-tokoh Umno Mahu PAS Selamatkan Negara

Posted: 06 Apr 2012 03:03 AM PDT

Hadi Awang
(Buletin Online) -- Ramai bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan Malaysia dan tokoh-tokoh Umno mahu PAS membuat perubahan politik dinegara ini dan menyelamatkan negara ini dari pemerintahan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno.


Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan satu petemuan diantara beliau dengan tokoh-tokoh Umno telah diadakan pada Selasa 27 Mac 2012.

Sebelum itu menurut Ustaz Hadi, beliau turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian, Pegawai-pegawai Tinggi Polis dan Tentera.

"Alhamdulillah, dua tiga bulan lepas, saya dikunjungi oleh bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan, Ketua Setiausaha Kementerian bukan sebarangan orang bertemu dengan saya,

"diantaranya Jeneral-jeneral yang bersara,  bekas Pegawai Tinggi Polis Bukit Aman yang berjumpa (kerana mereka) melihat sudah muak dengan Umno, (mereka berkata) Umno kena berundur,

"baru petang kelmarin saya berjumpa dengan tokoh-tokoh Umno, (mereka mahu) perubahan perlu dibuat untuk selamatkan negara ini, selamatkan sungguh-sungguh!,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Kampung Seberang Pintasan, dekat sini, pada Rabu 28 Mac.

[Gambar - Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi, menziarahi Haji Salleh, bekas Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Kampung Seberang Pintasan yang menderita diserang 'angin ahmar' (stroke), sebelum menyampaikan ucapan di Majlis Ceramah Isu-isu Semasa]

Menurutnya, tokoh-tokoh Umno dari negeri Johor, Terengganu, Pahang dan Selangor yang pernah menjadi Menteri dan Exco negeri, berjumpa dan berbincang bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya menolak Umno.

Ustaz Hadi berkata, mereka memaklumkan, yang menguasai masyarakat kampung adalah di kalangan dua, tiga puluh orang Jawatakuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Ketua-ketua Cawangan Umno dan imam-imam masjid yang mereka lantik.

"Terus terang mereka mengatakan pengundi-pengundi peringkat kampung, peringkat Felda dikuasai oleh JKKK, Ketua-ketua cawangan (Umno) dan Tok-tok Imam yang mereka lantik,

"20, 30 orang sahaja yang menguasai berates-ratus pengundi, rakyat yang miskin, yang terima duit, tak tahu apa,"jelasnya,

Menurutnya, angin perubahan politk negara juga dirasai oleh kalangan para aktivis persatuan dan NGO serta para seniman.

Oleh itu, beliau menyeru ahli-ahli dan penyokong PAS supaya dapat memberikan perhatian kepada perkara tersebut demi menyelamatkan orang-orang Melayu khususnya.

Katanya, perubahan perlu dibuat supaya Terengganu kembali kepada pemerintahan PAS kerana kerajaan PAS pada tahun 1999 hingga 2004, telah membuktikan bahawa PAS boleh memerintah.

Turut berucap dalam Majlis tersebut adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Dungun merangkap ADUN Sura, Ustaz wan Hassan Mohd Ramly dan Pengerusi Majlis Tindakan DUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun.

Source: http://malaysia-today.net/mtcolumns/beritakomentar/48363-ramai-bekas-pegawai-tinggi-kerajaan-tokoh-tokoh-umno-mahu-pas-selamatkan-negara-?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

SPR penipu! Satu IC lama boleh pakai dua orang!

Posted: 05 Apr 2012 02:29 PM PDT

Kongsi
SEBELUM ini kita sudah dedahkan ratusan penipuan dan penyelewengan daftar undi SPR (sebut Suruhanjaya Penipu Rakyat) yang boleh disemak terus di laman web mereka.

Kali ini satu lagi kita dedahkan, manakala penipuan-penipuan lain akan didedahkan satu persatu selepas ini. Lihat nombor IC di bawah, ini.

NO IC lama yang serupa dimiliki oleh dua orang yang berbeza seorang berbangsa Cina manakala seorang lagi nampaknya berbangsa Melayu.





Bila ada dua orang menggunakan nombor IC lama yang sama, ini maknanya salah satu atau kedua-duanya adalah IC palsu. Kita telah memperolehi maklumat bahawa ada projek IC kepada warga asing yang tidak mempunyai IC lama lantas mereka mencipta IC klon.

Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana daftar SPR diselewengkan. Lebih banyak lagi pendedahan demi pendedahan akan dibongkar selepas ini.

Jelas dan nyata! BERSIH 3.0 28 April 2012 ini, rakyat Malaysia wajib turun di dataran Merdeka, Kuala Lumpur berhimpun secara aman untuk menghentikan penipuan Pilihanraya!


ReJaM© "Kalau Pilihanraya Bersih dan Adil dah lama BN lingkup!"

Source: http://milosuam.blogspot.com/2012/04/spr-penipu-satu-ic-lama-boleh-pakai-dua.html

Puting Beliung Terbangkan Lori Trailer Ke Udara

Posted: 05 Apr 2012 12:33 AM PDT

Kota Dallas di Texas baru saja dilanda ribut taufan dahsyat yang berkelajuan tinggi.

Dalam sebuah video yang ditunjukkan di bawah artikel ini, terlihat angin taufan puting beliung ini menghentam sebuah lokasi di mana ia merupakan sebuah "trailer park" dan dengan dahsyatnya melemparkan trailer-trailer di lokasi tersebut ke udara.

Angin taufan atau tornado ini juga telah merosakkan sekitar tempat tinggal dan sekitar 100 pesawat yang berada di Bandar DWF telah dilaporkan mengalami kerosakan akibat ditimpa batu-batu sebesar bola baseball. Setakat ini belum ada laporan mengenai adanya yang maut.

Puluhan bumbung rumah tercabut dan menurut laporan juga, puluhan penduduk cedera. Kelihatan banyak kereta terbalik manakala trak remuk serta rosak teruk di bahu lebuh raya.

Pegawai Kanan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan Meteorologi, Eric Martello, berkata dianggarkan antara enam hingga 12 puting beliung melandadi Utara Texas.













Ulasan GB

Kuasa Allah! Siapa yang terlebih hebat daripadaNya?

Maha Suci Engkau, Ya Allah, Tiada Tuhan Melainkan Engkau.

Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/04/bergambar-video-dahsyat-puting-beliung.html

Bersih 3.0 Ibu Segala Himpunan

Posted: 04 Apr 2012 06:00 PM PDT

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) akan meneruskan himpunan awam bagi menuntut proses pilihan raya bersih dan adil di negara ini. Himpunan itu dijangka diadakan pada 28 April ini venuenya di Dataran Merdeka, waktunya jam 2:00 petang. Tarikh itu juga khabarnya serta dengan Himpunan Hijau 3.

Ada sedikit kelainan dalam himpunan Bersih 3;0 bertema Duduk dan Bantah kali ini di mana tiada perarakan tetapi berhimpun beramai-ramai di Dataran Merdeka. Tidak dapat dipastikan apakah himpunan itu akan membawa kepada himpunan berterusan hingga menjelang tengah malam beberapa hari.

Sasterawan Negara Pak Samad Said akan mengepalai himpunan Bersih 3:0 kali ini. Sebanyak 84 buah Ngo akan bergabung tenaga membuat desakan itu. Samad menjangkakan himpunan itu akan melibatkan 500,000 peserta. Wah kalau ini menjadikan kenyataan negara bakal mencatat sejarah baru dan ia ujian kepada Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan oleh parlimen baru-baru ini.

Sejauh mana akta itu akan berdiri atas prinsip undang-undang ataupun akta Perhimpunan Aman itu bakal menjadi satu sejarah baru pulak.

Bersih menuntut lapan perkara utama dipenuhi oleh kerajaan bagi memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan aman, bersih dan adil sesuai dengan prinsip dan paksi demokrasi.

* Bersihkan senarai undi. *Memreformasikan undi pos. *Guna dakwat kekal. *Akses media bebas dan adil. *Kukuhkan institusi awam. *Hentikan rasuah. *Hentikan politik kotor.

Itulah lapan tuntutan yang dituntut oleh Bersih tetapi ia tampak sukar dan liat untuk dipenuhi oleh kerajaan. Kenapa kerajaan begitu liat untuk memenuhi tuntutan itu? Di sinilah menimbulkan tanda tanya dan tanggapan negatif kenapa ke lapan-lapan subjek itu dikekalkan. Apakah kerana ia memberi keuntungan dan demi kepentingan parti yang memerintah.

Memanglah dari satu sisi himpunan begitu tidak berapa kondusif untuk negara kerana akan memberi persepsi kepada dunia luar bahawa keadaan demokrasi kita berkecamukan. Tanggapan kepada demokrasi memberi gambaran politik kita tidak stabil. Ketidakstabilan poltiik pula menyebabkan wujud implikasi lain, pelabor tidak berapa berminat untuk datang melabor ke negara ini.

Ketiadaan pelabor menyebabkan pendapatan negara berkurangan. Sebagai sebuah negara sedang membangun seperti Malaysia kita memerlukan hubungan dagangan dengan dunia luar. Bantuan pelaboran untuk membuka industri dan menanam modal adalah (subjek) asas untuk negara ini berkembang maju. Dan untuk memanggil mereka ianya memerlukan kestabilan dan keamanan politik selain daripada kredibiliti dan juga ketelusan kerajaan.

Kurangnya penghasilan negara menyebabkan negara miskin dan rakyat susah. Kesusahan rakyat menjadikan negara kita terkebelakangan dan mundur. Kemunduran meletakkan negara kita di corot dapur dunia.

Menyedari rangkaian dan natijah itu semua pihak kena faham. Penganjur Bersih kena sedar dan melihat kesulitan negara jika senario itu berlaku. Kena hitung juga sudah berapa banyak kita membazirkan masa, tenaga dan wang hanya untuk berpolitiking dan menguruskan sesuatu yang remeh dan tidak memberi kelabaan banyak kepada negara dan bangsa.

Begitu juga di sebelah kerajaan juga kena fikir dan mengambil kira apa sebab berlaku tuntutan itu. Tentu ia ada sebab musabab dan faktor menolaknya. Kerajaan yang bijaksana akan mengelak keadaan-keadaan mengacau begini dari berlaku. Dengan terus bersikap dan egois ia tidak mencerminkan sebuah kerajaan yang diplomasi dan toleransi.

Mengikut teori akal tanpa ada motif lain untuk mengatasi isu himpunan dan tuntutan lapan perkara itu sangat mudah diuraikan. Penuhkan tuntutan lapan perkara Bersih itu maka himpunan yang boleh memungkinkan huru-hara berlaku akan senyap. Bersih tidak akan melaung dan bertempik atau duduk sambil mendesak.

Kenapa sulit sangat untuk melayaninya?

Penubuhan PSC untuk membaikpulih dan menambah nilai pilihan raya tidak membawa hasil yang dihajatkan. Apabila tuntutan utama Bersih tidak dilayan menyebabkan PSC itu seolah-olah dijadikan gula-gula untuk memujuk rakyat. Kelulusan laporan oleh PSC tanpa dibahas di parlimen membuktikan bahawa tiada persepakatan bersama di antara kerajaan dan pembangkang. Cara parlimen handle PSC itu menggambarkan parlimen juga seakan tidak mahu kepada perdamaian politik?

Malahan apa yang berlaku di parlimen sungguh menyesal dan 'mentahi babikan' bila mana Speaker menggunakan sepenuhnya kuasa prerogatifnya untuk menghalau wakil rakyat pembangkang keluar dewan apabila ucapan salah seorang mereka dikira menyentuh dan mencabar speaker.

Speaker tidak sepatutnya menghalau mereka walaupun relatif mereka melakukan kesalahan, apa lagi tindakan itu akhirnya hasil yang dirunding dan dipersetujui bersama dalam PSC itu tidak diterima secara konrit dan semua pihak. Sepatut speaker Pendikar Amin Mulia dapat menahan kan diri dan tidak merasa tercabar dengan sindiran Mohamad Azmin Ali.

Seorang speaker bukan saja harus adil dia juga kena sabar dan bijaksana. Jangan kita memikul jawatan itu kerana kelangsungan politik kita dan juga kerana ingin mencari keuntungan dari jawatan itu. Bila anda berada di kerusi emas speaker anda menjaga kepentingan negara dan bukan menjaga kepentingan mana-mana pihak.

Tindakan Bersih kali ini lebih relevan dan tanggung kerana mereka dipermainkan menerusi PSC itu. Mereka diajak berunding bersetuju kemudian mereka dikencing. Lebih baik dari awal lagi PSC itu tidak ditubuhkan sebaliknya kerajaan harus bersedia untuk berhadapan dengan Bersih. Untuk itu polis siapkan lapangan, mungkin seperti Bukit Jalil untuk dijadikan penjara sementara untuk mengurung para ahli himpunan. Tender untuk menyediakan air dan minuman juga boleh dilakukan. Kontraktor kelas F berjiwa Umno masih ramai yang belum dapat projek tender itu boleh diberikan kepada mereka.

Atas kepentingan itu, kerana itu saya kira Bersih 3.0 adalah kemuncak kepada segala himpunan di negara ini. Kalau Bersih 1.0 berjaya menghimpunkan seramai 65,000 Bersih 2.0 seramai 30,000 mungkin Bersih 3.0 ini akan mencecah angka 100,000. Seandainya apa dihajati Pak Samad itu menjadi kenyataan , berpakat duduk dan bantah di Dataran Merdeka mungkin Merdeka Spring akan berlaku.

Kalau ini berlaku (minta dijauhkan) kerajaan (UBN) perlu bertanggungjawab kerana mereka telah mengheret rakyat ke tahap jihad untuk menentang kerajaan. [wm.kl.6:13 pm 04/03/12]

Source: http://msomelayu.blogspot.com/2012/04/menjangkau-alam-fikir.html

Tiada ulasan:

Nuffnang